27 February 2014

Syariat

Syariat Tuhan dengan Perbuatan Syariat itu tidaklah sama. Yang kita rajin dok buat adalah perbuatan syariat sedangkan syariat itu tak pernah kita peduli pun.

Al-Ikhlas


Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 

A002 

 
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;  

A003
 

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  

A004
 

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Kenapa surah ni dipanggil surah Al-Ikhlas?
___________________________________________________________________________________

Allah Yang Maha Esa

Apabila Allah itu Esa, maka tiadalah yang lain selain DIA.

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat

Allah tempat bergantung segala sesuatu. Jangan bergantung kepada selain DIA. Segala yang berlaku adalah DIA

 Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan



Allah itu tiada yang terdahulu daripadaNYA. Tiada Allah sebelum Allah. DIA lah yang awal, DIA lah yang akhir. Tiada apa pun sesudahNYA.

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

Jangan kamu umpamakan AKU dengan sesuatu yang lain. Segala-galanya Allah. Dia meliputi segala sesuatu. 

Kesimpulan:
Jadi kenapa dipanggil ikhlas? 

DARIPADA ALLAH KEPALA ALLAH.
AWAL ALLAH, AKHIR ALLAH. 

Selagi mana wujud daripada AKU (diri) kepada Allah maka tiadalah ikhlas kerana kita mengaku kitalah yang beribadah, kitalah yang berkudrat, kitalah yang rajin sedangkan kita ini sebenarnya tiada apa-apa pun.


25 February 2014

Tahu dan Faham

"Allah Maha Besar"

Bila masa pula Allah itu kecil?

23 February 2014

Demi Allah dan 25 Rasulnya


"Adakala apabila ku halusi dengan teliti,

nescaya jauh di dasar Nurani ku akan
di datangi rasa BERSYUKUR kerana aku
di benarkan utk MENUMPANG HIDUP di
dalam Negeri yang di istiharkan sebagai
NEGARA BUKAN ISLAM,- Alhamdulillah.."

"Dan ada waktu waktunya aku merasa
kecewa dan pedih hati di kala mata
dan telinga ini di singahi dengan berita
saudara saudara Islam mau pun bukan
Islam yang terhimpit derita kemiskinan,
Padahal mereka mereka semua itu
sedang menetap dan menjalani hidup
di negeri yang TELAH LAMA di istiharkan
sebagai NEGARA ISLAM YANG KAYA"...

"Tidur mereka terganggu, Akal mereka
sering buntu, Hati mereka sering panas,
Ramai yang waras berubah jadi Ganas.."

Ya Allah, Ya Rahim....,
"Ku pohonkan dan ku rayu kepada Mu,
Kau datangilah seorang PEMIMPIN yang
BERTUBUH RAJA DAN BERJIWA RAKYAT,
yang mananya bijak membaca suasana
ekonomi dan pantas memutuskan satu
satu keputusan dengan tepat bagi
memadam api gelisah di jiwa Manusia
yang membara akibat di himpit suasana
yang mananya sering memaksa akal
untuk bertindak memintasi batas
kewarasan, yang mananya amat
merbahaya dan yang mungkin nya
bakal mengundang Celaka....

"ROMPAK! ROGOL! DAN BUNUH!"
Adalah angkara yang kebanyakan
nya teterbit dari tunas marah yang
membiak dari gumpalan Gelisah
yang sekian lama membeban akal
fikiran dan jiwa raga.."

Semuga Pihak Pemimpin Negara bijak
membaca suasana naik turun ekonomi
dan bertindak tepat dengan segera,
Membahagikan HASIL HASIL BUMI
ANUGERAH ALLAH S.W.T. dengan samarata.

Kerana RAKYAT MALAYSIA tak inginkan
Pemimpin yg hanya bijak bersandiwara,
tamak haloba serta gemar berpoya poya.

"Sebahagian besar Rakyat Malaysia tagihkan
Kemakmuran dan amat rindukan ketenangan jiwa".

Semuga Para Menteri Melaysia sentiasa
Peka dan Rakyat Malaysia tidak juga terus leka. 


Lepat@Ismail Ariffin

15 February 2014

Hari Memperingati Kekasih

Hari Kekasih

Kalau tanya pendapat aku sama ada boleh atau tidak menyambutnya pada setiap 14 Februari, jawapan aku sambutlah kalau nak sambut.

Bagi yang berpendapat haram, maka janganlah sambut sebab ia haram pada yang mengatakannya haram.

14 Februari setiap tahun adalah hari untuk memperingati kekasih. Jadi marilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat kekasih umat manusia sekalian, Muhammad bin Abdullah.

P/S: Bukalah minda sikit.