waktu tengah santai memandu di bandar bentong tadi, terdengar satu bunyi yang dulunya boleh membuatkan aku berasa sangat teruja. bunyi angin disedut masuk ke dalam air filter daripada kereta jenis 'enjection' waktu pedal minyak ditekan penuh. kereta tu kereta wira. dulu aku memang suka bunyi macam tu. padu dan macam power je. masa dulu kereta proton aku stendet gaban je. satu alat performance pun aku tak pakai. tak mampu.
konon-konon nak power aku buang terus air filter. biarkan karburetor aku terbuka tanpa sebarang penapis. bunyi agak sedap jugaklah waktu pedal minyak ditekan penuh. tapi lama-lama jahanam enjin aku sebab segala datuk nenek batu/pasir halus masuk. kalau waktu hujan aku rasa air pun masuk jugak.
aku hanya tersenyum saja mengenang kembali kisah lama. betapa dulu aku amat mengidamkan sebuah kereta yang 'berkuasa'. untuk menyedapkan hati, aku selalu berangan-angan memandu kereta yang mempunyai enjin berkuasa tinggi. terlalu banyak aku berangan. pada mereka yang memandu kereta turbo lagilah aku tabik. terutama pemilik proton saga turbo. respek sungguh aku pada mereka waktu belajar dulu. angan-angan aku tak pernah berhenti pun. kalau ada kereta-kereta turbo lalu, mata aku tak berkelip langsung. rasa malu jugak nak bersembang dengan mereka. kereta power, cantik pula. kereta aku cukup syarat je masa tu. tayar pun rembat tayar 2nd hand. tak pernah langsung aku beli tayar baru. kadang-kadang ada orang buang tayar di jalan lama, aku kutip dan pakai balik.
samalah dengan minyak hitam. member-member yang ada lebih, aku tak segan-segan mintak. apa jenis minyak pun aku campur je, janji minyak. takde pulak rosak enjin aku. mana aku mampu nak beli minyak hitam masa tu. akibatnya minyak hitam selalu kering, gasket banyak yang terbakar menyebabkan enjin 'leaking' teruk. terpaksa topup minyak selalu. sampai satu ketika waktu aku belajar di uitm dulu, kereta aku langsung takde minyak hitam. bunyi enjin pun dah melampau-lampau kuatnya. betul-betul bunyi macam ada orang ketuk dari dalam. mana-mana aku pegi orang pandang. malu jangan ceritalah.
dulu aku berangan-angan kalau ada duit lebih, aku nak masuk enjin turbo ke dalam saga aku tu. enjin yang paling aku idam-idamkan masa tu ialah vr4. aku tak tau pun enjin tu macam mana, tapi aku selalu tengok budak-budak sini main drag. ada sorang mamat pakai saga enjin vr4 selalu menang. lepas tu aku tengok, mana-mana kereta yang pakai vr4 memang tak terkalahkan. sejak tu aku memang idamkan enjin vr4. lagilah kuat angan-angan aku lepas tu.
itu serba sedikit kisah aku yang minat kereta ni. alhamdulillah, aku pun tak sangka aku dah pakai saga vr4 sekarang ni. vr4-rs pulak tu. jarang-jarang orang pakai enjin ni. kelebihannya, 240bhp dalam keadaan stendet, tertinggi daripada mana-mana enjin mitsubishi lain selain evo. sebenarnya, tertinggi jugaklah berbanding kebanyakan kereta di atas jalanraya sekarang, termasuklah mercedes dan bmw.
lega rasanya. tak payahlah aku berangan-angan lagi. dan aku juga tak berasa susah hati waktu terdengar kereta lain 'menarik' (dengan ekzos bisingnya... termasuklah vtec). aku hanya tersenyum dengan hati yang senang. bila-bila masa pun aku boleh kejar. malah, kebanyakan mereka bila terdengar bunyi enjin vr4 ni, terus lepas pedal minyak dan beri laluan. cuma segelintir saja yang tak putus asa. biasanya mereka ni dikalangan pemilik-pemilik vtec, RB20 ataupun 4AGE. oh, lupa ada sebijik lagi, caldina (3S-GE). semuanya aku hadapi tanpa masalah. caldina tu terkejut sebab aku masih boleh potong dia walaupun meter masa tu dah 180km/h (185 km/h enjin aku cut off). vtec makan asap waktu mendaki. RB20 pula bersungguh-sungguh perah keringat tapi tersungkur juga. nasib 4AGE sama saja dengan yang lain-lain.
memang terbukti enjin vr4 sangat berkuasa jika ditala dengan betul. ini baru modifikasi stendet (boost 0.6 bar saja). kalau di'upgrade' entahlah. pada aku, ni pun dah cukup. kini, persepsi aku waktu memandu telah pun berubah. aku lebih rileks dan tak cepat panas macam masa pakai enjin karburetor pekak badak dulu. tu pasal aku memandu santai saja tadi.
kesimpulannya, tak rugipun beli dan pakai kereta turbo. ia menceriakan hidup kita secara tak langsung. cuma kesan negatifnya ialah ia membuatkan kita ketagih nak lenjan kereta sekali-sekala. itu saja.
No comments:
Post a Comment