18 December 2011

Tak pernah membosankan

Setiap hari pasti ada sesuatu yang baru untuk dipelajari. Inilah yang manjadikan hidup lebih bermakna dan tidak membosankan. Setiap hari ada sesuatu yang baru dan mencabar minda untuk berfikir. Ini bukan ilmu hisab atau sains.

Ilmu yang tidak akan habis untuk dipelajari. Perlu hati yang bersih untuk menerimanya, bukan sekadar kecekapan akal atau ketajaman fikiran.

08 December 2011

Pontianak

Gua tak pernah lagi berjumpa dengan puntianak. Tapi kat rumah gua ada satu makhluk yang mirip puntianak ni. Tak tau lah dari mana asal dia. Naik penat jugak gua fikir macam mana nak halau dia.

Selalu kalau duduk sorang-sorang dia ni menyibuk la nak tarik perhatian. Mula la buat bunyi macam-macam. Ah, gua buat tak tau je. Padahal dalam hati memang cuak jugak. Ye la, buatnya dia tiba-tiba muncul dengan aksi hodoh-bodoh, mau berhenti kejap jantung ni.

Cakap memang mudah. Gua selalu balik rumah terus tido je. Bila dah baring, dia tak boleh nak main nyorok-nyorok kat belakang dah. Jadi mungkin disebabkan bosan, dia akan blah ke tempat lain pulak.

Gua syak makhluk ni ikut gua dari jalan lama Bentong - KL. Ada satu masa dulu gua pernah bercakap tak bertabik-tabik. Gua nak buat kawan dengan makluk macam ni. Tapi gua tak sebut la yang bermuka hodoh. Patutnya gua sebut yang bermuka cantik dan wangi. Barulah hilang rasa takut. Cis, salah cakap rupanya!

Minyak Pengasih

Gua nak bercerita tentang minyak pengasih la pulak kali ni. Semua entry macam skema je sebelum ni. Boring la pulak nak buat entry skema lagi.

Nah!



Dan yang power sekali:


Minyak dagu!

Tanyalah mana-mana bomoh dan pawang sekali pun mereka akan mengatakan bahawa minyak dagu adalah yang paling berkesan antara semua minyak pangasih yang lain. Dia punya hantu banyak kuat oo...

Nak dipendekkan cerita, minyak pengasih terbahagi kepada 3 (gua sendiri yang mengkatagorikannya mengikut ilmu yang ada ni)

i. Minyak pengasih yang diisi dengan Nur Al Quran
ii. Minyak pengasih berkhadam (biasanya bunian le)
iii. Minyak pengasih syaitan (ni le kategori minyak dagu tadi)

Biasanya minyak yang berisi dengan zikirullah dan doa jarang orang minat. Kononnya tak power. Tapi niat dah tak betul, macam mana nak jadi. Minyak jenis ni untuk tujuan baik-baik saja, seperti untuk temuduga.

Minyak pengasih selain daripada tu agak bermasalah sikit. Ingat bunian ni baik sangat ke? Manusia pun ramai yang jahat, takkan mereka semuanya baik-baik belaka. Bila dicalit atau diguakan untuk memikat wanita, si khadam minyak tadi akan berusaha untuk mencairkan hati wanita yang dihajati supaya menyukai si pemakai. Silap haribulan, bukan wanita tu yang syok tapi bunian punya minyak tu sebenarnya yang syok kat pemakai. Ah, sudah?

Yang kategori terakhir tu biasa la, jin-jin kafir dikerah bersama semangat orang yang telah mati untuk memukau wanita cantik menyukai si pemakai. Kalau kahwin dan bersetubuh, ingatlah bukan si pemakai saja yang berasa nikmatnya tapi jin-jin dalam badan mangsa turut menikmatinya. Hehe....

Pendek kata, berani pakai beranilah menanggungnya nanti.



01 December 2011

Cerebral Palsy

Rasa terpanggil pulak untuk aku menulis kisah tentang sepasang suami isteri ni. Aku kenal brader ni pun dalam alam maya dan hanya pernah jumpa sekali saja. Dulu dia tinggal di Kajang. Memang aku ada terasa banyak kali nak pergi jumpa tapi tak pernah sempat pun. Akhirnya kat Bentong jugak aku jumpa. Tu pun lepas berkali-kali aku suruh si Pilin call kalau brader ni ada balik. Jumpa pun kat majlis rumah terbuka 'Kami anak-anak Ketari' yang mana aku bukanlah tetamu pada malam tu pun sebab aku ni orang Benus. Jadi, pergi saja-saja. Takde makan/minum pun. Ah, bukan tu yang aku nak sampaikan pun. Ceritanya macam ni...

Fendi dan isterinya, Kak Sham, mempunyai dua orang cahaya mata, Annisa dan An Nur.


Ya, perkara pertama yang akan terlintas di kepala manusia biasa seperti aku dan kamu ialah mereka adalah OKU. Annisa dan An Nur mengidap Cerebral Palsy. Tulang belakang mereka juga bengkok.



Lebih kurang dah 10 tahun mereka berusaha untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Apa yang aku tau, Fendi adalah cikgu. Tapi tak taulah mengajar kat sekolah mana.

Tak semua orang tabah mengharungi hidup ini tapi mereka masih mampu lagi tersenyum. Aku sebenarnya sangat kagum dengan mereka. Pergi ke mana-mana mesti bawa anak, hatta berdemo pun. (korang nak fikir apa, tu korang punya suka la. Mereka jugak berhak buat apa mereka suka walaupun nak berdemo)


Sekarang mereka (and the geng) sedang rancak menjalankan kempen Hope 2 Walk untuk Annisa dan An Nur. Target mereka adalah untuk mengumpul sejumlah RM500,000 sebagai dana bagi membiayai perubatan anak mereka diluar negara (China). Dengar khabar mereka juga bakal menyekolahkan anak-anak mereka di luar negara. kat UK kalau tak silap. (makin jaranglah Fendi balik Bentong lagi lepas ni)

Jangan melatah dulu. Tak salah pun mereka nak dapatkan rawatan di mana-mana. Itu adalah sebahagian daripada usaha mereka demi masa depan anak-anak. Perumpanaan hujan batu dan hujan emas sudah tidak lagi boleh digunapakai dalam kes ni kerana doktor di sini lebih senang mengambil langkah berdiam diri daripada berusaha memulihkan kanak-kanak seperti Annisa dan An Nur. Maafkan aku kalau ada doktor yang terasa tapi inilah hakikatnya. Doktor beranggapan bahawa Annisa dan An Nur sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi disebabkan penyakit mereka. Tapi si Fendi dan isteri masih berpegang teguh pada kata-kata 'tiada penyakit yang tak ada ubatnya selain mati'.

Selain tu jugak mereka telah mendapat inspirasi daripada Encik Hasan Suyut dalam perjuangan untuk kebahagiaan anak-anak mereka. Siapa Hasan Suyut?

0-book-cover-wazif-front.gif
Beliau dan isteri juga mempunyai anak yang menghidap Cerebral Palsy. Berkat ketabahan dalam usaha mereka berdua, anak ini mampu berjalan semula.


7 pakar perubatan terkemuka negara mengatakan supaya jangan berharap lagi. Tapi harapan tak pernah padam sebenarnya. Orang yang tidak berharap adalah orang yang telah berputus asa. Orang yang suruh jangan berharap pula sama seperti orang menyuruh supaya berputus asa. Berputus asa pula sama seperti tidak lagi mengharap rahmat Allah. Suruh untuk tidak lagi berharap pada rahmat Allah? Hati-hati bila berkata-kata, dalam tak sedar iman pun entah ke mana. Tak kiralah dalam apa keadaan sekalipun, harapan tetap ada!

Bukan nak kata bumi UK lebih baik tapi di sana kanak-kanak seperti ini dibantu, ditolong dan diberikan pendidikan percuma. Ibubapa jugak sama. Di Malaysia ada? Ramai pemimpin kita sibuk nak rebut kuasa dan wang daripada beri perhatian kepada anak-anak seperti ini. Aku ada seorang kawan di Bremen, Jerman. Siapa tak kenal si Lepat. Dia bukan orang Jerman pun tapi kerajaan di sana lebih banyak menjaga kebajikan golongan susah dan kurang berkemampuan. Jangan sibuklah nak kata tu kerajaan kafir atau asing. Sila jawab sendiri, bagus sangatkah jadi negara Islam kalau sibuk rebut kuasa, jawatan dan wang? Pernah dengar sekolah khas untuk kanak-kanak seperti ni? Rasanya kalau dana bela lembu keluarga menteri tu pun lebih daripada cukup untuk buat sekolah khas bagi kanak-kanak seperti ni.

Semoga Allah berkati usaha mereka. Marilah kita sama-sama membantu setakat mana yang termampu bagi merealisasikan impian sepasang suami isteri ni untuk melihat anak mereka mendapat kehidupan yang lebih baik dan bersekolah seperti kanak-kanak biasa.



Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah terus menyumbang kepada akaun bapa Annisa dan An Nur (Fendi@Ronasina@Kulup) seperti di bawah:

Maybank account no : 1561-1400-1424
Nama: Mohd Affandi b. Ramli
Emel: ronasina@gmail.com
Lamaweb: hope2walk.blogspot.com