19 August 2013

Mesir 2

Punca kekejaman di Mesir dan Syria sebenarnya sudah sangat jelas. Sayangnya rata-rata masyarakat kita masih kabur lagi. Ada yang masih beranggapan Syiah adalah sebuah mazhab dalam Islam sebagai mana pendapat Presiden Pas sendiri. Ada juga yang beranggapan tidak baik menyesatkan sesama Islam, biarlah Syiah dengan ajarannya dan kita dengan ajaran kita. Maaf kerana aku tidak dapat bersetuju sedikit pun dengan kenyataan-kenyataan seperti ini.

Aku tidak mempromosikan Syiah adalah sesat kerana aku tidak beranggapan ia sebahagian daripada Islam. Syiah harus disekat kerana ia membawa pengaruh yang buruk dan bencana kepana masyarakat dan negara. Lihat negara-negara seperti Libya, Turki, Iraq dan beberapa negara lain lagi. Apa sudah jadi? Yahudi takkan campur tangan secara direct berkenaan dengan urusan negara lain. Cukup mereka menggunakan Syiah saja. Ingatlah, sementara masih ada orang Islam yang beranggapan Syiah adalah sebahagian/sebuah mazhab dalam Islam, umat Islam akan hancur dari dalam. Musuh-musuh Islam takkan menentang Islam secara terang-terangan. Anda sedang melihatnya di Syria dan Mesir sekarang.

Mesir bukanlah sebuah negara yang asing bagi kita sebagai umat Islam. Banyak sejarah tercatat di sana. Rakyatnya juga bukanlah sembarangan. Jika diseru untuk fisabilillah, kanak-kanak pun sanggup mengangkat senjata (tanyalah kepada mereka yang pernah ke Mesir). Tapi apa yang berlaku sekarang ialah tentara mereka sendiri membantai rakyatnya yang langsung tidak bersenjata. Tidak hairanlah ramai yang terkeliru sama ada kejadian ini sebagai satu tunjuk perasaan menentang kerajaan atau tindakan melawan Syiah.

Seseorang pernah bercerita kepada aku bahawa di Mesir juga terdapat markas tentera ghaib yang hanya menunggu arahan saja untuk bertindak. Ada yang menjangkakan satu peperangan yang besar akan berlaku antara golongan Syiah (Iran) dan Sunni di Mesir. Dan kita sudah mula dapat melihat bibit-bibit permulaannya. Tentera Syiah pastinya akan dibantu oleh Isreal dan sekutu mereka sama ada secara langsung atau secara tak langsung. 

Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan muslimin dan muslimat di Mesir. Semoga Allah merahmati mereka. Sesungguhnya kemenangan orang yang berperang di jalan Allah adalah pasti; sama ada menang melawan musuh atau menang mendapat syahid.



No comments:

Post a Comment