29 November 2010

demogila II

hasil demokrasi yang kita amalkan maka lahirlah budaya mencela sesama bangsa dan agama. lihat saja pertubuhan Perkasa melabelkan orang yang tidak sealiran dengan mereka seperti DSAI dan DSWA dengan pelbagai kata-kata buruk dan kesat.

lupakah mereka yang kedua-dua suami isteri ni mempunyai warna kulit yang sama, bercakap dalam bahasa yang sama dan menyembah Tuhan yang sama? manusia bila hilang pertimbangan, beginilah jadinya. lihat saja orang yang kononnya membela bangsa dan agama seperti di bawah ni.


apa beza orang ini jika dia memakai pakaian sami buddha? mungkin orang akan kata dia kafir. tapi bersongkok atas kepala pun bukan pengukur iman seseorang. pokok pangkalnya hati yang bersih. adakah perbuatan caci-mencaci, fitnah-memfitnah dan hina-menghina ini amalan yang diajarkan oleh seorang lelaki bernama Muhammad bin Abdullah lebih 1400 dahulu? pendek kata, bersihkah hati orang seperti ni?

ditegaskan sekali lagi, demokrasi adalah acuan yahudi. hasilnya seperti yang kita lihat sekarang ini. segala cacian, makian dan fitnah ditukar nama kepada 'demokrasi'. satu perkataan yang nampak bahagia pada rupa tapi hakikatnya sangat buruk.

23 November 2010

mahal

caj hospital swasta dikatakan terlalu mahal. satu persoalan timbul dalam kepala aku ialah kenapa pergi ke hospital swasta tu? bagus sangat ke?

isu ni ni berlainan dengan isu harga petrol dan harga barangan. kalau harga petrol mahal, kita dah tak ada alternatif nak beli petrol yang murah. tapi kalau caj hospital swasta mahal, pergi la hospital kerajaan yang murah. kenapa bodoh sangat?

dan kalau yang murah, tentulah layanannya seperti dunia kelas ke-3. terima sajalah kerana itu saja yang mampu.

16 November 2010

neo s2000


tiba-tiba nama satria neo melonjak naik dalam kejuaraan rally. rally yang dimaksudkan bukanlah WRC (world rally championship) tapi IRC (intercontinental rally challenge). mana mungkin kereta ni dapat mengatasi jentera-jentera perang dari kalangan mitsubishi dan subaru. kereta-kereta yang bertarung dalam WRC ibarat langit dengan bumi dengan kereta-kereta IRC ini.

satria neo s2000 menggunakan enjin yang menjadi kutukan ramai satu masa dulu. enjin 1.8 liter daripada renault (yang digunakan pada waja 1.8 satu masa dulu) yang telah diubah suai menjadi 2.0 liter (1998 cc). siapa sangka tanpa teknologi seperti vtec, mivec ataupun vvt-i enjin ini mampu mengerah sejumlah 280 kuasa kuda. satu kuasa yang amat tinggi pernah dihasilkan daripada enjin 4 silinder tanpa bantuan turbo.
inilah enjin yang menjadi kutukan rakyat malaysia satu masa dulu. enjin yang pernah mendiami chasis waja 1.8 sebelum keluarnya model waja campro. enjin yang sangat sempoi, siapa sangka dapat menghasilkan kuasa yang hampir sama dengan evo standard!
tapi peliknya, kenapa proton bangga sangat? enjin adalah hasil teknologi renault. brake dan lain-lain eksesori kereta tiada satu pun yang buatan proton. cuma body kereta saja daripada model satria neo. reputasi ini hanya untuk meningkatkan penjualan kenderaan mereka saja. bukan bermakna anda membeli kereta ini, prestasi dan kawalannya seperti kereta rally. jadi berbaloikah kebanggaan anda?


15 November 2010

gila

ramai yang nak belajar agama tapi berkesudahan dapat penyakit gila. jangan main-main kawan. belajar mestilah berguru, bukan bersyaitankan buku. ini bukan ilmu fizik atau matematik. kalau awal niat pun dah tak betul, janganlah mimpi nak dapat kesudahan yang baik. ilmu ini memerlukan hati yang bersih dan jiwa yang pasrah.
bila bersyaitankan buku, itu yang jadi kejadian tetak sana, tetak sini. sembelih sana, sembelih sini. semuanya gara-gara ingin menjadi manusia hebat dan memiliki karamah (keramat). bodoh!

jangan

oh, jangan salah faham. aku bukan ahli PKR, PAS atau UMNO. aku adalah pemerhati bebas atas tiket demokrasi yang diagung-agungkan itu.

sisa...


satu ketika dulu ramai juga yang bangga dan seronok kerana beliau telah 'join' PKR. tapi ada juga pendapat mengatakan bahawa beliau adalah 'spy' pihak lawan.

apa pun kenyataannya telah berlaku sekarang. problemnya cukup mudah. beliau ahli baru dalam PKR, jadi janganlah harap terus nak pegang jawatan tinggi dalam parti. perasaan orang lain yang telah lama bertungkus-lumus berkorban harta benda, masa, maruah dan lain-lain harus dijaga.

anda nampak apa yang dimaksudkan? pergolakan dalam PKR sebenarnya disebabkan oleh mereka yang gila jawatan. bila tak dapat, mulalah buat itu ini sampaikan upah orang kampung pegang sepanduk/banting untuk memburukkan parti sendiri.

inikah orang yang layak jadi pemimpin? mereka nak diri mereka dipilih dan bila tak dipilih, mereka rasa parti harus jatuh dan tumbang bersama mereka. ini manusia gila jawatan namanya. kesian datuk zaid. nak balik ke parti lama pun, orang tak nak terima.

duduk diam-diam je lah kat rumah. apa kata habiskan sisa umur yang ada untuk buat sesuatu yang lebih berfaedah untuk diri sendiri dan keluarga.

haram

mereka kata kebabasan media telah disekat di kedah. mereka menggunakan isu rakyat berhak mendengar titah sultan. mereka berkata kerajaan negeri kedah tidak demokratik. masa bencana berlaku, mereka langsung tak menunjukkan bantuan daripada kerajaan negeri. seolah-olah kerajaan negeri senyap membisu. itu semua kata mereka. tapi.....ini kata baginda sultan pula:
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga di Alor Star pagi tadi, lapor Harakahdaily."Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana," titah Baginda lagi.Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif."Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. "Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah Baginda seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.
dipetik dari malaysiakini.com
jadi sudah nampak kenapa kerajaan negeri kedah mengharamkan media? kesimpulannya cukup mudah. seluruh media digunakan untuk menjahanamkan imej dan reputasi mereka, takkanlah mereka terlalu bodoh untuk terus biarkan ia berlaku? kalau tak faham juga, entahlah

10 November 2010

kenderaan

alasan kenderaan lebih 10 tahun tidak selamat digunakan di atas jalanraya sebenarnya langsung tak munasabah. mereka mahu paksa orang ramai berhutang ke supaya beli kereta baru. dah tentu kereta yang paling ramai mampu milik adalah proton.

adakah sebab proton dah tak boleh nak buat untung, orang ramai perlu dipaksa secara halus untuk membantu menguntungkan proton?

sebenarnya kita boleh saja ikut singapura atau jepun yang mengehadkan kenderaan 'roadworthy' mereka 3-5 tahun dengan syarat proton mesti bungkus atau dijual kepada syarikat asing. selama ni pun harga kenderaan lain terpaksa dinaikkan untuk memastikan kereta proton dapat dijual. sekiranya kerajaan tak mengenakan cukai hingga 300%, siapa nak beli proton kalau harganya lebih kurang mercedez atau bmw yang paling murah? lebih baik beli lancer atau kereta lain yang lebih berkualiti dan berkuasa.

semuanya untuk membantu memperkayakan sesetengah daripada mereka dan menyusahkan orang ramai. aku rasa ramai yang bersetuju sekiranya peraturan ini dikenakan ke atas kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam, tapi kalau melibatkan kenderaan persendirian nampak sangat nak membebankan pengguna.

jika setiap kenderaan persendirian akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di puspakom sebelum dapat renew roadtax, maka berderet-deretlah orang berkampung di puspakom serata malaysia menunggu giliran. nak pergi periksa bukannya free, ada bayarannya. roadtax pun nak kena bayar. agaknya bila kita nak jadi negara pertama di dunia yang mewajibkan rakyatnya membayar cukai pernafasan kerana menyedut udara di negara ini?

kereta yang terlibat dalam kemalangan jarang-jarang berusia lebih 10 tahun. kereta lebih 10 tahun nak lari laju mana? owner pun tau tahap keselamatan kereta mereka. takkan berani mereka nak bawa jauh-jauh pun.

peliknya, ramai yang masih tak nampak atau buat-buat tak nampak tentang motif sebenar semua ini diadakan.

08 November 2010

tuah 2

dipendekkan cerita, hang tuah memiliki apa yang orang lain idamkan iaitu ilmu dunia. waktu diminta untuk merisik puteri gunung ledang, hang tuah sebenarnya telah lanjut usia pada masa tu. mengikut sumber yang satu ni, puteri gunung ledang telah pun berkahwin pada masa tu dan tak mungkin akan berkahwin lagi.

permintaan seperti 7 dulang hati nyamuk dan sebagainya adalah rekaan tun mamat semata-mata untuk mematikan niat sultan untuk memperisterikan puteri gunung ledang. dalam masa yang sama, hang tuah ingin mencari ketengan dengan menghilangkan diri daripada kesibukan dunia dan meninggalkan segala-galanya. oleh yang demikian, beliau menyerahkan keris tamingsari kepada tun mamat untuk dipersembahkan kepada sultan kononnya beliau malu untuk pulang kerana gagal memujuk puteri gunung ledang.

menarik juga. berkenaan dengan kubur hang tuah yang tidak dijumpai pula ia adalah kerana hang tuah merantu hingga ke mekah kemudian pulang ke tanah melayu dan menetap di pattani. dikatakan beliau meninggal di sana menggunakan nama lain. wallahualam.

sumber cerita ni diperolehi dengan perkhabaran daripada alam lain kepada tuan punya diri yang menyampaikan dalam blognya.

aku lebih mempercayai sumber ni daripada hikayat-hikayat yang dah tentu banyak tokok tambahnya.

apa pun terpulanglah atas diri masing-masing. aku seronok saja untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana pahlawan melayu. mereka memang handal. ilmu mereka bukan sekadar ilmu kebal sahaja tapi ilmu agama mereka juga tinggi. sayangnya kalau tersilap langkah, jadilah seperti hang jebat yang mengamuk mengikut nafsu amarahnya.

dipercayai keris tamingsari masih berada dalam simpanan salah seorang raja melayu di negara ni. tapi siapa pun tak dapat nak buktikan.

07 November 2010

tuah

aku sangat-sangat (perkataan yang berulang ni menunjukkan yang aku serius) minat kepada kisah-kisah lama seperti hang tuah, mat kilau dan sebagainya. tapi mengetahui sejarah mereka semua melalui buku-buku lama dan hikayat-hikayat tertentu langsung tak memuaskan aku. pada aku, entahkan betul entahkan tidak.

aku berpeluang untuk mengetahui kisah-kisah pahlawan hebat ni daripada sumber lain yang sama sekali jarang dapat diperolehi. sama ada kisah ini betul atau tidak, terpulang pada individu yang mendengarnya. aku mendapat penjelasan hampir penuh tentang kisah pahlawan agung melayu melaka ni. terima kasih kepada tuan punya badan atas usaha gigih & penat lelah beliau untuk mendapatkan cerita ni dari perspektif dan sudut yang sangat berbeza. aku ringkaskan aje ni.

menurut sumber yang satu ni, hang tuah bukanlah anak jati melayu. sebaliknya beliau bersama 4 lagi rakannya adalah orang dagang yang datang ke melaka mengikuti bapa saudaranya. mereka berempat bertemu kasturi yang kemudiannya digelar 'hang' juga. sama ada ejaan 'hang' tu seperti hwang atau pun selain daripada tu, tak dapat nak dipastikan sebab bunyinya tetap sama.

mereka kemudian merantu ke tanah jawa untuk mendalami ilmu persilatan yang menjadi kegilaan remaja pada zaman tu. tekalah siapa nama guru mereka? Ki Ageng Adi Putra! setelah sekitar 5 tahun belajar, mereka kembali ke melaka. satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan bakat mereka menonjol pada pandangan bendahara yang kemudiannya mengesyorkan kepada sultan supaya mereka dijadikan orang penting dalam kerajaan melaka.

jadilah beliau laksamana hang tuah dan rakan-rakan beliau hulubalang kerajaan melaka. nak dijadikan cerita, telah timbul satu fitnah terhadap hang tuah oleh kerana perasaan iri hati dan hasad dengki pembesar-pembesar istana yang lain. maka baginda sultan telah menitahkan supaya hang tuah dibunuh. bendahara tun perak pada masa tu menghadapi situasi ni dengan penuh bijaksana. hang tuah disembunyikan di suatu tempat. hang jebat yang dah hilang sabar terus mengamuk.

siapa tak kenal hang jebat pada masa tu. amukkannya saja berjaya membuatkan sultan lari menyembunyikan diri. pada masa tu baginda sultan mula terfikir, alangkah bagus jika tuah ada kerana tiada siapa lagi yang dapat menahan jebat melainkan tuah. tanpa berselindung lagi, bendahara terus mengakui bahawa hang tuah masih hidup dan disembunyikan di suatu tempat. baginta sultan kemudiannya menitahkan hang tuah supaya kembali menenteramkan keadaan. namun jebat yang sudah dikuasai syaitan pada masa tu tak dapat dihentikan langsung. mereka bertarung hingga nyawa jebat terpisah dari jasadnya.

tuah kembali mendapat kepercayaan sultan dan mereka yang membuat fitnah dijatuhkan hukum.

tamingsari adalah satu keris yang sebenarnya dimiliki oleh panglima kerajaan majapahit iaitu panglima tamingsari. menurut sumber yang satu ni, keris tu bukan dibuat daripada besi tapi daripada sejenis kayu, atau lebih tepatnya daripada teras kayu kelor. carilah sendiri kayu ni macam mana. apa yang mistiknya ialah keris ni menjadikan pemiliknya kebal daripada sebarang senjata. nak percaya atau tidak, terpulanglah.

puas aku pendekkan jadi panjang juga. dah mengantuk sebenarnya, nanti sambung lagi la.

05 November 2010

silap

jadi mereka telah menang dan dugaan aku silap. ramai juga yang tersilap termasuklah ahli mereka sendiri. ramalan hanya ramalan.

04 November 2010

kopiah

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan... dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)


ini hasil daripada demokrasi yang kita amalkan dari dulu hingga kini. aku yakin, manusia yang berkata-kata seperti tu selalu ke masjid dan rajin bersolat.

tak tahulah apa yang dia fikirkan dengan mengeluarkan kenyataan macam tu. memanglah ulama bukan nabi tapi Islam mazhab mana pula ajar kita untuk berkata-kata seperti tu kepada seorang ulama? hanya kerana berbeza pendapat, halalkah cacian dan tomahan?

yang sedihnya, kopiah tetap tak tanggal....

tegur

semalam aku jumpa orang mati. silap pulak aku tertegur. sebuah treler terbalik. ada satu bungkusan plastik hitam di tepi jalan. barangkali mayat pemandu atau kelindan. silapnya aku pergi tegur.

balik tu memang terasa badan tak sedap sikit. malamnya aku kerap terjaga. entahlah, susah nak jelaskan. memang kalau tertegur mayat, badan akan jadi semacam je. mujur anak aku tak menangis malam.

buruk

betapa hinanya mereka yang terlibat dalam politik. mencaci maki orang lain. menabur fitnah dan kemudian bersolat seperti tiada apa.

mereka yang mengaku islam lebih buruk perangainya daripada mereka yang menyembah tokong dan patung.

demogila

mereka tahu mereka tiada harapan untuk menang di Galas, justeru itu mereka menggunakan kelebihan media untuk menghentam pihak lawan habis-habisan. inilah demokrasi yang kita dukungkan.

mereka lakukan solat hajat untuk kemenangan calon mereka yang bukan islam di Batu Sapi. jika solat hajat ini dilakukan oleh pihak lawan, habislah mereka dicerca dan dimaki kerana bersolat hajat untuk kemenangan si kafir. kesimpulannya, apa pun yang mereka buat tidak mengapa kerana inilah demokrasi.

sebenarnya konsep demokrasi tiada dalam islam melainkan mereka sendiri yang meletakkanya. demokrasi juga bererti bahawa semua hinaan, cercaan, makian dan fitnah yang dipanggil kebebasan bersuara, dibolehkan. di mana pula semua ini dibolehkan dalam islam?

tak guna nak tegakkan benang yang basah. si fathul bari mungkin ada jawapannya namun beliau tetap dipandang sebagai ulama tambatan sesebuah parti. tugas utama beliau adalah bagaimana untuk membolehkan yang tidak boleh. itu pendapat sesetengah pihak dari parti lawan.