28 March 2010

perkauman....

perlu ke sebuah pertubahan yg berasaskan perkauman? dlm masa yg sama kerajaan berusaha keras utk mempromosikan slogan 1malaysia? mane satu yg betul sebenarnya? dlm kita sibuk2 nak berusaha gigih membangunkan negara, satu pertubuhan yg berasaskan sifat perkauman tulen sememangnya boleh mengganggu-gugat sebarang usaha utk kita bekerjasama antara satu sama lain. masing2 menyimpan syak dan curiga antara satu sama lain.

org yg bermain dgn isu perkauman adalah mereka yg cetek akal dan kekurangan idea utk mendapat sokongan. jgn salah faham, aku x kata kita sbg melayu perlu menggadaikan hak2 istimewa kita. knp perlu pergi sejauh tu & menjadi terlalu emosional? kita simpan utk diri kita, beringat pd diri sendiri dan keluarga cukuplah. x perlu jadi rasis, keluar kenyataan dlm akhbar sana-sini utk dptkan publisiti murahan. x perlu mainkan emosi melayu yg lain semata-mata utk mendapatkan simpati & sokongan mereka.

kita kena ingat, bangsa lain memerhati kita dari jauh. adakah mereka x punya perasaan? x sepatutnya kita hidupkan api yg boleh menjadi pemusnah hubungan antara kaum seperti mana yg berlaku pd 13 mei yg terkenal tu. bangsa lain mungkin takkan ambil parang dan tetak bangsa melayu tp melayu terpaksa menjadi kerbau seperti dicucuk hidung bila mereka membeli pegawai2 kerajaan utk kepentingan mereka. kita xnk hak kita jatuh pd bangsa lain tp lihat saja berapa byk tanah melayu jatuh ke tangan org bukan melayu dgn bantuan melayu jugak?

pejabat tanah dimonopoli oleh org kita, tp bangsa cina dgn mudah dpt mengusahakan tanah2 haram tanpa gangguan drp pihak berwajib. kemudiannya tanah2 tu beransur2 menjadi hak milik mereka. mereka puas hati. kita? kita lebih suka melalak dlm dewan, dlm akhbar, berckp tentang "mempertahankan institusi raja2 melayu". soalnya, wujudkah seorang rakyat malaysia yg ingin hapuskan sistem raja berpelembagaan yg kita gunapakai skrg ni?

adakah org2 cina dgn lantang berkata mereka nak hak sama rata & nak hak2 istimewa org melayu dihapuskan? xde pun sebab mereka takkan berani ckp soal ni. cuma yg ada beberapa kerat melayu yg sengaja memanipulasi keadaan dan mencetuskan huru-hara dgn membangkitkan isu2 mcm ni utk kepentingan diri sendiri. menyamar utk menjadi wira pembela bangsa konon. hakikatnya dia sendiri pun seolah-olah xde tujuan hidup dan tiada sokongan utk berpolitik. cara mudah utk mendapat sokongan adalah dgn cara seperti ni.

berckp soal perkauman secara terbuka jugak boleh mengundang pelbagai tangggapan negatif bangsa lain ke atas bangsa melayu. mencerminkan kita sbg satu bangsa yg manis tutur kata, sopan santun tp berhati busuk seperti bangkai. knp? depan kata lain, belakang kata lain.

kita harus faham, mana2 jiwa melayu takkan cuba utk bercakap tentang membelakangi raja2. apatah lagi utk membuang terus hak2 istimewa org melayu. tp knp org yg 2-3 kerat ni putar- belitkan fakta menjadikan melayu lain kelihatan sbg pengkhianat kpd bangsa sendiri. knp kita seronok menjatuhkan org/bangsa kita sendiri dlm mengejar populariti?

aku menyeru kpd bangsa aku supaya fikirkan masak2 tentang siapa yg kononnya nak jadi wira bangsa kita tu. siasat betul2 bagaimana latarbelakang dia. jgn mudah terima kata2 menghasut supaya membenci sesama sendiri. ingat, kita hidup x lama tp anak2 kita bakal mewarisi apa yg kita ada skrg. kalau skrg pun kita cuba keruhkan perhubungan yg terjalin, x mustahil 13 mei akan berlaku lagi dan dgn mudah kuasa2 luar dtg menjajah kembali seperti mana yg berlaku di iraq, afghanistan dan beberapa negara islam lain. ingatlah, kita pun salah satu negara islam jugak...

No comments:

Post a Comment