27 October 2009

minyak nak naik lagi....

mcm mana nak pecahkan sapa yg layak dpt minyak subsidi & sape yg x layak. adakah x lama lagi kita perlu tunjuk slip gaji utk beli petrol? atau apakah pihak yg berwajib akan keluarkan lagi kad sudsidi mcm transportation company pakai? mungkin ada pihak yg akan mendapat untung drp pelaksanaan sistem mcm ni?

mcm mana sebenarnya kita nak pecahkan golongan yg layak & yg x layak dpt subsidi minyak sedangkan rakyat singapura & thailand yg beli minyak kat negara ni pun kita x dpt nak kenakan byran yg berbeza? sebenarnya, harga minyak perlu dinaikkan tp dlm masa yg sama kerajaan perlu menunjukkan bahawa mereka menolong golongan yg berpendapatan rendah. tu je.... berapa ramai rakyat asing yg kerja kt negara ni tp dapat menikmati kemudahan & keselesaan seperti rakyat warganegara ni x pernah pulak mana-mana menteri terfikir utk bezakan mereka dgn rakyat negara ni. mereka bukan pelancong pun.

apa pun jaminan yg dikeluarkan, kita perlu bersiap sedia dgn bermcm-mcm kenaikan harga barang & perkhidmatan bila harga petrol naik. xde sapa pun boleh menyekat 'fitrah' ekonomi ni. budak kecik pun dah faham sekarang kalau harga petrol naik, semua pun akan naik!

26 October 2009

minat

satu masa dulu aku pernah jugak minat sukan bola sepak ni. tp xde la segila sekarang. bukan nak bangga tp aku kenal manchester united dan menjadi penyokong kuat kelab tu sejak aku darjah 2 & 3 lagi. masa tu paklang aku yg study kt u.k ada belikan aku barang-barang manchester united, termasuk jersi original yg time tu xde sorang pun budak sebaya aku kenal benda apa 'setan merah' ni.

mase tu nak tgk liga inggeris kt tv2 je, tu pun jarang-jarang ada. biasa liga malaysia je. aku penyokong kuat negeri kelahiran aku la. tp sejak malaysia banned pemain import, aku bersara drp layan liga malaysia. lgpun dah nak upsr, parents aku x bg sgt aku keluar main bola depan umah. sejak masuk form1 aku main bola time pj (pendidikan jasmani) je.
ape pun aku x pernah fanatik dgn sukan bola sepak ni. dalam sekolah menengah aku minat motogp & F1. paling aku fanatik skali motogp la. time tu aku sokong team marlborro yamaha. pelumba dia nama wayne rainey. kalau ada live, sampai tgh mlm pun aku sanggup tunggu. bila race start je, aku mesti akan terbalikkan kerusi plastik meja makan kt rumah & berlagak mcm org tgh lumba motor. ntah berapa byk kerusi plastik tu yg dah patah. dulu-dulu kerusi tu x berapa nk femes pun tp sekarang bersepah kt kedai-kedai mkn, warna merah lak tu.

dlm masa yg sama aku minat sukan F1. time tu ayrton senna la lagenda. asal race je, dia mesti menang kalau keta dia x buat hal. aku x pernah fikir pun pasal skil, yg aku suka tgk ialah keta dia yg cukup advanced pd aku time tu. aku kagum mcm mane keta F1 tu boleh pecut sampai 300km/h lepas tu brake sampai 60km/h dlm masa 3-4 saat je. x dpt aku bygkan teknologi ape yg diaorg pakai. asal ada dokumentari pasal keta F1, mmg aku takkan berganjak punye drp dpn tv.

tp pd 1 may 1994, semua peminat F1 terkejut dgn berita kematian pelumba lagenda ni. sampaikan aku sendiri tulis nama dia kt dlm bilik air rumah aku siap dgn tarikh mati dia. kalau pikir-pikir balik, gila punye keje. mcm mana x fanatik, semua gambar-gambar dia dlm paper aku gunting & simpan. sedih gile time tu. sejak kematian dia, aku terus x follow F1 sebab pd aku xde pelumba yg betul-betul hebat mcm dia.

aku sendiri pun x faham mcm mana dia boleh terbabas & langgar tembok konkrit dlm kelajuan hampir 200bsj. (hampir 320 km/h). berita time tu kata dia mungkin cuba utk bunuh diri sebab blum pernah dlm sejarah track tu ada pelumba yg cuba tawan selekoh tu pd kelajuan yg menggila mcm tu. x kurang juga ada yg kata dia kena sabotaj sebab asyik menang je.... bila tgk ulang tayang, kemalangan tu xde la teruk sgt sebab dia bukannya bertembung dgn dinding. sapa pun x percaya pelumba sehebat tu tiba-tiba jadi bodoh nak langgar tembok sebab nak bunuh diri.

apa pun, aku tetap percaya kemalangan tu disebabkan mechanical failure sebab sebelum tu pun team renault mmg ada problem dgn stering keta diaorg. apa yg org lain x perasan ialah, dibelakang keta ayrton senna mase tu ialah micheal schumacher, dari pasukan yg sama. sapa la micheal time tu? sejak kematian pelumba lagenda ni, minat aku terhadap F1 turut sama berkubur. F1 sekarang mana nak sama mcm F1 dulu. xde lagi aksi potong memotong yg diluar jangkaan. semuanya seperti bukan perlumbaan lagi tp lebih kpd duit semata-mata.













16 October 2009

suratkhabar

bukan makanan je org berebut, tp nak bace suratkhabar pun berebut gak. kadang² aku cuba jugak utk faham knp ada org sanggup berebut² semata-mata nak baca suratkhabar. di ofis ni mmg setiap pagi berlaku. adakah sebab ramai yg minat membaca?

aku rasa minat membaca bukan faktornya sebab kalau betul² minat tentu saja buku² ilmiah kt libarary tu dah abis kena pinjam. ada jugak yg tolong bg suratkhabar kt aku utk dibaca. aku amik je la. tp aku takkan pegi cari mana suratkhabar utk dibaca. sebab apa? zaman ni semuanya dah canggih. bak kata omputih, information is at your fingger tips je. internet kan dah ade. byk lagi berita yg uptodate kita boleh dapat. knp mesti baca suratkhabar yg menyajikan berita² semalam? lagipun suratkhabar yg diaorg rebutkan tu ialah harian metro. suratkhabar ni pada aku xde manfaat langsung. berita pun byk yg putar belit je. ni bukan saja² ckp tp aku sendiri pernah baca kejadian yg dilaporkan kat kg aku.

tak ingat dah tahun bila, tp ada satu kes org jumpa janin. ada penduduk yg terjumpa sesuatu yg mencurigakan lalu dia menggali kat kawasan tu. lepas tu terjumpa janin. harian metro melaporkan 'sebuah kawasan kubur lama' dia temui. ade ke patut? padahal cerita sebenarnya ialah satu bungkusan disyaki janin telah dijumpai di bawah gerai seorang makcik yg berniaga goreng pisang. bila dihantar ke hospital utk bedah siasat, pihak hospital mendapati ia bukan janin sebaliknya hanya patung tanah liat yg digunakan utk pemujaan/sihir. sejak tu aku langsung x percaya lagi harian metro. suratkhabar yg melaporkan kejadian tu hampir² dgn cerita sebenarnya ialah sinar.

tak berapa lama dulu pun harian metro buat kecoh dgn berita tarian bogel la, tp bila disiasat rupanya gambar tu wartawan mereka ambil kat internet lepas tu reka cerita yg benda tu berlaku di kuala lumpur. sampaikan polis nak dakwa wartawan ni sebab sebarkan berita palsu. so, berita mcm ni sebenarnya nak lariskan suratkhabar je. yg peliknya, masyarakat kita suka pulak disuapkan dgn cerita² karut mcm ni.

selain membazirkan wang, suratkhabar mcm ni menjadikan kita 'terkebelakang'. mengubah cara pemikiran kita yg hanya menerima tanpa menyoal (selidik) terlebih dahulu adakah benda yg kita baca tu betul atau x. walaupun ada yg berkata internet x boleh dipercayai, pd aku kita sebenarnya kena bijak memilih mana yg betul & mana yg salah. kalau semuanya kita terima bulat² mmg la x patut.

apa pun, tepuk dada tanya selera masing² sama ada rela diri diperbodohkan dgn cerita² xde faedah atau selidik dulu sebelum terima suatu berita/khabar.

14 October 2009

Transformers vs G.I Joe

ramai yg bgtau pd aku movie G.I Joe best giler. kebetulan 2 hari lepas aku beli dvd criter tu. tu pun pasal mamat yg biasa jual cd kat opis ni promote kt aku.aku pun excited la nak tgk movie ni. ntah sape la ckp kat aku yg movie ni penuh action drp awal sampai la ending. nk dipendekkan skit critanya, movie ni langsung x best.

jauh panggang dari api, indah khabar dari rupa, sudah jatuh ditimpa tangga....dan lain² lagi la peribahasa yg sesuai. mananye x best, jalan crita pun x kukuh, motif utama nak ambil balik kepala nuklear (nuklear warhead) yg dicuri. x logik pun byk jugak. dah la nuklear tu meletup dkt sgt dgn bandar tp x beri kesan apa² pun kt bandar tu. pd aku, transformers lagi best.

sekurang-kurannya kita x boleh bajet apa yg nak berlaku. jalan crita pun penuh dgn misteri jugak. tp G.I Jeo? semua dah boleh bajet. hero pun lembab mcm siput. mula² dulu aku ingat optimus prime pun akan jadi lembab giler, kalau lawan asyik kalah je. tp x.

kadang² kita boleh jadi over excited pulak layan transformers tu. lagipun, tgk la sapa pengarah & penerbit dia. tgk berapa kali pun x boring. pencahayaan, grafik dan pergerakan kamera amatlah cun. aksi letupan & kemusnahan harta benda mmg boleh diterima akal lagi. aduh, kecewa btol rasanya knp aku bleh tertengok G.I Joe tu. movie tu tinggi skit je drp movie² ahmad idham & david teoh.


filem² melayu mmg x layak nak dibandingkan dgn filem² barat disebabkan kualiti filem² kita terlalu rendah. lebih bermotifkan keuntungan express drp menaikkan taraf industri. knp? cuba tgk movie jgn pandang belakang congkak, apa yg kita dpt lepas byr tiket wyg? puas? setakat nak gelak sikit², lebih baik sembang dgn member kt kedai mamak je. x sampai pun sepuluh ringgit.

mmg x dinafikan filem² david teoh & ahmad idham mecapai kutipan lebih rm1 juta. tp tu semua kerana promosi yg indah khabar dari rupa je. brp ramai penonton yg nak tgk crita tu 2 kali? byk lagi filem² melayu yg seangkatan dgn filem² mereka. org kita buat filem, kalau x lawak bodoh mesti kisah seram suam² kuku kambing piling je. filem² cinta nampaknya mcm dah sampai ke hujung nyawa je sebab usop haslam x buat filem lg dah.

walau mcm mana pun, david teoh & ahmad idham akan terus membuat filem kerana masih ada yg menonton filem² mereka. citarasa masing² ye tak. cuma, kalau mereka betul² 'care' pasal industri perfileman kita, tentu mereka xkn hasilkan filem² x bermutu mcm skrg ni. kita boleh buat filem berkisarkan byk crita. knp mesti balik² filem lawak bodoh jugak yg dihasilkan? knp x buat filem mengisahkan kisah hidup bekas pm sejak sekolah hingga menjadi org no.1 negara ke? aku rasa filem mcm ni lebih byk manfaatnya & lebih berbaloi utk semua golongan tgk. sekurang-kurangnya kita ada sesuatu utk dikongsikan bersama.

tp mungkin penerbit² filem tempatan xnk byr royalti kpd tuan punya diri atau xmau berkongsi keuntungan, sebab tu la mereka lebih senang bekerja sendiri je. so betul la kata aku td yg keuntungan adalah motif utama dlm menghasilkan sesuatu filem. bila ckp mcm ni, producer mana yg x bising. katanya, siapa nak buat filem xnk untung? soalnya bukan begitu. dlm kita mencari untung, apasalahnya kita angkat martabat filem kita? adakah dgn membuat perubahan atau memberikan sesuatu 'value' kpd penonton, producer² ni x boleh untung? knp steven speilberg boleh? micheal bay pun boleh arah filem² yg gempak dlm masa yg sama buat untung berjuta-juta.

producer² seperti david teoh & ahmad idham perlu tanya diri mereka sendiri adakah mereka pernah berharap filem 'jgn pandang belakang congkak' tu lepas ke luar negara? mereka pun tau filem tu filem sampah. tp disebabkan dgn sampah pun mereka boleh buat duit, apa salahnya? bagi org luar seperti steven speilberg atau pun micheal bay, selain untung, mereka lebih mementingkan kepuasan diri. mereka menghasilkan dan & mengarah filem² sebaik mungkin kerana ia memberi kepuasan (passion) dlm diri mereka. sama juga mcm kita sebenarnya. kalau kita dah lakukan yg terbaik, kita mesti rasa puas gak.

kesimpulannya, lebih baik layan G-Force