31 August 2010

cina

api perkauman yang ditiup telah pun semarak kembali. ini yang diinginkan beberapa orang pemimpin peringkat tertinggi negara ni dalam mengalih perhatian masyarakat kepada isu yang lebih utama. secara tak langsung, pembangkang juga akan membuang masa mereka dengan bermain isu ini. nampaknya perhatian semua pihak sekarang tertumpu kepada isu yang telah dirancangkan.

sebenarnya yang rugi bangsa melayu juga. bila isu perkauman dimainkan, mereka akan bergaduh sesama mereka dan kaum cina akan bersatu tanpa mengira pandangan politik. lihat saja aksi namawee yang memang terkenal dalam mencuri tumpuan orang ramai di youtube. ada kerajaan kita ambil tindakan? kalau berani ambillah, kerana MCA dibelakang cina ni sorang ni. tapi kalau namawee seorang melayu, aku amat pasti beliau akan ditangkap, disumbat ke dalam lokap dan dibelasah cukup-cukup. kemudian akan keluarlah kenyataan daripada pihak yang berkenaan bahawa beliau membelasah dirinya. beruntung sungguh orang cina negara ni kerana pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan ke atas bangsa mereka dalam isu ni.



lagipun, nak ambil tindakan macam mana? kalau namawee ditangkap, isu ini akan senyap sunyi. namawee adalah orang yang merancakkan ini dan menyemarakkan lagi isu perkauman di negara ini. beliau adalah orang/aset penting bagi sesetengah pemimpin kita dalam membuatkan rakyat menumpukan perhatian dalam memperjuangkan kaum masing-masing. ya, itulah sebab utama namawee takkan ditangkap.

jika ditangkap, rakyat akan takut untuk bercakap lagi. isu ni akan lenyap begitu saja. mereka perlukan namawee. walaupun mempersenda lagu negaraku, memperlecehkan bangsa melayu malah jika beliau mempersendakan agama islam sekali pun tak mungkin dia ditangkap. takkan kerajaan nak hilang sokongan MCA? sedangkan presidennya mempersendakan islam pun tak berani ditegur oleh sekutunya, inikan pula anak buahnya.

itulah aku kata, cina kat malaysia ni untung cuma mereka saja yang tak nampak. melayu saja masih lagi bodoh seperti beratus tahun dulu. dok bergaduh pasal isu masuk cina surau. bukan setakat melayu, ulama pun tak sependapat dan membidas pandangan serta pendapat ulama yang lain. ulama muda vs ulama veteran. aduh melayu....., kalau tak gaduh sesama sendiri bukanlah melayu namanya. kopiah 24 jam atas kepala, ijazah dari mesir,syiria dan ntah apekebenda lagi pun kalau dah melayu tetaplah melayu....

27 August 2010

konfrantasi

marah betul rakyat indonesia sampai bakar bendera kita. namun disebalik semua tu, aku lebih suka mencari sebab berlakunya perkara macam ni. jika kita dengar cerita sebelah pihak, tentulah kita saja yang betulnya. tapi jika kita betul, kenapa ada pihak pula betul-betul melenting?

menurut media indonesia, mereka marah kerana pihak berkuasa malaysia menangkap kakitangan/petugas kementerian kelautan & perikanan (KKP) indonesia dan dilayan seperti penjenayah. kita sendiri pun faham bagaimana layanan polis jika menangkap suspek dan orang awam yang berdemonstrasi. tak payah cerita lagilah. jadi, jika isu ini timbul, kita kena terima. mereka marah disebabkan layanan kita!

aku melihat isu ni boleh diselesaikan awal, tapi pihak kementerian luar kita tidak bijak. sebaliknya memandang perkara ni sebelah mata. sekiranya pihak kementerian luar mengambil langkah segera, tentu tak terjadi seperti ni. bukanlah bermakna kita sujud atau tunduk kepada indonesia, tapi bijak tu satu kelebihan yang kita perlu ada untuk mengelakkan situasa seperti ni.

mungkin pihak berkuasa kita salah dan mungkin tak. tapi sekarang semuanya dah berlaku dan mustahil boleh diundurkan masa. permohonan maaf serta layanan yang lebih baik mungkin dapat memadamkan api kemarahan mereka. tapi tak mungkin pula kita akan lakukan. kita terlalu ego. kita memandang indonesia sebagai negara di bawah tapak kaki kita. betul tak?

sedangkan indonesia pada asasnya mempunyai banyak kelebihan daripada kita. media mereka lebih bebas, pendapat rakyat mereka didengar dan kebebasan bersuara mereka lebih baik daripada negara kita. kita selalu bandingkan KLIA, KLCC dan litar sepang dengan apa yang mereka ada. jangan kita ingat kita lebih bagus daripada mereka hanya kerana kita merasakan negara kita lebih kaya daripada mereka.

indonesia mempunyai kekuatan tentera serta bilangan kelengkapan pertahanan yang jauh lebih baik daripada kita. pernah kita terfikir? pesawat kita semuanya boleh dibilang dengan jari, mereka? bila kedaulatan ruang udara kita diceroboh oleh singapura, mana ada menteri dan rakyat kita yang berani menentang secara terang-terang? tapi di indonesia tak seperti tu. 3 orang saja kakitangan KKP mereka diperlakukan seperti penjenayah oleh pihak berkuasa kita sudah cukup untuk membuatkan rakyat mereka telah bangkit menyatakan ketidakpuasan hati.

jika benar petugas KKP mereka bersalah, dakwa saja di mahkamah. jika tidak, mohon saja maaf atas segala kesulitan yang berlaku. kenapa berkeras sangat? sejak bila mengalah tu bermaksud kalah? kadang-kadang sesetengah pemimpin negara ni yang lembab bertindak, menggunakan rakyat sebagai perisai cemuhan serta cacian daripada negara-negara lain. mereka membuatkan seolah-olah kita tak pernah buat salah kepada negara lain dan kita sentiasa betul dalam apa juga yang kita lakukan.

bila berlaku perkara macam ni, sesetengah kita menjadi bengang dan marah tanpa berfikir panjang. hina sangatkan bangsa indonesia sampai kita sentiasa memandang rendah kepada mereka? pernah kita terfikir yang mereka tak suka dan berasa terhina jika kita memanggil mereka indon? kalau mereka bakar bendera kita, salahkanlah pihak yang membenarkan perkara ni terjadi, jangan salahkan orang lain.

kita juga jangan lupa, mereka pun bangsa melayu. betul, ada antara mereka yang menjadi penjenayah, pembunuh dan pencuri di negara ni, tapi bukan itu persoalan utamanya. rakyat kita sendiri pun lebih kejam daripada tu. ramai yang buang bayi, sembelih anak dan ibu bapa sendiri. jadi, kita perlu tolak semua tu ketepi.

mari lihat dari sudut yang positif. kita selalu denganr ayat mengatakan malaysia dan indonesia serumpun. sama agama, bangsa dan pertuturan. mengapa suka cari pasal dengan mereka? negara mereka miskinkah sangatkah sehingga terpaksa meminta sedekah daipada negara kita? atau negara kita kaya sangatkah sehinggakan tak perlu apa-apa daripada mereka? pokok pangkalnya ialah kerana kita merasakan diri kita terlalu bagus sebab tu kita tak pernah cuba untuk buka minda untuk menghayati isu ni.

26 August 2010

tenang

lepas kena dua gelas nescafe ais, memang kepala aku pening. tapi kalau tak kena, esok aku akan terbayang-bayang. gila punya penangan kafein. mengantuk yang ditahan-tahankan.

nak pergi tenangkan kepala sekejap....

25 August 2010

kung fu

aku baru bangun dari tidur. tapi jam baru pukul 12 tengah malam. layan pulak cerita drunken master.



sebenarnya hampir 20 tahun dulu, aku selalu ulang-ulang cerita ni dengan video player kat rumah. tak pernah bosan langsung. ada juga adegan-adegan yang aku tiru, contohnya pecahkan biji geta dengan tangan. tak pun, hentak biji getah tu kat kepala adik aku. budak-budak, manalah nak fikir panjang.

cerita ni memang mengimbau kembali kisah hidup aku masa kecil-kecil dulu. seronok....

check & balance

disebabkan bosan takde apa nak buat, aku pun capai saja berita harian di depan mata ni. selalunya aku takkan baca surat khabar kerana isinya mengarut. lebih baik baca komik. tapi di pejabat manalah ada komik.

aku tertarik diruangan surat pembaca. "harga insurans tak munasabah". katanya dia nak renew insurans motor lama pun kena caj sampai rm196. nak renew insurans kereta tak mampu kerana loading yang tinggi dan terpaksa beli insurans first party. harga keretanya, proton saga tahun 1989, hanya sekitar rm4,000 tapi terpaksa 'menginsurans'kan kereta pada harga rm10,000.

aku tertarik pada akhir ayatnya, "kerajaan, ambillah tindakan...". pertama sekali, orang macam ni adalah orang yang cepat marah tanpa berfikir panjang. mengapa? dia nak marah pada syarikat insurans sedangkan yang meluluskan loading insurans yang tinggi dan 'player' utama penghapusan insurans third parti adalah kerajaan sendiri. kerajaan buat begini supaya orang ramai jual kereta mereka dan beli kereta baru. atau dalam ertikata lain, untuk merancakkan ekonomi negara yang lembab, kerajaan perlu menggalakkan orang ramai berbelanja walaupun terpaksa berhutang.

dengan kadar insurans kenderaan lama yang tinggi, kerajaan berharap rakyat akan membeli kenderaan baru. secara teorinya, kenderaan murah dan mampu milik hanyalah daripada pengeluar proton dan perodua. jadi, tentu saja belian kenderaan-kenderaan sebegini akan meningkat. ini akan menambahkan lagi keuntungan syarikat-syarikat berkenaan yang kita semua tahu seperti lubuk emas bagi tokoh-tokoh politik tertentu.

kesian betul orang tu. macam manalah kerajaan nak ambil tindakan pada syarikat-syarikat insurans yang mematuhi peraturan yang ditetapkan? dia mesti orang kampung. sebab orang kampung selalunya macam ni. mereka jarang berfikir panjang kenapa syarikat insurans mengenakan caj yang tinggi. mereka percaya bulat-bulat apa yang disuapkan kepada mereka melalui akhbar standard dan berita yang keluar di tv.

alasan bahawa loading yang tinggi terpaksa dikenakan ke atas kenderaan lama kerana banyak terlibat dalam kemalangan/kehilangan adalah bertujuan memperbodohkan dan meremehkan masyarakat. siapa nak curi kereta lama? siapa nak buat tuntutan kereta lama hilang jika ianya third party? semua orang tahu, insurans third party tidak melidungi pemilik, sebaliknya pihak ke-3 sahaja.

pemilik kenderaan lama rata-ratanya orang kampung. majoriti mereka terdiri daripada melayu yang percaya bulat-bulat kepada melayu di bandar. yang selalu terlibat dalam kemalangan dan kehilangan kenderaan adalah kenderaan baru dan mewah, bukan kenderaan lama. bayangkan berapa banyak kenderaan lebih 15 tahun boleh pecut macam persona ataupun vios?

jadi, untuk 'cover' kos tuntutan yang tinggi daripada kenderaan-kenderaan baru, orang-orang kampunglah jadi mangsa. macam tak biasa pula mereka ni. seperti saman ekor, tak mungkin kerajaan akan mansuhkan kerana ini adalah cara termudah dan pantas untuk memenuhkan kantong kerajaan. mana mungkin dimansuhkan? tapi beberapa orang pemimpin dalam kerajaan bijak. mereka mengusulkan supaya saman ekor dikaji semula walhal mereka juga sebenarnya yang membuat keputusan tidak akan tarik balik saman ekor.

akhirnya, orang ramai akan marah pada polis. mencemuh polis dengan pelbagai sumpah seranah. kita kena ingat, polis menjalankan tugas mengikut apa yang diarahkan. mengapa kita tak berfikir jauh sedikit tentang siapa yang memberi kuasa kepada polis melaksanakan saman ekor? jika pihak berkenaan memberi kuasa, apakah ia tak boleh tarik semula arahan tersebut? fikirkan sendiri. jangan hanya baca dan terima bulat-bulat daripada akhbar.

sampai bilalah orang kampung nak maju kalau berfikiran begini? mereka selalu ditindas oleh orang yang mereka harapkan sama ada mereka sedar ataupun tak sedar. mereka jugalah yang selalu ditipu demi kepentingan beberapa kerat melayu yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. mereka akan terus kekal sebagai manusia yang suka ditipu kerana lemahnya daya fikir dan merasakan apa yang mereka ada sudah cukup selesa.

melayu perlu ada 'semak dan imbang' (check & balance) barulah kita tahu cerita sebenar disebalik sesuatu. atas nama memajukan/memodenkan melayu, golongan luar bandar menjadi mangsa, ditindas dan dijerut leher mereka untuk memperkayakan segelintir manusia berbangsa melayu yang tamak dan rakus.

setiap kali harga sesuatu barang/perkhidmatan naik, peniagalah yang terpalit lumpurnya. sedangkan mereka ditekan oleh kos-kos sampingan lain oleh pihak kerajaan yang menyebabkan harga barang/perkhidmatan terpaksa dinaikkan.

24 August 2010

relevan

realitinya PAS takkan menjadi pilihan langsung sekirannya tidak ada PKR. senang cerita, kombinasi PAS dan DAP perlukan sentuhan ajaib anwar ibrahim. beliau memang seorang yang berkarisma.

apa pun penyokong PAS nak kata, katalah. mengkritik PAS tak pernah sama dengan mengkritik Islam, sebab Islam bukanlah PAS cuma PAS yang Islam. DAP pula bukanlah satu parti yang akan membela melayu. mereka akan menyama-ratakan hak-hak semua kaum di malaysia. itu sebabnya mereka pernah digelarkan parti komunis oleh sesetengah pihak. dan sebab tu lah juga cina tak kisah nak sokong MCA atau DAP atau Gerakan. semua parti ini membela nasib mereka. cuma golongan melayu saja yang tersepit.

andaikan anwar tiada, siapa pelapis dalam Pakatan Rakyat yang ada? mereka macam kucing dan anjing. bergaduh tak henti-henti dan tak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

mengapa aku kritik PAS? dalam PAS ramai ustaz yang mulutnya lancang mengalahkan perempuan jalang. mereka fasih mengaji, bertadarus dan pandai bernasyid tapi malang sekali akhlak mereka sama rendah saja dengan orang yang mereka kutuk. malah dalam sesetengah keadaan mereka lebih teruk. lihat saja di Youtube, kita memang kenali siapa mereka.

mereka mengajak orang kepada Islam dengan pendekatan macam taliban sedangkan sejarah Islam berkembang tidak begitu. apa pilihan yang kita ada? kita tetap dalam perpecahan. ungkapan 'takkan melayu hilang di dunia' mungkin telah ditukar daripada ungkapan sebenarnya iaitu 'takkan melayu bersatu'. ini lebih realistik.

walaupun ada ulama di dalam PAS namun bukan semua ulama terjun ke dalam parti tu. ulama yang tak menyokong PAS disifatkan sebagai ulamamak oleh penyokong-penyokong mereka. mereka mengutuk dan mencela ulama-ulama yang tak sependirian dengan mereka. inilah budaya PAS dan tentunya sama sekali bukan budaya Islam.

jika kita cuba berdebat dengan ahli PAS, mereka dengan bangga menunjukkan kemajuan memerintah kelantan. betapa rakyatnya hidup aman damai dan sejahtera. jika benar kelantan bagus sangat, takkanlah orang kelantan berpusu-pusu keluar daripada negeri tu bermastautin di tempat-tempat lain? tapi takkanlah mereka nak mengaku.

itulah penyebab kenapa PAS gagal mendapat sokongan majoiti melayu dan mengapa UMNO masih relevan. modal paling besar mereka, HUDUD. macam cerita P.Ramlee, 'siapa tak nampak, tandanya dia nak mampus'. dalam pendekatan PAS, siapa tolak hudud, mereka adalah kafir. senangnya mereka mengkafirkan orang lain.....

23 August 2010

jangan bimbang

makin hari makin hangat isu perkauman. jujur aku katakan aku tidak terlalu perkauman. secara normalnya isu perkauman akan dimainkan bila menjelang pilihanraya ataupun untuk mengalih perhatian mesyarakat terhadap sesuatu isu. bila perhatian mereka beralih, maka senanglah sesetengah pihak untuk 'buat kerja' mereka.

tapi kini isu perkauman dimainkan terlalu kerap dalam media cetak dan elektronik. apa yang anda fikir? ini bermakna terdapat banyak isu panas yang boleh menjejaskan kedudukan sesetengah orang atau parti dalam kerajaan dan ia perlu dialihkan daripada pandangan masyarakat negara ini. umpama memberi bola kepada budak-budak, jadi mereka akan sibuk berebut bola sementara kita boleh lah makan dengan kenyang. mereka tetap akan berebut tanpa kesudahan.

pada aku mereka yang terlalu perkauman adalah mereka yang paling bengap dan susah nak maju. anda sendiri boleh lihat kaum yang mana satu. tak perlu nak marah-marah, lebih baik kita terima saja hakikat ni. kita semua sedang di'perbodohkan' oleh pihak-pihak tertentu.

kenyataan balas membalas antara pemimpin cina dan melayu sememangnya perlu dalam menyemarakkan lagi api ketidakpuasan hati antara dua kaum utama di negara ni. bukan aku tak melayu, tapi dah macam takda isu lain nak diutarakan lagi. balik-balik pasal hak-hak istimewa, kuota itu ini dan macam-macam lagi.

macam ni sajalah. nasihat aku kepada kaum cina:

anda tak perlu bimbang kerana kekayaan negara kebanyakannya dirasa oleh bangsa anda. hanya ada beberapa kerat sahaja melayu keparat di dalam kerajaan yang kononnya membela nasib melayu tapi sebenarnya mereka mengkayakan adik beradik mereka, keluarga mereka dan beberapa orang sahabat mereka saja. mereka tidak membantu pun melayu yang lain. mereka lebih kepada 'menggunakan' melayu yang lain untuk kepentingan diri mereka. mereka bukan serius pun membela nasib melayu.

lihat saja pemilikan tanah yang semakin hari semakin banyak dimiliki oleh orang-orang cina. biasanya orang melayu tidak akan membuat pembahagian harta sebelum mereka mati jadi lepas mereka mati, anak-anak akan berebut harta pusaka contohnya tanah. satu bidang tanah mungkin mempunyai lebih daripada 3-4 nama. jalan senang ialah menjual tanah tersebut. siapa lagi yang ada kuasa membeli kalau bukan kaum cina? walaupun tanah rizab anda tetap mampu memilikinya. bukannya susah, semuanya perlukan wang dan anda memang mampu.


selain daripada tu, kaum cina tak perlu bimbang kerana kaum melayu hanya pandai cakap tapi tak serupa bikin. mereka kuat menyalak kerana inginkan perhatian daripada bos-bos mereka supaya mereka boleh bertanding dan menjadi pemimpin pada masa hadapan. kaum anda nak berniaga apa pun boleh, tapi kaum melayu amat terbatas secara realitinya. siapa tokan dvd cetak rompak kalau bukan cina? siapa pula taiko-taiko gengster yang buka perniagaan peminjam wang (haram) kalau bukan cina? spa-spa dan rumah-rumah urut semuanya dimiliki oleh orang-orang cina. semua perniagaan ini haram disisi undang-undang tapi orang cina mampu berjaya. mengapa? kerana melayu boleh dibeli. anda (kaum cina) hanya perlu sediakan wang secukupnya kepada beberapa kerat melayu yang berjawatan besar dalam badan/jabatan penguatkuasaan tertentu/kerajaan setiap bulan untuk melindungi perniagaan anda. dengan ini dijamin tiada siapa yang akan ganggu bisnes anda.

anda nak risaukan apa lagi? kaum melayu takkan boleh menyaingi anda pun. walaupun banyak tender-tender kerajaan diberikan kepada bumiputera, anda harus faham mereka tiada modal dan sibuk bergaduh sesama sendiri. kalau mereka dapat projek, mereka akan beli bahan-bahan mentah daripada pembekal bangsa cina juga. ramai antara mereka juga yang sub-kontrak kepada bangsa anda. sekiranya anda mahukan juga tender kerajaan, ia tak sesusah mana pun. anda hanya perlu melantik seorang melayu menjadi pengarah syarikat anda dan kesemua pekerja anda adalah berbangsa cina. tiada masalah, siapa nak halang? letak saja syarat mesti pandai berbahasa cina, confirm tiada melayu yang akan apply kerja. dengan ini anda dah boleh masuk tender kerajaan.

apa lagi yang anda risaukan? oh ya, kemasukan ke universiti mungkin perit sedikit buat anda kerana perlu menyediakan wang yang banyak untuk anak-anak melanjutkan pengajaran ke peringkat lebih tinggi. itu pun sebenarnya takde masalah sangat. kalau kaum melayu mempunyai biasiswa, anda juga mempunyai banyak persatuan yang mampu memberi biasiswa/pinjaman kepada anak-anak anda. pasal pembayaran balik anda taka perlu risau kerana sekiranya anak anda dapat kerja nanti, gaji mereka akan lebih tinggi daripada mana-mana bangsa melayu pun walaupun jawatan anak anda sama atau rendah dengan melayu tadi.

bukan mudah untuk melayu bersatu. mereka suka pentingkan diri sendiri dan bergaduh sesama mereka. mereka hebat dimulut tetapi anda hebat dari segi aset dan kewangan. anda mudah menolong bangsa anda sendiri sedangkan ini tiada dalam prinsip hidup seorang melayu. kalau ada pun, hanya dimulut..... dimulut saja. tak perlu risau.

cuma satu saja pesan aku kepada bangsa cina. jangan sebut atau komen pasal islam. jika anda cuba sebut atau bangkitkan isu berkaitan islam nescaya seluruh melayu akan bergabung menentang anda tanpa mengira latar belakang atau ideologi politik. ini lumrah. mengguris hati umat islam negara ini umpama mencubit peha kanan, peha kiri tetap terasa. selagi anda tidak berbuat begitu, nescaya kekayaan negara ini adalah milik kaum anda.....dan beberapa kerat melayu saja. janganlah bimbang kerana beberapa kerat tu pun takkan mampu menjejaskan apa-apa kepada bangsa anda.

21 August 2010

duduk masjid

macam-macam dunia artis sekarang. nak duduk masjid pun kena bagitau surat khabar. duduk diam-diam tak boleh ke? mesti kena bagitau ke kalau nak jadi baik? kalau dah duduk masjid tu tak lain dan tak bukan, mestilah join golongan tabligh. mereka ni berniat baik tapi perlaksanaan tu kadang-kadang pelik.

maaf kalau topik ni agak berat. katalah apa nak kata, ni tetap pendapat aku. kat kawasan tempat aku tinggal, penagih dadah pun masuk tabligh. kalau dilihat sekali imbas, baguslah. mungkin dah sedar kot. tapi kalau fikir-fikir balik, bukan apa. dapat makan free, berjalan free dan yang paling utama tak perlu tidur bawah jambatan lagi.

tabligh dari segi maksud adalah menyampaikan. tapi kalau penagih pun ahli tabligh, tak tahulah apa yang mereka cuba sampaikan. pergerakan tabligh tak pernah menghadkan atau menapis ahlinya. mereka lebih suka kuantiti daripada kualiti. mereka banyak bercakap tentang neraka dan syurga tetapi memisahkan dunia dan akhirat. mereka cuba menjadi ahli sufi dengan melompat terus ke peringkat-peringkat tertentu tanpa menjalani fasa-fasa yang sepatutnya mereka lalui dari peringkat bawah.

mereka menolak dunia seolah-olah mereka tak perlukan dunia. jadi sia-sialah Allah menciptakan dunia? sedangkan Allah tidak pernah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. mengapa aku kata macam tu?

cuba kita lihat. sesiapa yang sertai tabligh kebanyakannya pasti akan 'keluar' tak kiralah 3 hari, 40 hari ataupun 4 bulan. anak bini confirm ke terjaga? tapi kalau dibangkitkan isu ni kepada ahli jemaah tabligh mereka akan menjawab Allahlah yang menjaga mereka. memang tak salah jawapan tu. tapi kita lihat seperti ada sesuatu yang tak kena.

kalau nak berdakwah, berdakwahlah kepada orang yang paling hampir dengan kita. anak isteri kita, adik-beradik kita atau saudara-mara kita. buat apa nak pergi 'keluar' jauh-jauh sampai ke india atau pakistan?

kadang-kala aku merasakan ahli jemaah tabligh seperti makhluk asing. cara mereka berfikir dan bertindak adalah pelik. mereka suka berjubah kusam, tidak kemas dan berbau busuk. ramai antara mereka adalah perokok tegar. tu belum dikira lagi berapa ramai penyangak, peragut dan penagih dadah dalam jemaah tu. sedar atau tidak, tak ada pula ustaz, mufti ataupun alim ulama sunnah wal jamaah yang sertai tabligh ni.

kenapa mereka 'keluar'? katanya tu sunnah nabi. iya ke? mana nasnya? nabi berpolitik, berperang dan bercampur gaul dengan orang ramai, itu apa?

sunnah pada syarak adalah perkara yang nabi saw jelaskan berkenaan al-quran dengan perbuatan. ia merupakan cara yang telah diikuti oleh para sahabat, sama ada dengan perkataan, perbuatan, taqrir dan tinggal. tapi golongan tabligh berkeras mengatakan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan adalah sunnah. jika dilihat daripada maksud sunnah tadi, keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah sunnah seperti dakwaan golongan tabligh, ia hanya sekadar ijtihad yang terhasil daripada nas.

dalil yang dipegang oleh golongan tabligh ni adalah daripada sebuah hadis:

“barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari didalam jamaah, dan dia mendapat takbirah al-ula (bersama Imam), di tulis kepadanya dua kelepasan, iaitu kelepasan daripada neraka dan kelepasan daripada nifaq"

hadis ni selalu keluar di tv3 masa aku sekolah dulu bila masuknya waktu solat. aku bukanlah bermaksud hendak menghalang orang-orang tabligh keluar 3 hari, 40 hari dan 4bulan atau berapa lama sekali pun tapi hanya nak menegaskan kepada golongan tabligh bahawa 'keluar'nya itu mesti beri’tiqadkan sekadar untuk mentarbiyyahkan diri bukannya 'keluar' itu merupakan perbuatan nabi saw.

golongan tabligh adalah golongan yang anti kemajuan, dan memandang remeh terhadap ilmu pengetahuan. mereka bercakap apa yang telah dicakapkan kepada mereka saja. mereka mengulang-ulang perkara yang sama dengan cara yang sama. bagi mereka, 'keluar' bermujahadah tu lebih penting daripada pergi sekolah ataupun belajar di universiti. secara tak langsung, 'keluar' tu lebih baik daripada menuntut ilmu.

satu lagi. mereka adalah golongan yang paling taksub dan fanatik terhadap maulana ataupun guru/ketua mereka. sebenarnya takde seorang pun daripada golongan tabligh yang memiliki kecerdikan seperti mana-mana imam 4 mazhab utama dalam islam. pengikut-pengikut tabligh seolah-olah terkena ubat bius sampaikan tak sedar langsung tanggungjawab mereka terhadap keluarga, bangsa, negara dan masyarakat.

asal usul pergerakan tabligh bermula pada tahun 1929 di india yang bertujuan untuk mengajak orang-orang hindu memeluk islam. tujuannya murni dengan 'keluar' bermujahadah (atau dipanggil khuruj dalam perkataan lain). cara ni memanglah sesuai dengan masyarakat india yang terkebelakang pada masa tu. tapi disebabkan mereka ni meremehkan ilmu pengetahuan, cara yang sama masih digunakan pada hari ni. manalah nak sesuai.

aku memang pengkritik yang keras ke atas golongan tabligh. banyak lagi cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan tabligh bukanlah salah satu daripadanya. mereka dilihat seolah-olah tekun beribadah tetapi mereka sebenarnya hanyut dalam dunia fantasi dan bida'ah yang mereka ciptakan sendiri.

kejam

manusia memang kejam. bukan makin maju makin kejam, tapi sejak dulu lagi. sejak berkembangnya manusia di muka bumi, sejak itulah manusia menjadi kejam. kisah habil & qabil telah membuktikannya. jika sekarang kita tak putus-putus dengan kes buang bayi, zaman firaun setiap bayi lelaki yang lahir disembelih atau ditanam hidup-hidup. zaman arab jahiliyah pula, bayi perempuan dibunuh. zaman 1 malaysia kini, tak kira bayi lelaki ke perempuan semuanya dibuang ke dalam tong sampah, dalam sungai ataupun ditinggalkan saja di mana-mana.

kejadian manusia penuh dengan kebesaran si Pencipta. tapi manusia senang-senang saja buang. punyalah takde hati perut.dan takde otak. apalah salah budak sekecil tu yang tak tahu apa-apa dibuang atau dibunuh?

jika kita bangga dengan bangsa kita, ingatlah bahawa bangsa kita jugalah penghulu segala manusia dalam negara ni dalam kes pembuangan bayi. banggalah sangat.....

19 August 2010

delorean

delorean. aku masih ingat nama tu. macam best je sebut banyak kali. delorean oh delorean. lama dah aku lupa, tapi beberapa hari lepas aku tertidur dan tv tengok aku. sebenarnya selalu sangat, hampir setiap hari. tapi ni cerita beberapa hari lepas. tak ingat jam berapa, mata aku celik dan terpampang kisah delorean.

aku ikut dengan penuh minat kerana aku sememangnya telah lama minat. satu ketika dulu aku pernah tergilakan dia. walaupun aku tak pandai melukis, aku cuba juga. hasilnya boleh tahan. tu lah lukisan paling cantik aku pernah lukis. mungkin sebab aku minat.

delorean adalah nama sebuah kereta diambil sempena pengasasnya, John Delorean. dia ni seorang yang bercita-cita tinggi. kereta ni lahir sama waktu dengan aku lahir. mungkin bulannya saja berbeza. yang pentingnya, kereta ni adalah watak utama dalam cerita back to the future. cerita ni dibikin tahun 1985 tapi aku hanya menontonnya pertama kali waktu sekolah rendah. curi-curi buka tv, tengok sampai habis. masa aku sekolah rendah dulu, menonton tv hingga lewat malam adalah satu kesalahan dan menjadi perkara yang paling aku nak buat.

seperti kebanyakan pengasas kereta di eropah, mereka menamakan kereta ciptaan mereka sempena nama sendiri atau anak mereka. contohnya mercedes benz. kereta ni diasaskan oleh karl friedrich benz, seorang rakyat jerman dan menamakan keretanya sempena anak perempuan seorang pereka keretanya, iaitu mercedes jellinek. masa mudanya muka karl benz ni macam muka kawan aku yang namanya pilin, seorang mekanik. tapi bila dah berumur muka karl benz ni macam kereta mercedes je aku tengok.

apa pun, pengasas kereta delorean harus dipuji kerana beliau menghasilkan kereta mengikut cita-citanya yang tinggi. dia tak peduli langsung yang harga keretanya tu mahal gila masa tu. kenapa mahal? keseluruhan bahagian luar delorean dilitupi dengan besi keluli tahan karat. ini kerana delorean adalah sebuah kereta yang tahan selama-lamanya. memang betul. tak payah cal pun, body kereta ni tetap berkilat.

dengan enjin 2,800cc, V6 berpengecas turbo, 200bhp yang dijanakan adalah satu kuasa yang dihormati pada zamannnya. walaubagaimanapun, kereta ni direka untuk dijual di amerika yang pada masa tu mensyaratkan satu catalytic converters dipasang sebelum boleh dijual. benda ni menyebabkan kuasa enjin kereta ni jatuh 40bhp. jumlah 160bhp dengan body yang berat menjadikan kereta ni lembab macam kura-kura lalu kurang mendapat sambutan. encik delorean pula terlibat dalam skandal pengedaran dadah, lalu menyumbang kepada kejatuhannya dan diisytiharkan bankrup.

walauapa pun, kereta rekaannya adalah sesuatu yang melangkaui zamannya. mana ada syarikat yang dapat reka kereta secanggih tu dalam tahun 1980-an?







17 August 2010

keldai

kes keldai dadah sama macam kes gores dan menang. walaupun dah diberitahu bahawa tiada jalan singkat untuk kaya, namun masih ada yang percaya dengan dongengan seperti ni. lepas kena tipu atau kena tangkap, barulah nak minta simpati.

terbaru tentang kes seorang rakyat malaysia, perempuan berumur 21 tahun ditahan di airport Cape Town kerana memiliki 1.2kg syabu. kalau kita fikir dengan akal yang waras, buat apa seorang perempuan umut 21 tahun pergi ke Cape Town Afrika seorang diri bawa dadah? Kemungkinan dia diperdaya memanglah tinggi, tapi salah siapa? siapa yang nak pergi? adakah dia diugut atau dipaksa? atau mungkinkah dia ditawarkan sesuatu yang lumayan?

dia pilih jalannya sendiri. apa kita boleh buat? dia patut bertanggungjawab atas keputusan dan pilihan dia. bila terjadi perkara sebegini, ibubapa selalu mencari pihak untuk dipersalahkan sedangkan merekalah yang paling utama patut dipersalahkan kerana tak pandai jaga anak. mengapa izinkan anak pergi ke luar negara seorang diri? mengapa tak ambil tahu? bila dah terhantuk baru nak terngadah?

mudah sungguh orang melayu kita terpesona dengan janji-janji untuk cepat kaya. memanglah kasihan. umur muda lagi dah masuk penjara sebab bawa dadah. ibubapa pun dapat malu. apa yang keluarga mereka harapkan daripada pihak kerajaan? mahu kerajaan bagi sepenuh perhatian kepada anak mereka? mengapa tidak mereka?

"Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh yang turut kesal dengan 'kelekaan' pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan bagi menghalang gadis yang dipercayai diperdaya sindiket bagi dijadikan 'keldai dadah'" - www.mstar.com.my

pendapat aku, Pengerusi Biro aduan ni lebih kepada hendak mencari publisiti untuk dirinya sahaja. apa kaitannya pihak berkuasa dengan menghalang seorang gadis yang diperdaya? perlukah setiap orang yang hendak ke luar negara menduduki peperiksaan dan temuduga bagi mengelakkan perkara sebegini? langkah-langkah macam ni amatlah tak praktikal. jangan mudah menyalahkan pihak lain yang langsung tiada kaitan. kadang-kadang kelakar juga dengan mereka ni. umpama tersepak batu, lalu marah pada batu tu

15 August 2010

penat.

esok nak kena balik kl.... penatnya. ahad depan ada kelas lagi. tak dapat dibayangkan betapa kuatnya perasaan mengantuk yang bakal dihadapi dalam kelas nanti. sebenarnya aku totally lost, belajar apa pun aku tak tau. selalunya dekat nak exam baru la selak buku. pelajaran yang sepatutnya mengambil masa 4-5 bulan, dan aku hanya ada 1-2 minggu saja untuk faham. setakat ni alhamdulillah, takde masalah. tekanan? biasalah, mesti ada.

harga

kalau berbuka makan banyak sangat memang confirm mengantuk. semalam buat pertama kalinya aku ke pasar ramadhan di bentong ni. ada 2 tempat je yang utama. satu di bandar dan satu lagi di kg baru. di bandar memanglah tersangat sesak sampaikan hilang selera aku nak membeli. di kg baru boleh tahan lagi. walaupun ramai dan sesak, masih ada ruang untuk parking. ni yang aku pentingkan sekali kalau ke mana-mana, parking! buat apa bersesak-sesak semata-mata nak beli makanan yang kalau tak dibeli pun aku masih boleh kenyang lagi?

dikatakan tahun ni, kl mengalami jem yang teruk. memang pun. terutama kalau hujan waktu balik kerja. manusia di sana jakun tengok air turun dari langit. mesti nak perlahankan kenderaan kaw-kaw punya.

di kl aku memang takkan pergi pasar ramadhan punya. balik kerja je dah pukul berapa, nak cari parking lagi. jem lagi. letih je dapat. restoran pak tam je la tempat yang dituju. nasi dan lauk-pauk kat sana pun boleh tahan sedap. harga pun takde la mencekik darah. teringat satu ketika ada sorang pakcik ni marah-marah kat kaunter masa nak bayar.

aku tedengar juga tapi tak berapa nak faham sangat biji butirnya. masa turn aku bayar, aku tanya cashier tu kenapa dengan pakcik tadi. katanya pakcik tu beli roti jala, lepas tu ambil kari gulai kawah. sepatutnya kari untuk roti jala tu kena mintak kat belakang. bila kena charge harga gulai kawah, melentinglah pakcik tu. katanya, cashier tu terpaksa charge juga sebab pakcik tu ambil daging sekali, bukan kari saja.

perkara macam ni biasalah. tau nak melantak, bayar tak nak. kalau rasa tak mampu, jangan makan. setakat makan tu pun nak berkira, hurmm.... apa punya manusia la. dah tua-tua, bodoh mana boleh nak ajar lagi dah. ada orang terlalu cerewet sangat bab harga makanan. bagus kalau sebelum beli kita cerewet, tapi kalau dah beli baru nak cerewet masa nak bayar, apa cerita?

rugi 3-4 ringgit saja pun nak bising-bising. patutnya kita bersyukur kerana masih mampu bayar harga makanan tu. duit boleh cari, rasa hormat orang lain pada diri kita nak beli kat mana?

13 August 2010

tahyul

percaya dan berpegang kepada perkara-perkara tahyul akan menyebabkan seseorang atau masyarakat menjadi terkebelakang dari segi pemikiran dan cara hidup. tayhul yang aku maksudkan ialah seperti mempercayai kononnya bentuk malaikat dapat dirakam melalui kamera, nur muhammad, anak kena sumpah menjadi ikan pari, sejadah baca yasin/bersolat dan macam-macam lagi.

ni semua perkara-perkara bodoh yang diterbitkan oleh musuh-musuh islam untuk umat islam mempercayainya. taksub dengan sesuatu perkara hingga hilang akal fikiran yang waras. kadang-kadang ia dibuat-buat oleh umat islam sendiri juga untuk tujuan seronok-seronok saja. selalunya yang cepat percaya adalah mereka yang kurang ilmu dan cepat menerima sesuatu perkara/berita tanpa usul periksa.

mana mungkin gambar malaikat dapat dirakamkan? tak kiralah di atas ka'abah atau di kawasan masjidil haram sekali pun. kenapa bengap sangat melayu ni? malaikat hanya datang kepada nabi dan rasul sahaja. apa ke hal malaikat nak menampakkan diri mereka kepada manusia? malaikat bukannya jin yang mempunyai nafsu dan keinginan. malaikat tidak akan membuat sesuatu tanpa arahan daripada Allah. ini termasuk menampakkan diri mereka kepada golongan manusia.

Allah menyuruh kita mengkaji alam untuk melihat kebesaranNya tapi kebanyakkan kita mengkaji bena-benda macam ni lalu membuat andaian-andaian bodoh dan jumud. perkara depan mata yang membuktikan kekuasaan Allah tak pernah mereka nak kaji sebaliknya video-video mengarut yang berlambak dalam youtube pula dijadikan sandaran untuk menguatkan fatwa-fatwa tahyul mereka.

itulah melayu, dari dulu sampai sekarang masih tak berubah.....masih ditakuk pemikiran yang lapuk.

lagi...

dah pukul 2.30 pagi dan aku masih belum mengantuk lagi. hari ni tak perlu mandi limau lagi. mungkin 'benda' yang mengikut aku selama ni dah balik ke tempat asal. aku pun tak penat lagi macam sebelum ni. banyak tak perkataan 'lagi' yang aku gunakan....?

hukum

hukuman mandatori yang dikenakan kepada mereka yang membuang bayi atau membunuhnya adalah dialu-alukan. walaubagaimanapun, hukuman ini adalah satu tindakan selepas kesalahan dilakukan. adakah ini dapat mencegahnya? mungkin lepas ni orang takkan buang bayi merata-rata lagi. mereka boleh tanam dalam hutan ataupun buang di tempat yang takde orang tinggal. jadi, adakah undang-undang ni dapat membendung masalah pembuangan bayi secara total?

adalah lebih baik jika langkah pencegahan diambil dengan mendidik masyarakat, remaja khususnya tentang betapa kejamnya pembuangan bayi ni. jika sudah ada kesedaran, mungkin masalah ni dapat di atasi dengan lebih berkesan. jika ada kes pembuang bayi, siapa yang akan dikenakan tindakan? si lelaki atau si perempuan? atau dua-dua? mungkin lelaki tak buang kerana yang selalu nak tutup malu ialah pihak wanita. jadi mereka jugalah yang mungkin gologan paling ramai terjebak dengan gejala pembuangan bayi ni. akhirnya, siapa yang akan dikenakan hukuman gantung mandatori kalau bukan wanita? wajarkah satu pihak saja?

undang-undang manusia kadang-kadang dibuat secara melulu dan terburu-buru. ini takkan dapat selesaikan masalah seks bebas dan mengandung anak luar nikah. hanya pada teori saja kelihatan seperti dapat membendung masalah pembuangan bayi. rasionalnya, ia mungkin tak berkesan ataupun akan dlihat sebaai lebih menganaiya sebelah pihak sahaja. betapa singkatnya fikiran manusia yang dipanggil melayu.

11 August 2010

seorang...

hari pertama berpuasa, hari ni jugalah berbuka sorang-sorang. kalau orang lain mungkin dah tak lalu nak makan. aku? biasa saja. 3 tahun lepas aku juga begini. bukan tu saja, sejak dulu pun begini. cuma meriah jika ada rakan-rakan.

makanan apa pun tak penting, janji makanan. ada yang teringat lauk mak di kampung, suasana kampung. mungkin aku tak terasa kerana aku boleh balik bila-bila masa yang aku nak. ntah, aku lebih selesa begini. ramadhan tetap indah bagi aku walaupun berseorangan.

aku tak faham sesetengah manusia ada yang berasa sedih sebab tak dapat berpuasa dan berbuka di kampung pada awal ramadhan ni. benda punyalah remeh pun nak sedih. berapa ramai lagi manusia yang tak dapat makan dan minum dengan sempurna dalam dunia ni? berapa ramai kanak-kanak yang sentiasa kekurangan makanan? mana lagi sedih?

mungkin keluarga kita bahagia, meriah dan cukup segalanya tapi tak salah kalau kita hayati perit maung mereka yang tak senasib dengan kita. bukankah bulan ni bulan keberkatan. beribu manusia berlumba-lumba untuk menambahkan amalan dengan bersedekah dan sebagainya. mengapa kita perlu sedih kalau setakat tak dapat berbuka dengan keluarga sedangkan kita tak tergolong dalam golongan mereka yang kurang bernasib baik.

mungkin aku tak kisah sangat sebab aku pernah lalui serba sedikit daripada pengalaman tu. namun ramadhan tetap indah bagi aku. aku pernah bersahur sorang-sorang, makan nasi telur goreng & kicap. aku juga pernah berbuka dengan mee seringgit dan air sejuk. semuanya sorang-sorang. aku juga pernah berkira-kira sebab bimbang tak cukup wang untuk membeli juadah berbuka sepanjang bulan puasa.

semuanya tak pernah aku kesalkan tapi aku tetap rasakan itulah ramadhan terindah buat aku. kenapa? aku dapat rasa suatu pengalaman yang ramai manusia tak nak rasa. bahagia? percaya atau tidak, dalam sorang-sorang tu aku tetap bahagia. mungkin tak sebahagia seperti kebanyakan orang. tapi hati aku senang.

senang dan tenang, itulah yang penting dalam kehidupan ni. rasa akulah....

ramadhan

selamat datang ramadhan. maknanya esok puasa! masaterlalu cepat berlalu. rasanya ni tahun ke-3 selepas ramadhan terindah buat aku.
Selamat Berpuasa. maaf kerana aku tak balas sms. bukan sombong, bukan marah. cuma aku lebih suka begitu...


09 August 2010

puasa

ramadhan tak lama saja lagi. mungkin lusa akan berpuasa. aku dah biasa berbuka & bersahur sorang-sorang. takkan jadi masalah, insya'allah.

memang seronok berbuka dan bersahur ramai-ramai. itulah antara hikmah berpuasa. tapi kalau tak dapat, sorang pun seronok juga. cumanya, tak seseronok berbuka beramai-ramai. pada aku lebih baik berbuka di rumah daripada di kedai. susah dan leceh nak bersesak-sesak. kalau sekali-sekala dengan member-member ok saja. tapi kalau hari-hari, muak juga.

tapi seronok ke berbuka atau bersahur dengan artis? maaf le, aku tak minat seorang pun artis malaysia. penyanyi ke, pelakon ke sama je. apa yang menjadikan mereka hebat? gosip, fanatik peminat dan publisiti media saja. letaklah seorang penoreh getah dan diberikan kesemua faktor-faktor tadi, dia juga akan menjadi terkenal.

pada aku berbuka puasa tak perlu 'grand' seperti grand livina. cukup sekadar apa yang ada dan yang penting apa yang kita dapat pada hari tu. waktu aku sekolah dulu, aku selalu dengar radio thr masa bersahur. aku akan ambil makanan dan bawa ke dalam bilik aku yang lampunya samar-samar dan bersahur sambil mendengar celoteh dj. lagu-lagu waktu sahur juga best. tapi sekarang dah takde lagi. buka tv, tengok je la rancangan apa yang ada.

waktu berbuka pula aku takkan makan nasi. penat. selalu aku bantai mee singgit je. tapi sekarang apa pun aku belasah. takde pantang-pantang langsung. seronoknya teringat zaman sekolah dulu. pergi pasar ramadhan nak beli mee je. berkayuh 6km pergi, 6km balik. wah, hebat betul semangat aku masa tu. sekarang? naik kereta je la. pasang aircond sambil layan perasaan malas dalam diri.

08 August 2010

misteri

hidup ni memang tak dapat nak dipisahkan dengan perkara-perkara misteri. ada sesetengah orang kata kalau kita terlalu memikirkan perkara-perkara tersebut, pemikiran kita akan terkebelangan. pada aku, bergantung kepada tahap mana kepercayaan kita dan pegangan kita terhadap sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

sesetengah golongan dengan mudah mengatakan percaya dengan perkara-perkara mistik ni adalah syirik. pada aku, syirik boleh terjadi bila-bila masa sekali pun walaupun kita tak percaya perkara-perkara macam ni. pokok pangkalnya hati.

keletihan melampau yang aku alami adalah berkait rapat dengan perkara yang tak boleh dijelaskan oleh sains, yang dipanggil misteri. ni bukan kali pertama, dan tentunya bukan kali penghabisan. cuma kali ni berbeza sikit. aku dah puas tido dan berehat namun keletihan melampau tetap juga terasa. paling ketara waktu senja.

jangan tanya kenapa, aku sendiri pun tak dapat bayangkan sebab apa 'benda' ni meletihkan aku. tapi setiap kali aku lalu di tempat sunyi seperti hutan ataupun jalan yang kurang dilalui orang ramai, memang akan jadi macam ni. penat, letih & malas yang melampau. rasa nak tido je, tapi penat tu tetap tak hilang. kat pejabat pun aku boleh tertido.

sama ada 'benda' ni mengikut aku balik ataupun bertenggek kat aku, entahlah. macam takde perkara lain dah 'dia' nak buat. keje bodoh macam ni pulak yang jadi amalannya. kalau makhluk ni boleh disentuh oleh manusia, dah lama aku pijak-pijak. pergi la buat keje lain, jangan menyusahkan orang. itulah misteri yang masih belum aku ketemu jawapannya. kenapa benda-benda halus ni suka mengikut?

esok, aku akan pastikan 'benda' ni balik ke tempat asal dia. betul-betul mengganggu walaupun tak mendatangkan kesakitan pada aku.

hell's kitchen


aku memang suka tengok rancangan realiti tv seperti ni. tapi kalau suruh tengok 'jangan lupa lirik' minta maaflah. aku tak suka tengok rancangan sampah sarap macam tu.


mengapa hell's kitchen? dalam rancangan ni kita dapat lihat pelbagai karenah dan sikap manusia. tikam belakang, jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain, sabotaj dan macam-macam lagi. manusia-manusia macam ni, sama ada kita sedar atau tidak, memang berada di sekeliling kita setiap hari.


kadang-kadang kita sendiri pun bersikap macam tu. cuma bila tengok rancangan realiti tv macam tu, kita sedar siapa diri kita dan orang-orang disekeliling kita. sama ada kita lebih berhati-hati dan peka atau terus buat pekak saja.


05 August 2010

pink lady

letaklah nama apa pun, kita tetap memanggilnya pondan. mereka mudah menagih simpati. meluat juga aku tengok berita pasal ni. mereka mempersoalkan mengapa tak pernah kekal lama bekeja sedangkan memiliki diploma/ijazah.

jawapannya senang. mereka adalah virus, yang boleh mempengaruhi masyarakat setempat supaya memandang mulia golongan seperti mereka. jika begitu, kita juga perlu memandang mulia kepada penagih dadah dan peragut. bodoh punya ideologi.

pada aku mereka adalah golongan yang terencat kerana fizikal mereka lelaki tapi jiwa mereka wanita. tak bolehkah mereka ni jadi seperti apa yang telah ditetapkan? kenapa tak jadi macm babun atau monyet saja.

basikal

mmbaca blog orang lain memang seronok. tapi kalau tulisannya sama macam aku, menyampah la juga. aku tak suka baca apa yang aku tulis. biar disimpan lama-lama baru aku akan baca balik. katalah setahun ke, dua tahun ke.....

esok nak kerja, aku masih belum mengantuk lagi. jam dah pukul 1.10 am. kalau dah tido siang memanglah macam ni. siang tadi tido tu amatlah berharga buat aku. rasa macam kalau bayar sepuluh ringgit pun takpe asalkan dapat tido tanpa gangguan (seperti bunyi telefon, sms, orang datang jual barang).

kenapa aku suka kereta? aku pun tak tahu. mungkin sejak kecil aku dh terbiasa suka. kenapa aku suka bawa kereta laju-laju? sebenarnya sumpah aku tak suka. tapi kadang-kadang nampak macam laju. aku suka bawa rileks-rileks aje. memandu laju adalah beban kepada aku. banyak tekanan terpaksa aku hadapi. bunyi enjin yang memekak, adrenalin yang mengasak dan perasaan yang berkecamuk.... siapa suka? mungkin sebab tu lah adanya trek kereta. untuk orang lepaskan tension. nak pegi trek jauh sangat. mungkin aku perlukan kereta kawalan jauh. masalahnya kereta tu pula rosak. bilalah masanya aku nak hantar repair.

naik basikal? memanglah seronok tapi aku dah puas. masa sekolah dulu aku memang suka dengan basikal. hari-hari tengok basikal. sampai aku berkhayal macam-macam tentang basikal. macamlah basikal tu laju sangat. tapi tulah keseronokkannya.

dulu aku pakai basikal gunung (moutain bike). itu pun dah rasa macam bawa motor lumba 500cc. pergi ke sekolah atau ke mana-mana saja dengan basikal tu la. siang ke malam ke, sama saja. tapi aku suka waktu malam sebab sejuk. macam mana aku bawa? hehe.... lebih kurang macam aku bawa kereta sekaranglah. paling suka ialah waktu layan selekoh turun bukit. memang layan. macam pelumba motor. tau tak apa matlamat aku masa tu? nak layan corner sampai lutut cecah ke jalanraya.

tak pernah berjaya pun. lebih kurang sejengkal lagi nak sentuh jalan, tayar dah hilang cengkaman. mujur aku tak pernah jatuh selama aku naik basikal ni. cuma terbabas tu ada lah dalam beberapa kali. sama ada brek putus atau tak makan. lagi satu yang best ialah, waktu tengah laju terus tekan brek tayar belakang sambil masuk selekoh tanpa berhenti atau kaki cecah ke tanah. itulah drift basikal masa tu. memang superb. tak pernah tak menjadi.

macam stuntman. lalu kat jalan kampung (off road) pun seronok. langgar akar kayu tu dah rutin. waktu hujan lagi best, ada air. baju kotor jangan ceritalah. masa tu bukan aku yang basuh baju pun. tu yang takde perasaan langsung tu.

tapi lama-lama lepas dapat pegang stereng, aku terus lupakan basikal. untuk kembali berbasikal entahlah. belum sampai seru lagi kot. masa pun tak berapa nak ada. lebih baik aku basuh kereta, berkebun atau pun meracun. kali terakhir aku berbasikal ialah sejauh 28km, 3 tahun lepas. rasa macam nak pengsan. terus aku tido dekat atas batu tengah-tengah sungai sambil kaki berendam dalam air.

04 August 2010

bunian

orang bunian. tajuk ilmu alam ghaib memang syok. aku suka cerita-cerita sebegini. tak kisahlah kalau ada yang mengatakan tahyul ke apa ke, lantaklah. aku lebih suka mencari misteri disebaliknya.

tak ramai antara kita yang tau pasal bunian. tapi ramai yang mengatakan begitu-begini. aku sendiri pun tak faham dunia mereka tapi aku berminat untuk mengetahui. kisah-kisah bunian sering dikaitkan dengan orang-orang kampung atau pun orang-orang melayu lama. aku suka kisah-kisah lama. aku suka untuk mengetahui dan memahami. kisah-kisah begini tak pernah menjemukan aku sekali pun.

banyak persoalan yang memerlukan jawapan. dan aku lebih suka mendapatkan jawapan tu sendiri, bukan dengan mendengar cerita-cerita daripada orang lain. aku seronok bukan taksub. aku suka bukan seram.

kata-kata seperti manusia dilarang untuk bersahabat dan meminta tolong daripada bunian adalah terlalu biasa ku dengar. apa beza kita minta tolong dengan member jika kereta rosak ditepi jalan? bukankah tu dikira syirik kerana kita meminta tolong pada manusia, makhluk yang sama dengan kita? tapi semua kata bukan. jadi mengapa berbeza dengan kes-kes yang melibatkan makhluk halus ni?

yang menjerumus kepada syirik ialah niat atau pun iktikad. bukannya berlakuan yang kita lihat depan mata semata-mata lalu ditafsirkan sesuka hati.

honda accord

memandu kereta mewah tak semestinya mesti berlagak. tapi tulah yang berlaku petang tadi. sewaktu dalam perjalanan ke bandar bentong dari rumah aku. sampai di lampu isyarat ketari, sebuah kereta honda accord 2.0 (bodykit cantik, double piping & cermingelap) dari arah kuala lumpur menuju ke bentong menghimpit aku. sepatutnya dia kena bagi 'signal' untuk masuk ke laluan aku, barulah 'beradab' namanya.

tapi dengan berlagak dia 'menghenjut' keretannya. mentang-mentanglah aku hanya memandu proton saga megvalve, sebelah mata pun tak pandang. hati mula panas. 5 saat lepas tu aku 'bersin' disebelahnya sambil memotong. dia tak puas hati, terus ikut luar garisan bahu jalan untuk memotong. apabila tiba di depan, dia keluarkan tangan memberi isyarat seolah-olah 'mari lah potong aku...'

nak tau apa aku rasa? geram bercampur seronok. geram sebab melihatkan telatah dia yang begitu kerek sekali. seronok sebab dia bakal menjai 'lauk' aku petang tu. aku terus memotong dia dan treler di depannya dan membiarkan downpipe memekak apabila berada disebelahnya.

dan kami pun sampai di lampu isyarat sg marong. aku di depan sekali dan dia sudah berada di belakang. seorang penunggang motosikal yang perasan gelagat kami hanya tersenyum je kat aku. aku senyum balik. lampu hijau pun menyala. jangan mimpilah honda tu nak potong aku, dapat lihat lampu belakang aku selama 20 saat pun sudah kira baguslah.

seperti yang aku katakan, jadi lauk saja honda tu. sampai di bandar bentong, dia sudah tak kelihatan. mungkin ketinggalan beberapa biji kereta di belakang. satu pengajaran yang berharga kepada honda tu petang tadi. jangan pandang rendah kepada proton saga yang mempunyai intercooler (hahaha...gila berlagak ayat aku). bukannya dia tak nampak intercooler tu sewaktu aku di belakang dia. tapi dia mungkin terlalu yakin dengan jenama hondanya yang mempunyai reputasi tinggi dengan teknologi vtec yang tak seberapa tu.

terus terang aku katakan, n/a bukanlah satu masalah pada aku.....

tua.

ada seorang pakcik, bersarapan satu meja dengan aku pagi tadi. kalau ikutkan adab, memang kurang beradab sebab main duduk aje. aku meneruskan bacaan suratkhabar sambil menunggu pesanan sampai.

bila makanan sampai aku pun letakkan suratkhabar di kerusi. bukan apa, ramai yang suka membaca tapi kedekut pahit nak beli. macam yang aku agak. pakcik tadi terus saja ambil suratkhabar tu tanpa minta izin pun. sekali lagi tiada adab.

marah memanglah marah. dah lama hidup tapi adab pun tak reti nak jaga. kalau ikut riak mukanya, mungkin umurnya dalam 60-an. aku tengokkan aje gaya dia membaca suratkhabar free. langsung takde rasa bersalah. buat macam suratkhabar sendiri. malah bila pesanan dia dah sampai pun dia masih pegang lagi suratkhabar tu. bayangkanlah bagaimana muka manusia macam ni.

lepas menghabiskan makanan aku terus tegur pakcik tu minta balik suratkhabar aku. nyata dia terperanjat. kalau orang muda, mungkin dah kena maki. tapi disebabkan aku masih ada sekelumit sabar, aku tak cakap banyak. memang dia terkebil-kebil lepas tu. betapa buruknya perangai orang yang dah tua kalau tak tau adab.....

jika nak dikira menghormati orang tua, mesti ada batas-batasnya. jika tiada, maka kita harus hormati iblis kerana dia lebih tua dari segala manusia dan dia lebih dulu makan garam daripada sesiapa pun. betul tak?

pukul 2 pagi

kereta rosak, bateri buat hal. minyak enjin pun belum tukar lagi. jadi aku mengambil keputusan untuk cuti saja esok selesaikan semuanya. yang turbo, setiap 1000km minyak hitam kering. nasib baiklah minyak hitam bukan yang mahal punya. kalau tak, memang penat jugalah.

kepala pun dah pening. sehari dua ni terpaksa bangun awal sebab nak pergi kerja on time. memandu memang semakin lama semakin memenatkan. dulu aku tak pernah macam ni. ajaklah ke mana pun, biasa saja. tapi sekarang nak ke mana-mana pun malas. penat otak dan badan.

ingat nak tidur lama skit esok tapi kalau dah terbiasa bangun awal pagi, nak bangun lewat pun susah. macam mana nak tidur puas-puas. sekarang pun dah hampir jam 2 pagi. mata tak mengantuk lagi....

kaya

orang nak cepat kaya ni macam-macam dia buat. dah kena tipu, pandai pula buat report. yang pergi masuk skim tu siapa suruh? atas kerelaan sendiri juga, jadi nak buat apa report? sebab tu orang yang bijak pandai berani buat MLM atau skim cepat kaya ni. mereka takkan tertangkap punya. apa yang mereka buat tu sah di sisi undang-undang. mereka bukan paksa orang lain join skim mereka pun. mereka cuma bagi kata-kata motivasi saja. salah?

yang salah ialah mereka yang tertipu kerana tamak dan nak jadi kaya dengan cara yang mudah dan cepat. aku pernah katakan dulu, ada ke manusia dalam dunia ni nak bagitau kita cara-cara nak jadi kaya? mengarut je.

03 August 2010

titan

aku tak pernah tahu pun apa maksud titan. tapi aku rasa bunyinya macam best. waktu tengah cedok movie daripada hardisk member, aku cedok la sekali clash of the titans.

lepas tu layan. rupanya titan tu seolah-olah perkataan yang menggambarkan 'tuhan'. jalan cerita dah buat aku menyampah. sebab? cerita mengarut, moralnya juga sah mengarut. yang membuatkan aku layan cerita tu sampai habis ialah aku suka scenery & kualiti gambar dalam filem tu. masa aku skolah rendah dulu, cerita 'the never ending story' lah yang paling gempak. ada anjing boleh terbang, orang batu dan macam-macam lagi. inilah yang aku minat.

kesimpulannya, clash of the titans tak best langsung. lebih baik tak payah tengok. seolah-olah kita rasakan yang tuhan itu ada anak dan ramai sedara-mara. memang kita tak menyokong, tapi tak payahlah. orang greek memang bodoh sebab menggambarkan tuhan seperti tu. jadi apa yang nak dibanggakan sangat dengan bangsa greek?

01 August 2010

sendiri

keyboard yang aku guna memang bermasalah. tak dapat suaikan diri dengan kelajuan aku menaip. sentiasa ketinggalan satu, dua huruf. lalu menjadikan aku seperti seorang yang kalut menaip.

aku dah terbiasa dan muak dengan perangai manusia yang bermacam-macam. tu sebabnya aku lebih suka bersedirian. tapi selalu bersendirian juga tak baik. kurang kawan dan kurang ilmu. tapi einstein pun suka bersendirian. bukanlah bersendirian tu semestinya seseorang tu bijak, tetapi bersendirian lebih mudah untuk berfikir dan membuat keputusan. tak percaya? cubalah...