11 February 2012

khadam

Tentu ramai yang pernah dengar tentang "KHADAM". Ia berbeza dengan "PENDAMPING". Pada pendapat aku, biasanya pendamping lebih kepada makhluk belaan, atau dengan perkataan orang dulu-dulu, "SAHABAT". Dah tentulah terdiri daripada golongan jin kafir. Golongan hantu raya, pelesit, penanggal, hantu tinggi (galah) dan seangkatan dengannya dipanggil 'sahabat' saja. Mereka memang mendampingi orang yang memberi mereka upah/makan. 24 jam sehari, mengekor saja ke mana tuannya pergi. Kadang-kadang sentiasa saja ada kat sebelah.

Khadam terdiri daripada makhluk berupa jin atau malaikat yang datang apabila diseru. Jin yang dimaksudkan bukanlah sebarang jin. Ia merupakan jin yang kuat, tinggi ilmunya (sakti), dan baik budi pekertinya (menurut perintah Tuhannya).

Ada juga orang menggelarkan khadam pada orang suruhannya, pembantunya ataupun pekerjanya. Maksud khadam dari segi bahasa adalah pembantu. Jadi, khadam yang dimaksudkan boleh jadi jin, malaikat, orang suruhan, makhluk belaan dan lain-lain berdasarkan tafsiran masing-masing.

Setiap huruf, setiap ayat dan setiap surah dalam al-quran ada khadamnya. Khadam tiada kuasa melainkan daripada Allah jua. Jika kita fahami betul-betul sifat 20, maka tiada salahnya menggunakan khidmat khadam. Tapi yang menjadi salah ialah bila mana kita merasakan bahawa khadamlah yang menyembuhkan penyakit yang diubati. Sama seperti panadol. Jika seseorang yang demam/kurang sihat beranggapan bahawa panadol boleh menyembuhkan/ mengurangkan sakitnya, maka automatik jatuh syirik. Mana mungkin panadol menjadi sekutu bagi Allah?

Ada orang pertikaikan apabila meminta atau mengambil sesuatu mengapa perlu meminta izin terlebih dahulu? Orang seperti ni beranggapan semua benda adalah milik Allah dan mengapa perlu minta izin daripada makhlum lain? Jika kita ingin mendapatkan sesuatu yang merupakan hak orang lain, bolehkah kita terus mengambilnya tanpa meminta izin daripada tuannya terlebih dahulu? Soal minta izin tu adalah adab dan kita diajar supaya menjadi makhluk yang beradab.

Ada juga yang mempertikaikan mengapa minta pertolongan daripada khadam dan bukan daripada Allah? Jika begitu, mengapa pula ada orang minta anaknya belikan sesuatu di kedai dan tidak meminta terus daripada Allah? Bukankah meminta anak pergi ke kedai ibarat mengharapkan pertolongan si anak dan bukan pertolongan Allah? Mengapa tak dipanggil meminta pertolongan anak atau kawan dikira syirik?

Itulah persoalan yang sering dilontarkan daripada mereka yang kurang memahami. Mereka lebih senang menjatuhkan hukum daripada cuba belajar sesuatu. Ilmu Allah maha luas, mengapa sempitkannya mengikut citarasa sendiri?

Berbalik kepada cerita tentang khadam tadi. Manusia bukanlah siapa-siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana khadam mengikut kehendaknya pada bila-bila masa yang dia suka. Ia adalah satu bentuk pertologan daripada Allah juga. Siapa yang menjadikan makhluk lain (khadam) tunduk kepada kata-katanya? Khadam bertindak atas keizinan Allah dan bukan atas kemahuan nafsu kita semata-mata. Jika ada manusia yang mampu memerintah khadam, maka tiada siapa pun dapat menafikan kekuatan pertolongan Allah itu. Lihat saja kisah nabi Sulaiman a.s. Betapa semua makhluk tunduk dan patuh kepada baginda.

Apa pun janganlah sampai seorang itu berasa lemah apabila tiada khadam datang membantu waktu diseru. Jika ini berlaku, orang itu secara tidak langsung telah meletakkan satu harapan/penggantungan untung nasib ke atas makhluk dan ini adalah jelas menyekutukan Sang Pencipta. Wallahualam...





Oh me-layu

Ada seorang brader, jumpa aku petang minggu lepas bertanyakan sama ada aku nak dia mesin rumput atau tidak. Aku kata, "why not?". Janji dibuat dan dia akan datang keesokan paginya, Ahad. Aku pula bangunlah awal sikit kerana menjangkakan dia akan datang untuk mesin rumput. Jam menunjukkan pukul 9 pagi dan aku masih lagi atas katil dengan netbook ni.

Perut terasa lapar tapi hati minta sabar sikit untuk menuggu brader yang nak mesin rumput tu datang. Pukul 10 belum nampak bayang lagi. Memang macam ni lah janji dengan Melayu. Aku mandi dan bersiap untuk keluar bersarapan. Sebelum tu, aku ronda dulu kat rumah brader tu untuk hilangkan rasa syak yang menebal pada 'Melayu' ni.

Pintu & tingkap tertutup rapat. Pagar pun berkunci lagi. Memang belum bangun tidur lagi rupanya. Aku memang kenal brader ni sebab dia yang selalu mesin rumput kat rumah ni. Dulu berdua, sekarang seorang je. Dia memang ada masalah kalau berjanji dengan orang lain. Sebelum tu aku dah berkira-kira nak meracun aje. Aku tau melalui kawannya yang seorang lagi tu la.

Baru kejap tadi, dia datang lagi ke rumah aku lepas Isyak bertanyakan kenapa aku tak ada di rumah waktu hari yang dijanjikan. Apa lagi, terus panas hatilah jadinya. Aku terus sembur saja. Lepas tu dia minta aku telefon dia lagi esok untuk mesin rumput. Dalam hati aku, "what the fcuk? aku pulak yang nak kena telefon untuk bagi duit kat kau. ni dah macam cilake!". Tapi tak cakap pun sebab menahan marah. Aku minta nombor telefin dia, buat misscall dan suruh dia telefon balik esok. Aku tak harapkan apa-apa, aku tau dia akan datang lewat punya. Dah memang majoriti Melayu macam tu. Sebab tu ramai yang merempat di tempat sendiri.

Maafkan aku jika ada Melayu yang terasa tapi kalau siapa makan cili dialah yang merasa pedasnya. Cuba-cubalah tepati janji. Insya'allah, dipermudahkan rezeki.


04 February 2012

masa

Dalam kebanyakan masa, aku selalu mengantuk waktu nak menulis blog ni. Jadi, kebanyakan kalinya aku memilih untuk tidur daripada menulis. Kali ni aku nak menulis untuk memberitahu yang aku mengantuk untuk menulis. Walaupun dalam kepala ni terdapat seribu satu kisah yang nak diceritakan, namun tidur lebih menggoda daripada wanita seksi buat masa ini.

Sekian