15 March 2016

Pengertian mudah tentang solat

Kita seringkali ditekankan tentang betapa pentingnya solat. Lebih penting untuk kita mengetahui apa itu solat sebelum melakukan solat. Jika tidak, hanya syok sendiri saja dengan menyangka telah melakukan solat dan memandang orang yang dilihat seperti tidak solat itu lebih teruk daripada kita yang kononnya telah bersolat.

Solat menurut mushaf Al-Quran merupakan perbuatan mecegah daripada perbuatan keji dan munkar. (29:45)

Setiap perbuatan yang dikatakan solat itu jika tidak dapat mencegah perbuatan keji dan munkar wajarkan dipanggil solat?

 Solat didirikan, BUKAN dikerjakan!


Abdi

Jalan termudah bagi seorang wanita menuju kepada Tuhannya adalah dengan mengabdikan diri kepada suaminya.

Abdi di sini bukanlah seperti hamba abdi yang apabila suami mahukan seks, mesti terus dilakukan walau di atas unta sekali pun. Itu gila seks dan hamba kepada nafsu.

Kita boleh lihat sejarah nenek moyang kita dulu-dulu melalui penceritaan orang-orang lama. Hanya dengan membuatkan sarapan atau secawan kopi untuk suami atau satu ciuman diawal pagi sudah cukup sebagai tanda pengabdian terhebat daripada seorang wanita yang bergelar isteri.

Itu bagi wanita yang ingin menuju kepada Dia.

Bagi wanita yang ingin menuju ke syurga pula, buatlah seperti mana ustaz-ustaz, maulana-maulana, guru-guru agama ajarkan. Jangan memasak, membasuh, menjemur baju, apa lagi membuatkan secawan kopi kepada suami kerana ini semua bukan tugas si isteri....




12 November 2015

Sesat

Ada yang suka baca posting di sini, ada juga yang menyampah. Ada juga yang melabel sesat dan sebagainya.

Terpulang saja.

Hanya orang yang sesat sahaja sentiasa meminta petunjuk...

Sehari berapa kali kamu meminta petunjuk (ke jalan yang lurus....)?

12 July 2015

Al-Quran yang Qodim - 2

Dalam mikrajnya Nabi Muhammad SAW Jibril tak ikut sampai ke Sidratul Muntaha, iaitu puncak dari ketinggian (langit).

Refleksi dalam diri, Jibril adalah puncak kecerdasan akal.  Akal memang tak mampu menggapai TUHAN, hanya mampu mencapai suatu titik tertentu saja dalam perjalanan tersebut.

Jadi bagaimana Jibril menyampaikan wahyu jika tak mampu menggapai puncak ketinggian? Pada dasarnya Jibril adalah sang "penjabar", atau yang menerangkan atau sang penterjemah yang mengerti dan dapat menterjemahkan bahasa nurani menjadi bahasa akal. Dari bahasa yang dapat difahami akal itulah wahyu menjadi kalam, lalu kalam menjadi huruf-huruf dalam tulisan.

Kalamullah yang sejati adalah ibarat kod ginetik daripada Nur Muhammad sendiri. Kalam = Kaf, Nur = Nun. Kedua-duanya menjadi "KUN". Pendek kata Nur itu adalah TUBUH bagi kalam sedangkan Kalam itu adalah kod genetik yang mana dengan kod tersebut tubuh bisa terbentuk menurut apa yang dikehendaki. Demikianlah nur itu mapu mengerti setiap fungsinya.

Dari satu Kalamullah yang tunggal, ia dijabarkan/diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan dalam berbagai wujud kata-kata. Kalamullah kemudianlah yang menjelma menjadi Zabur, Taurat, Injil dan akhirnya Qur'an dimana sumber cahayanya adalah sama dan tunggal. Penterjemahan Jibrillah yang berbeza-beza, tersuai dengan keadaan setempat para rasul.

Hingga kini Kalamullah dalam wujud cahaya masih ada dan Jibril tak pernah berhenti daripada menterjemahkannya kepada orang-orang tertentu. Namun ia tak lagi disebut wahyu kerana wahyu itu sebutan khusus bagi kenabian sebaliknya ia disebut ilham. Hanya cebisan-cebisan kecil saja, tak selengkap turunnya wahyu kepada seorang nabi. Walau apa pun, kata orang setitis embun itu adalah rahmat dan anugerah yang terindah.
 
Begitulah yang sebenarnya, wahyu itu tak pernah berhenti sampai kiamat. Hanya sebutannya saja yang berbeza. Kalamullah itu terus-menerus dan melekat pada diri Allah. Betapa rahmat yang sangat luas yang sukar ditangkap oleh hati yang buta. 

Jika Al - Quran masih lagi berupa huruf-huruf dan tulisan saja, kita sebenarnya sedang rugi. Kita perlu dapatkan cahayanya iaitu dari Kalamullah yang sejati, cahaya yang sebelum dijabarkan/diterjemahkan oleh  Jibril.

Sesungguhnya itulah permata.

17 June 2015

Taubat

Taubat tidak dinilai dari banyaknya air mata yang kau keluarkan
Bukan pula dari "penyesalan sesaat" atas sebuah perbuatan buruk

Taubat merupakan usaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa
Jika air mata adalah ukurannya, maka buaya pun menangis, ikan duyung pun menangis

Taubat adalah proses yang panjang, makan masa bertahun-tahun bukan sekadar membaca doa atau istighfar atau solat sunat taubat.

Taubat adalah proses yang digerakkan oleh keinginan dan kesungguhan hati untuk menjadi lebih baik dan baik lagi.

Wuduk yang hakiki sebenarnya adalah proses "taubat". Tanpa adanya niat yang kuat untuk memperbaiki diri sendiri dalam taubat, solat secara hakikatnya tidak akan mampu dilakukan sempurna. Pi mai pi mai tang tu juga... 

Solat yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar yang 5 waktu tu, tapi solat yang hakiki, iaitu "menghubungkan diri" kepada Allah. Dalam setiap waktu, setiap saat, batin selalu tertuju kepada Allah tak boleh lepas dariNYA walau sesaat, selalu bersambung/wushul kehadrat ilahi. Itulah yang dimaksudkan dengan solat. Sepanjang batin tertuju kepada Allah, sepanjang itulah manusia takkan mampu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar....

"...dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" (25:45)

 

10 June 2015

Solat

Allah tak pernah sedikit pun perlukan solat daripada hambaNYA. Kita tak solat pun tiada kerugianpun bagiNYA.

Sebenarnya yang memerlukan solat itu ialah kita, kerana dengan solat kita sedang bersyukur dan memuji Yang Maha Agung. Dengan solat juga kita dapat menjauhi perbuatan yang keji dan mungkar, kerana apabila kita mampu menjauhi perbuatan-perbuatan yang tercela sebenarnya kita sedang memuji diri kita sendiri.

Jika mampu melakukannya maka kita akan merasakan syurga di dunia ini.

Faham kok? Tak paham jangan ditanya lagi. Aku bukanlah orang yang memberi faham.

07 June 2015

Al Quran yang Qodim

Dimanakah Al Quran Hakiki, yang tak lut dek api, tak lapuk dek hujan dan tak lekaq dek panas?

Apa yang dibaca orang itu ialah manuskrip Qur'an.

Al Qur'an hakiki itu ialah Al Qur'an yang Qodim, yang tiada permulaannya iaitu Nur Allah, Kalamullah. KalamNYA itu tunggal dan bersatu (manunggal) dengan diriNYA.

Ketika Nur itu diturunkan kpd Musa as, ia menjadi Taurat,
Ketika Nur diturunkan kepada Isa as, ia menjadi Injil,
Ketika Nur diturunkan kepada nabi Muhammad saw, ia menjadi Al-Qur'an.

Cahayanya atau nurnya sama saja, tak pernah berubah. Nur yang sama, yang itulah jua. Kitab yang tertulis (berhuruf) itu sebenarnya umpama peta perjalanan, agar manusia dapat menemukan kitab yang tak huruf tadi, iaitu Al Qur'an yang hakiki, Nur dari Kalamullah.

Ramai yang terkandas kerana menggunakan manuskrip tu sebagai bahan untuk dibuat modal berdebat padahal manuskrip tu bukanlah hasil akhir yang hendak dituju.

Temukanlah Al Qur'an hakiki itu di dalam hati kita sendiri. Itulah yang disebut Al-Furqon iaitu pembeza antara yang haq dan yang batil

Fahamilah bahawa tanpa Al Qur'an yang hakiki, manuskrip Al Qur'an yang kita kenali tu akan difahami dalam arah yang salah.

Jadi yang selama ini dikatakan makhluk itu adalah manuskripnya Al Quran sedangkan Al Quran yang hakiki bukanlah makhluk.