04 August 2011

Alatganti

Tiap hari nak bercerita tentang politik boring jugak, mari bercerita tentang kereta pulak. Memandangkan raya lebih kurang sebulan saja lagi, ada baiknya jika sesiapa yang 'free' pergilah servis kenderaan. Ramai orang hanya tau bawa kereta saja, tapi haram tak tau selok-belok tentang penyelenggaraannya.

Ini membuka peluang lebih besar untuk pengusaha-pengusaha bengkel yang mementingkan keuntungan menipu pengguna. Mari bercerita serba-sedikit tentang kereta dan alat gantinya.

Alatganti (spareparts)

Orang ramai sangat mudah terpedaya dengan pelbagai jenis alat ganti. Adalah sukar untuk membezakan alatganti tiruan, terpakai, recond (terpakai yang dibaikpulih), cap ayam atapun original bagi mereka yang langsung tak pernah nak ambil tahu pasal kereta mereka.

Tiruan.

Semua orang tau tiruan ni barang tipu, jadi tak perlu diterangkan lagi dengan panjang lebar. Sebab kalau dah tau, takde orang akan beli. Cuma orang tak tau macam mana nak bezakan barang tiruan dengan yang tulen. Susah jugak sebenarnya. Kotak atau packaging tak memainkan peranan yang besar sangat sebab barang tiruan pasti akan dibuat sama seperti asal. Jadi macam mana? Hmm...tengok la buatan, material ataupun kualiti alat tu. Contohnya kalau beli lampu (headlamp) waja, kita boleh tau yang mana asal dan yang mana tiruan dengan membandingkan lampu asal dengan lampu yang baru kita beli tu. Walaupun design lampu sama, tapi ada beberapa komponen yang takkan sama. Contohnya, nut (skru) untuk melaraskan (adjust) tinggi/rendah atau kiri/kanan lampu tersebut.


Contoh macam gambar kat atas. Nut bagi lampu yang tulen adalah berbentuk hexagon, manakala tiruan terdiri daripada pelbagai bentuk. Ada yang boleh adjust guna screwdriver je, ada yang pakai tangan je.

Memang lampu tiruan (kadang-kadang idaorg gelarkan replacement parts) ni tak menjejaskan prestasi enjin, tapi keburukkannya ialah kabus akan terbentuk dibahagian dalam lampu setiap pagi lepas hujan dan adjuster nut senang patah. Bila dah patah, kedudukan cahaya lampu lansung tak boleh nak adjust lagi.

Tu bab lampu, bab lain pun sama. Cuba bandingkan alatganti yang baru dibeli dengan yang asal (rosak). Kalau tulen, pasti sama.

Terpakai (2nd hand)

alatganti terpakai boleh didapati di kedai-kedai potong. Ramai yang kurang faham kenapa sesetengah orang suka sangat pergi ke kedai potong.



Kedai potong kebanyakkan menjual alatganti tulen dari Jepun. Walaupun keadaannya terpakai, ia adalah 'original made from Japan' di mana sudah tentu kualitinya lebih baik daripada alatgantu baru yang belum tentu ketulenan yang dalam pasaran. Satu lagi, harganya murah (lebih kurang separuh daripada harga alatganti baru yang tulen, malah kadang-kadang lebih murah).

Tapi bukan semua alatganti untuk semua kenderaan ada dijual di kedai potong dan bukan semuanya boleh ngam (padan). Bagi kereta enjin buatan Jepun dan beberapa model terkenal eropah seperti BMW, Merc dan lain-lain mungkin mudah mencari barang terpakai di sini. Bagi kereta baru macam Persona tu tak payahlah. Memang takde langsung sparepartnye kat sini. Jepun mana ada buat enjin Campro.

Cuma apabila berkunjung ke kedai potong kena la pandai memilih. Bukan semuanya boleh dipakai terus. Ada yang perlu diservis dulu, dibaikpulih sikit-sikit dan ada jugak yang langsung tak boleh pakai. Ibarat macam 'gamble' saja.

Recond/re-condition (terpakai yang telah dibaikpulih)

Jangan salah faham. Recond bukanlah bermaksud alatganti tulen dari Jepun yang telah dibaikpulih dah dijual semula. Ia adalah alatganti kenderaan asal tu sendiri yang telah rosak lalu dibaikpulih sebelum dijual. Kebanyakan bengkel menyimpan semua alatganti pelanggan yang telah rosak untuk dijual kepada pihak yang menjalankan perniagaan recond ni.

Compressor aircond adalah antara barang paling popular. Harga sebuah compressor baru memang sangat mahal berdasarkan jenis kenderaan apa yang dipakai. Jadi, pilihan kedua adalah compressor recond. Harganya boleh jadi 1/2 daripada harga baru.


Kualiti barang recond seperti compressor biasanya hampir sama seperti baru sebab ia dibina semula. Semua komponen dalaman yang rosak akan diganti dan diservis. Jadi, tentulah kualitinya boleh tahan. Cuma mungkin keadaan luarannya taklah secantik compressor baru macam yang kat bawah ni.


Nak beli barang recond pun kena tengok jugak barang apa. Kalau macam driveshaft, lebih baik pakai baru saja. Memang kepala driveshaft akan ditukar baru seperti yang kat bawah ni.


Tapi masalahnya ialah dia akan guna batang yang lama jugak.


Batang tu la yang selalu bengkok. Bila dah bengkok, bawa kereta pun rasa sedap lagi naik kereta kuda. Jadi, kalau mencari alatganti macam driveshaft ni, lebih baik beli yang baru je. Beza harga pun tak sampai 50% dengan yang recond. Kalau nak beli yang terpakai pun risiko bengkok juga.

Cap Ayam

Cap Ayam adalah gelaran bagi alatganti yang tak diketahui asal-usul pembuatnya, tak berjenama dan kurang kualitinya. Biasanya alatganti cap ayam memang tersangatlah murah. Tapi perlu diingat jugak, alatganti cap ayam jugak boleh jadi tak selamat.

Contohnya pad brake cap ayam memang takkan tahan panas. Brek 2-3 kali waktu turun bukit, terus tak makan. Dah tentu tak selamat. Lagi satu, brek jenis murah ni selalunya akan membuatkan rim kereta kotor dan berhabuk. Kat bawah ni ada macam-macam jenis pad brek, mana satu yang biasa kita dengar? Tepuk dada, tanya selera.









2 comments:

  1. Bro sya nak cri enjin kereta dgn dokuemn lengkap

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum. Bro.boleh Bantu sy dptkn distributor Toyota 4age 16V ae92 (non tvis)

    ReplyDelete