aku sbnrnya dah muak sgt dgn isu perkauman yg dimainkan oleh sesetengah pihak ni. yg sebelah sini sibuk canang 1Malaysia, yg satu lagi sibuk canang, "ini bumi melayu, Cina & India adalah pendatang".
ironiknya, nenek moyang kita melayu dulu jugak yg sain perjanjian jual air di bawah paras akal yg normal dan beli pulak pd kadar yg tinggi. org melayu kita jugak yg membolehkan bangsa cina merampas tanah melayu atas dasar pembangunan kemudian ungkit semula cerita lama. jgn lupa, melayu mencapai kemerdekaan melalui meja rundingan dgn british bermakna kita (melayu) bersetuju dgn semua syarat yg dikenakan british bukan melalui penentangan senjata. kemudian semua cerita ni diungkit kembali? buat malu bangsa je....
sesekali terfikir, negara kita ni umpama bom masa (timer bomb) je. tunggu nak meledak. utk mengalihkan perhatian rakyat dan menagih simpati sambil mencari populariti, beberapa kerat melayu dlm politik mula menyemarakkan api perkauman yg telah lama reda dlm negara ni. kita boleh lihat siapa yg mengganggu-gugat keamanan & membakar semangat org2 melayu supaya menjadi marah? siapa lg kalau bukan ibrahim ali yg pendiriannya langsung x tetap. mulanya keluar umno, lepas tu masuk semangat 46. x lama pulak join pas, then sekarang xde parti yg nak terima beliau.
beliau kini menagih simpati org2 melayu dgn sengaja menyemarakkan api perkauman. knp akta ISA x digunakan? kerana secara x langsung ia membantu sesetengah pemimpin kerajaan dlm meraih kembali sokongan yg telah merosot. satu helah kotor tp licik dimainkan ke atas rakyat negara ni.
apa salahnya kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. kita bangsa malaysia. buat apa nak menambah parut yg ada? ada cara yg lebih bijak dlm menangani sesuatu masalah, bukan dgn melalak seperti ibrahim ali & pertubuhan yg dipimpinnya. rasa aku, xde satu ulamak pun yg masuk dlm pertubuhan tu. islamik kah cara beliau?
jgn kita lupa, melayu juga yg selalu menjatuhkan melayu yg lain. ibrahim ali bukan mempertahankan melayu tp memperjudikan keharmonian negara dan kedamaian yg kita kecapi selama ni. kita sbg bangsa melayu yg berakal, jgn mudah terpedaya tanpa usul periksa. lihat di mana perjuangan sesuatu pertubuhan tu, adakah ia bersifat utk semua atau hanya bersifat peribadi semata-mata.
bangsa cina & india skrg bukan mcm dulu. ramai yg telah menjadi org yg berjaya dan berpendidikan tinggi. mereka juga tahu berfikir baik dan buruk. adakah dgn hanya beberapa propaganda & provokasi yg diada-adakan, maka melayu mudah melatah? adakah satu kenyataan atau bukti yg jelas bahawa semua golongan cina & india di negara ni menggangu-gugat hak2 istimewa org2 melayu? yg kita nak melenting x pasal knp? buat apa nak ikut beberapa kerat melayu yg 'kurang akal' ni menyalak x tentu pasal mcm ibrahim ali?
tepuk kepala, tanya la akal.....
No comments:
Post a Comment