Showing posts with label bencana. Show all posts
Showing posts with label bencana. Show all posts

23 May 2011

yatim

Waktu dalam bas tadi aku membaca suratkhabar. Dah takde benda lain nak buat, baca juga la harian metro yang merepek tu. Fokus aku lebih kepada kejadian tanah runtuh di rumah anak-anak yatim, Hulu Langat baru-baru ni.

Sebagai makluk yang mempunyai jiwa, kita semua berasa sedih dan pilu di atas apa yang berlaku. Tambahan pula ia melibatkan anak-anak yang sedang mengikuti pengajian agama di tempat berkenaan. Tapi kes ni dihangatkan juga dengan kata-kata bodoh daripada menteri-menteri yang bodoh lagi mangkuk. Orang sibuk pasal operasi menyelamat, dia pula sibuk nak cari salah siapa. Inilah jadinya bila kita serahkan urusan mentadbir negara kepada orang-orang bodoh.

Zaman sekarang adalah zaman orang bodoh berlumba-lumba masuk politik untuk mengejar projek. Dapat pakej jadi ketua sekali. Orang-orang ni selalunya takde pendidikan yang tinggi mana pun. Mereka nampak seolah-olah nak membantu masyarakat tapi hakikatnya mereka memenuhkan poket mereka saja. Lihat dan fikir sendiri.

Orang yang belajar di jalan Allah lalu ajalnya tiba dikira mati syahid. Sungguh mudah dan pemurah Allah itu. Walaupun kejadian tanah runtuh memedihkan, tapi hikmahnya ialah syahid. Bukan calang-calang orang yang boleh syahid hanya yang terpilih saja. Berbahagialah mereka di alam sana. Hanya al-fatihah dapat aku hadiahkan buat kalian semua.

Dulu aku tak pernah nak faham tentang perkara ni. Kalau tuhan sayangkan orang tu, kenapa perlu Dia matikan orang tu dengan cara memilukan seperti kejadian ni? Aku cuba fahamkan diri aku dengna pendapat orang lain. Nyata aku tak boleh terima alasan-alasan tu semua. Namun, akhirnya aku mula faham. Urusan Allah, biarlah Dia yang uruskan. Betul juga kata sahabat aku yang jauh, rajin-rajinlah rujuk tafsir al-quran. Semuanya ada tertulis di situ.

Kenapa anak yatim begitu dibela dalam Islam? Nabi Muhammad sendiri adalah seorang yatim piatu. Lihat kembali sejarah baginda, itulah yang dialami oleh kebanyakan anak-anak yatim di dunia ni. Kadang-kala kita berjumpa mereka di stesen-stesen minyak minta derma. Hati ingin sangat memberi namun akal pantas mencuit perasaan ragu-ragu adakah derma aku ini sampai kepada anak yatim tersebut. Inilah masalahnya. Aku selalu berfikir begitu. Aku paling tak suka kalau ada pihak yang mempergunakan mereka. Tapi kalau wang tu dikumpulkan untuk kebajikan mereka pula bagaimana? Sukar untuk dipastikan.

Semua orang termasuk aku dengan mudah akan berkata jika saya kaya, saya pasti akan dermakan wang saya kepada anak-anak yatim. Satu pernyataan yang bongkak dan mencabar kuasa tuhan. Bagaimana kita pasti yang jika kita kaya kita akan menderma? Bukankah kalau kita kaya, kita akan berhajat untuk jadi lebih kaya lagi? Jadi, bila masa untuk kita membuat kebajikan? Bagi mereka yang Allah luaskan rezekinya, itu hak mereka dan terpulang kepada mereka menguruskannya. Mengapa perlu kita menjadi seperti mereka baru nak menderma? Beri saja apa yang mampu jika tidak, senyap!

Fitrah semulajadi semua manusia adalah sama. Apa yang aku rasa, kamu juga rasa. Yang membezakan kita ialah bagaiaman cara kita berfikir dan mengolahkan kembali fitrah tersebut. Di situ akan wujudnya takwa yang membezakan manusia. Sungguh susah dan berat sekali untuk difahami kecuali dengan izinNya.


19 March 2011

gempa bumi

tsunami di jepun....makin teruk disebabkan tangan manusia sendiri. buktinya, mereka lebih bimbang reaktor nuklear meletup. dah meletup pun. kini tunggu & lihat je apa kesannya.

siapa sangka negara maju macam tu kalau nak tumbang sekejap je. tapi tu kuasa Allah. Dia nak manusia berfikir. bukan suruh jadi pandai tapi BERFIKIR.

ramai yang meramalkan 2012 bakal terjadi satu lagi malapetaka yang dahsyat. sama ada penghujung, awal atau pertengahan aku tak tahu. tapi ramai yang telah bercakap mengenainya. golongan yang selalu keluar masuk alam ghaib tahulah pasal ni. bukan bermakna mereka mendahului kuasa tuhan tapi kalau tuhan nak bagi ilmu, Dia bagi je kat sape-sape yang dia suka. bukankah Dia Maha Berkehendak? siapa kita untuk menghukum?

apa pun, itulah uniknya tuhan. Dia Maha Pengasih dan Penyayang yang lain daripada yang lain. seperti mana yang terkandung dalam sifat 20. (bersalahan Allah taala dengan sesuatu yang baharu).

ulama dulu menggunakan sifat 20 untuk mentauhidkan Allah. tapi sekarang golongan wahabi keras menolak sifat 20 kerana kata mereka nabi tak ajar pun. buat apa nak belajar. jadi bagi mereka yang belum kenal sape wahabi, salah satu ciri-cirinya ialah memperlekehkan sifat 20. (aku sebut memperlekeh, bukan menolak ye).

wahabi susah nak kenal sebab serban & jubah mereka sentiasa bersih. mulut mereka lancar memetik ayat-ayat al-quran & hadis. sama ada mereka sesat atau tidak, bukanlah hak makhluk untuk menghukum. biarlah mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. yang penting, kita tahu apa kita buat.