Kenapa bila terkena sihir dan berubat tapi masih ada lagi sihir tu?
1. Sihir bukan sekali tembak saja. Kebanyakan sihir yang dilakukan atas sebab dendam kesumat sentiasa berterusan sama ada yang dituju mati atau yang menghantar dan yang mengupah mati dulu.
2. Rawatan kurang berkesan. Bukan semua perawat/bomoh/pawang mampu melawan sihir. Mereka yang berusaha mengubati sihir orang lain pasti akan diuji juga dengan bomoh yang menghantar sihir. Di sini, siapa kuat dialah yang akan bertahan dan menang.
3. Berubat dengan orang yang menggunakan akuan/sahabat/bantuan daripada jin kafir. Jin kafir ni hanya akan menambahkan lagi parah orang yang terkena sihir, bukan membantu pun.
4. Mempunyai saka. Orang yang disihir, jika mempunyai saka, maka sakanya akan bergabung dengan sihir tadi. Walaupun tujuan asal saka tu adalah untuk melindungi tuan empunya diri namun jika saka terbiar dan tak dijaga dah tentu akan makan tuannya.
Nabi S.A.W pun disihir, apatah lagi kita orang awam biasa ni. Jadi, lebih baik mengambil langkah berhati-hati. Bukanlah bermakna apabila kita memakai 'pendinding' kita akan selamat daripada sihir. Sesungguhnya tak bergerak suatu zarah pun melainkan dengan izin Allah jua. Apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil langkah-langkah yang perlu untun mencegah diri dan keluarga daripada terkena sihir. Umpama seorang polis memakai jaket kalis peluru. Bukanlah bermakna dengan memakai jaket ini polis tersebut takkan kena tembak tetapi kesan kena tembak dapat diminimumkan apabila memakai jaket ini. Macam tulah juga amalan pendinding diri. Sekurang-kurangnya kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Bukanlah aku nak mengagung-agungkan sangat sihir ni tapi tak salah rasanya kalau kita tahu serba sikit tentangnya. Ilmu sihir bukan terhad kepada tanam barang, puja patung, berkawan dengan jin kafir dan lain-lain lagi tapi ilmu sihir merangkumi penggunaan roh-roh hitam (roh orang yang semasa hidupnya memang mengamalkan ilmu hitam) seperti roh para sami buddha, roh para bomoh ilmu hitam handalan terdahulu dan penggunaan jin-jin sakti dari bangsa jin kafir seperti golongan ifrit dan seangkatan dengannya. Jin dapat hidup beratus malah beribu tahun, tentu saja mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang lebih banyak daripada manusia biasa. Jadi jangan pandang sebelah mata saja dengan mengatakan kitalah lebih hebat sebab kita adalah khalifah. Khalifah apa kalau hati masih dikawal nafsu dan iman baru sekupang dua?
No comments:
Post a Comment