niatkan dihati bahawa itu adalah kesalahan terakhir orang yang bersubahat dengan sihir tu. bila dia dah mati, ampunkan saja dosanya. bukankah mulia sebab menjadi pemaaf?
jangan jumpa ustaz-ustaz kat darul. diaorang akan suruh sabar lagi. sampai anak bini tenat pun sabar lagi. sampai dah tak boleh nak berjalan pun sabar lagi. apa kata minta saja Allah pindahkan sihir tu kepada ahli keluarga ustaz tu dan kita pula suruh dia bersabar. amacam?
salah satu sebab kenapa orang yang berubat suruh sabar adalah kerana dia tak yakin dengan kekuatan Islam tu sendiri. sebab bila dia pulangkan sihir tu tentu dia sendiri terpaksa berentap dengan bomoh yang melakukan sihir pula. kalau ilmunya tak tinggi dan rohaninya tak kuat, mampus la dia. jadi sebagai langkah keselamatan untuk diri dan keluarganya itu yang dia suruh orang lain bersabar. sabar kepala hotak dia la. ni la jenis orang yang berselindung disebalik kata-kata manis dan nasihat. kata-kata munafik.
ingat, doa orang-orang yang zalim/teranaiya tu cepat dimakbulkan. jadi, kenapa tak gunakan saja 'voucher' yang Allah bagi untuk matikan saja sihir tu? apakah salah kita mempertahankan hak dan amanah kita? ingat, orang yang mati mempertahankan diri, hak dan kepunyaannya adalah mulia.
cakap tak serupa bikin. kebanyakan pengamal perubatan lebih pandai bercakap daripada bertindak. aku berani kata kebanyakan kerana tu la hakikatnya. ilmu bukan untuk menunjuk-nunjuk. habis kalau dah masuk tv, promote sana sini tu apa? nak tolong orang la sangat. mana mungkin tolong free-free aje. bila terkenal, maka lebih ramai orang akan datang ke pusat rawatan mereka. cara ni boleh buat duit apa? tak payah susah-susah kerja. modal air liur aje.
bila orang berubat bukannya sekali boleh terus baik. kena datang jumpa lagi. kena rukyah (jampi) pun berjela-jela. bayangkan seorang pesakit ambil masa paling cepat 45 minit, kalau 100 pesakit datang dah berapa ribu minit? esok lusa kena datang lagi.
orang ramai perlu faham. bukan suruh percaya atua tidak. fahamkan perkara ni. jin & syaitan takkan mampu merosakkan manusia kerana mereka tiada upaya untuk melakukannya. apa yang terjadi adalah mengikut peraturan yang telah Allah tetapkan mengikut sebab dan akibatnya. kalau kita letak tangan atas api tentu berasa panas tapi adakah api tu yang membuat rasa panas atau Allah yang tetapkan begitu? itu yang perlu difahami.
kalau rukyah pun panjang berjela, apa guna? adakah ayat memberi bekas? berbuih-buih ustaz membaca rukyah, pesakit biasa je. jin bukan bodoh nak pergi tadah telinga kat mulut ustaz tu dengar dia rukyah. sebab tu kerap terjadi kes-kes tak selesai dan terpaksa mengulang semula. dalam sedar tak sedar keyakinan orang yang berubat terhadap keberkesanan ayat-ayat al-quran makin pudar.
ilmu dan kaedah Islam adalah yang terbaik. takkan nak lawan jin pun bermasalah? sebenarnya perawat tu yang belum cukup ilmu, itu pasal la kes menjadi-jadi lagi. orang yang melakukan sihir takkan berhenti sekali tu saja. dia akan cuba untuk lawan sampai habis. jadi, berapa lama lagi mau sabar? sampai nak cari rezeki pun tersekat-sekat. nak buat ibadah pun tak boleh. itu disuruhnya sabar lagi? GILA lah...!
Assalam Alaikum,
ReplyDeleteSy setuju dgn artikel ini. Sy nk pulangkan sihir, nk baca Yasin 7 Mubin tapi terbaca lak citer-citer tentang tak baik pulangkan sihir kerana kita pulak akan jadi tukang sihir dan taraf sama dgn tukang sihir tu. Hari-hari berdoa kepada Allah minta diberi petunjuk samada perlu pulangkan sihir, Alhamdulillah, terjumpa artikel adik, sy anggap petunjuk dari Allah. Sy dah faham sekarang.
Saya setuju sangat dengan pendapat saudara....dan pendapat sorang hamba allah Tok Belagak..walaupun mcm mcm hal org kata.tak baik la balas balik...sebenarnya mereka belum kena sihir..kalau dah kena baru tahu mcmn siksanya..nk suruh sabar..agak agak la....pendapat mcm saudara amat saya setujui sbb ada riwayat pd zaman saidina umar...tukang sihir dipancung kepala sbg hukuman..maknanya bunuh!
ReplyDelete