30 December 2010

maaf

maaf sebab aku tak minat bola. dan juga sebab aku memang tak pernah confident dengan pemain bola negara kita. kita hanya menang agregat, bukan menang yang betul-betul menang.

sebab? mudah saja. corak permainan kita sama seperti corak permainan bola sepak waktu pendidikan jasmani masa aku tingkatan 3 dulu. tiada lagi orang yang mewarisi bakat mokthar dahari, dollah salleh, zainal abidin, fendi ahmad dan beberapa pemain lain yang pernah terkenal dulu.

ditambah dengan campurtangan politik oleh FAM membuatkan aku lebih muak dengan mutu bolasepak negara kita. maafkan aku sekali lagi sebab berterus-terang.


29 December 2010

tiruan

kemalangan bas disebabkan oleh penggunaan alatganti tiruan. habis, mengapa mengatakan tayar celup itu selamat?

28 December 2010

syiah II


mendakwa pengikut syiah samalah dengan mendakwa orang hindu atau cina menyembah tokong sebagai sesat. sesat sebab kita kata mereka tak sama macam kita. tapi kalau dah sejak lahir mereka memang jadi syiah atau penganut hindu/budha macam mana? mereka dah sesat, kenapa nak didakwa sesat lagi?

apa yang boleh dilakukan ialah kuatkuasakan larangan pen
yebaran agama lain kepada umat Islam. itupun kalau boleh (mesti dapat tentangan daripada banyak pihak). itulah sebab, hukuman murtad adalah hukuman mati. supaya orang takut untuk keluar daripada Islam.

tapi hukuman semata-mata takkan mampu menyekat orang daripada melakukan kesalahan. ilmu aset yang paling penting. bila seseorang tahu (berilmu) maka dia mampu untuk mencari dan melihat kebenaran.


25 December 2010

kerja kahwin

kerja kahwin memang penat tapi seronok. puas sebab dapat menolong. puas juga sebab tengok orang lain puas. orang datang makan, nyaris-nyaris saja aku fikirkan lauk pauk tak cukup. tukang masak pun memang dah pandai mem'bajet' setakat mana perlu dimasak agar cukup dan tak terlalu berlebihan.

tak semua orang yang dijemput dapat datang. tapi selalunya jumlah yang datang melebihi bilangan yang dijemput. hehe, amacam? susah nak fahamkah?

aku lagi susah nak faham bila orang berkata "...'aku' ada di dalam aku...." soalnya, siapa 'aku' tu?

23 December 2010

hantu

apsal orang suka kaitkan kubur dengan hantu? hantu suka tempat orang mati ke? kadang-kadang ketakutan yang melampau boleh membuatkan manusia menjadi percaya kepada perkara-perkara karut.

imaginasi manusia yang kuat boleh 'menjelmakan' makhluk hodoh yang bermacam-macam rupa. sebab tu kalau ada yang histeria, dia menjerit-jerit takut sebab dia sorang je yang nampak. lagi pun, selalu yang kena ialah perempuan. mereka terbukti lebih penakut daripada lelaki (cakaplah apa pun, memang fitrahnya macam tu)

itulah kelebihan manusia. khalayan yang kuat berjaya mewujudkan benda yang sebenarnya tak wujud pada realiti. begitu juga dengan azam. seseorang yang mempunyai azam yang kuat, peluang untuk dia mencapai apa yang dicita-citakan juga adalah tinggi. azam boleh nampakkah?

jadi, lagi penakut seseorang lagi cepatlah dia jumpa hantu.


21 December 2010

kepercayaan

tahun apa pun sama saja pada aku. sebabnya mudah, aku tak percaya sesetengah tahun tu ada tuahnya. tu lebih mirip kepada kepercayaan masyarakat cina. bercakap tentang kepercayaan ni, susah juga sebab masyarakat melayu kita sendiri pun banyak kepercayaan. kadang-kadang kepercayaan tu terlalu karut tanpa kita sedari.

contoh paling senang kalau hendak membeli kenderaan. sesetengah orang percaya bahawa kalau nak keluar kereta baru (beli kereta baru) haruslah pada haribulan tertentu dan ada harinya. itu kepercayaan sesetengah orang. tapi pendapat aku pula ialah kereta tu bukannya sejenis makhluk hidup macam lembu atau kuda, ia sebuah mesin besi. apa kaitannya dengan kepercayaan begini? walaupun mungkin tak semestinya membawa kepada syirik, tapi percaya pada benda-benda macam ni boleh jadi langsung takda faedah.

bukan ke lebih baik baca bismillah dan mohon doa kepada Allah agar selamat hendaknya daripada terus mempercayai perkara-perkara yang kita sendiri tak tahu asal-usulnya ni?

beli kereta baru tak sama seperti kepercayaan sesetengah orang apabila hendak keluar dari rumah. ada orang menitik beratkan nafas yang keluar daripada lubang hidung sebagai pedoman untuk keluar. itu lain sebab kepercayaan ni adalah bersandarkan kepada amalan. kalau orang lain tahu sekali pun tujuannya tapi bukan pengamal, tak guna juga buat.

banyak lagi kepercayaan melayu yang nampak macam karut-marut hasil daripada pembawakan budaya jawa, hindu dan sebagainya.

kenapalah nak susah-susah percaya dan mengetahui perkara-perkara lama yang menjadi ikutan sejak turun-temurun ni sekiranya kita dah ada al quran dan sunnah? kadang-kadang amalan paling senang pun kita tak mampu nak ikut, tapi kepercayaan yang tak tentu datang dari mana boleh pula kita percaya.

bukanlah semua kepercayaan melayu tu karut dan salah disisi agama tapi ada di antaranya yang lebih teruk daripada karut, langsung menyimpang daripada akidah. sebetulnya sebelum terus mempercayai sesuatu perkara haruslah diselidik dulu asal-usul benda tu. jangan main ikut je macam kerbau.




20 December 2010

syiah

pelbagai cerita mengenai asal usul syiah ini. antaranya mereka (penganut Islam fahaman syiah) berpegang kepada kejadian di mana malaikat Jibrail tersalah menghantar wahyu. mereka berpendapat sepatutnya wahyu di hantar kepada saidina Ali, bukan Muhammad bin Abdullah. jadi disebabkan Jibrail lalai, maka sebab itu saidina Ali tidak dilantik menjadi nabi.

siapa sangka di negara kita pun ada penganut syiah. antara yang menarik minat orang untuk menganut fahaman syiah adalah mereka boleh mengamalkan nikah muta'ah. satu masa dulu perkara ni pernah kecoh sekejap.

negara seperti iran, syria dan lubnan mempunyai majoriti penganut syiah. mereka memang bermusuh dengan golongan sunni (ahli sunnah wal jamaah). oh, tak lupa golongan hizbullah dan hamas. mereka juga merupakan golongan syiah. sebab itulah bumi palestin tak pernah sunyi daripada konflik sesama sendiri (hamas vs fatah). dan atas sebab itu jugalah palestin kekal berperang sehingga sekarang.

ramai umat islam sebenarnya terkhilaf tentang ini dan mengagung-agungkan perjuangan mereka. pada hakikat sebenar, mereka adalah ciptaan yahudi untuk menguasai palestin. mereka bijak memainkan peranan dengan mengambil hati umat islam secara keseluruhannya melalui perjuangan mereka yang kononnya mempertahankan bumi palestin.

golongan syiah telah lama bertapak di muka bumi ni. bermakna telah lama golongan yahudi membuat perancangan yang rapi untuk mendapatkan "tanah yang dijanjikan". namun perancangan yang teliti ini bukanlah diketahui oleh semua penganut syiah kerana ramai yang sekadar mengikut saja (pak turut).

topik ni agak berat dan aku tak harap pun ada yang percaya. aku cakap sekadar apa yang aku lihat, kaji dan aku diberitahu. anggap saja dogeng, senang cerita.

bermula dengan revolusi Inggeris, Amerika dan Perancis. semuanya didalangi oleh yahudi. akhirnya mereka berjaya menjadikan revolusi Iran satu kenyataan. asalnya, imam khomeini adalah seorang manusia yang hidup berpeleseran di Perancis. beliaulah yang menumbangkan kerajaan Reza Shah Pahlavi di iran yang berfahaman sunni, melalui revolusi iran sekitar tahun 70-an dulu. di sinilah bermulanya pemerintahan syiah di iran.

isu nuklear, sekatan ekonomi dan lain-lain semuanya mainan yahudi saja. mana mungkin mereka akan menyerang sekutu kuat mereka? lihat betapa pedasnya kata-kata ahmadinejad kepada amerika. dia berani berkata demikian untuk mendapatkan sokongan orang-orang islam seluruh dunia, kononnya beliau adalah manusia paling lantang dan berani bersuara apabila berhadapan dengan amerika.

sekatan ekonomi mana yang menyebabkan rakyat iran merana? takde pun. kejayaan yahudi untuk menumbangkan kerajaan sunni saddam hussein telah menjadi kenyataan, apa lagi yang mereka bimbangkan? mereka sebenarnya telah hampir sampai kepada kemuncak semua ini.

isu ini sebenarnya ia juga berkait rapat dengan kehidupan kita jika kita ambil peduli sikit. golongan sufi di serata dunia sentiasa waspada tentang perkara ini. jangan lupa, kita adalah umat akhir zaman. zaman ni telah hampir sampai kepada kemuncaknya di mana dajjal dan imam mahdi akan muncul. yahudi menjalankan propaganda mereka dengan sungguh professional, licik dan amat halus untuk mendapatkan sokongan umat islam ke atas golongan syiah.

ada orang berkata, kenapa kita umat islam tak boleh bersatu melawan musuh-musuh islam. persoalannya, adakah ahli sunnah wal jamaah dan puak syiah tu boleh bersatu? syiah mengagung-agungkan imam hussein dan keluarga Ali. sedangkan puak sunni tetap menganggap nabi muhammad s.a.w adalah nabi dan rasul terakhir. senang cerita, puak syiah juga solat dan pergi haji ke mekah. tapi kita haram berimamkan puak syiah. syahadah mereka berbeza dengan kita. azan mereka juga berbeza. jadi bagaimana mungkin puak sunni dan syiah menganggap diri mereka bersaudara?

wujudnya syiah tu sendiri adalah untuk memecah-belahkan umat islam. bagaimana nak ubah supaya menjadi sebaliknya? kadang-kadang yang menyuruh umat islam bersatu tu main cakap ikut dan mulut je. agak-agaklah siapa yang nak disuruh bersatu tu. macam ajak kristian dan islam bersatu. tak ke lawak bodoh bunyinnye?

bila bercakap tentang ni, mari tengok di mana pula kedudukan geng-geng tabligh. mereka langsung tak ambil peduli tentang perkara ni. jadi macam mana perjuangan mereka? tiada. mereka hanya menjalankan 'tabligh' sahaja. kalau perang pun mereka tetap pergi dari rumah ke rumah untuk mengajak orang ke surau. ditakdirkan mereka terjumpa dajjal, harus juga dajjal diajak 'bertabligh' sama.

jangan marah. tu hanya perumpamaan aku saja betapa kumpulan tabligh ni tak mengambil peduli langsung permasalahan yang besar seperti ni. pada mereka, islam itu satu, tiada mazhab tertentu yang betul dan tiada pula yang salah. apa yang maulana mereka kata, itulah yang mereka terima bulat-bulat dan sampaikan pula kepada orang lain.

19 December 2010

ikhlas

aku berbual-bual dengan seseorang petang tadi. topik kami berkisar tentang kisah-kisah semasa. namun ada juga selingan tentang bab-bab agama. aku lebih suka dan selesa berbual begini.

orang yang aku lawan berbual tu adalah antara orang yang paling aku hormati dan kagumi. kami berbual tentang iman dan ikhlas. aku rasa semua orang pun tahu apa itu ikhlas. memberi tanpa mengharap balasan. itulah ikhlas. rasanya tak ramai juga mampu buat. walaupun kami berbual tentang tajuk yang nampaknya remeh-temeh bagi sesetengah orang tapi sebenarnya aku tertunggu-tunggu juga kisah yang lain daripada yang lain. aku menunggu untuk mendengar sesuatu yang belum pernah aku dengar.

beliau merujuk kepada kitab karangan ulama terdahulu dan membuat perumpamaan bahawa ikhlas itu seperti kita membuang air besar dan tak mengharapkan apa-apa daripada apa yang dibuang itu. jika ada orang terjumpa dan bertanya, "najis siapakah ini?". orang yang ikhlas akan menjawab, "entahlah.." begitulah diumpamakan perbuatan ikhlas ni. aku senyum saja sambil berkata, "susah sungguh kita nak ikhlas...."

menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka sebenarnya perlu sebelum menghukum pendapat orang itu. jadi, aku menerimanya dengan senyuman. dalam perjalanan balik, macam biasa, aku terus berfikir dan berfikir.

sebenarnya bukan tu saja yang kami bualkan. banyak juga. kebetulan, tu yang paling menarik, jadi aku ceritalah. sama seperti entry aku sebelum ni berkaitan dengan solat. ada orang yang tak tinggal solat 5 waktunya tapi perangai lebih teruk daripada orang yang tak solat. mungkin ikhlas tiada dalam kamus hidup orang tu.

solat yang ikhlas adalah solat tanpa mengharap pahala, syurga dan pandangan orang lain yang baik terhadap diri sendiri. sebenarnya dari awal sudah ada dalam niat, kerana Allah semata-mata. Tapi bila tengah praktik, niat tu sentiasa diganggu-gugat.

sebenarnya penjelasan beliau amat halus jika diteliti. kalau boleh nak saja aku rakam dan ulang berkali-kali. setiap apa yang dicakapnya sentiasa berkaitan dengan aku. segan juga aku dibuatnya tapi saja buat-buat tak tahu. aku yakin, dia bukan nak menyindir. cuma itu mungkin kelebihan dia, bercakap tentang apa yang perlu saja.

ikhlas diluar konteks manusia biasa banyak lagi. cuma perlu dicari dan digali. tak semudah baca dalam blog atau buku tanpa bertanya kepada mereka yang lebih bijaksana.

**orang yang aku lawan berbual tu umurnya dua setengah kali umur aku.




15 December 2010

servis

proton menyarankan pengguna supaya menggunakan alat ganti tulen untuk keselamatan diri dan kenderaan mereka. persoalannya, mengapa sekarang nak keluarkan kenyataan macam tu?

pertama, alat ganti tiruan telah lama berada dipasaran sejak keluaran model proton yang pertama lagi. sebenarnya tujuan utama proton berkata demikian adalah untuk menimbulkan suasana bimbang dikalangan pengguna supaya mereka menghantar kereta mereka ke pusat servis proton. seperti yang ramai sedia maklum, harga barang dan perkhidmatan di pusat servis proton jauh lebih mahal berbanding harga pasaran.

sebagai contoh, satu 'oil filter' yang berharga RM8 dijual pada harga RM25 di pusat servis proton. benda yang sama, jenama yang sama. itu baru contoh yang murah dah mudah. bayangkan clutch, bearing, brake dan macam-macam lagi.

ada member yang dicaj RM250 hanya untuk menukar ke empat-empat pad brek sahaja. padahal harga standard pad brake (jenis bosch - genuine parts) hanya RM55 bagi depan dan harga lebih kurang bagi pad brek belakang. takkan sampai RM250 untuk brek sahaja?




perlu diingat bahawa pusat servis proton bukanlah terdiri daripada pekerja kilang proton yang terlatih. pekerjanya kebanyakannya adalah student pratikal ataupun lepasan kolej mara. mereka ini semua kurang pengalaman dan ilmu pun tak seberapa. takkan nak serahkan nasib pada mereka?

jika kereta masih dalam warranty tak mengapa, tapi kalau dah habis warranty lebih baik hantar saja ke mekanik biasa. mereka kebanyakkannya lebih arif dan faham tentang enjin.

tak dinafikan ada sebilangan mekanik dan pusat servis biasa yang jenis sembelih pelanggan, namun itulah kelebihan apabila kita ada ilmu serba sedikit tentang kereta. bukan main ikut saja apa cakap orang.

proton telah gagal dalam strategi untuk meningkatkan penjualan kereta kini mereka beralih kepada penjualan alat ganti pula.

mereka boleh cuba mendidik pengguna untuk menghantar kereta ke pusat servis mereka tapi sampai bila? lambat laun orang akan tahu bahawa harga di pusat servis terlalu mahal. pengguna kereta proton tahu sejauh mana kualiti kereta mereka. adakah pusat servis proton dapat menawarkan kualiti servis yang lebih baik daripada mutu kereta proton tu sendiri?

apa yang penting ialah mengetahui serba sedikit tentang kereta. ilmu seperti ni kita boleh dapat kalau kita rajin berbual dengan mekanik-mekanik kereta. kalau malas, nasiblah.


11 December 2010

solat

solat itu tiang agama. sejauh mana kita faham erti solat. pada orang awam biasa, solat adalah satu perbuatan yang mempunyai 13 rukun, 5 kali sehari semalam. itu solat yang semua orang tahu.

'solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar'. mengikut fahaman orang awam biasa ia sangat tepat kerana mana ada orang mencuri tengah solat. mana ada orang minum arak tengah solat. jadi solat memang dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

kita masih jumpa orang yang bersolat 5 waktu sehari semalam tapi perangainya lebih buruk daripada orang yang tak bersolat. contohnya ada manusia yang tak tinggal solatnya, sudah pergi haji tapi akhlaknya teruk. dahi dah lebam tapi masih jumpa bomoh untuk menyihir jiran, ada juga yang tak boleh tengok orang lain senang. ada saja benda yang dilakukan untuk menjatuhkan orang lain.

ada juga yang solatnya tak tinggal tapi kerja malas. makan gaji buta di pejabat (maaf cakap ye pakcik-pakcik). kenapa? kenapa solat orang-orang sebegini tak mampu untuk mencegah tuan punya diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar?

firman Allah tak pernah silap. yang terkeliru adalah manusia yang memahami firman tersebut. orang-orang yang bersolat tapi perangai macam ni adalah orang-orang yang celaka.

"Maka celakalah orang yang solat"

al maun, ayat 4

ayat ke-5 menerangkan orang-orang seperti di atas.

apa yang terbayang dalam fikiran kita tentang orang yang lalai dalam solat? terlupa baca fatihah ke? terlupa rakaat berapa ke?

ya, itu semua memang lalai. namun ada lagi 'lalai' selain daripada tu. yang lebih besar barangkali. lalai untuk mengaplikasikan solat dalam kehidupan seharian! golongan ni lah yang paling ramai.

dalam solat kita dilarang mengumpat - dalam kehidupan seharian kita pun dilarang juga
dalam solat kita perlu mengikut tertib - dalam kehidupan kita pun sepatutnya ada tertib (peraturan/displin)
dalam solat kita mengingati Allah - dalam kehidupan kita juga sepatutnya kita sentiasa mengingatinya
dalam solat kita berjanji hidup dan mati ini kerana Allah - begitulah sepatutnya dalam kehidupan kita

pernah dengar solat batin? apa yang difaham tentang solat batin? sesat bukan? terlalu mudah nak kata orang sesat kerana terlalu bodoh untuk faham.

solat batin adalah jiwa dan raga yang sentiasa solat iaitu yang sentiasa menjaga 13 rukun itu, 24 jam sehari. bukan bermakna mereka tidak solat 5 waktu dan juga bukan mereka pakai niat je solat.

dalam erti kata yang lain, mereka tidak melakukan apa yang dilarang waktu solat dalam kehidupan mereka.

manusia yang solat 5 waktu tak tinggal, tapi masih melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan terkutuk adalah manusia munafik. bukan untuk kita menghebah-hebahkan tapi cukup untuk kajian dalam diri sendiri mengapa ada orang yang bersolat tapi masih rendah akhlaknya?


Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’du: 28)

mengingati Allah bukan macam ingat perempuan yang kita suka. caranya ialah berzikir. tapi kalau zikir nak dapat khadam jin supaya jadi kebal ataupun disanjungi orang lain, tu dah lain. pokok pangkal tetap niat dan jangan lupa, awal solat adalah niat juga! niatnya kerana Allah. jadi semua yang kita lakukan di dunia ini seharusnya 'kerana Allah'!

fikir

lama tak menulis bukan bererti aku bosan ataupun tak ambil pusing pasal blog ni. kalau diikutkan terlalu banyak yang aku nak tulis. tapi bukan semua boleh dikongsi bersama. ada yang terlalu peribadi dan ada yang terlalu menyinggung pihak lain.

aku baru pulang dari Sg Besar. memang sebelum sampai sana, perlu melalui sebuah sungai yang teramat besarnya di Kuala Selangor. sambil memandu, aku suka berfikir. itulah yang aku selalu buat pun. aku membayangkan bagaimanalah agaknya orang dulu-dulu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang jauh? aku yang naik kereta ni pun bosan memandu jauh-jauh, inikan pula zaman kereta belum wujud lagi. kat mana diaorg berhenti rehat? jalan pun masa tu hutan. kalau sungai pun tetap kena meredah hutan.

zaman mat kilau dulu contohnya. macam mana diaorg bergerak ke satu tempat ke tempat yang jauh. masa tu takde jalanraya pun. denai mungkinlah, tapi takkan berjalan kaki sampai berhari-hari? aku membuat kesimpulan yang orang-orang seperti mat kilau bukanlah seperti orang biasa. mat kilau sudah tentu banyak ilmu dan dia tentu memanfaatkan ilmunya. suka hatilah kalau orang nak kata aku kolot ke, kampung ke, tapi bagi aku ilmu Allah tu luas. kalau kita tak tahu, bukan bermakna perkara tu tak wujud.

tapi bila bercakap dengan orang bodoh, mereka akan kata zaman nabi takde pula nabi buat macam tu. sebenarnya sebelum zaman nabi muhammad lagi perkara-perkara ni dah ada. nabi sulaiman dapat menundukkan angin dan menggunakannya pada bila-bila masa yang baginda suka. itu contoh bagaimana ilmu dapat memberi manfaat kepada pengamalnya. jadi, tak wajar sangatlah bila ada orang berkata nabi muhammad tak buat pun dan kalau ada orang yang buat maka dia telah tersesat.

cukup bagi kita semat dalam kepala bahawa ilmu Allah itu luas dan jika kita kata takde ilmu-ilmu sebegini dalam Islam maka kita sebenarnya secara tak sedar telah mengehadkan ilmu Allah. jadi, harus berhati-hati walaupun waktu berfikir. kadang kala syirik boleh berlaku tanpa kita sedar.

aku ada dengar juga kisah orang bergerak menggunakan angin ni. orang yang memiliki ilmu
bergerak menggunakan angin ni dapat pergi dari satu tempat ke satu tempat yang jauh hanya dalam masa yang singkat. katanya, mereka bergerak mengikut angin. lebih daripada tu aku tak tahu. kenalah cari orang yang bijaksana pasal ni.

29 November 2010

demogila II

hasil demokrasi yang kita amalkan maka lahirlah budaya mencela sesama bangsa dan agama. lihat saja pertubuhan Perkasa melabelkan orang yang tidak sealiran dengan mereka seperti DSAI dan DSWA dengan pelbagai kata-kata buruk dan kesat.

lupakah mereka yang kedua-dua suami isteri ni mempunyai warna kulit yang sama, bercakap dalam bahasa yang sama dan menyembah Tuhan yang sama? manusia bila hilang pertimbangan, beginilah jadinya. lihat saja orang yang kononnya membela bangsa dan agama seperti di bawah ni.


apa beza orang ini jika dia memakai pakaian sami buddha? mungkin orang akan kata dia kafir. tapi bersongkok atas kepala pun bukan pengukur iman seseorang. pokok pangkalnya hati yang bersih. adakah perbuatan caci-mencaci, fitnah-memfitnah dan hina-menghina ini amalan yang diajarkan oleh seorang lelaki bernama Muhammad bin Abdullah lebih 1400 dahulu? pendek kata, bersihkah hati orang seperti ni?

ditegaskan sekali lagi, demokrasi adalah acuan yahudi. hasilnya seperti yang kita lihat sekarang ini. segala cacian, makian dan fitnah ditukar nama kepada 'demokrasi'. satu perkataan yang nampak bahagia pada rupa tapi hakikatnya sangat buruk.

23 November 2010

mahal

caj hospital swasta dikatakan terlalu mahal. satu persoalan timbul dalam kepala aku ialah kenapa pergi ke hospital swasta tu? bagus sangat ke?

isu ni ni berlainan dengan isu harga petrol dan harga barangan. kalau harga petrol mahal, kita dah tak ada alternatif nak beli petrol yang murah. tapi kalau caj hospital swasta mahal, pergi la hospital kerajaan yang murah. kenapa bodoh sangat?

dan kalau yang murah, tentulah layanannya seperti dunia kelas ke-3. terima sajalah kerana itu saja yang mampu.

16 November 2010

neo s2000


tiba-tiba nama satria neo melonjak naik dalam kejuaraan rally. rally yang dimaksudkan bukanlah WRC (world rally championship) tapi IRC (intercontinental rally challenge). mana mungkin kereta ni dapat mengatasi jentera-jentera perang dari kalangan mitsubishi dan subaru. kereta-kereta yang bertarung dalam WRC ibarat langit dengan bumi dengan kereta-kereta IRC ini.

satria neo s2000 menggunakan enjin yang menjadi kutukan ramai satu masa dulu. enjin 1.8 liter daripada renault (yang digunakan pada waja 1.8 satu masa dulu) yang telah diubah suai menjadi 2.0 liter (1998 cc). siapa sangka tanpa teknologi seperti vtec, mivec ataupun vvt-i enjin ini mampu mengerah sejumlah 280 kuasa kuda. satu kuasa yang amat tinggi pernah dihasilkan daripada enjin 4 silinder tanpa bantuan turbo.
inilah enjin yang menjadi kutukan rakyat malaysia satu masa dulu. enjin yang pernah mendiami chasis waja 1.8 sebelum keluarnya model waja campro. enjin yang sangat sempoi, siapa sangka dapat menghasilkan kuasa yang hampir sama dengan evo standard!
tapi peliknya, kenapa proton bangga sangat? enjin adalah hasil teknologi renault. brake dan lain-lain eksesori kereta tiada satu pun yang buatan proton. cuma body kereta saja daripada model satria neo. reputasi ini hanya untuk meningkatkan penjualan kenderaan mereka saja. bukan bermakna anda membeli kereta ini, prestasi dan kawalannya seperti kereta rally. jadi berbaloikah kebanggaan anda?


15 November 2010

gila

ramai yang nak belajar agama tapi berkesudahan dapat penyakit gila. jangan main-main kawan. belajar mestilah berguru, bukan bersyaitankan buku. ini bukan ilmu fizik atau matematik. kalau awal niat pun dah tak betul, janganlah mimpi nak dapat kesudahan yang baik. ilmu ini memerlukan hati yang bersih dan jiwa yang pasrah.
bila bersyaitankan buku, itu yang jadi kejadian tetak sana, tetak sini. sembelih sana, sembelih sini. semuanya gara-gara ingin menjadi manusia hebat dan memiliki karamah (keramat). bodoh!

jangan

oh, jangan salah faham. aku bukan ahli PKR, PAS atau UMNO. aku adalah pemerhati bebas atas tiket demokrasi yang diagung-agungkan itu.

sisa...


satu ketika dulu ramai juga yang bangga dan seronok kerana beliau telah 'join' PKR. tapi ada juga pendapat mengatakan bahawa beliau adalah 'spy' pihak lawan.

apa pun kenyataannya telah berlaku sekarang. problemnya cukup mudah. beliau ahli baru dalam PKR, jadi janganlah harap terus nak pegang jawatan tinggi dalam parti. perasaan orang lain yang telah lama bertungkus-lumus berkorban harta benda, masa, maruah dan lain-lain harus dijaga.

anda nampak apa yang dimaksudkan? pergolakan dalam PKR sebenarnya disebabkan oleh mereka yang gila jawatan. bila tak dapat, mulalah buat itu ini sampaikan upah orang kampung pegang sepanduk/banting untuk memburukkan parti sendiri.

inikah orang yang layak jadi pemimpin? mereka nak diri mereka dipilih dan bila tak dipilih, mereka rasa parti harus jatuh dan tumbang bersama mereka. ini manusia gila jawatan namanya. kesian datuk zaid. nak balik ke parti lama pun, orang tak nak terima.

duduk diam-diam je lah kat rumah. apa kata habiskan sisa umur yang ada untuk buat sesuatu yang lebih berfaedah untuk diri sendiri dan keluarga.

haram

mereka kata kebabasan media telah disekat di kedah. mereka menggunakan isu rakyat berhak mendengar titah sultan. mereka berkata kerajaan negeri kedah tidak demokratik. masa bencana berlaku, mereka langsung tak menunjukkan bantuan daripada kerajaan negeri. seolah-olah kerajaan negeri senyap membisu. itu semua kata mereka. tapi.....ini kata baginda sultan pula:
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga di Alor Star pagi tadi, lapor Harakahdaily."Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana," titah Baginda lagi.Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif."Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. "Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah Baginda seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.
dipetik dari malaysiakini.com
jadi sudah nampak kenapa kerajaan negeri kedah mengharamkan media? kesimpulannya cukup mudah. seluruh media digunakan untuk menjahanamkan imej dan reputasi mereka, takkanlah mereka terlalu bodoh untuk terus biarkan ia berlaku? kalau tak faham juga, entahlah

10 November 2010

kenderaan

alasan kenderaan lebih 10 tahun tidak selamat digunakan di atas jalanraya sebenarnya langsung tak munasabah. mereka mahu paksa orang ramai berhutang ke supaya beli kereta baru. dah tentu kereta yang paling ramai mampu milik adalah proton.

adakah sebab proton dah tak boleh nak buat untung, orang ramai perlu dipaksa secara halus untuk membantu menguntungkan proton?

sebenarnya kita boleh saja ikut singapura atau jepun yang mengehadkan kenderaan 'roadworthy' mereka 3-5 tahun dengan syarat proton mesti bungkus atau dijual kepada syarikat asing. selama ni pun harga kenderaan lain terpaksa dinaikkan untuk memastikan kereta proton dapat dijual. sekiranya kerajaan tak mengenakan cukai hingga 300%, siapa nak beli proton kalau harganya lebih kurang mercedez atau bmw yang paling murah? lebih baik beli lancer atau kereta lain yang lebih berkualiti dan berkuasa.

semuanya untuk membantu memperkayakan sesetengah daripada mereka dan menyusahkan orang ramai. aku rasa ramai yang bersetuju sekiranya peraturan ini dikenakan ke atas kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam, tapi kalau melibatkan kenderaan persendirian nampak sangat nak membebankan pengguna.

jika setiap kenderaan persendirian akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di puspakom sebelum dapat renew roadtax, maka berderet-deretlah orang berkampung di puspakom serata malaysia menunggu giliran. nak pergi periksa bukannya free, ada bayarannya. roadtax pun nak kena bayar. agaknya bila kita nak jadi negara pertama di dunia yang mewajibkan rakyatnya membayar cukai pernafasan kerana menyedut udara di negara ini?

kereta yang terlibat dalam kemalangan jarang-jarang berusia lebih 10 tahun. kereta lebih 10 tahun nak lari laju mana? owner pun tau tahap keselamatan kereta mereka. takkan berani mereka nak bawa jauh-jauh pun.

peliknya, ramai yang masih tak nampak atau buat-buat tak nampak tentang motif sebenar semua ini diadakan.

08 November 2010

tuah 2

dipendekkan cerita, hang tuah memiliki apa yang orang lain idamkan iaitu ilmu dunia. waktu diminta untuk merisik puteri gunung ledang, hang tuah sebenarnya telah lanjut usia pada masa tu. mengikut sumber yang satu ni, puteri gunung ledang telah pun berkahwin pada masa tu dan tak mungkin akan berkahwin lagi.

permintaan seperti 7 dulang hati nyamuk dan sebagainya adalah rekaan tun mamat semata-mata untuk mematikan niat sultan untuk memperisterikan puteri gunung ledang. dalam masa yang sama, hang tuah ingin mencari ketengan dengan menghilangkan diri daripada kesibukan dunia dan meninggalkan segala-galanya. oleh yang demikian, beliau menyerahkan keris tamingsari kepada tun mamat untuk dipersembahkan kepada sultan kononnya beliau malu untuk pulang kerana gagal memujuk puteri gunung ledang.

menarik juga. berkenaan dengan kubur hang tuah yang tidak dijumpai pula ia adalah kerana hang tuah merantu hingga ke mekah kemudian pulang ke tanah melayu dan menetap di pattani. dikatakan beliau meninggal di sana menggunakan nama lain. wallahualam.

sumber cerita ni diperolehi dengan perkhabaran daripada alam lain kepada tuan punya diri yang menyampaikan dalam blognya.

aku lebih mempercayai sumber ni daripada hikayat-hikayat yang dah tentu banyak tokok tambahnya.

apa pun terpulanglah atas diri masing-masing. aku seronok saja untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana pahlawan melayu. mereka memang handal. ilmu mereka bukan sekadar ilmu kebal sahaja tapi ilmu agama mereka juga tinggi. sayangnya kalau tersilap langkah, jadilah seperti hang jebat yang mengamuk mengikut nafsu amarahnya.

dipercayai keris tamingsari masih berada dalam simpanan salah seorang raja melayu di negara ni. tapi siapa pun tak dapat nak buktikan.

07 November 2010

tuah

aku sangat-sangat (perkataan yang berulang ni menunjukkan yang aku serius) minat kepada kisah-kisah lama seperti hang tuah, mat kilau dan sebagainya. tapi mengetahui sejarah mereka semua melalui buku-buku lama dan hikayat-hikayat tertentu langsung tak memuaskan aku. pada aku, entahkan betul entahkan tidak.

aku berpeluang untuk mengetahui kisah-kisah pahlawan hebat ni daripada sumber lain yang sama sekali jarang dapat diperolehi. sama ada kisah ini betul atau tidak, terpulang pada individu yang mendengarnya. aku mendapat penjelasan hampir penuh tentang kisah pahlawan agung melayu melaka ni. terima kasih kepada tuan punya badan atas usaha gigih & penat lelah beliau untuk mendapatkan cerita ni dari perspektif dan sudut yang sangat berbeza. aku ringkaskan aje ni.

menurut sumber yang satu ni, hang tuah bukanlah anak jati melayu. sebaliknya beliau bersama 4 lagi rakannya adalah orang dagang yang datang ke melaka mengikuti bapa saudaranya. mereka berempat bertemu kasturi yang kemudiannya digelar 'hang' juga. sama ada ejaan 'hang' tu seperti hwang atau pun selain daripada tu, tak dapat nak dipastikan sebab bunyinya tetap sama.

mereka kemudian merantu ke tanah jawa untuk mendalami ilmu persilatan yang menjadi kegilaan remaja pada zaman tu. tekalah siapa nama guru mereka? Ki Ageng Adi Putra! setelah sekitar 5 tahun belajar, mereka kembali ke melaka. satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan bakat mereka menonjol pada pandangan bendahara yang kemudiannya mengesyorkan kepada sultan supaya mereka dijadikan orang penting dalam kerajaan melaka.

jadilah beliau laksamana hang tuah dan rakan-rakan beliau hulubalang kerajaan melaka. nak dijadikan cerita, telah timbul satu fitnah terhadap hang tuah oleh kerana perasaan iri hati dan hasad dengki pembesar-pembesar istana yang lain. maka baginda sultan telah menitahkan supaya hang tuah dibunuh. bendahara tun perak pada masa tu menghadapi situasi ni dengan penuh bijaksana. hang tuah disembunyikan di suatu tempat. hang jebat yang dah hilang sabar terus mengamuk.

siapa tak kenal hang jebat pada masa tu. amukkannya saja berjaya membuatkan sultan lari menyembunyikan diri. pada masa tu baginda sultan mula terfikir, alangkah bagus jika tuah ada kerana tiada siapa lagi yang dapat menahan jebat melainkan tuah. tanpa berselindung lagi, bendahara terus mengakui bahawa hang tuah masih hidup dan disembunyikan di suatu tempat. baginta sultan kemudiannya menitahkan hang tuah supaya kembali menenteramkan keadaan. namun jebat yang sudah dikuasai syaitan pada masa tu tak dapat dihentikan langsung. mereka bertarung hingga nyawa jebat terpisah dari jasadnya.

tuah kembali mendapat kepercayaan sultan dan mereka yang membuat fitnah dijatuhkan hukum.

tamingsari adalah satu keris yang sebenarnya dimiliki oleh panglima kerajaan majapahit iaitu panglima tamingsari. menurut sumber yang satu ni, keris tu bukan dibuat daripada besi tapi daripada sejenis kayu, atau lebih tepatnya daripada teras kayu kelor. carilah sendiri kayu ni macam mana. apa yang mistiknya ialah keris ni menjadikan pemiliknya kebal daripada sebarang senjata. nak percaya atau tidak, terpulanglah.

puas aku pendekkan jadi panjang juga. dah mengantuk sebenarnya, nanti sambung lagi la.

05 November 2010

silap

jadi mereka telah menang dan dugaan aku silap. ramai juga yang tersilap termasuklah ahli mereka sendiri. ramalan hanya ramalan.

04 November 2010

kopiah

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan... dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)


ini hasil daripada demokrasi yang kita amalkan dari dulu hingga kini. aku yakin, manusia yang berkata-kata seperti tu selalu ke masjid dan rajin bersolat.

tak tahulah apa yang dia fikirkan dengan mengeluarkan kenyataan macam tu. memanglah ulama bukan nabi tapi Islam mazhab mana pula ajar kita untuk berkata-kata seperti tu kepada seorang ulama? hanya kerana berbeza pendapat, halalkah cacian dan tomahan?

yang sedihnya, kopiah tetap tak tanggal....

tegur

semalam aku jumpa orang mati. silap pulak aku tertegur. sebuah treler terbalik. ada satu bungkusan plastik hitam di tepi jalan. barangkali mayat pemandu atau kelindan. silapnya aku pergi tegur.

balik tu memang terasa badan tak sedap sikit. malamnya aku kerap terjaga. entahlah, susah nak jelaskan. memang kalau tertegur mayat, badan akan jadi semacam je. mujur anak aku tak menangis malam.

buruk

betapa hinanya mereka yang terlibat dalam politik. mencaci maki orang lain. menabur fitnah dan kemudian bersolat seperti tiada apa.

mereka yang mengaku islam lebih buruk perangainya daripada mereka yang menyembah tokong dan patung.

demogila

mereka tahu mereka tiada harapan untuk menang di Galas, justeru itu mereka menggunakan kelebihan media untuk menghentam pihak lawan habis-habisan. inilah demokrasi yang kita dukungkan.

mereka lakukan solat hajat untuk kemenangan calon mereka yang bukan islam di Batu Sapi. jika solat hajat ini dilakukan oleh pihak lawan, habislah mereka dicerca dan dimaki kerana bersolat hajat untuk kemenangan si kafir. kesimpulannya, apa pun yang mereka buat tidak mengapa kerana inilah demokrasi.

sebenarnya konsep demokrasi tiada dalam islam melainkan mereka sendiri yang meletakkanya. demokrasi juga bererti bahawa semua hinaan, cercaan, makian dan fitnah yang dipanggil kebebasan bersuara, dibolehkan. di mana pula semua ini dibolehkan dalam islam?

tak guna nak tegakkan benang yang basah. si fathul bari mungkin ada jawapannya namun beliau tetap dipandang sebagai ulama tambatan sesebuah parti. tugas utama beliau adalah bagaimana untuk membolehkan yang tidak boleh. itu pendapat sesetengah pihak dari parti lawan.

30 October 2010

cari

hidup ni adalah pencarian. sebab tu kita perlu kenal diri kita sebelum kita kenal siapa yang kita nak cari....

kacau

dalam rumah aku ni bukan aku seorang saja. ada makhluk lain yang tak kelihatan tapi dapat dirasa. kalau cantik aku tak kisah, tapi yang pasti bukanlah cantik. tak tahulah kalau dia perasan ke tak aku menulis pasal dirinya kat sini.

kalau dia baca, satu je pesan aku:

"aku tak kacau kau, jadi kau jangan kacau aku. sebab bila aku kena kacau, aku akan kacau kau balik....."

cara

ada manusia dalam dunia ni yang tak memikirkan tentang dirinya sendiri. ada yang sibuk mengejar kekayaan. masing-masing dengan cara masing-masing. ada manusia yang kelihatan seperti tiada apa-apa tetapi dia adalah seseorang. ini yang susahnya. kenapa dia takde apa-apa? sebab dia tak memerlukan apa-apa pun kecuali yang SATU.

ada yang suka melihat gelagat orang, dan kemudian mengumpat. aku pun sama juga.....

faham

berbaik sangka adalah satu perkara yang sangat susah untuk aku lakukan walaupun dicuba berkali-kali. pandangan mata lebih mudah mempengaruhi hati untuk terus membuat keputusan yang memihak kepada apa yang dilihat, itulah yang sebenarnya.

tapi cuba bayangkan kanak-kanak yang kecil.... mereka juga melihat. malah mereka melihat sebelum mereka mampu mengawal gerak-geri anggota mereka. tapi kenapa kanak-kanak kecil seperti ni suka memasukkan semua benda yang mereka dapat capai ke dalam mulut? anak aku yang kecil suka masukkan tangannya ke dalam mulut. bukan jari, tapi tangan. kalau boleh dia nak masukkan kelima-lima jarinya ke dalam mulut.

kalau dia besar sikit tentu dia akan masukkan apa saja ke dalam mulutnya. sebabnya? dia ingin 'merasa'. kalau kita perhatikan perkara ni dan dapat aplikasikan ke dalam hidup kita bagus juga.

perkara yang dilihat belum tentu sama dengan perkara yang sebenarnya (kalaulah kita mengetahui). ini yang susah hendak faham kalau kita belum ikhlas....

ikhlas

bukan mudah untuk menjadi ikhlas tapi kita mudah mengaku kita ikhlas. tipulah kalau aku kata aku pun ikhlas sama. dalam kebanyakan hal, aku pun seperti manusia biasa. aku pun masih tercari-cari apa makna ikhlas yang sebenar. bukan yang tertulis dalam buku. itu aku tak payah baca pun boleh jawab. apakah erti ikhlas yang tersurat?

musuh

musuh terbesar aku ada dalam diri aku sendiri. semalam aku nyaris gila memikirkannya. memang ada perkara yang kita tak boleh fikir pakai akal. baru aku sedar. itu pun sangat sedikit sekali. pening. akhirnya aku ambil keputusan untuk tidur awal.

bukan senang untuk memahami. tak termampu jika difikirkan menggunakan akal, boleh jadi gila terus agaknya.

29 October 2010

demokrasi

maaflah kalau terasa. aku tak berniat nak menghina sesiapa. adat berpolitik. ia kotor. jika kita menawarkan diri untuk berpolitik, ia sama seperti kita terjun ke dalam lumpur yang kotor. suasana politik tak dapat dipisahkan dengan demokrasi. sedangkan demokrasi adalah ciptaan yahudi untuk menjahanamkan umat manusia tanpa mereka sedari.

kita melaungkan konsep demokrasi sedangkan dalam Islam konsep demokrasinya langsung tak sama dengan apa yang berlaku dalam politik negara kini. mungkin kita memandang ulama yang berdiam diri sebagai penakut dan bacul. jangan terburu-buru, kawan. orang yang diam kadang kala lebih pintar daripada kita. sebab tu ada pepatah berbunyi "diam-diam ubi berisi".

ada yang marah bila aku kata demokrasi adalah senjata yahudi untuk menguasai dunia. ikut suka koranglah. dalam demokrasi sesiapa pun boleh menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. dalam kesibukan berpolitik, caci-mencaci, fitnah-memfitnah dan rasuah dibolehkan (secara diam-diam atau terang-terang). semuanya gara-gara ingin menawan hati pengundi. inilah sistem demokrasi. sistem kebebasan bersuara. satu sistem yang kononnya gagal diperkenalkan oleh seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah lebih 1400 tahun lalu. adakah Muhammad bin Abdullah lupa bahawa demokrasi itulah yang terbaik?

entah kenapa aku terfikir nak cerita pasal demokrasi yang diagung-agungkan tu.

ETP

ini adalah petikan malaysiakini.com pada 26 oktober lalu...

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

•Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
•Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
•Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.


kenapa pm berani berkata demikian? sebabnya dia tahu segala ketidakpuasan hati NGO Islam dan lain-lain pihak akan dijawab oleh 'pakar' agama mereka, saudara Fathul Bari Jahaya...



tak tahulah sama ada saudara fathul bari ni sedar atau tidak, UMNO bersyukur kerana beliau masuk ke parti itu kerana mereka boleh mempergunakan beliau untuk membidas parti lawan, fathul pula masuk UMNO mungkin kerana berhajat untuk memperbetulkan UMNO dari dalam seperti mana saudara Anwar Ibrahim telah gagal mencubanya.

tiada satu ulama pun yang akan mempertahankan yang batil seperti ni. tapi tak tahulah fathul bari yang digelar 'ulama muda'....(entah siapa yang bagi gelaran pun aku tak tau)

24 October 2010

pelakon

tadi aku dengar hot fm. segmen apa aku tak ingat. tapi ceritanya tentang mengapa filem-filem dulu seperti filem p.ramlee masih disukai hingga kini. sebaliknya, filem-filem baru hanya meletup sekejap saja. lepas tu berkubur. tetamunya ialah aziz m.osman.

pendapatnya ialah, filem-filem dulu diserapkan rohnya oleh para pelakonnya. katanya lagi, seni tu ada rohnya yang tersendiri. "haha...gila" cetus hati aku. kata-kata mereka yang terlibat dalam dunia lakonan ni kadang-kadang lebih merepek daripada pengamal perubatan tradisional melayu pulak. katanya pelakon sekarang terlalu pentingkan soal bayaran, sebab tu la lakonan mereka kurang mendantangkan kesan ke dalam hati penonton.

aku tak rasa macam tu. kalau macam tu takkan ada orang minat shah rukh khan sebab dia juga seorang yang pentingkan bayaran. takkan ada orang minat leonardo decaprio kerana dia pun melihat kepada bayaran terlebih dulu sebelum menerima apa-apa watak. sebenarnya pelakon negara kita yang kerja main-main dan tak bersungguh-sungguh. bukan semua tapi kebanyakannya macam tu la. datang shooting pun lewat, pentingkan diri sendiri saja.

tak salah pun kalau minta bayaran lebih asalkan setimpal dengan mutu kerja yang diberikan. jadi apa salahnya tentang bayaran yang tinggi?

aku dan kereta

waktu tengah santai memandu di bandar bentong tadi, terdengar satu bunyi yang dulunya boleh membuatkan aku berasa sangat teruja. bunyi angin disedut masuk ke dalam air filter daripada kereta jenis 'enjection' waktu pedal minyak ditekan penuh. kereta tu kereta wira. dulu aku memang suka bunyi macam tu. padu dan macam power je. masa dulu kereta proton aku stendet gaban je. satu alat performance pun aku tak pakai. tak mampu.

konon-konon nak power aku buang terus air filter. biarkan karburetor aku terbuka tanpa sebarang penapis. bunyi agak sedap jugaklah waktu pedal minyak ditekan penuh. tapi lama-lama jahanam enjin aku sebab segala datuk nenek batu/pasir halus masuk. kalau waktu hujan aku rasa air pun masuk jugak.

aku hanya tersenyum saja mengenang kembali kisah lama. betapa dulu aku amat mengidamkan sebuah kereta yang 'berkuasa'. untuk menyedapkan hati, aku selalu berangan-angan memandu kereta yang mempunyai enjin berkuasa tinggi. terlalu banyak aku berangan. pada mereka yang memandu kereta turbo lagilah aku tabik. terutama pemilik proton saga turbo. respek sungguh aku pada mereka waktu belajar dulu. angan-angan aku tak pernah berhenti pun. kalau ada kereta-kereta turbo lalu, mata aku tak berkelip langsung. rasa malu jugak nak bersembang dengan mereka. kereta power, cantik pula. kereta aku cukup syarat je masa tu. tayar pun rembat tayar 2nd hand. tak pernah langsung aku beli tayar baru. kadang-kadang ada orang buang tayar di jalan lama, aku kutip dan pakai balik.

samalah dengan minyak hitam. member-member yang ada lebih, aku tak segan-segan mintak. apa jenis minyak pun aku campur je, janji minyak. takde pulak rosak enjin aku. mana aku mampu nak beli minyak hitam masa tu. akibatnya minyak hitam selalu kering, gasket banyak yang terbakar menyebabkan enjin 'leaking' teruk. terpaksa topup minyak selalu. sampai satu ketika waktu aku belajar di uitm dulu, kereta aku langsung takde minyak hitam. bunyi enjin pun dah melampau-lampau kuatnya. betul-betul bunyi macam ada orang ketuk dari dalam. mana-mana aku pegi orang pandang. malu jangan ceritalah.

dulu aku berangan-angan kalau ada duit lebih, aku nak masuk enjin turbo ke dalam saga aku tu. enjin yang paling aku idam-idamkan masa tu ialah vr4. aku tak tau pun enjin tu macam mana, tapi aku selalu tengok budak-budak sini main drag. ada sorang mamat pakai saga enjin vr4 selalu menang. lepas tu aku tengok, mana-mana kereta yang pakai vr4 memang tak terkalahkan. sejak tu aku memang idamkan enjin vr4. lagilah kuat angan-angan aku lepas tu.

itu serba sedikit kisah aku yang minat kereta ni. alhamdulillah, aku pun tak sangka aku dah pakai saga vr4 sekarang ni. vr4-rs pulak tu. jarang-jarang orang pakai enjin ni. kelebihannya, 240bhp dalam keadaan stendet, tertinggi daripada mana-mana enjin mitsubishi lain selain evo. sebenarnya, tertinggi jugaklah berbanding kebanyakan kereta di atas jalanraya sekarang, termasuklah mercedes dan bmw.

lega rasanya. tak payahlah aku berangan-angan lagi. dan aku juga tak berasa susah hati waktu terdengar kereta lain 'menarik' (dengan ekzos bisingnya... termasuklah vtec). aku hanya tersenyum dengan hati yang senang. bila-bila masa pun aku boleh kejar. malah, kebanyakan mereka bila terdengar bunyi enjin vr4 ni, terus lepas pedal minyak dan beri laluan. cuma segelintir saja yang tak putus asa. biasanya mereka ni dikalangan pemilik-pemilik vtec, RB20 ataupun 4AGE. oh, lupa ada sebijik lagi, caldina (3S-GE). semuanya aku hadapi tanpa masalah. caldina tu terkejut sebab aku masih boleh potong dia walaupun meter masa tu dah 180km/h (185 km/h enjin aku cut off). vtec makan asap waktu mendaki. RB20 pula bersungguh-sungguh perah keringat tapi tersungkur juga. nasib 4AGE sama saja dengan yang lain-lain.

memang terbukti enjin vr4 sangat berkuasa jika ditala dengan betul. ini baru modifikasi stendet (boost 0.6 bar saja). kalau di'upgrade' entahlah. pada aku, ni pun dah cukup. kini, persepsi aku waktu memandu telah pun berubah. aku lebih rileks dan tak cepat panas macam masa pakai enjin karburetor pekak badak dulu. tu pasal aku memandu santai saja tadi.

kesimpulannya, tak rugipun beli dan pakai kereta turbo. ia menceriakan hidup kita secara tak langsung. cuma kesan negatifnya ialah ia membuatkan kita ketagih nak lenjan kereta sekali-sekala. itu saja.

23 October 2010

politik

semalam baru aku faham maksud sebenar perkataan melayu. melayu bermasud pelarian dalam bahasa jawa. jadi, tanah melayu dahulu merupakan tanah pelarian. ok, tinggalkan yang itu. aku tau ramai melayu yang marah. marahlah, apa aku peduli...

hari ni merupakan hari terakhir perhimpunan agung umno. aku sempat tengok dalam berita tadi kawan aku berucap. namanya fathul bari, anak bekas mufti perlis satu masa dulu. malah aku berselisih dengannya waktu sedang berjalan-jalan dalam bangunan pwtc jumaat lepas. tapi dia tak perasan. dan aku pun tak sempat nak tegur kerana ramai sangat orang.





aku hormati dia dan pandangannya. namun pada aku dia tetap masih muda. dan orang muda memang cepat naik darah dan membuat keputusan terburu-buru. pandangannya tentang politik dan agama tentu saja berbeza dengan pandangan orang lain dari parti politik yang lain. kalau parti politik A menegaskan rambut adalah aurat wanita yang perlu ditutup, beliau pula pasti akan menempelak parti politik A tadi kerana menegur tak berhikmah. kesudahannya, mereka saling bercakaran dalam isu-isu mudah dan semua orang tahu.

aku cuma tertarik dengan ideanya untuk mewujudkan biro/unit ulamak dalam umno untuk menangkis fatwa/hujjah jahat pembangkang. pada aku, mungkin lebih baik wujudkan biro/unit tersebut untuk menegur pemimpin-pemimpin dikalangan mereka sendiri. pada pendapat aku lagi, usaha ini sukar untuk berjaya. dalam umno, tujuan utama berpolitik adalah untuk merebut jawatan. bukannya untuk membela bangsa melayu. kita bukannya baru lepas merdeka ataupun kita bukannya tengah menentang penjajah inggeris lagi. jadi, kuasa dan wang ringgit adalah amat penting.

lagipun, mengapa sekarang baru nak wujudkan biro ulamak ini? siapa nak mengepalainya? fathul bari? takkan ulamak yang tua-tua dalam umno nak beri laluan begitu saja? jika benar umno pentingkan agama, dah lama mereka wujudkan biro ini. bukannya sikit ustaz dan imam yang menyertai mereka. kenapa nak tunggu si fathul bari? orang mengatakan politik itu kotor, pada aku orang yang terlibat dalam politiklah yang kotor. politik tu tetaplah politik sampai bila-bila.

jika tiada kepentingan untuk diri sendiri, siapa yang nak masuk politik? cuba fikirkan sendiri.....

22 October 2010

inspira

aku tak taulah apa sebenarnya maksud disebalik nama ispira tu. pada aku, perkataan tu tak lengkap. mungkin berasal daripada perkataan inspirasi. kalau ditukar kepada bahasa inggeris, inspiration. tapi bila proton menjadikan inspira, ia juga boleh mejadi ins-pirate. nama yang tak lengkap secara tak langsung membayangkan kenderaan tu sendiri.

bukan aku tak patriotik, bukan aku tak cintakan negara. buat apa bangga dengan fakta yang salah? proton sebenarnya terus menerus mencatatkan kerugian sejak dulu lagi sehinggalah model inspira ni nak dilancarkan. pembelian lotus dicanang sebagai strategi penyelamat syarikat ini tapi kemudiannya proton membuat keputusan pelik dengan mengambil semula produk mitsubishi untuk diperkenalkan sebagai modelnya. langkah yang 'balik ke belakang' oleh proton.

ruginya proton adalah disebabkan percaturan politik di dalamnya. mereka membuat keputusan berdasarkan kepentingan sesetengah orang bukannya demi kepentingan syarikat. beli lotus dan tak lama kemudian balik kepada model mitsubishi? bukankah gila bunyinya. tapi mereka namakannya 'kerjasama'. biasalah.

1985 proton mengeluarkan kereta yang berkualiti. ini kerana komponen proton saga hampir semuanya buatan jepun. materialnnya berkualiti. tapi kemudian proton berfikiran dengan membuat komponen tempatan akan menjadikan kereta mereka lebih murah dan mampu milik. mereka silap di sini. komponen buatan tempatan tiada kualiti. bahan-bahannya dibuat daripada material yang sangat murah. lihat apa jadi pada model wira pertama. boleh bela ikan emas dalam lampu belakangnya.

kemudian proton memperkenalkan model waja. satu kacukan model kereta barat dengan enjin daripada mitsubishi juga. komponen lain seperti brek, hos getah, motor tingkap dan banyak lagi adalah buatan tempatan dan taiwan. apa jadi? tingkap senang rosak, power stereng bocor dan macam-macam lagi masalah waja. kononnya untuk meningkatkan prestasi proton memperkenalkan model waja 1.8 yang menggunakan enjin 1.8 liter daripada model renault megane. model ni berada sekejap je dipasaran berikutan masalah enjin yang menyusahkah pemiliknnya. proton berdiam diri dalam isu ni. model terpakai waja 1.8 adalah jauh lebih murah daripada waja 1.6 terpakai.

itu belum kira kenderaan proton seperti tiara dan juara (yang bodoh itu). model-model sebegini merugikan proton kerana kenderaan seperti ni langsung tiada kualiti. proton cuba bersaing dengan perodua untuk mengeluarkan model kompak. sebab tu lahirnya model tiara dan savy. apa sebenar arah tuju proton? adalah proton ingin menjahanamkan perodua? sebabnya, niat proton ni nampak terlalu ketara.

sikap proton yang lebih banyak meng'enhance'kan modelnya tak membantu dalam mengatasi kerugian yang berlaku. mungkin proton patut mencontohi perodua. perodua menjual kenderaan mereka mengikut spesifikasi jepun. materialnya juga dari jepun. kalau mereka buat sendiri pun, bumper dan alas kaki sahaja.

berbalik kepada proton...

dengan model terbaru inspira, proton memperkenalkan 2 versi iaitu 1.8 liter (4B10) dan 2.0 liter (4B11). kedua-duanya enjin berorientasikan mivec. sejauh mana kuasanya, tak pula diketahui. apa pun, kesemua kecanggihan yang dimiliki dalam model lancer GT takkan di'copy' sepenuhnya. maklumlah matlamat proton adalah untuk menjual kereta sebanyak-banyaknya dan berkompromi dengan kualiti. pendek kata, proton tak pentingkan kualiti keretanya sangat. asalkan boleh start, nampak cantik dan aircondnya sejuk dah lulus untuk dijual.

18 October 2010

diktator pun boleh buat baik

itulah tajuk malaysiakini yang menggambarkan apa yang tersurat dan tersirat tentang pendapat mantan perdana menteri ke-4. bukan sahaja diktator, penjual dvd cetak rompak pun sebenarnya berbuat baik dengan menjadikan dvd movie atau pun software tiruan mudah diperolehi dengan harga murah.

bukan tak hormat tapi makin tua kata-katanya makin merapu. menurutnya, negara china pun boleh maju daripada negara yang mengamalkan demokrasi. soalnya, china dibandingkan dengan demokrasi mana? antartika? sudan? cuba bandingkan china dengan amerika, rakyat negara mana yang lebih baik? adakah rakyat negara china yang takde disiplin menggunakan tandas tu lebih baik? agaknya dia ingat dia bercakap dengan lembu....

sebenarnya dia mahu corak pemerintahan zaman manusia batu yang dibawanya diteruskan oleh pemimpin zaman sekarang. siapa yang tak sependapat dengannya disumbat ke dalam ISA, didera fizikal dan mental. kemudian tanpa segan silu mantan pm ini menentang cara yang digunakan amerika ke atas tahanan di tempat yang terkenal tu. beliau sebenarnya seorang yang pandai berpura-pura dan bermuka-muka. ingat budak kecil? apa budak kecik buat bila apa yang dingini tak dapat? menangis! samalah juga dengannya!

mungkin beliau terlupa bahawa zaman sekarang orang kampung sudah mampu melanggan astro. malah broadband juga boleh digunakan hampir di mana-mana ceruk di negara ni. tetapi beliau terus berfikiran bahawa melayu masih lagi tinggal di gua dan makan nasi dengan garam. mengapa?

pendapat-pendapat yang dikeluarkan beliau sangat tak relevan dalam zaman serba canggih kini. seorang manusia pada zaman kegemilangannya dihormati, ditakuti dan dikagumi langsung tak mustahil diakhir hayatnya menjadi manusia yang dihina, dijauhi dan tak diperdulikan. itulah perjalanan kisah hidup yang normal bagi seorang diktator sepertinya.

17 October 2010

makan

aku suka perjalanan jauh. terutama menuju ke utara. tak kisahlah negeri mana pun asalkan arahnya menuju ke utara. memandu memberi aku satu kepuasan dan ketenangan selain daripada keletihan. banyak yang aku boleh fikirkan sepanjang perjalanan dan aku suka memerhatikan gelagat orang.

tak berapa lama dulu waktu aku tengah lepak-lepak minum di sebuah restoran, aku terpandang gelagat seorang lelaki india. kebetulan tempat aku melepak tu terletak di kawasan belakang sekali jadi aku dapat lihat apa yang berlaku di luar. lelaki tu tengah menyelongkar tong sampah. mulanya aku ingatkan dia cari barang, tapi rupanya dia cari sisa makanan. dikumpulkannya dalam beg plastik.

tindakan refleks aku waktu tu tentulah kesian. tapi lepas tu aku fikir, tak perlu kesian. sebab aku lihat dia cukup sifat dan sihat. kenapa perlu cari makan dalam tong sampah? tuhan jadikan manusia bukan sehina tu. dia yang jadikan dirinya sendiri hina dengan memakan sampah.

lama aku perhatikan dia sampai dia pergi. memang betul, banyak makanan yang diperolehi daripada tong sampah di restoran tu. mungkin orang lain kesian kerana hidupnya susah. tapi manusia yang selalu menyalahkan nasib adalah manusia yang pentingkan diri sendiri dan malas untuk berusaha.

bajet

bajet dah dibentang. apa lagi mau dikata. aku memang tak pernah harap pun dapat bonus kerana memang takkan ada. malah aku sedikit sebanyak bersetuju juga bila kerajaan tidak memberikan bonus. kenapa? kerana kakitangan awam tak pernah cuba untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. asyik tunggu bonus saja, kerja malas.

apa pun orang nak kata, perkara dah tak boleh ubah. apa pun semuanya perlu bersyukur kerana walaupun takde bonus, tapi ada sedikit ihsan. 500 mungkin nampak sikit, tapi jika dibelanja ke jalan yang memberikan keberkatan, insya'allah cukup.

konsert

jika aku byk duit sekalipun, takkan aku habiskan untuk melihat konsert mana-mana artis. mereka adalah golongan yang paling banyak masalah, paling banyak menimbulkan masalah dan tiada apa yang baik pun untuk diikuti.

15 October 2010

eksiden lagi

bila satu kemalangan berlaku, perkara pertama orang akan kaitkan ialah laju. seperti kemalangan bas yang paling teruk tahun ni pada 10.10.10 hari tu. soalnya berapa laju bas boleh lari? 140km/h? 160km/h?

lagipun, pemandunya berdarah muda ke nak memecut semacam je? kadang-kadang orang kita terlalu cepat melatah dalam mencari punca sesuatu masalah. malas nak fikir panjang lalu cepat buat kesimpulan. siapa yang nak terbabit dalam kemalangan? siapa yang tak sayangkan diri sendiri?

pokoknya semua pihak nak lepaskan diri masing-masing lalu menunding jadi pada pemandu yang dah mati sebagai punca kemalangan maut. sebenarnya selain pemandu, banyak lagi faktor lain yang menyumbang ke arah kemalangan maut. betullah setiap kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu tapi kemalangan maut boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor seperti keadaan jalanraya, benteng penahan tepi dan kegagalan mekanikal diambil berat.

punca yang menyebabkan kemalangan menjadi teruk di hiway utara-selatan tempohari adalah faktor jalanraya. macam mama sebuah bas boleh tercampak ke lalu bertentangan sekiranya penahan tepi (divider) kukuh? semunya nak jimatkan kos. faktor-faktor keselamatan kurang diberi perhatian. bila terjadi kemalangan maut, orang paling teruk menanggung ialah pemandu. sampai bila pun masalah ni takkn selesai...

13 October 2010

bola

bersesak-sesak semata-mata nak tengok bola lepas tu meninggal. langsung tak berbaloi. kat tv pun boleh tengok.

08 October 2010

sendiri

dalam hidup ni tak semuanya boleh dikongsi bersama. ada yang terlalu peribadi dan hanya untuk diri sendiri. itulah sebabnya aku wujudkan lagi sebuah blog supaya aku dapat bebas menulis. sendiri itu kadang kala lebih baik. dengan bersendirian kita dapat menilai diri sendiri. merenung ke dalam diri dan melihat apa yang kurang.

bila bersendirian, aku lebih bebas berfikir selama mana yang aku mahu. dalam bahasa sainsnya, lebih fokus.

03 October 2010

minat

tiada pelakon atau penyanyi yang menjadi idola aku. dulu masa sekolah mungkin ada, tapi x lama. aku x minat menjadikan manusia bermasalah sebagai idola. kalau aku selalu menyanyi-nyanyi, aku hanya minat lagu, bukan penyanyi. kalau aku minat filem, aku hanya suka pelakon tu melakonkan wataknya bukan aku minat pada personaliti dia.

apa bagus sangat mereka untuk menjadi idola aku?

30 September 2010

facebook

lihat dan hayati video ni.



dua puluh tahun terkebelakang, ini adalah contoh terbaik untuk menggambarkan parti PAS. mereka adalah satu parti yang mengaku mempejuangkan Islam dan sesiapa menolak mereka adalah kafir. pandangan politik mereka terlalu kolot dan jumud. aku minta maaf kerana bukan niat untuk memburukkan penceramah dalam video ini, tapi cara beliau bercakap, pendapat beliau dan perkataan yang beliau gunakan tidak langsung menarik perhatian golongan kaki facebook untuk mendengarnya. ia lebih membawa kepada perdebatan.

penceramah sebegini tak pandai menarik perhatian golongan sasarannya untuk berubah. dia lebih cenderung kepada memberi kecaman dan memperlekehkan orang lain. seperti juga PAS satu masa dahulu pernah berkata siapa menolak hudud, maka orang itu terkeluar daripada Islam. cukup mudah mereka mengkafirkan orang Islam yang lain semata-mata kerana tak mengikut perjuangan mereka.

jalan menuju Allah itu banyak, tak semestinya sejalan dengan PAS. itu pendapat aku. PAS hanya sebuah parti politik dan bukannya sebuah mazhab yang perlu diikut dan dipatuhi. mereka radikal dalam memperjuangkan ideologi mereka. cuma sekarang saja mereka banyak berubah.

penceramah dalam video ini menumpukan 100% ucapannya kepada keburukan facebook sedangkan banyak juga benda-benda positif kita boleh dapat daripada facebook. umpamanya menghubungkan silaturrahim antara 2 orang sahabat lama, saudara mara dan adik-beradik yang dah lama terpisah. bukankah besar pahalanya menghubungkan silaturrahim yang terputus?

bagaimana seseorang menggunakan facebook adalah terpulang kepada dirinya sendiri. kita tak boleh halang, tapi kita boleh beri pandangan dengan penuh hemah. soal aurat, tanpa facebook pun ramai saja wanita yang membuka aurat merata-rata. aku pasti setiap hari pencermah juga melihat aurat wanita merata-rata.

kalau zaman 70-80an dulu orang seperti penceramah ni menganggap tv adalah penyebar fitnah dah penggalak orang membuat dosa. ini adalah pandangan paling kuno dan jumud. selaluya yang bercakap tu pun rumahhnya ada tv dan dia sendiri layan hindustan. mungkinkah penceramah ni mempunyai akaun facebook?

jika sesuatu tu dinilai dengan cara seperti ini maka lebih baik diharamkan golongan wanita bekerja, haramkan penggunaan telefon bimbit dan pelbagai lagi kerana telefon dicipta oleh seorang yahudi dan ia adalah agenda yahudi untuk menghancurkan umat Islam (balik-balik inilah ayat mereka). marilah kembalilah ke zaman batu.

jika boleh, janganlah jadi ketam yang ajar anaknya berjalan lurus. berceramah perlulah dengan hikmah, bukan dengan kata-kata yang membosankan dan ketinggalan. ramai yang dengar, terutama kaki facebook akan memberontak mendengarnya. lebih baik ikut cara ESQ, mengajak manusia mengenal siapa dirinya dan tuhannya. itu lebih baik daripada menghentam sana sini sambil berserban.

26 September 2010

doa

sesetengah orang menganggap syaitan tu sejenis makhluk yang berwajah hodoh, bertanduk, busuk dan menakutkan. syaitan tak dapat dilihat dengan mata kasar tapi boleh dirasa dengan deria ke-enam.

masing-masing mempunyai kepercayaan yang tersendiri tentang syaitan. tapi pernahkah kita terfikir kuman/bakteria penyakit juga adalah sejenis syaitan. mungkin ramai yang ketawa. tapi hakikatnya kuman/bakteria tak boleh dilihat dengan mata kasar, bergerak bebas dalam saluran darah manusia dan yang paling penting fungsi kuman/bakteria adalah untuk merosakkan manusia.

aku setuju dengan pendapat ni. sebab tu doa masuk ke tandas ada menyebut tentang syaitan jantan dan syaitan betina. segala makhluk di muka bumi ni berkembang biak kerana ada jantan dan betinanya. begitu juga dengan kuman dan bakteria.

persepsi masyarakat kita selama ni terlalu sempit. bilangan syaitan dijadikan lebih banyak daripada manusia. begitu juga kuman dan bakteria. semuanya memenuhi syarat untuk bergelar syaitan.

sedang melayari facebook, aku terbaca 'wall' seorang member tentang anak kecilnya yang menangis tanpa henti-henti dan dia merasakan mungkin terdapat gangguan makhluk halus. kemudian ada rakan mencadangkan supaya dibaca ayat qursi sebanyak 88 kali. katanya menurut dato ismail kamus, bila dibaca 88 kali gerenti hantu syaitan lari dan anaknya akan pulih seperti sediakala.

sebenarnya jika kita faham betul-betul, bukanlah ayat qursi atau sesuatu bacaan tu yang menyebabkan seseorang pulih dari gangguang makhluk halus ni. semuanya terjadi dengan izin Allah juga. mungkin kita pernah mendengar kisah seorang hamba yang berjalan di atas air hanya dengan membaca bismillah sahaja. tak ada pula ayat-ayat panjang yang lain.

mana-mana ayat quran yang dibaca adalah doa kepada Allah semata-mata. dalam berdoa, pengharapan, kerendahan diri dan penyerahan diri secara total kepada Allah amatlah penting.

membaca ayat al quran tanpa memahami, menyelami dan menyerah diri secara bulat-bulat kepada yang Maha Pencipta tak mamberi kesan apa-apa pun. lebih afdal sekiranya kita tahu dan faham makna ayat yang dibaca. ini penting untuk mendatangkan khusyuk dan penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah hanya akan hadir sekiranya seorang benar-benar khusyuk.

doa adalah senjata paling ampuh umat islam namun tak ramai yang tahu cara dan adab yang tersirat dalam berdoa. sebab tu orang yang beriman sangat mudah mengalirkan air mata apabila terdengar dan membaca ayat-ayat al quran. mereka berasa takut dengan azab Allah dan membenarkan segala apa yang dinyatakan dalam al quran. mereka juga tahu dan faham tentang maksud disebalik ayat-ayat al quran tu.

adalah penting untuk seseorang faham bahawa tiada kuasa pada dirinya untuk mengubah sesuatu melainkan dengan kekuasaan dan kebesaran Allah juga. walaupun dirinya melihat, dia hanya melihat dengan izin Allah. di sinilah penting bagi kita untuk memahami sepenuhnya tentang sifat 20 (sifat-sifat wajib Allah). semuanya tak semudah yang aku katakan. aku hanya berkongsi apa yang aku tahu dan diajarkan kepada aku. aku bukanlah seorang yang hebat pun.

orang yang bertanggungjawab mengajar aku tentang sifat 20 adalah ayah aku. masa tu aku sekolah darjah 1. manalah aku nak faham semua ni pada masa tu. masuk darjah 2, sifat 20 tu aku hafal sepenuhnya. itupun sebab dilagukan, kalau tak memang aku takkan hafal. kalau tak disuruh mengaji di surau depan rumah, memang aku tak kenal dan tahu semua ni.

berbalik kepada doa tadi, dalam menghadapi gangguan makhluk halus amatlah penting untuk seseorang sedar dan tahu apa yang dibaca. ilmu Allah amatlah luas dan jangan sesekali kita berputus asa daripada pertolonganNya. itu apa yang pernah diberitahu pada aku dan aku beritahu semula.

memang benar setiap huruf dalam al quran tu ada penjaga/khadamnya. tapi janganlah kita merasa besar diri kononnya dapat mengarahkan khadam-khadam tu untuk menolong kita. kita kena sedar dan faham hanya Allahlah tempat kita berserah dan kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan. nabi muhammad sendiri pernah disihir dan sihir tu menjadi ke atas diri baginda. bagaimana pula kita manusia biasa ni yang kononnya dengan membaca ayat-ayat tertentu takkan terkena gangguan sihir?

di sinilah kesilapan seseorang dalam meletakkan harapan. dia berharap pada ayat bukan pada Allah. bayangkan nabi muhammad yang tentu saja di dalam penjagaan malaikat 24jam, 7 hari seminggu pun boleh disihir. kenapa perkara macam ni boleh berlaku? itulah yang dikatakan kekuasaan dan kebesaran Allah. sekiranya Dia mengizinkan, perkara yang buruk seperti sihir pun menjadi. tanpa izin daripadaNya, udara pun takkan bergerak, bumi pun takkan berputar dan matahari pun takkan memancar.

meletakkan harapan pada ayat-ayat tertentu samalah dengan meletakkan harapan pada makhluk. sekiranya Allah izinkan, maka mujarablah ayat yang dibaca. tapi jika tak, siapa lagi yang boleh ubah?

sihir yang dikenakan kepada nabi muhammad berlaku pun dengan izin Allah. bukannya bermaksud sihir tu terlalu kuat hinggakan seorang nabi, kekasih Allah pun boleh ditimpa mudarat. yang memberi mudarat tu tetaplah Allah, sihir tu hanya penyebab saja.

cuba kita perhatikan orang kafir juga berdoa dan kita dapat lihat kadang-kala apa yang mereka hajatkan tu tercapai juga. contohnya mereka memuja kubur-kubur lama yang dianggap keramat untuk mendapatkan nombor ekor. bila tikam, nombor mengena pula. sebenarnya jika Allah nak menyesatkan seseorang, takde siapa pun yang boleh berikan petunjuk. sama juga dengan jika Allah hendak memberikan petunjuk kepada seseorang, takde siapa pun yang boleh menyesatkkannya.

22 September 2010

kisah hidup

aku buat blog bukan untuk orang baca atau bagitau kisah hidup aku. aku buat blog supaya satu hari nanti bila aku ada masa, aku dapat imbas kembali kisah hidup aku melalui blog yang aku buat.

aku memang suka menulis. sejak zaman sekolah aku dah ada diari. masa tu aku pakai wordstar. diari aku simpan dalam disket saja. tiap-tiap petang bila ada masa aku akan update diari aku. siap dengan tarikh. cukup setahun aku baca semula. lepas tu aku mula tulis dalam diari biasa. tapi tak seronok sebab tulisan aku tak cantik.

lama aku berhenti menulis, sampailah wujudnya streamyx. tulisan aku banyak dalam blog friendster. lepas tu aku stop sebab frienster macam tak best. facebook takde blog. sekarang aku baru kenal blogspot. dulu aku tak pernah tau pun blog tu benda apa.

dah dekat pukul 5.30. aku nak bersiap-siap untuk balik.

bebas

sebenarnya aku tak suka orang baca blog aku. buat aku rasa tak bebas.

20 September 2010

fuel pump

tak tahulah orang lain macam mana, tapi aku akan berasa susah hati kalau kereta buat hal. 2 hari lepas vr4 aku tak boleh start. padahal sebelum tu elok saja. mati akal juga aku dibuatnya. apa kaitan tak boleh start dengan central locking system?

nasib baik ada juga pomen dekat rumah. dia tolong tengokkan. fuel pump menjadi suspek utama kegagalan enjin untuk hidup. hari ahad mana ada kedai buka pun. lagi pun kereta turbo bukan semua orang boleh buat melainkan mereka yang biasa bermain turbo saja. kalau secara teori ramailah yang nak tunjuk pandai, masuk bab aplikasi hampir semua yang tunjuk pandai tu gagal.

kos barang & upah menyebabkan rm400 simpanan aku melayang. sedih pun tak guna. yang penting kena cari semula. orang kata setiap sesuatu tu ada hikmahnya. aku rasa hikmah aku ialah dapat menggantikan fuel pump asal kepada fuel pump 1JZ (haha...enjin toyota 6 silinder, 2500cc) lepas test drive memang aku berpuas hati dengan prestasi pam minyak ni. tapi tak taulah selama mana ia akan bertahan. tangki minyak saga mungkin punca utama fuel pump vr4 yang asal aku rosak. sebabnya? tangki saga original adalah 'flat' dan bila minyak dalam tangki agak kurang, pam tu takkan dapat sedut minyak secukupnya untuk dihantar pada enjin. tambah pula kalau tengah ambil selekoh, minyak/petrol mesti akan ikut momentum kereta.

biasanya fuel pump akan cepat rosak bila sedut angin. itulah masalah terbesar aku sehingga ke hari ni.

17 September 2010

mudah

aku bukan jenis yang suka bertanya mengapa begitu begini terjadi dalam hidup aku? mengapa tak terjadi kat orang lain? pada aku, orang yang suka mempersoalkan sesuatu adalah orang yang 'leceh'. lebih baik mencari jawapan daripada bertanya soalan-soalan macam tu.

kenapa aku kata macam tu? sebab kita takkan dapat jawapan terus dari Tuhan kalau kita bertanya begitu. manusia dikurniakan akal, jadi lebih baik berfikir. hidup aku mudah kerana aku suka berfikiran mudah. tapi tak bermakna semua perkara aku ambil mudah dan tak serius.

contoh paling senang ialah kat kedai makan. pernah tengok bagaimana orang pilih lauk? dalam ramai-ramai beratur dia masih lagi 'blur' tak tau nak letak lauk apa. menceduk pun terhegeh-hegeh. orang macam ni memang lembab merancang apa yang dia nak buat. kalau dia memandu, dia akan teragak-agak untuk keluar simpang lalu menyusahkan pemandu lain di belakang. nak makan pun susah, nak bawa kereta pun susah. senang cerita, hidupnya sepatutnya mudah tapi 'dipersusahkan' oleh diri sendiri. buat apa?

malu

kenapa la artis sekarang ni sibuk nak cerita hal rumah tangga kat dalam media. dia bangga ke apa? dulu masa bercinta semuanya baik-baik belaka. dah bercerai berai keburukan demi keburukan didedahkan. masyarakat melayu pula memang suka dengan cerita-cerita macam ni. mentaliti yang sangat kolot dan mundur.



ni bukanlah yang terakhir. lepas ni pasti ada lagi. dulu dia yang nak berpisah sangat. berpisah la cara baik. tak boleh tengok bekas suami senang ke? mangkuk!

14 September 2010

terkejut

aku rasa seluruh negara dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam jutawan kosmetik. dalam pada pihak polis yang sentiasa mengumumkan kadar jenayah negara berkurangan, dalam pada itu juga jenayah terus berlaku. makin hari makin parah. mengapa?

kalau benar penjenayah sudah gerun pada undang-undang, mengapa keadaan ni menjadi semakin teruk? jika penguatkuasaan dilakukan berterusan, kenapa setiap hari kita mendengar bermacam-macam kes jenayah berlaku?

atau adakah yang takut kepada polis itu hanya orang awam biasa dan bukan mereka yang melakukan jenayah? adakah penjenayah beranggapan bahawa pihak polis selalu mencari "kambing hitam dalam" menyelesaikan sesuatu kes supaya KPI mereka meningkat?

penjenayah sekarang bukan lagi mereka yang dihidup susah dan terpaksa melakukan jenayah untuk sesuap nasi. penjenayah sekarang bukan lagi mereka yang bodoh tak lulus SPM atau tak pandai berbahasa inggeris. penjenayah zaman sekarang adalah mereka yang terpelajar, berstatus, berjawatan dan bergaji tinggi. penjenayah seperti ni lebih kejam daripada mereka yang mengugut dan merompak kedai emas.

mereka bermuka-muka, berselindung disebalik segala kebaikan yang sengaja diada-adakan. adakah pihak polis pilih bulu dalam menyelesaikan kes-kes jenayah berprofil tinggi? mungkin ya dan mungkin tak. entahlah, tapi bekas KPN yang tak disambung kontraknya telah pun bersuara bahawa terdapat tekanan daripada pihak luar ke atas polis yang menjalankan siasatan berkenaan kes-kes tertentu.

tapi kenapa baru sekarang beliau nak bersuara. siapa yang akan mendengarnya? beliau dah takde 'kuasa' lagi. selamat menjadi orang awam yang boleh diperlakukan apa saja. kadang-kadang kelakar juga. nak pencen ni macam-macam nasihat yang diberikan. mungkin 4 tahun lebih tak cukup baginya untuk memperbaiki PDRM. atau mungkin beliau belum puas 'berkuasa', siapa tahu?

apa pun pihak polis tak seharusnya dipersalahkan 100% dalam peningkatan kes-kes jenayah dalam negara ni. ada dikalangan mereka yang benar-benar ikhlas melindungi keselamatan rakyat negara ni. cuma memang tak dinafikan juga, imej buruk memang sentiasa terpalit ke atas mereka.

mungkinkah juga pihak PDRM sibuk melindungi kepentingan beberapa tokoh politik tertentu dengan menumpukan perhatian kepada orang yang tidak sehaluan dengan kerajaan seperti pendemo-pendemo jalanan daripada menumpukan perhatian kepada kes-kes jenayah yang semakin lama semakin rumit.

dalam kes terbaru polis tembak budak, berapa ramai penjenayah professional ketawakan saja pihak polis. mereka langsung tak dapat nak bezakan antara penjenayah dan kanak-kanak bawah umur. malang sungguh nasib PDRM kerana masih memiliki anggota yang gila kuasa, bodoh, sombong dan pentingkan diri sendiri.

aku ingat lagi apa kata KPN waktu kes tu. pihak polis mesti bertegas dalam kes seperti tembak budak ni supaya orang ramai takut pada polis. maksud beliau tu aku faham, iaitu polis takkan semudah tu nak mengaku salah. tapi ayat beliau tu tak kena sebab menyatakan 'orang ramai', bukan penjenayah yang perlu takut pada polis. jadi bila penjenayah tak takut polis faham-faham sendirilah.

mungkin lebih baik pihak polis buat sesuatu untuk mengambalikan maruah mereka. bila mereka ada maruah, orang awam secara automatiknya akan hormat dan pandang mulia kepada pasukan mereka. tapi bila maruah pasukan mereka takde, siapa yang nak hormat? takut? mungkin mereka beranggapan bila orang ramai takut kepada pasukan polis maka jenayah akan turun. tapi konsep kuno tu sebenarnya tak sesuai lagi digunapakai zaman sekarang. kembalikan integriti polis dan maruah pasukan akan kembali pulih seterusnya akan membawa rasa hormat masyarakat kepada pasukan mereka.

tapi ramai juga polis merasakan mereka perlu dihormati dengan cara memeras ugut pesalah, pukul suspek dalam lokap, tembak budak bawah umur (konon sharp shooter la ni...) dan pelbagai lagi kes salahlaku. hormat adalah sesuatu yang perlu diperolehi bukan sesuatu yang boleh didapati dengan cara-cara tertentu. ingat tu.

13 September 2010

rancangan

rancangan tv waktu raya kali ni memang tak boleh blah langsung. balik-balik senario, tongga, lawak bodoh sepah dan macam-macam lagi yang membuatkan masyarakat melayu kita nampak seperti masyarakat yang kurang cerdik. kenapalah diaorg ni membazir buat rancangan bertaraf longkang? dan kenapalah ada orang yang suka tengok rancangan-rancangan macam ni?

aku memang tak boleh blah kalau tengok rancangan menyanyi-nyayi dan lawak bodoh ni. rasa membazir betul beli tv dan pasang astro. sejak si apek masuk tv pasal isu dadah, lagilah aku takkan tengok filem yang dia berlakon. buat apa jadikan penagih dadah idola? lembu pun tak macam tu.

jadi apa aku buat? pusing-pusing dengan vr4, tidur, main-main dengan anak atau pun jumpa member-member. tu semua lebih baik daripada menonton tv waktu raya. malah lebih baik tersangkut dalam jem daripada stuck depan tv.

alamak, esok nak kena ke pejabat. mood raya masih kuat lagi. tapi aku tak kisah. aku tak pernah pun benci kerja aku. cumanya esok pasti sunyi di pejabat sebab ramai staf masih lagi cuti. sesetengah orang benci hari isnin dan rasa malas yang teramat sangat pada hari tu. aku rasa semua hari adalah sama.

tahun depan insya'allah anak aku akan berumur setahun. macam manalah agaknya dia nanti. mungkin aku akan banyak berjalan ke rumah sanak saudara raya tahun depan. itulah yang aku nampak buat masa ni.

malam semalam aku keluar dan balik lewat lagi. tetap minum nescafe. dulu aku dah berhenti sebab pening. sekarang tak pening pula.

petang ni aku nak pergi beraya lagi. semalam masalah kipas vr4 dah selesai. kena la rm25, oklah daripada enjin pecah. petang ni sangat panas dan malam selalunya hujan. apa aku nak tulis lagi pun aku tak tau....

12 September 2010

lembab

waktu raya ni aku jumpa ramai pemandu yang berpotensi terlibat dalam kemalangan. mereka yang memandu terhegeh-hengeh macam kura-kura. bila nak memotong macam kura-kura. keluar simpang terus macam kura-kura. bodoh pun macam kura-kura jugak. mereka ni pentingkan diri sendiri. tak fikir langsung tentang pemandu lain yang terpaksa membrek semata-mata nak bagi laluan.

kipas

tiada apa yang paling mengecewakan bila enjin menghampakan disaat-saat pecutan diperlukan. masalah panas terus menghantui vr4 aku bila sebelah kipas radiator jem. walaupun sistem aircon dah dibuang, tapi kipas tambahan yang jem tu menghalang angin daripada menyejukkan radiator dengan berkesan. akibatnya, enjin tersangkut-sangkut waktu minyak ditekan lebih.

angin waktu tengahari juga seolah-olah langsung tak membantu menyejukkan enjin. tambahan pula memandu di kawasan yang banyak selekoh dan banyak kereta lain, laju mana sangat boleh lari. kalau kat hiway, mungkin senang sikit sebab boleh pecut. enjin confirm tak panas sebab angin kuat.

kesimpulannya, esok beraya di kedai je la buat wiring baru untuk kipas tu.

07 September 2010

servis

musim perayaan membuatkan bengkel-bengkel kereta tak menang tangan. termasuklah pusat-pusat servis. bagi mereka yang rajin servis kenderaan, apa yang diservisnya? pusat servis kenderaan ni sebenarnya macam pusat 'sembelih' pelanggan saja.

tukar minyak hitam sampai ratusan ringgit sedangkan kalau beli sendiri dan suruh pomen buat baru berapa puluh saja. mengapa? sebab mentaliti orang-orang yang malas nak ambil tahu pasal kereta ni percaya bulat-bulat pada pusat servis. barang-barang di pusat servis dibekalkan oleh pembekal yang sama juga dengan kedai-kedai alat ganti yang lain.

contohnya kalau air filter wira di pusat servis proton mungkin mencecah rm25-40, tapi di kedai-kedai alat ganti hanya sekitar rm15-20 saja. itu baru air filter. bagi mereka yang senang terpengaruh pula, pusat servis akan menawarkan khidmat full servis (full sembelih). ini meliputi minyak enjin, air & oil filter, brek (pads & oil), clutch, timing belt dan pelbagai lagi.

brek pad hadapan waja ( 1 set) yang baik berharga sekitar rm50-58 di kedai alat ganti. harga yang lebih kurang juga untuk pad brek belakang. biasanya pomen akan ambil upah sekitar rm20-30 saja untuk tukar kesemua pad brek tu. jadi harga keseluruhan hampir rm150 di bengkel biasa. bayangkan kalau pergi ke pusat servis, paling kurang kena rm250. katanya barang 'ori'.

sebenarnya sama saja. jika kita pergi ke kedai alat ganti, kita minta sajalah alat ganti tulen. tak percaya, pergilah cuba. hantar servis pun kereta nasional, bukannya mercedes atau bmw yang perlukan mekanik khas untuk menala kenderaan.

bandingkan budak (mekanik) yang kerja di pusat servis proton/perodua dengan mekanik bengkel, siapa yang lebih hebat membaiki enjin? budak pusat servis hanya belajar basic, pengalaman dah tentu kurang.

lagipun, pusat servis bukanlah cawangan pembuat kereta tu sendiri. contohnya, pusat servis proton bukanlah ditubuhkan oleh pihak proton. sesiapa saja boleh buka pusat servis macam ni. mereka hanya menggunakan nama 'pusat servis proton' saja. takde apa-apa yang istimewa pun.

untuk apa buang duit di pusat-pusat servis jika kita boleh dapat khidmat yang lebih murah dan baik di tempat lain? kalau dalam business, itulah kuasa jenama (brand power). orang akan pergi sebab pusat servis tu membawa reputasi jenama pengeluar kenderaan tu sendiri. cuba letak pusat servis malek ke, siapa yang nak pergi? kawan-kawan malek sajalah.

tak rugipun kalau ambil tahu pasal enjin dan kereta. benda-benda ni akan menolong kita supaya tak mudah ditipu. takde la tiap kali tiba musim perayaan, ramai yang mengeluh kos servis kenderaan tinggi.

aku tukar minyak hitam pun bagi upah rm5 je. oil filter rm8 (kalau kat proton rm18), minyak hitam beli sendiri. pilihlah jenama apa yang kita rasa sesuai, jangan asyik pakai minyak mahal je tapi tak tau langsung faedahnya. bukanya semua yang mahal tu sesuai dan bagus.

minyak hitam/enjin perlu sesuai dengan kegunaan harian kereta kita. kalau pakai proton saga BLM 1.3, guna pula minyak sintetik yang harganya dekat rm200 apa faedahnya? bukannya nak pergi berlumba pun. pakai minyak biasa sudah. beza minyak biasa (organik) dan sintetik ni banyak. minyak hitam biasa/organik adalah 100% minyak yang disedut dari dalam tanah melalui beberapa proses penyulingan tertentu. minyak hitam sistetik pula adalah minyak hitam tiruan yang mempunyai campuran kimia daripada pelbagai bahan dan dibuat supaya dapat menyaingi minyak hitam organik. sebab tu la mahal. lagipun, minyak sistetik ni nipis, kalau nak main lumba kereta sesuai sangatlah.

jangan ingat kalau saga blm tu pakai minyak hitam sistetik lagi laju daripada pakai minyak hitam biasa. budak-budak kereta baru nak naik je fikir macam tu. beza utama kedua-dua minyak ni ialah berapa lama tahan sebelum tukar baru. minyak hitam organik biasanya kena tukar selepas 3,000-5,000km perjalanan, manakala minyak hitam sintetik boleh bertahan sehingga 10,000-15,000km. ada yang sampai 20,000km juga. lagi tinggi lagi la mahal.

pakailah minyak apa pun asalkan jangan terpakai minyak recycle sudah la. mau jahanam enjin. biasanya minyak recycle ni dijual terlalu murah, antara rm18-25 je untuk botol 4 liter. jenama pun ntah apa-apa. tapi ada juga yang pakai jenama ternama. apa boleh buat, kalau dah nak kena tipu. tapi bagi yang pandai, warna dan bau minyak tu boleh membezakan minyak baru atau recycle.

filem

dalam usaha menghilangkan bosan yang mencengkam kat ofis ni, aku layan cerita Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon. sebenarnya aku tak suka langsung tengok cerita perang lama yang lawan pakai pedang dan anak panah. takde letup-letup. tapi dah takde cerita lain lagi dah, apa nak buat?

makin lama aku tengok makin best pulak cerita ni. biasalah, dari kecil aku memang suka tengok cerita cina (hong kong). hero pula andy lau, siapa tak kenal. banyak la juga pelakon terkenal yang lain. cerita ni memang menggabungkan aksi dan strategi perang yang menarik.





elemen cinta langsung tak ada. semuanya tentang perang. kan bagus kalau pengarah filem negara ni dapat buat filem macam ni. mungkin 20-30 tahun lagi pun kita masih belum mampu buat. dengan adanya sekatan-sekatan oleh finas dan lembaga penapis filem negara, filem kita layak untuk dunia kelas ketiga sajalah nampaknya. siapa yang nak tengok kalau bukan bangsa kita sendiri?

idea kreatif pengarah-pengarah kadang-kadang dihadkan oleh mereka ni. nak buat filem, banyak pula syarat dan peraturannya. nak buat adegan tembak-menembak, kena guna pistol air. ingat penonton tak dapat nak bezakan pistol betul dengan palsu?

kesimpulannya, selain filem lawak bodoh seperti senario, kita hanya boleh buat filem-filem cinta bodoh saja. filem seram kita pun tak berapa nak seram kerana hantu kita suka tayang kuku. filem patriotik tentang kebangkitan rakyat melawan penjajah langsung tak dibikin dah zaman sekarang. mana nak cari meriam air & senapang air yang mirip senjata sebenar? di sinilah sekatan-sekatan tadi menghalang kemjuan filem kita.

tiap kali musim kemerdekaan, filem bukit kepong jugalah yang ditayangkan. tu saja yang betul-betul gempak kerana menggunakan senapang betul. telefilem gerak khas pun guna pistol air saja. senang cakap, takkan industri filem kita maju punyalah!