Dimanakah Al Quran Hakiki, yang tak lut dek api, tak lapuk dek hujan dan tak lekaq dek panas?
Apa yang dibaca orang itu ialah manuskrip Qur'an.
Al Qur'an
hakiki itu ialah Al Qur'an yang Qodim, yang tiada permulaannya iaitu Nur Allah, Kalamullah. KalamNYA itu
tunggal dan bersatu (manunggal) dengan diriNYA.
Ketika Nur itu diturunkan kpd
Musa as, ia menjadi Taurat,
Ketika Nur diturunkan kepada Isa as, ia menjadi Injil,
Ketika Nur diturunkan kepada nabi Muhammad saw, ia menjadi Al-Qur'an.
Cahayanya atau nurnya sama saja, tak pernah berubah. Nur yang sama, yang itulah jua. Kitab yang tertulis (berhuruf) itu sebenarnya umpama peta
perjalanan, agar manusia dapat menemukan kitab yang tak huruf tadi, iaitu Al Qur'an yang hakiki, Nur dari Kalamullah.
Ramai yang terkandas kerana menggunakan manuskrip tu sebagai bahan untuk dibuat modal berdebat padahal manuskrip tu bukanlah hasil akhir yang hendak dituju.
Temukanlah Al Qur'an
hakiki itu di dalam hati kita sendiri. Itulah yang disebut Al-Furqon iaitu pembeza antara yang haq dan yang batil
Fahamilah bahawa tanpa Al Qur'an
yang hakiki, manuskrip Al Qur'an yang kita kenali tu akan difahami dalam arah yang
salah.
Jadi yang selama ini dikatakan makhluk itu adalah manuskripnya Al Quran sedangkan Al Quran yang hakiki bukanlah makhluk.
Showing posts with label al quran. Show all posts
Showing posts with label al quran. Show all posts
07 June 2015
31 May 2012
Amalan perlu pengijazahan
Mengikut pendapat sesetengah orang, amalan yang menggunakan ayat al-quran tak perlu ijazah kerana semuanya datang daripada ajaran rasulallah. Mengikut pendapat setengah orang lagi, perlu ijazah daripada guru. Jadi mana satu yang betulnya?
Kalau tanya pendapat aku, kedua-dua pendapat pun betul. Ayat al-quran yang tak perlu diijazahkan ialah seperti bacaan-bacaan biasa yang ada dalam hadis ataupun secara umum. Menjadikan pembacaan ayat-ayat seperti al-fatihah, 3 kul sebelum tidur dan seumpamanya memang tak perlu ijazah kerana ada dalam hadis. Tapi amalan-amalan seperti membaca dengar kadar atau bilangan yang tertentu untuk satu-satu tujuan atau lebih biasa dipanggil mengikut kaifiyatnya, perlulah diijazahkan oleh orang yang empunya amalan tersebut. Ini kerana beramal tanpa guru boleh jadi gurunya syaitan.
Bab zikir pula ada sesetengah orang mengatakan perlu ijazah dan ada yang kata tak perlu. Seperti yang aku katakan tadi, semuanya bergantung pada keadaan. Dalam hadis memang ada seruan agar kita membasahkan bibir dengan zikrullah sepanjang masa. Tapi dalam keadaan tertentu, terdapat zikir-zikir tertentu perlu diijazahkan untuk dijadikan amalan atau ia langsung tak berguna. Macam mana tu?
Zikir bermakna mengingati Allah. Bacalah apa saja yang boleh mengingatkan kita kepadaNya. Zikir-zikir seperti ya zaljalaliwal ikram pula biasanya dibaca dgn tujuan tertentu mengikut aturan tertentu akan mendapat hasil yang tertentu pula berbanding berzikir secara main baca saja. Di sinilah perlunya guru untuk membimbing kita. Guru akan menilai diri kita sesuai atau tidak dalam mengamalkan sesuatu amalan tu. Mungkin sukar untuk kita faham tetapi guru lebih faham.
Pernah aku meminta seorang tua yang berilmu untuk memberikan aku apa-apa amalan sebagai pendinding diri tapi dia hanya berkata nanti dulu. Puas jugak aku mendesaknya sehingga aku faham bahawa setiap amalan tu perlulah sesuai dengan diri sebelum diamalkan. Sebagai contoh, sesetengah orang mungkin akan mengalami perubahan sikap seperti cepat melenting, panas baran, dan sukar mengawal amarah apabila mengamalkan sesuatu ayat al-quran. Sebenarnya bukan salah ayat tu tetapi diri sendiri yang tak berupaya menanggung amalan tersebut. Akhirnya jadilah seperti apa yang dikatakan orang, "gila isim".
Sebagai contoh, kita mengamal ayat pendinding diri seperti ayat qursi dan lain-lain. Apabila dibaca seperti biasa, tak menjadi apa-apa kemudharatan pun. Tapi apabila dibaca mengikut cara dan kaedah serta dalam bilangan tertentu sudah pasti kesannya berbeza dengan membaca secara biasa. Perubahan emosi disebabkan diri kita. Dalam diri kita bukan hanya ada kita saja. Ada nafsu, ada jin dan ada syaitan jugak. Makhluk nilah yang sebenarnya terkesan daripada amalan tersebut lantas menjadikan kita ikut sama berasa tak tenteram, panas, cepat marah dan sebagainya. Kalau diri dah bersih, hati jugak suci murni memang takkan ada kesan sampingan.
Di sinilah pentingnya guru sebagai tempat rujukan apabila mengalami sebarang perubahan dalam mengamalkan ayat-ayat al quran yang tertentu sebagai benteng diri. Guru boleh membimbing kita untuk melalui semua ni. Kalau ikut buku semata-mata, siapa kita nak rujuk? Ini bukan ilmu ekonomi, matematik ataupun sains yang boleh pakai logik akal semata-mata.
Oleh itu, adalah lebih baik kita mendapatkan amalan melalui guru-guru yang sepatunya (melalui pengijazahan) daripada hentam kromo saja. Untuk mendapat ijazah, ada adab-adab tertentu yang harus dipatuhi. Bukan sekadar minta dan terus dapat. Belajar dan beradablah, tak rugi pun. Jika kita nak ambil hak orang lain, perlulah meminta izin terlebih dahulu. Samalah seperti mengamal sesuatu amalan, perlulah meminta izin daripada tuan empunya diri. Inilah yang dipanggil 'ijazah'.
Subscribe to:
Posts (Atom)