Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

23 March 2014

Manusia Iblis

Bila ada pihak anjurkan program Selawat Perdana, satu pihak yang lain pula menyangkal dan mengutuk.

Begitulah manusia yang hanya belajar hukum. Di dunia ini sibuk mencari pahala untuk masuk syurga, tak mau masuk neraka. Kumpul pahala macam kumpul duit untuk simpan dalam ASB. Lupa kepada pemilik syurga, pemilik pahala, pemilik dosa dan pemilik neraka.

Apa pihak tak habis-habis dengan hukum hududnya seolah-olah Islam akan tertegak jika hudud ditegakkan. Barang siapa tidak bersetuju dengan mereka, digelarkan sebagai menolak hukum Tuhan.

Iblis sebelum bergelar makhluk terkutuk merupakan makhluk yang sangat taat, patuh, kuat beribadat dan alim. Bagi mereka yang belajar hukum, hanya dapat melihat ketidakpatuhan iblis untuk sujud kepada Adam adalah kerana Adam berasal daripada tanah dan iblis daripada api. Hina Adam kerana tanah yang kotor.

Bagi mereka yang mengkaji, sebab sebenar iblis tidak sujud kepada Adam ialah kerana kegagalan iblis untuk melihat siapa disebalik Adam. Walaupun alim, rajin dan kuat beribadah, namun iblis gagal untuk faham dan lihat dengan sebenar-benar penglihatan.


A029

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya (15:29)

Rahsia inilah yang gagal dilihat oleh iblis.

Dan ramai juga manusia seperti iblis, gagal untuk melihat siapa disebalik semua kejadian alam, dan tiap segala sesuatu yang berlaku lantas berbalah-balah tentang hukum itu ini untuk menegakkan siapa betul, siapa salah. 

Manusia selalu saja berselindung disebalik jubah, kopiah, ketayap, songkok dan baju Melayunya. Islam tidak bersandarkan kepada semua itu. 



 

30 October 2011

Sempurna

Kata mereka dunia makin kejam. Aku pula kata manusia yang paling kejam, mengapa nak salahkan dunia?

Makhluk yang paling sempurna dalam penciptaanNya. Ada sifat haiwan dan ada sifat malaikat. Mana lagi ada makhluk seperti ini?


04 October 2011

Sunyi

Aku paling suka menulis waktu semua orang dah tidur. Sunyi. Cengkerik pun dah tidur sekali gamaknya.

Apa yang kita kejar sebenarnya dalam dunia ni? Masing-masing ada matlamatnya. Nak beli rumah, beli kereta, beli macam-macam. Tapi tu semua dunia punya hal. Selagi termampu, kejarlah. Siapa nak larang. Mereka yang rajin akan dapat habuannya. Mereka yang malas, teruslah dalam keadaan begitu. Tiada siapa yang akan mengubah nasibnya melainkan dirinya sendiri.

Tadi secara tak sengaja aku tertengok Buletin Utama. Masih lagi ada berita tentang pembuangan bayi. Kali ni lebih kejam. Bayi tu dicampak dari tingkat 2 sebuah rumah flat. Kesian, makhluk sekecil tu baru nak melihat dunia dibuang begitu saja. Aku terfikir bagaimana si mak bapak anak tu sanggup hidup dengan apa yang telah mereka lakukan. Berzina dah satu hal. Membunuh pula satu hal. Memanglah manusia tu lebih kejam daripada binatang.

Kalau diberi peluang, nak juga aku tanya depan-depan kenapa sanggup buat anak sendiri sedemikian rupa? Adakah kerana anak tu cacat? Adakah kerana ingin tutup malu? Adakah kerana desakan hidup yang semakin menghimpit? Atau adakah sebab-sebab lain yang mewajarkan tindakan sedemikian?

Mereka yang telah berkahwin tentu tahu bagaimana perasaan mengharap untuk memiliki zuriat sendiri. Bagaimana dijaga kandungan sehingga 9 bulan, diperiksa dan diberikan sepenuh perhatian sambil berharap anak dalam kandungan selamat melihat dunia ini. Tapi bagi mereka yang senang-senang 'termengandung' boleh pula tak fikirkan semua ni. Orang lain punyalah susah nak melahirkan tapi mereka yang terlanjur boleh bersalin sendiri saja walaupun dalam tandas.

Ingat! Anak haram tidak berdosa. Tapi ia memerlukan sekurang-kurangnya beberapa keturunan untuk memulihkan susur galur yang telah tercemar dengan berbuatan terkutuk ibu bapanya. Secara tak langsung, anak tu lahir ke dunia dengan menanggung sedikit sebanyak kesan perbuatan ibu bapa mereka. Paling mudah ialah malu. Seorang anak yang dilahirkan bukan melalui perkahwinan yang sah tentu akan berasa malu apabila status sebenar dirinya diketahui oleh orang lain. Ini akan mendorong lebih banyk perbuatan negatif sama ada oleh masyarakat atau anak tu sendiri pada masa depan.


Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling sempurna. Bukan kerana manusia mempunyai sepuluh jari ataupun rupa paras dan anggota badan yang mencukupi, tapi kerana manusia tu memiliki keseluruhan unsur alam yang tak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain. Ini juga membawa maksud, jika ada makhluk lain yang kejam, jahat dan ganas, manusia pun boleh menjadi lebih kejam, jahat dan ganas daripada makhluk tadi. Tapi dalam masa yang sama, ada juga golongan manusia yang boleh menjadi lebih alim dan warak daripada malaikat. Malaikat tak bernafsu jadi tiada sifat 'keakuan' dalam dirinya. Tapi manusia dikurniakan nafsu. Bahagialah buat mereka yang dapat menundukkan nafsu masing-masing.




30 March 2011

lakonan

selalu aku fikir tentang manusia. ia adalah ciptaan yang paling sempurna kerana lengkap semuanya. kalau jin, mereka tiada berjasad. hanya seperti angin. kalau malaikat mereka tiada nafsu, tiada jantina dan tiada tua muda. manusia ada semuanya. ada unsur roh, ada jasad yang nyata. inilah yang menjadikan manusia ciptaan yang sempurna. manusia boleh jadi seperti malaikat ataupun melebihi malaikat. manusia juga boleh jadi seperti jin, syaitan & iblis malah lebih teruk daripada mereka semua.

ada orang susah dan ada orang senang. ada orang berjaya dan ada orang yang gagal. semuanya adalah takdir. semuanya telah tertulis dan kita hanya MELAKONKAN. itulah yang aku faham sekarang. tak timbul soal merubah takdir atau tidak kerana memang dah tertulis apa yang kita nak buat tu pun. nak berdoa supaya nasib berubah pun dah tertulis doa tu. kita cuma buat balik seperti yang tertulis. pendek kata, kita hanya MELAKONKAN watak masing-masing