- Jalinkanlah hubungan denganku dengan penuh ketaatan. Perhatikanlah kesukaanku dan jangan sampai aku melihat sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang tidak enak daripadamu.
- Sentiasalah membanggakan aku kerana ini akan membuatkan aku bertambah kasih kepadamu.
- Benarkanlah segala pendapat dan sikapku (selagi mana ia tidak bertentangan dengan agama menurutmu) nescaya aku akan bersikap lembut terhadapmu.
- Uruskanlah rumahtangga kita dengan baik dan sempurna.
- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatanku.
- Simpanlah segala rahsiaku dengan baik. Janganlah kamu membantah suruhanku kerana ia benar-benar akan melukakan hatiku.
- Jagalah waktu makanku dan waktu rehatku kerana perut yang lapar akan membuatkan darahku cepat naik dan tidur yang tidak cukup pula akan membuatkan aku keletihan.
- Jika aku sedang bergembira, janganlah kamu pamerkan kesedihan. Kamu haruslah pandai mengikut suasana hatiku.
- Hiasilah dirimu selalu agar aku gembira memandangmu.
- Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantuku, nescaya aku pula akan menjadi penolongmu.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. - 30:21
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar - 4:34
No comments:
Post a Comment