22 October 2010

inspira

aku tak taulah apa sebenarnya maksud disebalik nama ispira tu. pada aku, perkataan tu tak lengkap. mungkin berasal daripada perkataan inspirasi. kalau ditukar kepada bahasa inggeris, inspiration. tapi bila proton menjadikan inspira, ia juga boleh mejadi ins-pirate. nama yang tak lengkap secara tak langsung membayangkan kenderaan tu sendiri.

bukan aku tak patriotik, bukan aku tak cintakan negara. buat apa bangga dengan fakta yang salah? proton sebenarnya terus menerus mencatatkan kerugian sejak dulu lagi sehinggalah model inspira ni nak dilancarkan. pembelian lotus dicanang sebagai strategi penyelamat syarikat ini tapi kemudiannya proton membuat keputusan pelik dengan mengambil semula produk mitsubishi untuk diperkenalkan sebagai modelnya. langkah yang 'balik ke belakang' oleh proton.

ruginya proton adalah disebabkan percaturan politik di dalamnya. mereka membuat keputusan berdasarkan kepentingan sesetengah orang bukannya demi kepentingan syarikat. beli lotus dan tak lama kemudian balik kepada model mitsubishi? bukankah gila bunyinya. tapi mereka namakannya 'kerjasama'. biasalah.

1985 proton mengeluarkan kereta yang berkualiti. ini kerana komponen proton saga hampir semuanya buatan jepun. materialnnya berkualiti. tapi kemudian proton berfikiran dengan membuat komponen tempatan akan menjadikan kereta mereka lebih murah dan mampu milik. mereka silap di sini. komponen buatan tempatan tiada kualiti. bahan-bahannya dibuat daripada material yang sangat murah. lihat apa jadi pada model wira pertama. boleh bela ikan emas dalam lampu belakangnya.

kemudian proton memperkenalkan model waja. satu kacukan model kereta barat dengan enjin daripada mitsubishi juga. komponen lain seperti brek, hos getah, motor tingkap dan banyak lagi adalah buatan tempatan dan taiwan. apa jadi? tingkap senang rosak, power stereng bocor dan macam-macam lagi masalah waja. kononnya untuk meningkatkan prestasi proton memperkenalkan model waja 1.8 yang menggunakan enjin 1.8 liter daripada model renault megane. model ni berada sekejap je dipasaran berikutan masalah enjin yang menyusahkah pemiliknnya. proton berdiam diri dalam isu ni. model terpakai waja 1.8 adalah jauh lebih murah daripada waja 1.6 terpakai.

itu belum kira kenderaan proton seperti tiara dan juara (yang bodoh itu). model-model sebegini merugikan proton kerana kenderaan seperti ni langsung tiada kualiti. proton cuba bersaing dengan perodua untuk mengeluarkan model kompak. sebab tu lahirnya model tiara dan savy. apa sebenar arah tuju proton? adalah proton ingin menjahanamkan perodua? sebabnya, niat proton ni nampak terlalu ketara.

sikap proton yang lebih banyak meng'enhance'kan modelnya tak membantu dalam mengatasi kerugian yang berlaku. mungkin proton patut mencontohi perodua. perodua menjual kenderaan mereka mengikut spesifikasi jepun. materialnya juga dari jepun. kalau mereka buat sendiri pun, bumper dan alas kaki sahaja.

berbalik kepada proton...

dengan model terbaru inspira, proton memperkenalkan 2 versi iaitu 1.8 liter (4B10) dan 2.0 liter (4B11). kedua-duanya enjin berorientasikan mivec. sejauh mana kuasanya, tak pula diketahui. apa pun, kesemua kecanggihan yang dimiliki dalam model lancer GT takkan di'copy' sepenuhnya. maklumlah matlamat proton adalah untuk menjual kereta sebanyak-banyaknya dan berkompromi dengan kualiti. pendek kata, proton tak pentingkan kualiti keretanya sangat. asalkan boleh start, nampak cantik dan aircondnya sejuk dah lulus untuk dijual.

2 comments:

  1. aku pun mmg xbrp suka model proton ni tp aku xde la smpai tahap bodoh dan ortodoq nya pemikiran mcm penulis ni..open mind sikit bro..jgn jd katak bwh tempurung..model proton byk yg dashyat2 skrg..anak tempatan skrg dh boleh hasilkan hybrid,konsep car dan dvvt pun org kita dah bleh buat sndri..harap maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau nak letak nama dan gambar pun penakut, ada hati nak komen. ada maruah tak ni?

      Delete