21 December 2010

kepercayaan

tahun apa pun sama saja pada aku. sebabnya mudah, aku tak percaya sesetengah tahun tu ada tuahnya. tu lebih mirip kepada kepercayaan masyarakat cina. bercakap tentang kepercayaan ni, susah juga sebab masyarakat melayu kita sendiri pun banyak kepercayaan. kadang-kadang kepercayaan tu terlalu karut tanpa kita sedari.

contoh paling senang kalau hendak membeli kenderaan. sesetengah orang percaya bahawa kalau nak keluar kereta baru (beli kereta baru) haruslah pada haribulan tertentu dan ada harinya. itu kepercayaan sesetengah orang. tapi pendapat aku pula ialah kereta tu bukannya sejenis makhluk hidup macam lembu atau kuda, ia sebuah mesin besi. apa kaitannya dengan kepercayaan begini? walaupun mungkin tak semestinya membawa kepada syirik, tapi percaya pada benda-benda macam ni boleh jadi langsung takda faedah.

bukan ke lebih baik baca bismillah dan mohon doa kepada Allah agar selamat hendaknya daripada terus mempercayai perkara-perkara yang kita sendiri tak tahu asal-usulnya ni?

beli kereta baru tak sama seperti kepercayaan sesetengah orang apabila hendak keluar dari rumah. ada orang menitik beratkan nafas yang keluar daripada lubang hidung sebagai pedoman untuk keluar. itu lain sebab kepercayaan ni adalah bersandarkan kepada amalan. kalau orang lain tahu sekali pun tujuannya tapi bukan pengamal, tak guna juga buat.

banyak lagi kepercayaan melayu yang nampak macam karut-marut hasil daripada pembawakan budaya jawa, hindu dan sebagainya.

kenapalah nak susah-susah percaya dan mengetahui perkara-perkara lama yang menjadi ikutan sejak turun-temurun ni sekiranya kita dah ada al quran dan sunnah? kadang-kadang amalan paling senang pun kita tak mampu nak ikut, tapi kepercayaan yang tak tentu datang dari mana boleh pula kita percaya.

bukanlah semua kepercayaan melayu tu karut dan salah disisi agama tapi ada di antaranya yang lebih teruk daripada karut, langsung menyimpang daripada akidah. sebetulnya sebelum terus mempercayai sesuatu perkara haruslah diselidik dulu asal-usul benda tu. jangan main ikut je macam kerbau.




No comments:

Post a Comment