31 March 2010

Satria Neo R3 Lotus Racing




jika anda berkemampuan utk memiliki sebuah kereta berharga rm115k, kereta apa menjadi pilihan? proton kini mempertaruhkan pelaburan berjuta ringgit utk menghasilkan sebuah neo baru. satria neo R3 Lotus Racing yg dikuasakan dgn enjin campro cps (enjin asas proton exora) dijual dgn harga melebihi rm100k. siapa nak beli bukan soalnya, tp beramai ramai yg sanggup beli kereta buatan malaysia yg berharga rm100k ke atas?





rata2 masyarakat kita tahu proton adalah satu syarikat pengeluar yg menjual kereta mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. bila proton cuba utk mempelopori kategori kereta sport mewah, adakah syarikat ni mampu utk menjana keuntungan yg memuaskan? tinggalkan emosi, mari berckp tentang realiti.

kita pernah lihat proton beberapa kali gagal dlm memasarkan produk mereka. yg terdekat, proton satria gti dihentikan pengeluarannya bukan kerana kurang sambutan sebaliknya ramai yg mengidam nak pakai satria gti satu masa dulu. tp harganya (sekitar lebih kurang rm80k) pd masa tu menjadikan ramai golongan muda x mampu utk membelinya.





kini proton kembali dgn satria neo R3 lotus racing yg dijual sekitar rm115k, aku pun x pasti golongan mana menjadi sasaran mereka. dlm keadaan ekonomi yg masih belum pulih sepenuhnya dan pengeluar2 lain berusaha menurunkan harga kereta mereka, proton tampil dgn idea mengeluarkan kereta sport mewah..... satu strategi yg sudah tentu membuatkan para pesaingnya tersenyum lebar.

sambutan pembeli mmglah pelbagai. ada yg patriotik sgt sambil mempersoalkan apa kurangnya proton dan membandingkan proton dgn honda, toyota dan beberapa pengeluar kereta lain. dari segi teknologi kita tak mungkin melebihi mereka. dari segi kepakaran juga terbukti mereka lebih maju kedepan apabila membangunkan teknologi hybrid utk penjimatan petrol. toyota dan honda telah lama mengeluarkan kereta kelas 1600cc yg mempunyai kuasakuda (hp) yg masing-masing 175hp (4AGE-vvt)& 165hp (B16A-vtec) yg dah tentu jauh lebih tinggi drp satria neo R3 lotus racing.








bukanlah nak memperkecilkan proton, tp strategi mereka selalunya merugikan syarikat. ingat lagi pada model ni x?





satu masa dulu proton pernah mendakwa mereka akan mengeluarkan mpv nasional pertama. tp apa dah jadi? kereta yg dihentikan pengeluarannya oleh mitsubishi itulah yg menjadi mpv pertama negara. ade org beli jugak....mungkin mereka yg patriotik la kot.. bukan tu je, model tiara sebenarnya diambil drp citroen ax tahun 1986an (citroen pun dah x pakai model ni) menjadi model kompak mereka.








model perdana yg berasal drp model eternal (yg telah dihentikan pengeluarannya di jepun berikutan masalah2 tertentu) menjadi model kereta eksekutif proton yg pertama. model ni walaubagaimanapun dikenalpasti sbg model paling bermasalah dlm proton sehinggakan ada perdana 2nd hand dijual di bawah paras 20k!

proton juga telah mengalami kerugian yg besar sebelum ni akibat drp percaturan pengurusan yg bermasalah. berbalik kpd model neo R3 lotus racing yg berharga 2 kali ganda satria neo biasa, apakah model ni mampu menarik lebih ramai pembeli atau menjadikan pembeli terkeliru dgn pilihan apa yg mereka perlu lakukan kerana byk sgt model yg boleh dibandingkan.

bagi mereka yg gilakan kuasa, mungkin mengambil jalan mudah dgn membeli satria neo biasa kemudian mamasukkan enjin evo4 ke dlm chasis neo. ini jauh lebih murah drp membeli sebuah neo R3 lotus racing baru yg hanya mampu menjana 145bhp berbanding enjin evo 4 yg secara standardnya telah ada 280bhp. apa pun, kita lihat saja 'percaturan' proton kali ni & berapa lama pengeluaran model baru ni akan dpt bertahan.

No comments:

Post a Comment