01 December 2011

Cerebral Palsy

Rasa terpanggil pulak untuk aku menulis kisah tentang sepasang suami isteri ni. Aku kenal brader ni pun dalam alam maya dan hanya pernah jumpa sekali saja. Dulu dia tinggal di Kajang. Memang aku ada terasa banyak kali nak pergi jumpa tapi tak pernah sempat pun. Akhirnya kat Bentong jugak aku jumpa. Tu pun lepas berkali-kali aku suruh si Pilin call kalau brader ni ada balik. Jumpa pun kat majlis rumah terbuka 'Kami anak-anak Ketari' yang mana aku bukanlah tetamu pada malam tu pun sebab aku ni orang Benus. Jadi, pergi saja-saja. Takde makan/minum pun. Ah, bukan tu yang aku nak sampaikan pun. Ceritanya macam ni...

Fendi dan isterinya, Kak Sham, mempunyai dua orang cahaya mata, Annisa dan An Nur.


Ya, perkara pertama yang akan terlintas di kepala manusia biasa seperti aku dan kamu ialah mereka adalah OKU. Annisa dan An Nur mengidap Cerebral Palsy. Tulang belakang mereka juga bengkok.



Lebih kurang dah 10 tahun mereka berusaha untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Apa yang aku tau, Fendi adalah cikgu. Tapi tak taulah mengajar kat sekolah mana.

Tak semua orang tabah mengharungi hidup ini tapi mereka masih mampu lagi tersenyum. Aku sebenarnya sangat kagum dengan mereka. Pergi ke mana-mana mesti bawa anak, hatta berdemo pun. (korang nak fikir apa, tu korang punya suka la. Mereka jugak berhak buat apa mereka suka walaupun nak berdemo)


Sekarang mereka (and the geng) sedang rancak menjalankan kempen Hope 2 Walk untuk Annisa dan An Nur. Target mereka adalah untuk mengumpul sejumlah RM500,000 sebagai dana bagi membiayai perubatan anak mereka diluar negara (China). Dengar khabar mereka juga bakal menyekolahkan anak-anak mereka di luar negara. kat UK kalau tak silap. (makin jaranglah Fendi balik Bentong lagi lepas ni)

Jangan melatah dulu. Tak salah pun mereka nak dapatkan rawatan di mana-mana. Itu adalah sebahagian daripada usaha mereka demi masa depan anak-anak. Perumpanaan hujan batu dan hujan emas sudah tidak lagi boleh digunapakai dalam kes ni kerana doktor di sini lebih senang mengambil langkah berdiam diri daripada berusaha memulihkan kanak-kanak seperti Annisa dan An Nur. Maafkan aku kalau ada doktor yang terasa tapi inilah hakikatnya. Doktor beranggapan bahawa Annisa dan An Nur sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi disebabkan penyakit mereka. Tapi si Fendi dan isteri masih berpegang teguh pada kata-kata 'tiada penyakit yang tak ada ubatnya selain mati'.

Selain tu jugak mereka telah mendapat inspirasi daripada Encik Hasan Suyut dalam perjuangan untuk kebahagiaan anak-anak mereka. Siapa Hasan Suyut?

0-book-cover-wazif-front.gif
Beliau dan isteri juga mempunyai anak yang menghidap Cerebral Palsy. Berkat ketabahan dalam usaha mereka berdua, anak ini mampu berjalan semula.


7 pakar perubatan terkemuka negara mengatakan supaya jangan berharap lagi. Tapi harapan tak pernah padam sebenarnya. Orang yang tidak berharap adalah orang yang telah berputus asa. Orang yang suruh jangan berharap pula sama seperti orang menyuruh supaya berputus asa. Berputus asa pula sama seperti tidak lagi mengharap rahmat Allah. Suruh untuk tidak lagi berharap pada rahmat Allah? Hati-hati bila berkata-kata, dalam tak sedar iman pun entah ke mana. Tak kiralah dalam apa keadaan sekalipun, harapan tetap ada!

Bukan nak kata bumi UK lebih baik tapi di sana kanak-kanak seperti ini dibantu, ditolong dan diberikan pendidikan percuma. Ibubapa jugak sama. Di Malaysia ada? Ramai pemimpin kita sibuk nak rebut kuasa dan wang daripada beri perhatian kepada anak-anak seperti ini. Aku ada seorang kawan di Bremen, Jerman. Siapa tak kenal si Lepat. Dia bukan orang Jerman pun tapi kerajaan di sana lebih banyak menjaga kebajikan golongan susah dan kurang berkemampuan. Jangan sibuklah nak kata tu kerajaan kafir atau asing. Sila jawab sendiri, bagus sangatkah jadi negara Islam kalau sibuk rebut kuasa, jawatan dan wang? Pernah dengar sekolah khas untuk kanak-kanak seperti ni? Rasanya kalau dana bela lembu keluarga menteri tu pun lebih daripada cukup untuk buat sekolah khas bagi kanak-kanak seperti ni.

Semoga Allah berkati usaha mereka. Marilah kita sama-sama membantu setakat mana yang termampu bagi merealisasikan impian sepasang suami isteri ni untuk melihat anak mereka mendapat kehidupan yang lebih baik dan bersekolah seperti kanak-kanak biasa.



Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah terus menyumbang kepada akaun bapa Annisa dan An Nur (Fendi@Ronasina@Kulup) seperti di bawah:

Maybank account no : 1561-1400-1424
Nama: Mohd Affandi b. Ramli
Emel: ronasina@gmail.com
Lamaweb: hope2walk.blogspot.com









1 comment:

  1. Assalamualaikaum..kepada ibu bapa yg memiliki anak istimewa seperti masalah Autism,Dyslexia,Cereb Palsy ,Sawan sila berhubung terus dengan saya untuk mendapatkan rawatan secara holistik di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak.Jaminan dlm tempoh 6 bulan akan menampakkan perubahan.
    019 6676236 -Dr Wan

    ReplyDelete