Rumah aku ada yang menumpang tanpa izin. Gambarannya mungkin seperti ni:
Pendapat aku, semua orang boleh merasa kehadiran makhluk-makhluk macam ni. Cuma mereka kurang peka. Kalau betul-betul tumpukan perhatian, tentu dapat rasa. Perasaan takut memang lumrah. Tapi selain daripada takut, kita juga boleh rasa seperti ada orang memerhatikan kita dari satu sudut yang kita sendiri tak pasti di mana.
Contohnya amat mudah. Cuba kita perhatikan gelagat orang. Perhatikan betul-betul dengan penuh tumpuan dan tajam. Percaya atau tidak, orang yang kita perhatikan pasti dapat merasa ada yang sedang memerhatikannya. Kadang-kadang, dia menoleh dan memandang tepat ke arah kita pula. Itu adalah hasil daripada gerak hati orang yang diperhatikan tu. Sama juga dengan kes makhluk halus ni.
Makhluk yang menumpang di rumah aku begitu juga. Dia pasti akan memerhatikan aku dengan penuh minat dan aku dapat rasakannya. Cuma bentuk tubuhnya saja yang tak kelihatan. Tapi aku pasti ianya ada.
Pada mulanya aku membiarkan saja bacaan ayat kursi berulang-ulang. Namun aku dapat rasanya yang makhluk tu masih lagi tak keluar. Malah, makin seram pula rasanya. Ayat memang tak memberi bekas. Itu sebabnya makhluk tu masih lagi berada di situ. Jenis-jenis jin ni banyak. Ada yang tahan kena bantai macam golongan si Ifrit yang diceritakan dalam Al-Quran. Ia adalah segolongan jin yang cerdik dah kuat.
Bila ayat-ayat Al-Quran dibaca dan mereka tak lari, janganlah kata ayat tak power. Mereka pun sakit dengar tapi masih belum mahu mengaku kalah. Aku dapat 1 idea. Hehe.... kali ni aku serang dengan ayat lain pula. Kalau benar-benar kuat, bertahanlah.
Tak sampai 2 hari aku dapat rasakan perbezaannya. Hari ni, cukup seminggu. Tak sabar aku nak balik tengok hasilnya. Ayat ni memang terkenal untuk serangan yang bertalu-talu. Umpama peluru berpandu yang dilepaskan tanpa henti.
Ayat-ayat tersebut adalah:
1: AlFatihah
2: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 15.
3: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 163.
4: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 255-257.
5: Surah AlBaqarah (Surah 2) ayat 284-286
6: Surah AlImran (Surah 3) ayat 18.
7: Surah AlImran (Surah 3) ayat 26-27.
8: Surah AlA'raaf (Surah 7) ayat 54-56.
9: Surah AlIsraa' (Surah 17) ayat 110-111.
10: Surah Surah AlMuminuun (Surah 23) ayat 115-118.
11: Surah AsySyafaat (Surah 37) ayat 111.
12: Surah ARahman (Surah 55) ayat 33-40.
13: Surah AlHasyr (Surah 59) ayat 21-24.
14: Surah AlJinn (Surah 72) ayat 14.
15: Surah AlKafiruun (Surah 109) ayat 16.
16: Surah AlIkhlas (Surah 112) ayat 14.
17: Surah AlFalaq (Surah 113) ayat 15.
18: Surah AnNas (Surah 114) ayat 16.
Bagi yang ingin mencuba, silakan. Tak perlu ijazah pun sebab untuk kegunaan diri sendiri saja.
No comments:
Post a Comment