17 June 2014

....

Lagu ni memang power, dengan suara dan iramanya memang boleh buat bulu roma meremang


Teringat balik kisah 14-15 tahun dulu di mana seseorang pernah tujukan lagu ni untuk aku...

Iblis

Kadang-kala manusia juga boleh menjadi Iblis kerana gagal melihat siapa disebalik Adam....

Sayang

Bayangkan jika tengah marah, tersangat marah pada seseorang adakah kita mahu orang itu mati?


Kenapa Tuhan tak matikan saja musuh-musuh Islam dan orang-orang yang jahat?

Tiada lain yang aku nampak melainkan betapa Pengasih dan Penyayangnya Dia.....

Kalaulah kau faham....



Kalau kau belajar 2x5=10, aku pula belajar 10x1=10, ada juga orang yang belajar 9+1=10 dan 5+5=10

Berapa jalan untuk mendapatkan 10?

Mengapa lihat pada perbezaan sedangkan persamaan itu sebenarnya indah?

28 May 2014

Sakinah

........
Biarlah orang-orang macam aku bahagia, orang-orang macam aku merdeka...
....
......

Bila kenal Sakinah
Kenal diri siapa sebenar
Cairlah segalanya
Yang tinggal hanya benar

......
...........


21 May 2014

HUDUD

Tiada siapa pun yang mempertikaikan hukum Tuhan.

Apa yang PAS cuba bawa adalah hudud mengikut tafsiran mereka. Hudud untuk orang Islam dan bukannya untuk orang bukan Islam.

Kes paling klasik.

Kes 1

Ahmad mencuri dan disabitkan bersalah lalu dijatuhi hukuman potong tangan. (bukan mencuri kerana lapar, miskin atau sebagainya, tapi memang suka mencuri dan mengaku mencuri)

Ah Seng pun mencuri lalu dipenjara 2 tahun (pun sama, mencuri sebab memang berniat mencuri dan mengaku suka mencuri)

Di manakah adil?

Kes 2 

Samsul bukan golongan bangsawan, kerabat, sultan atau raja, didapati mabuk lalu dijatuhi hukuman dirotan.

Sultan, Raja, dilihat minum minuman yang memabukkan tetapi tak dikenakan apa-apa tindakan kerana golongan ini kebal.

Sekali lagi, di manakah adilnya hudud ala Pas ini?

Salah satu tujuan hudud adalah untuk menjaga keselamatan/keharmonian masyarakat. Selamatkah masyarakat apabila yang Islam mencuri dipotong tangan, yang bukan Islam dipenjara/dibicarakan di mahkamah sivil? Terjaminkah?

Jadi, bagaimana dengan tafsiran Pas yang mengatakan hudud untuk orang Islam sahaja dan bukan untuk orang bukan Islam? Bukankah ini jelas kelihatan sebagai untuk mendapatkan sokongan politik saja? Mencuri/merompak ni boleh menjejaskan keselamatan masyarakat, bukan seperti tak puasa atau tak solat. Itu urusan individu tersebut dengan Tuhannya. Jadi tak boleh disamakanlah.


Fahamilah, orang ramai tidak menolak hukum Tuhan tetapi menolak tafsiran Pas berkenaan dengan hudud yang mereka dakwa sebagai undang-undang Tuhan.

Sebelum puji negara-negara yang laksanakan hudud, sila semak dulu hudud ala apa yang mereka laksanakan.

Jangan terlalu mudah menghukum orang lain sebagai kafir kerana itu bukan tugas manusia. 





13 May 2014

Terengganu

Seandainya BN tumbang di Terengganu, aku melihatnya sebagai satu kebangkitan buat UMNO di sana. Jika PAS memerintah pun, ia berkemungkinan besar sehingga PRU14 saja. Mengapa? Lihat sejarah. PAS tiada kemahiran dalam mentadbir. Mereka cuma mau kuasa dan jalankan pemerintahan Islam ala mereka saja.

Waktu mentadbir Terengganu dulu apa kemajuan yang mereka bawa? Isu balak terus menjadi topik berbualan utama. Orang Terengganu tetap macam tu juga.  Lihat Kedah. Apa perubahan yang mereka bawa? Jika mereka bawa Islam, Kedah sepatutnya lebih baik daripada negeri-negeri yang ditadbir oleh cara sekular. 

Aku malas nak cakap banyak. Fahamilah bahawa agama Allah itu hanya akan tertegak mengikut cara yang Dia mahu dan pada waktu yang Dia mahu. Selagi mana ada pihak yang mengaku mahu tegakkan Islam sebagai mana yang dia mahu, maka dia sebenarnya tertipu dengan dirinya sendiri.