28 November 2011

Brek tak makan....

Biasanya kereta lama akan mengalami masalah brek tak makan. Sebenarnya yang masalah ni terjadi disebabkan beberapa punca. Berdasarkan pengalaman aku, ada dua punca utama. Pertama disebabkan master pump yang dah memang nak kong.


Masalah ni akan menyebabkan keseluruhan sistem brek kereta berada dalam keadaan yang amat tak best langsung. Pedal brek akan rapat ke lantai bila ditekan dan perlu di pump beberapa kali untuk mendapatkan angin bagi mewujudkan tekanan pada sistem brek.

Satu lagi punca masalah utama brek pada kereta lama ialah brake calipers tu sendiri. Biasanya kereta lama, bahagian dalam benda ni dah berkarat teruk terutama pada piston.

Tu adalah contoh gambar calipers yang baru dan cantik lagi. Bagi kereta yang dah berumur lebih 10 tahun biasanya keadaan calipers nya adalah seperti ni:


Dalamnya pulak seperti ni:


Dalam lubang tu lah duduknya si piston tadi. Fungsi piston tu adalah untuk menekan kedua-dua pad brek bagi menghasilkan daya geseran pada brake disc kat tayar tu. Permukaan luar piston biasanya berkarat, menyebabkan tekanan hidraulik tak berapa cantik. Jadi, tekanan untuk menolak pad brek berkurangan lalu mewujudkan daya geseran yang kurang pada brake disc.


Lagipun, gasket getah yang berfungsi untuk menghalang minyak brek daripada keluar dicelah piston tu pun confirm dah teruk jugak. Jadi, lama-kelamaan minyak brek akan berkurangan.

Masalah ni bahaya sebab tak semestinya kedua-dua belah brek akan mengalaminya serentak. Bila sebelah saja yang ada masalah, kereta akan terasa melayang waktu membrek pada kelajuan melebihi 80km/j. Percayalah, kalau laju lagi daripada tu memang terbabas punya.

Kesimpulannya, janganlah malas sangat nak ambil tau pasal kereta sendiri dan janganlah terlalu percaya pada mekanik. Sekurang-kurangnya, belajarlah sikit-sikit pasal selok-belok kenderaan sendiri agar tak susah dikemudian hari. Kereta kalau dijaga dengan baik, insya'Allah takkan meragam punya,

11 November 2011

Rahsia Kijang

Kijang. Itulah salah satu simbol yang ada pada duit kita hari ni.


Dulu aku tak ambil pusing sangat pun pasal simbol tu. Kijang pun aku tak tau binatang yang macam mana. Mari lihat dengan lebih dekat lagi.


Tak ingat di mana, aku terlihat rupabentuk sebenar binatang yang dinamakan kijang ni. Rupanya kijang tu ialah makhluk yang macam ni:


Ada tanduk panjang dan berekor pendek. Rupanya macam rusa. Habis tu, binatang apa yang ada pada duit kertas negara kita selama ni?

Tak lain dan tak bukan ialah makhluk ni:




Jadi, apa kejadah matahari dan bulan ada kat situ? Nampak macam Islamik tapi sebenarnya pasangan bulan ialah bintang. Hah, cari sendiri le. Aku mau tido dulu.

Permata Untuk Isteri

Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri....

Untuk kau penuhi
Dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang....

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa
Hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Kerana kau isteriku....


05 November 2011

Orang minyak

Selalunya aku hanya dengar atau baca saja kisah-kisah kampung orang lain, tapi kali ni tempat aku sendiri mengalami masalah yang biasa didengar kat tempat-tempat lain. Zaman sekarang pun masih banyak lagi berlaku perkara-perkara yang tak masuk akal, menjadikan manusia semakin terkebelakang. Bukanlah maksud aku mempercayainya itu terkebelakang kerana soal percaya atau tidak itu hak masing-masing. Maksud aku terkebelakang kerana masih ada lagi manusia yang sanggup bersekongkol dengan makhluk halus seperti jin dan syaitan untuk suatu tujuan tertentu. Walhal semua tahu, ia akan berakhir dengan cara yang hina dan keji.

Mereka mengatakan orang minyak, ada yang kata bukan, ada juga yang kata orang yang mengamalkan ilmu salah dan macam-macam lagi. Pada aku, semua sama saja. Untuk apa belajar ilmu yang merosakkan diri sendiri dan orang lain? Panggil saja apa kamu suka, perbuatan salah tetap salah dan pasti akan menerima balasan buruk juga.

Hikmah disebalik perkara ni mungkin menjadikan penduduk lebih mesra antara satu sama lain disebabkan terpaksa meronda ramai-ramai waktu malam. Tentu saja ada juga berlaku hal-hal yang tak sepatutnya seperti perselisihan faham, gila kuasa, mengarah macam dialah bos, nak tunjuk power dan lain-lain. Lantaklah apa pun, tapi semua tetap mempunyai tujuan yang sama iaitu menghapuskan gejala 'orang minyak' yang makin menjadi-jadi.

Teringat aku pada seorang pakcik yang aku jumpa di kedai kopi tak lama dulu. Cakap pasal alam mistik berdegar-degar. Itu ini dia boleh. Aku yakin ramai saja yang macam dia. Maklumlah, ilmu ghaib ni tak ramai yang tahu. Jad ibagi mereka yang tau sikit-sikit tu boleh la menunjuk. Lain orang, lain caranya. Bila terjadi perkara macam ni, mana mereka ye? Duduk diam-diam kat rumah jaga anak bini ke? Patutnya masa ni la nak test ilmu power ke tak.

Apa pun, 'orang minyak' (jika benarlah orang minyak) bukanlah 'kosong'. Sebab, makin ramai orang yang berkawal, makin polis berjaga-jaga dan orang kampung berwaspada, makin menjadi-jadi perangai buruk dia. Mungkin dia ni hati kering atau saja mencabar orang kampung. Biasanya begitulah.

Apa pun aku bukanlah orang yang arif sangat tentang hal-hal seperti ni. Kalau kita tanya pendapat orang-orang yang berkebolehan untuk melihat/mendengar atau memasuki alam ghaib, mungkin mereka boleh jelaskan dengan lebih mendalam apa disebalik semua ni.

Di sini aku sediakan sedikit persoalan yang mungkin dapat membantu seseorang memahami perkara ni:

Mengapa orang minyak dikatakan tak dapat ditangkap walaupun telah dikepung?
Biasanya manusia terkutuk ni boleh menghilangkan diri, menyamar jadi binatang seperti kucing atau kelawar dan mungkin juga melayang begitu saja. Mungkin juga dia ada dikawasan tu tapi orang tak nampak (halimunan).

Macam mana dia masuk sedangkan tiada kesan pecahmasuk di rumah?
Orang minyak (atau sesiapa saja yang mengamalkan ilmu seperti ni) tak perlu masuk ikut pintu atau tingkap. Selagi ada laluan udara/angin yang masuk, dia boleh masuk melaluinya. Inilah salah satu kelebihan jin yang mendampingi manusia seperti ni.

Kenapa perlu rogol anak dara sunti?
Ini adalah syarat yang perlu dipatuhi dalam menuntut ilmu seperti ni. Dah tentu sekali syarat ni ditetapkan oleh jin pendamping melalui 'tok guru sesat' yang mengajarkan kepada orang yang berkenaan. Merogol anak dara sunti lebih sukar berbanding merogol pelacur atau bohsia. Anak dara sunti biasanya budak perempuan yang masih bersekolah dan ia lebih sukar dilakukan kerana budak biasanya akan melawan dan menjerit. Tapi kalau rogol/cabul pelacur, senang sangat. Kalau kantoi, dah tentu kena sabit merogol kanak-kanak bawah umur. Nampak tak bagaimana jin kafir ni menyusahkan manusia? Tapi manusia yang bodoh memandang perkara ni sebagai satu kelebihan.

Kenapa lepas satu kes, satu lagi jadi. Bila nak habis?
Syarat yang ditetapkan mungkin menerangkan lebih lanjut mengenai bilangan anak dara sunti yang perlu dirogol/cabul dan tempoh yang tertentu sebelum ilmunya boleh 'menjadi' atau matang. Sebagai contoh, 'orang minyak' berkenaan perlu merogol 40 orang anak dara sunti dalam masa 100 hari. Jika tak, sesuatu yang buruk akan menimpanya. Mungkin dia akan terima musibah seperti menjadi manusia berkepala anjing atau sebagainya. Satu syarat berat yang akhirnya menyusahkan pengamal tu juga. Adakah ni satu kelebihan?

Bagaimana nak menghalang perkara ini daripada berlaku?
Perkara ghaib harus ditentang dengan cara ghaib juga. Tak boleh guna tenaga kasar semata-mata. Bukan bermaksud ilmu syaitan tu tinggi, tapi untuk mencapai sesuatu matlamat, perlu ada caranya. Barulah berkesan. Biasanya kalau orang dapat pegang sekali pun, 'orang minyak' ni akan dapat lepaskan diri. Semuanya dibantu oleh jin yang mendampinginya. Jadi cara bagaimana yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ni? Sebenarnya, cara tu bergantung pada diri masing-masing. Tanyalah pada yang lebih arif. Ada orang kata baca saja ayat-ayat al-quran yang tertentu. Boleh juga, tapi keyakinan tetap pada diri masing-masing. Ada yang kata, tabur kelopak jantung pisang, bawa limau nipis dan sebagainya. Apa pun, jangan tergelincir iktikad kita bahawa tidak bergerak sesuatu dilangit dan dibumi melainkan dengan izin dan dalam pengetahuan Allah jua. Ilmu syaitan terbatas tapi ilmu manusia tak terbatas. Kenapa? Carilah sendiri maksud tersiratnya.

Semoga penjelasan ni dapat membantu sedikit sebanyak kepada orang yang memerlukan. Apabila tiba suatu musibah, sama-samalah kita berganding bahu berusaha dan berdoa agar diberi kekuatan dalam menempuhi ujian ni.