Masuk hari ni dah 9 hari umat Islam menyambut Aidilfitri. Kalau dulu time raya aku bantai tido aje. Tp tahun ni terasa jugak penatnye sebab terpaksa ziarah sedara mara.
Puasa & raya mmg seronok. Time puasa la dpt lepak dgn member² sampai pagi. Alang² melepak, boleh sahur sekali. Cuti raya kali ni aku x byk sgt berjalan kecuali dlm Pahang je. Bukan ape, aku sendiri pun x suka nak bersesak² kt atas hiway semata-mata nak beraya. X pasal² aku pun tolong sama menambahkan statistik kemalangan pulak nanti. Tempat yg aku pegi beraya pun sekitar Pelangai & Bukit Mendi je. Lain² semua layan rumah member² yg terdekat.
Mlm raya pertama aku x ke mana pun sebab semua kedai utk melepak tutup. Esok paginya pegi sembahyang raya kt surau depan rumah pak mertua aku. Ni la kali pertama aku rasa suasana sembahyang raya yg agak pelik. Boleh pulak sebelum sembahyang org bagi ucapan. Bukan setakat tu je, siap sebut pangkat diri sendiri lagi sebagai AJK la, Pengerusi la. Waktu sembahyang yang sepatutnya bermula 8.30 pagi tertangguh sampai hampir pukul 9.00 pagi disebabkan ucapan² yang panjang lebar.
Pada aku, tak perlu la buat tu semua. Lepas sembahyang pun boleh bersalam-salaman & bermaaf-maafan. Knp perlu ganggu waktu org lain utk kepentingan diri sendiri? Tahun depan kalau ada umur yg panjang, aku pergi masjid je la lebih baik.
Mlm raya kedua aku sakit perut & muntah². Mak mertua aku kata keracunan tp aku rasa pasal makan byk sgt kot. Semuanya nak sumbat. Dah bertahun aku x muntah (aku mmg benci muntah), terpaksa juga la paksa muntah. Punya la seksa. Mlm tu je 3 kali aku muntah. Esoknya aku x makan apa pun kecuali minum air manis je. Nasib baik la ada kedai yg dah start buka pada hari raya ke-3. Terus aku pasan neslo ais. Sememangnya neslo tersebut sgt la 'kaw'. Baru la tekak aku lega skit.
No comments:
Post a Comment