02 February 2011

air mineral

sebenarnya aku tak minat nak tolong sebarkan email-email mengarut yang datang dari sumber yang langsung tak diketahui.

tapi semalam aku berjumpa dengan seseorang yang menerangkan tentang kesan memakan/minum makanan yang syubhah. dulu aku tak ambil port sangat. asalkan ada tanda halal, semua ok je. namun manusia sentiasa berubah. ada baiknya jika kita menjaga apa yang kita makan/minum.

orang yang aku jumpa semalam bercakap tentang air mineral. setiap air mineral tak sama grednya. itu aku boleh terima. aku pun tau. sebab tu ada botol bertudung biru, hijau dan putih. tapi bukan tu yang dia maksudkan. menurutnya air mengeluarkan gelombang, dan air yang tak berkualiti menjadikan badan kita mudah ditimpa penyakit.

orang tu menegur member aku sedang memberi anaknya minum air mineral jenama cactus. alasannya, air tu mempunyai tahap gelombang yang rendah. malah negatif. sebabnya? asal air tu daripada sumber yang tak berapa baik. kawasan tempat mata air tu berdekatan dengan perkuburan cina dan ladang ternakan babi katanya.

aku cuma ingat tempat tu berdekatan dengan 'jalan air kuning' di taiping. disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak aku pun guna teropong hikmat lalu meneropong kawasan tu. memang betul kawasan tu berdekatan dengan jirat cina. dan yang lebih menggempakkan lagi ialah air mineral jenama spritzer turut diambil dari situ. aduhai...., tak minumlah aku air tu lagi lepas ni.



ada yang tak faham mempersoalkan kenapa susah-susah pasal ni? jakim dah kata halal jadi hukumnya tetap halal. betul. aku tak nafikan memang halal. makan guna sudu garfu dikedai makan/restoran pun tetap halal. tapi perkara-perkara macam ni perlu dititik beratkan kerana ia menjadi darah daging kita. senang cerita, perkara-perkara macam ni yang akan bentuk hati dan akhlak seseorang.

ia bukan lagi soal hukum halal atau haram. makan babi waktu darurat pun hukumnya harus, tapi babi tetaplah babi. kesan ke atas darah daging kita tetap ada. bukan boleh main ikut hukum saja.

jika hati pun dah bebal, amatlah susah untuk mengenal diri apatah lagi mengenal tuhan. itulah yang paling utama dan atas sebab tu jugalah golongan ahli tarekat/sufi memang jaga sungguh-sungguh apa yang mereka makan dan minum. sebab tu walau kita solat tunggang terbalik macam mana pun, kita takkan dapat khusyuk. bila ditanya siapa yang disembah, Allah jawabnya. dalam solat macam mana nak bayangkan sedang sembah Allah? adakah dengan membayangkan Alif Lam Lam Ha atau A L L A H? jika itulah dianya, maka orang tu bertuhankan HURUF!








13 comments:

  1. Che jakim harap dapat lebih peka dalam menjalankan tugas yg telah diamanahkan

    ReplyDelete
  2. patut tekak tak nak terima air tu. Terima kasih info dan tumpang lalu ya, masuk belum pun bagi salam, assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. salam..

    maaf mncelah..
    kyong tadi menggoogle isu lain.. terjumpa pulak isu ini..

    ingin dikhabarkan telaga tiub spritzer sudah pun wujud lebih awal drp jirat cina/memorial park berkenaan.

    telaga tiub spritzer sudah ade sejak tahun 1980'an, sedangkan jirat cina tu baru jer pada tahun 1996.

    hal ini mjadi isu sejak phujung tahun 90'an semasa saya masih bekerja dgn grup spritzer , dan pihak jabatan galian telah mengesahkan telaga tiub spritzer tdk terjejas..

    dan sebaiknya jgn teropong dlm google maps ajer.. boleh dtg melawat kilang dan lihat sendiri keadaan sekitar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...maklumat kak yong ni lah yg buat saya lega sangat....tolong la sy ni dah la tak suka minum air putih hanya masuk air mineral...tup2 da suka spritzer datang pulak isu macam ni...harap maklumat kak yong menambah keyakinan sy utk minum spritzer ni.

      Delete
  4. Erm..xpe lh k.yong...wujud bila pun..yg jelas sekarang mmg lokasinya dekat dgn jirat cina tu...baiklah saya menjauhi benda2 syubhah mcm ni..lgpun byk lg alternatif lain utk mendapatjan air yg bermineral ni...sekian...

    ReplyDelete
  5. Dah 17 tahun jirat tu...uweekkkk...menyerap la dlm tanah...

    ReplyDelete
  6. if betul dah lama telaga tiub spritzer sudah ade sejak tahun 1980'an, sedangkan jirat cina tu baru jer pada tahun 1996. Kenapa membenarkan jirat tue di bina di situ, umumnya tahu situ ada telaga untuk takungan air mineral... bukan niat tuk nak jatuhkan perniagaan sesorg, tapi pihak yang berwajib kena ambil perhatian benda ini kalau telaga itu atas dari jirat tue boleh di terima... maaf andai kata2 ini menyinggung semua pihak...

    ReplyDelete
  7. kepada semua, sila baca blog ini >> http://weluvhalal.blogspot.com/2010/05/piawaian-pembotolan-air-mineral.html
    terima kasih...

    ReplyDelete
  8. salam... pada pendapat sy... seperti yg kita tau. air yg melebihi 2 kolah adalah air yg suci lagi menyucikan iaitu air mutlak. janganlh kita mengharamkan sesuatu yg halal.

    ReplyDelete
  9. Pendapat saya ...masalah sebenar ialah dari segi perasaan xslesa kerana sumber air berdekatan dgn jirat..itu sahaja. Saya percaya ramai orang Islam, golongan cerdik pandai dan amanah berada dlm JAKIM, Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan, Unit Kawalan Air Minuman dan lain-lain yg telah memutuskan akan status halal dan sihat air tersebut. Percayala bahawa org2 dlm institusi itu akan buat kerja dgn amanah dan jujur.. Air ada gelombang negatif?? Adoi...Jenis-jenis ayat ala-ala bunyi saintifik tapi xda bukti dan international standard ni sorila sy sgt susah nak percaya.

    ReplyDelete
  10. Air yg mcm ni bole diminum kalu korang YAKIN air tu bersih. Tapi kalu dah was2 mcm aku. Cari air lainlah. Pastu bile tgk 7 dari 9 exec & direktor tu sumenye cina (Annual Report). Lagi kuatlah aku jauhkan diri. Elakkan beli barang makanan dari org kafir. Lelagi yg tgh hafaz quran tu. Rosak badan dik

    ReplyDelete
  11. Bagi pendapat saya pulak, memang air ni halal... so, terpulanglah pada masing2... Tak perlulah kita nak salahkan sesiapa...hak individu nk minum atau tak... Saya sendiri rasa xsedap hati nak minum bila dh tau... pada sesiapa yg tak rasa apa2, silalah minum..dn saya jumpa bnyak lagi air mineral lain yg saya boleh beli sebagai alternatif... Tak semua yg halal itu sihat... pasal air ada gelombang itu saya percaya sbb jika kita tengok semula, pusat perubatan islam pun membaca ayat2 alquran pada air.. dan syaratnya air itu mesti air yg hidup.. kerana air boleh merakam... saya tiada ilmu tentang air... kita boleh tanya pada yg pakar..

    ReplyDelete