07 November 2010

tuah

aku sangat-sangat (perkataan yang berulang ni menunjukkan yang aku serius) minat kepada kisah-kisah lama seperti hang tuah, mat kilau dan sebagainya. tapi mengetahui sejarah mereka semua melalui buku-buku lama dan hikayat-hikayat tertentu langsung tak memuaskan aku. pada aku, entahkan betul entahkan tidak.

aku berpeluang untuk mengetahui kisah-kisah pahlawan hebat ni daripada sumber lain yang sama sekali jarang dapat diperolehi. sama ada kisah ini betul atau tidak, terpulang pada individu yang mendengarnya. aku mendapat penjelasan hampir penuh tentang kisah pahlawan agung melayu melaka ni. terima kasih kepada tuan punya badan atas usaha gigih & penat lelah beliau untuk mendapatkan cerita ni dari perspektif dan sudut yang sangat berbeza. aku ringkaskan aje ni.

menurut sumber yang satu ni, hang tuah bukanlah anak jati melayu. sebaliknya beliau bersama 4 lagi rakannya adalah orang dagang yang datang ke melaka mengikuti bapa saudaranya. mereka berempat bertemu kasturi yang kemudiannya digelar 'hang' juga. sama ada ejaan 'hang' tu seperti hwang atau pun selain daripada tu, tak dapat nak dipastikan sebab bunyinya tetap sama.

mereka kemudian merantu ke tanah jawa untuk mendalami ilmu persilatan yang menjadi kegilaan remaja pada zaman tu. tekalah siapa nama guru mereka? Ki Ageng Adi Putra! setelah sekitar 5 tahun belajar, mereka kembali ke melaka. satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan bakat mereka menonjol pada pandangan bendahara yang kemudiannya mengesyorkan kepada sultan supaya mereka dijadikan orang penting dalam kerajaan melaka.

jadilah beliau laksamana hang tuah dan rakan-rakan beliau hulubalang kerajaan melaka. nak dijadikan cerita, telah timbul satu fitnah terhadap hang tuah oleh kerana perasaan iri hati dan hasad dengki pembesar-pembesar istana yang lain. maka baginda sultan telah menitahkan supaya hang tuah dibunuh. bendahara tun perak pada masa tu menghadapi situasi ni dengan penuh bijaksana. hang tuah disembunyikan di suatu tempat. hang jebat yang dah hilang sabar terus mengamuk.

siapa tak kenal hang jebat pada masa tu. amukkannya saja berjaya membuatkan sultan lari menyembunyikan diri. pada masa tu baginda sultan mula terfikir, alangkah bagus jika tuah ada kerana tiada siapa lagi yang dapat menahan jebat melainkan tuah. tanpa berselindung lagi, bendahara terus mengakui bahawa hang tuah masih hidup dan disembunyikan di suatu tempat. baginta sultan kemudiannya menitahkan hang tuah supaya kembali menenteramkan keadaan. namun jebat yang sudah dikuasai syaitan pada masa tu tak dapat dihentikan langsung. mereka bertarung hingga nyawa jebat terpisah dari jasadnya.

tuah kembali mendapat kepercayaan sultan dan mereka yang membuat fitnah dijatuhkan hukum.

tamingsari adalah satu keris yang sebenarnya dimiliki oleh panglima kerajaan majapahit iaitu panglima tamingsari. menurut sumber yang satu ni, keris tu bukan dibuat daripada besi tapi daripada sejenis kayu, atau lebih tepatnya daripada teras kayu kelor. carilah sendiri kayu ni macam mana. apa yang mistiknya ialah keris ni menjadikan pemiliknya kebal daripada sebarang senjata. nak percaya atau tidak, terpulanglah.

puas aku pendekkan jadi panjang juga. dah mengantuk sebenarnya, nanti sambung lagi la.

No comments:

Post a Comment