23 February 2014
Demi Allah dan 25 Rasulnya
"Adakala apabila ku halusi dengan teliti,
nescaya jauh di dasar Nurani ku akan
di datangi rasa BERSYUKUR kerana aku
di benarkan utk MENUMPANG HIDUP di
dalam Negeri yang di istiharkan sebagai
NEGARA BUKAN ISLAM,- Alhamdulillah.."
"Dan ada waktu waktunya aku merasa
kecewa dan pedih hati di kala mata
dan telinga ini di singahi dengan berita
saudara saudara Islam mau pun bukan
Islam yang terhimpit derita kemiskinan,
Padahal mereka mereka semua itu
sedang menetap dan menjalani hidup
di negeri yang TELAH LAMA di istiharkan
sebagai NEGARA ISLAM YANG KAYA"...
"Tidur mereka terganggu, Akal mereka
sering buntu, Hati mereka sering panas,
Ramai yang waras berubah jadi Ganas.."
Ya Allah, Ya Rahim....,
"Ku pohonkan dan ku rayu kepada Mu,
Kau datangilah seorang PEMIMPIN yang
BERTUBUH RAJA DAN BERJIWA RAKYAT,
yang mananya bijak membaca suasana
ekonomi dan pantas memutuskan satu
satu keputusan dengan tepat bagi
memadam api gelisah di jiwa Manusia
yang membara akibat di himpit suasana
yang mananya sering memaksa akal
untuk bertindak memintasi batas
kewarasan, yang mananya amat
merbahaya dan yang mungkin nya
bakal mengundang Celaka....
"ROMPAK! ROGOL! DAN BUNUH!"
Adalah angkara yang kebanyakan
nya teterbit dari tunas marah yang
membiak dari gumpalan Gelisah
yang sekian lama membeban akal
fikiran dan jiwa raga.."
Semuga Pihak Pemimpin Negara bijak
membaca suasana naik turun ekonomi
dan bertindak tepat dengan segera,
Membahagikan HASIL HASIL BUMI
ANUGERAH ALLAH S.W.T. dengan samarata.
Kerana RAKYAT MALAYSIA tak inginkan
Pemimpin yg hanya bijak bersandiwara,
tamak haloba serta gemar berpoya poya.
"Sebahagian besar Rakyat Malaysia tagihkan
Kemakmuran dan amat rindukan ketenangan jiwa".
Semuga Para Menteri Melaysia sentiasa
Peka dan Rakyat Malaysia tidak juga terus leka.
Lepat@Ismail Ariffin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment