30 October 2010

cari

hidup ni adalah pencarian. sebab tu kita perlu kenal diri kita sebelum kita kenal siapa yang kita nak cari....

kacau

dalam rumah aku ni bukan aku seorang saja. ada makhluk lain yang tak kelihatan tapi dapat dirasa. kalau cantik aku tak kisah, tapi yang pasti bukanlah cantik. tak tahulah kalau dia perasan ke tak aku menulis pasal dirinya kat sini.

kalau dia baca, satu je pesan aku:

"aku tak kacau kau, jadi kau jangan kacau aku. sebab bila aku kena kacau, aku akan kacau kau balik....."

cara

ada manusia dalam dunia ni yang tak memikirkan tentang dirinya sendiri. ada yang sibuk mengejar kekayaan. masing-masing dengan cara masing-masing. ada manusia yang kelihatan seperti tiada apa-apa tetapi dia adalah seseorang. ini yang susahnya. kenapa dia takde apa-apa? sebab dia tak memerlukan apa-apa pun kecuali yang SATU.

ada yang suka melihat gelagat orang, dan kemudian mengumpat. aku pun sama juga.....

faham

berbaik sangka adalah satu perkara yang sangat susah untuk aku lakukan walaupun dicuba berkali-kali. pandangan mata lebih mudah mempengaruhi hati untuk terus membuat keputusan yang memihak kepada apa yang dilihat, itulah yang sebenarnya.

tapi cuba bayangkan kanak-kanak yang kecil.... mereka juga melihat. malah mereka melihat sebelum mereka mampu mengawal gerak-geri anggota mereka. tapi kenapa kanak-kanak kecil seperti ni suka memasukkan semua benda yang mereka dapat capai ke dalam mulut? anak aku yang kecil suka masukkan tangannya ke dalam mulut. bukan jari, tapi tangan. kalau boleh dia nak masukkan kelima-lima jarinya ke dalam mulut.

kalau dia besar sikit tentu dia akan masukkan apa saja ke dalam mulutnya. sebabnya? dia ingin 'merasa'. kalau kita perhatikan perkara ni dan dapat aplikasikan ke dalam hidup kita bagus juga.

perkara yang dilihat belum tentu sama dengan perkara yang sebenarnya (kalaulah kita mengetahui). ini yang susah hendak faham kalau kita belum ikhlas....

ikhlas

bukan mudah untuk menjadi ikhlas tapi kita mudah mengaku kita ikhlas. tipulah kalau aku kata aku pun ikhlas sama. dalam kebanyakan hal, aku pun seperti manusia biasa. aku pun masih tercari-cari apa makna ikhlas yang sebenar. bukan yang tertulis dalam buku. itu aku tak payah baca pun boleh jawab. apakah erti ikhlas yang tersurat?

musuh

musuh terbesar aku ada dalam diri aku sendiri. semalam aku nyaris gila memikirkannya. memang ada perkara yang kita tak boleh fikir pakai akal. baru aku sedar. itu pun sangat sedikit sekali. pening. akhirnya aku ambil keputusan untuk tidur awal.

bukan senang untuk memahami. tak termampu jika difikirkan menggunakan akal, boleh jadi gila terus agaknya.

29 October 2010

demokrasi

maaflah kalau terasa. aku tak berniat nak menghina sesiapa. adat berpolitik. ia kotor. jika kita menawarkan diri untuk berpolitik, ia sama seperti kita terjun ke dalam lumpur yang kotor. suasana politik tak dapat dipisahkan dengan demokrasi. sedangkan demokrasi adalah ciptaan yahudi untuk menjahanamkan umat manusia tanpa mereka sedari.

kita melaungkan konsep demokrasi sedangkan dalam Islam konsep demokrasinya langsung tak sama dengan apa yang berlaku dalam politik negara kini. mungkin kita memandang ulama yang berdiam diri sebagai penakut dan bacul. jangan terburu-buru, kawan. orang yang diam kadang kala lebih pintar daripada kita. sebab tu ada pepatah berbunyi "diam-diam ubi berisi".

ada yang marah bila aku kata demokrasi adalah senjata yahudi untuk menguasai dunia. ikut suka koranglah. dalam demokrasi sesiapa pun boleh menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. dalam kesibukan berpolitik, caci-mencaci, fitnah-memfitnah dan rasuah dibolehkan (secara diam-diam atau terang-terang). semuanya gara-gara ingin menawan hati pengundi. inilah sistem demokrasi. sistem kebebasan bersuara. satu sistem yang kononnya gagal diperkenalkan oleh seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah lebih 1400 tahun lalu. adakah Muhammad bin Abdullah lupa bahawa demokrasi itulah yang terbaik?

entah kenapa aku terfikir nak cerita pasal demokrasi yang diagung-agungkan tu.

ETP

ini adalah petikan malaysiakini.com pada 26 oktober lalu...

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:

•Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
•Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
•Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.


kenapa pm berani berkata demikian? sebabnya dia tahu segala ketidakpuasan hati NGO Islam dan lain-lain pihak akan dijawab oleh 'pakar' agama mereka, saudara Fathul Bari Jahaya...



tak tahulah sama ada saudara fathul bari ni sedar atau tidak, UMNO bersyukur kerana beliau masuk ke parti itu kerana mereka boleh mempergunakan beliau untuk membidas parti lawan, fathul pula masuk UMNO mungkin kerana berhajat untuk memperbetulkan UMNO dari dalam seperti mana saudara Anwar Ibrahim telah gagal mencubanya.

tiada satu ulama pun yang akan mempertahankan yang batil seperti ni. tapi tak tahulah fathul bari yang digelar 'ulama muda'....(entah siapa yang bagi gelaran pun aku tak tau)

24 October 2010

pelakon

tadi aku dengar hot fm. segmen apa aku tak ingat. tapi ceritanya tentang mengapa filem-filem dulu seperti filem p.ramlee masih disukai hingga kini. sebaliknya, filem-filem baru hanya meletup sekejap saja. lepas tu berkubur. tetamunya ialah aziz m.osman.

pendapatnya ialah, filem-filem dulu diserapkan rohnya oleh para pelakonnya. katanya lagi, seni tu ada rohnya yang tersendiri. "haha...gila" cetus hati aku. kata-kata mereka yang terlibat dalam dunia lakonan ni kadang-kadang lebih merepek daripada pengamal perubatan tradisional melayu pulak. katanya pelakon sekarang terlalu pentingkan soal bayaran, sebab tu la lakonan mereka kurang mendantangkan kesan ke dalam hati penonton.

aku tak rasa macam tu. kalau macam tu takkan ada orang minat shah rukh khan sebab dia juga seorang yang pentingkan bayaran. takkan ada orang minat leonardo decaprio kerana dia pun melihat kepada bayaran terlebih dulu sebelum menerima apa-apa watak. sebenarnya pelakon negara kita yang kerja main-main dan tak bersungguh-sungguh. bukan semua tapi kebanyakannya macam tu la. datang shooting pun lewat, pentingkan diri sendiri saja.

tak salah pun kalau minta bayaran lebih asalkan setimpal dengan mutu kerja yang diberikan. jadi apa salahnya tentang bayaran yang tinggi?

aku dan kereta

waktu tengah santai memandu di bandar bentong tadi, terdengar satu bunyi yang dulunya boleh membuatkan aku berasa sangat teruja. bunyi angin disedut masuk ke dalam air filter daripada kereta jenis 'enjection' waktu pedal minyak ditekan penuh. kereta tu kereta wira. dulu aku memang suka bunyi macam tu. padu dan macam power je. masa dulu kereta proton aku stendet gaban je. satu alat performance pun aku tak pakai. tak mampu.

konon-konon nak power aku buang terus air filter. biarkan karburetor aku terbuka tanpa sebarang penapis. bunyi agak sedap jugaklah waktu pedal minyak ditekan penuh. tapi lama-lama jahanam enjin aku sebab segala datuk nenek batu/pasir halus masuk. kalau waktu hujan aku rasa air pun masuk jugak.

aku hanya tersenyum saja mengenang kembali kisah lama. betapa dulu aku amat mengidamkan sebuah kereta yang 'berkuasa'. untuk menyedapkan hati, aku selalu berangan-angan memandu kereta yang mempunyai enjin berkuasa tinggi. terlalu banyak aku berangan. pada mereka yang memandu kereta turbo lagilah aku tabik. terutama pemilik proton saga turbo. respek sungguh aku pada mereka waktu belajar dulu. angan-angan aku tak pernah berhenti pun. kalau ada kereta-kereta turbo lalu, mata aku tak berkelip langsung. rasa malu jugak nak bersembang dengan mereka. kereta power, cantik pula. kereta aku cukup syarat je masa tu. tayar pun rembat tayar 2nd hand. tak pernah langsung aku beli tayar baru. kadang-kadang ada orang buang tayar di jalan lama, aku kutip dan pakai balik.

samalah dengan minyak hitam. member-member yang ada lebih, aku tak segan-segan mintak. apa jenis minyak pun aku campur je, janji minyak. takde pulak rosak enjin aku. mana aku mampu nak beli minyak hitam masa tu. akibatnya minyak hitam selalu kering, gasket banyak yang terbakar menyebabkan enjin 'leaking' teruk. terpaksa topup minyak selalu. sampai satu ketika waktu aku belajar di uitm dulu, kereta aku langsung takde minyak hitam. bunyi enjin pun dah melampau-lampau kuatnya. betul-betul bunyi macam ada orang ketuk dari dalam. mana-mana aku pegi orang pandang. malu jangan ceritalah.

dulu aku berangan-angan kalau ada duit lebih, aku nak masuk enjin turbo ke dalam saga aku tu. enjin yang paling aku idam-idamkan masa tu ialah vr4. aku tak tau pun enjin tu macam mana, tapi aku selalu tengok budak-budak sini main drag. ada sorang mamat pakai saga enjin vr4 selalu menang. lepas tu aku tengok, mana-mana kereta yang pakai vr4 memang tak terkalahkan. sejak tu aku memang idamkan enjin vr4. lagilah kuat angan-angan aku lepas tu.

itu serba sedikit kisah aku yang minat kereta ni. alhamdulillah, aku pun tak sangka aku dah pakai saga vr4 sekarang ni. vr4-rs pulak tu. jarang-jarang orang pakai enjin ni. kelebihannya, 240bhp dalam keadaan stendet, tertinggi daripada mana-mana enjin mitsubishi lain selain evo. sebenarnya, tertinggi jugaklah berbanding kebanyakan kereta di atas jalanraya sekarang, termasuklah mercedes dan bmw.

lega rasanya. tak payahlah aku berangan-angan lagi. dan aku juga tak berasa susah hati waktu terdengar kereta lain 'menarik' (dengan ekzos bisingnya... termasuklah vtec). aku hanya tersenyum dengan hati yang senang. bila-bila masa pun aku boleh kejar. malah, kebanyakan mereka bila terdengar bunyi enjin vr4 ni, terus lepas pedal minyak dan beri laluan. cuma segelintir saja yang tak putus asa. biasanya mereka ni dikalangan pemilik-pemilik vtec, RB20 ataupun 4AGE. oh, lupa ada sebijik lagi, caldina (3S-GE). semuanya aku hadapi tanpa masalah. caldina tu terkejut sebab aku masih boleh potong dia walaupun meter masa tu dah 180km/h (185 km/h enjin aku cut off). vtec makan asap waktu mendaki. RB20 pula bersungguh-sungguh perah keringat tapi tersungkur juga. nasib 4AGE sama saja dengan yang lain-lain.

memang terbukti enjin vr4 sangat berkuasa jika ditala dengan betul. ini baru modifikasi stendet (boost 0.6 bar saja). kalau di'upgrade' entahlah. pada aku, ni pun dah cukup. kini, persepsi aku waktu memandu telah pun berubah. aku lebih rileks dan tak cepat panas macam masa pakai enjin karburetor pekak badak dulu. tu pasal aku memandu santai saja tadi.

kesimpulannya, tak rugipun beli dan pakai kereta turbo. ia menceriakan hidup kita secara tak langsung. cuma kesan negatifnya ialah ia membuatkan kita ketagih nak lenjan kereta sekali-sekala. itu saja.

23 October 2010

politik

semalam baru aku faham maksud sebenar perkataan melayu. melayu bermasud pelarian dalam bahasa jawa. jadi, tanah melayu dahulu merupakan tanah pelarian. ok, tinggalkan yang itu. aku tau ramai melayu yang marah. marahlah, apa aku peduli...

hari ni merupakan hari terakhir perhimpunan agung umno. aku sempat tengok dalam berita tadi kawan aku berucap. namanya fathul bari, anak bekas mufti perlis satu masa dulu. malah aku berselisih dengannya waktu sedang berjalan-jalan dalam bangunan pwtc jumaat lepas. tapi dia tak perasan. dan aku pun tak sempat nak tegur kerana ramai sangat orang.





aku hormati dia dan pandangannya. namun pada aku dia tetap masih muda. dan orang muda memang cepat naik darah dan membuat keputusan terburu-buru. pandangannya tentang politik dan agama tentu saja berbeza dengan pandangan orang lain dari parti politik yang lain. kalau parti politik A menegaskan rambut adalah aurat wanita yang perlu ditutup, beliau pula pasti akan menempelak parti politik A tadi kerana menegur tak berhikmah. kesudahannya, mereka saling bercakaran dalam isu-isu mudah dan semua orang tahu.

aku cuma tertarik dengan ideanya untuk mewujudkan biro/unit ulamak dalam umno untuk menangkis fatwa/hujjah jahat pembangkang. pada aku, mungkin lebih baik wujudkan biro/unit tersebut untuk menegur pemimpin-pemimpin dikalangan mereka sendiri. pada pendapat aku lagi, usaha ini sukar untuk berjaya. dalam umno, tujuan utama berpolitik adalah untuk merebut jawatan. bukannya untuk membela bangsa melayu. kita bukannya baru lepas merdeka ataupun kita bukannya tengah menentang penjajah inggeris lagi. jadi, kuasa dan wang ringgit adalah amat penting.

lagipun, mengapa sekarang baru nak wujudkan biro ulamak ini? siapa nak mengepalainya? fathul bari? takkan ulamak yang tua-tua dalam umno nak beri laluan begitu saja? jika benar umno pentingkan agama, dah lama mereka wujudkan biro ini. bukannya sikit ustaz dan imam yang menyertai mereka. kenapa nak tunggu si fathul bari? orang mengatakan politik itu kotor, pada aku orang yang terlibat dalam politiklah yang kotor. politik tu tetaplah politik sampai bila-bila.

jika tiada kepentingan untuk diri sendiri, siapa yang nak masuk politik? cuba fikirkan sendiri.....

22 October 2010

inspira

aku tak taulah apa sebenarnya maksud disebalik nama ispira tu. pada aku, perkataan tu tak lengkap. mungkin berasal daripada perkataan inspirasi. kalau ditukar kepada bahasa inggeris, inspiration. tapi bila proton menjadikan inspira, ia juga boleh mejadi ins-pirate. nama yang tak lengkap secara tak langsung membayangkan kenderaan tu sendiri.

bukan aku tak patriotik, bukan aku tak cintakan negara. buat apa bangga dengan fakta yang salah? proton sebenarnya terus menerus mencatatkan kerugian sejak dulu lagi sehinggalah model inspira ni nak dilancarkan. pembelian lotus dicanang sebagai strategi penyelamat syarikat ini tapi kemudiannya proton membuat keputusan pelik dengan mengambil semula produk mitsubishi untuk diperkenalkan sebagai modelnya. langkah yang 'balik ke belakang' oleh proton.

ruginya proton adalah disebabkan percaturan politik di dalamnya. mereka membuat keputusan berdasarkan kepentingan sesetengah orang bukannya demi kepentingan syarikat. beli lotus dan tak lama kemudian balik kepada model mitsubishi? bukankah gila bunyinya. tapi mereka namakannya 'kerjasama'. biasalah.

1985 proton mengeluarkan kereta yang berkualiti. ini kerana komponen proton saga hampir semuanya buatan jepun. materialnnya berkualiti. tapi kemudian proton berfikiran dengan membuat komponen tempatan akan menjadikan kereta mereka lebih murah dan mampu milik. mereka silap di sini. komponen buatan tempatan tiada kualiti. bahan-bahannya dibuat daripada material yang sangat murah. lihat apa jadi pada model wira pertama. boleh bela ikan emas dalam lampu belakangnya.

kemudian proton memperkenalkan model waja. satu kacukan model kereta barat dengan enjin daripada mitsubishi juga. komponen lain seperti brek, hos getah, motor tingkap dan banyak lagi adalah buatan tempatan dan taiwan. apa jadi? tingkap senang rosak, power stereng bocor dan macam-macam lagi masalah waja. kononnya untuk meningkatkan prestasi proton memperkenalkan model waja 1.8 yang menggunakan enjin 1.8 liter daripada model renault megane. model ni berada sekejap je dipasaran berikutan masalah enjin yang menyusahkah pemiliknnya. proton berdiam diri dalam isu ni. model terpakai waja 1.8 adalah jauh lebih murah daripada waja 1.6 terpakai.

itu belum kira kenderaan proton seperti tiara dan juara (yang bodoh itu). model-model sebegini merugikan proton kerana kenderaan seperti ni langsung tiada kualiti. proton cuba bersaing dengan perodua untuk mengeluarkan model kompak. sebab tu lahirnya model tiara dan savy. apa sebenar arah tuju proton? adalah proton ingin menjahanamkan perodua? sebabnya, niat proton ni nampak terlalu ketara.

sikap proton yang lebih banyak meng'enhance'kan modelnya tak membantu dalam mengatasi kerugian yang berlaku. mungkin proton patut mencontohi perodua. perodua menjual kenderaan mereka mengikut spesifikasi jepun. materialnya juga dari jepun. kalau mereka buat sendiri pun, bumper dan alas kaki sahaja.

berbalik kepada proton...

dengan model terbaru inspira, proton memperkenalkan 2 versi iaitu 1.8 liter (4B10) dan 2.0 liter (4B11). kedua-duanya enjin berorientasikan mivec. sejauh mana kuasanya, tak pula diketahui. apa pun, kesemua kecanggihan yang dimiliki dalam model lancer GT takkan di'copy' sepenuhnya. maklumlah matlamat proton adalah untuk menjual kereta sebanyak-banyaknya dan berkompromi dengan kualiti. pendek kata, proton tak pentingkan kualiti keretanya sangat. asalkan boleh start, nampak cantik dan aircondnya sejuk dah lulus untuk dijual.

18 October 2010

diktator pun boleh buat baik

itulah tajuk malaysiakini yang menggambarkan apa yang tersurat dan tersirat tentang pendapat mantan perdana menteri ke-4. bukan sahaja diktator, penjual dvd cetak rompak pun sebenarnya berbuat baik dengan menjadikan dvd movie atau pun software tiruan mudah diperolehi dengan harga murah.

bukan tak hormat tapi makin tua kata-katanya makin merapu. menurutnya, negara china pun boleh maju daripada negara yang mengamalkan demokrasi. soalnya, china dibandingkan dengan demokrasi mana? antartika? sudan? cuba bandingkan china dengan amerika, rakyat negara mana yang lebih baik? adakah rakyat negara china yang takde disiplin menggunakan tandas tu lebih baik? agaknya dia ingat dia bercakap dengan lembu....

sebenarnya dia mahu corak pemerintahan zaman manusia batu yang dibawanya diteruskan oleh pemimpin zaman sekarang. siapa yang tak sependapat dengannya disumbat ke dalam ISA, didera fizikal dan mental. kemudian tanpa segan silu mantan pm ini menentang cara yang digunakan amerika ke atas tahanan di tempat yang terkenal tu. beliau sebenarnya seorang yang pandai berpura-pura dan bermuka-muka. ingat budak kecil? apa budak kecik buat bila apa yang dingini tak dapat? menangis! samalah juga dengannya!

mungkin beliau terlupa bahawa zaman sekarang orang kampung sudah mampu melanggan astro. malah broadband juga boleh digunakan hampir di mana-mana ceruk di negara ni. tetapi beliau terus berfikiran bahawa melayu masih lagi tinggal di gua dan makan nasi dengan garam. mengapa?

pendapat-pendapat yang dikeluarkan beliau sangat tak relevan dalam zaman serba canggih kini. seorang manusia pada zaman kegemilangannya dihormati, ditakuti dan dikagumi langsung tak mustahil diakhir hayatnya menjadi manusia yang dihina, dijauhi dan tak diperdulikan. itulah perjalanan kisah hidup yang normal bagi seorang diktator sepertinya.

17 October 2010

makan

aku suka perjalanan jauh. terutama menuju ke utara. tak kisahlah negeri mana pun asalkan arahnya menuju ke utara. memandu memberi aku satu kepuasan dan ketenangan selain daripada keletihan. banyak yang aku boleh fikirkan sepanjang perjalanan dan aku suka memerhatikan gelagat orang.

tak berapa lama dulu waktu aku tengah lepak-lepak minum di sebuah restoran, aku terpandang gelagat seorang lelaki india. kebetulan tempat aku melepak tu terletak di kawasan belakang sekali jadi aku dapat lihat apa yang berlaku di luar. lelaki tu tengah menyelongkar tong sampah. mulanya aku ingatkan dia cari barang, tapi rupanya dia cari sisa makanan. dikumpulkannya dalam beg plastik.

tindakan refleks aku waktu tu tentulah kesian. tapi lepas tu aku fikir, tak perlu kesian. sebab aku lihat dia cukup sifat dan sihat. kenapa perlu cari makan dalam tong sampah? tuhan jadikan manusia bukan sehina tu. dia yang jadikan dirinya sendiri hina dengan memakan sampah.

lama aku perhatikan dia sampai dia pergi. memang betul, banyak makanan yang diperolehi daripada tong sampah di restoran tu. mungkin orang lain kesian kerana hidupnya susah. tapi manusia yang selalu menyalahkan nasib adalah manusia yang pentingkan diri sendiri dan malas untuk berusaha.

bajet

bajet dah dibentang. apa lagi mau dikata. aku memang tak pernah harap pun dapat bonus kerana memang takkan ada. malah aku sedikit sebanyak bersetuju juga bila kerajaan tidak memberikan bonus. kenapa? kerana kakitangan awam tak pernah cuba untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. asyik tunggu bonus saja, kerja malas.

apa pun orang nak kata, perkara dah tak boleh ubah. apa pun semuanya perlu bersyukur kerana walaupun takde bonus, tapi ada sedikit ihsan. 500 mungkin nampak sikit, tapi jika dibelanja ke jalan yang memberikan keberkatan, insya'allah cukup.

konsert

jika aku byk duit sekalipun, takkan aku habiskan untuk melihat konsert mana-mana artis. mereka adalah golongan yang paling banyak masalah, paling banyak menimbulkan masalah dan tiada apa yang baik pun untuk diikuti.

15 October 2010

eksiden lagi

bila satu kemalangan berlaku, perkara pertama orang akan kaitkan ialah laju. seperti kemalangan bas yang paling teruk tahun ni pada 10.10.10 hari tu. soalnya berapa laju bas boleh lari? 140km/h? 160km/h?

lagipun, pemandunya berdarah muda ke nak memecut semacam je? kadang-kadang orang kita terlalu cepat melatah dalam mencari punca sesuatu masalah. malas nak fikir panjang lalu cepat buat kesimpulan. siapa yang nak terbabit dalam kemalangan? siapa yang tak sayangkan diri sendiri?

pokoknya semua pihak nak lepaskan diri masing-masing lalu menunding jadi pada pemandu yang dah mati sebagai punca kemalangan maut. sebenarnya selain pemandu, banyak lagi faktor lain yang menyumbang ke arah kemalangan maut. betullah setiap kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu tapi kemalangan maut boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor seperti keadaan jalanraya, benteng penahan tepi dan kegagalan mekanikal diambil berat.

punca yang menyebabkan kemalangan menjadi teruk di hiway utara-selatan tempohari adalah faktor jalanraya. macam mama sebuah bas boleh tercampak ke lalu bertentangan sekiranya penahan tepi (divider) kukuh? semunya nak jimatkan kos. faktor-faktor keselamatan kurang diberi perhatian. bila terjadi kemalangan maut, orang paling teruk menanggung ialah pemandu. sampai bila pun masalah ni takkn selesai...

13 October 2010

bola

bersesak-sesak semata-mata nak tengok bola lepas tu meninggal. langsung tak berbaloi. kat tv pun boleh tengok.

08 October 2010

sendiri

dalam hidup ni tak semuanya boleh dikongsi bersama. ada yang terlalu peribadi dan hanya untuk diri sendiri. itulah sebabnya aku wujudkan lagi sebuah blog supaya aku dapat bebas menulis. sendiri itu kadang kala lebih baik. dengan bersendirian kita dapat menilai diri sendiri. merenung ke dalam diri dan melihat apa yang kurang.

bila bersendirian, aku lebih bebas berfikir selama mana yang aku mahu. dalam bahasa sainsnya, lebih fokus.

03 October 2010

minat

tiada pelakon atau penyanyi yang menjadi idola aku. dulu masa sekolah mungkin ada, tapi x lama. aku x minat menjadikan manusia bermasalah sebagai idola. kalau aku selalu menyanyi-nyanyi, aku hanya minat lagu, bukan penyanyi. kalau aku minat filem, aku hanya suka pelakon tu melakonkan wataknya bukan aku minat pada personaliti dia.

apa bagus sangat mereka untuk menjadi idola aku?