Secara jujurnya aku memang mengagumi DSAI. Benar-benar kagum. Dalam pelbagai ujian yang berat menimpa beliau, anak isteri masih disisi. Semangatnya memang kuat. Auranya memang betul-betul wujud. Biarlah seribu tomahan yang datang, dia mampu untuk menghadapinya.
Betullah, tuhan takkan uji seseorang dengan ujian yang tak mampu ditanggungnya. Tapi melihat apa yang berlaku ke atas DSAI, siapa sanggup menahan ujian seberat yang beliau hadapi? Satu dunia beliau dimalukan, satu dunia maruah beliau cuba dijatuhkan. Namun kuasa Allah tiada siapa dapat menduga. Beliau masih gagah berdiri kini.
Bangsa sendiri yang tak pernah kenal beliau, tak pernah bersua muka, malah tak pernah bercakap dengan beliau boleh membuat andaian yang beliau memang mempunyai akhlak rendah. Bodoh punya manusia. Babi pun lebih mulia daripada orang yang menuduh tanpa berfikir panjang.
Lihatlah bangsa aku yang beragama Islam. Seorang isteri yang sentiasa setia bersama suaminya susah senang mengharungi getir hidup bersama-sama. Pernah kita jumpa? Mereka masih mampu tersenyum dan hidup seadanya. Ujian datang dan pergi tak pernah membuat mereka putus harap daripada rahmat Allah. Kamu boleh katakan yang mereka buat-buat gembira, tapi Allah dah butakan mata hati kamu tiada siapa lagi yang mampu memberi petunjuk. Itu kena ingat!
Pada aku, ujian yang beliau terima adalah terlalu berat untuk manusia biasa melainkan manusia yang terpilih saja. Tak sedarkah kita semua apa yang berlaku di depan mata? Mana yang salah, mana yang betul. Orang inikah ejen CIA? Orang inikah yang akan menjual Malaysia? Orang inikah yang akan menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu? Inikah orangnya? Lihat betul-betul dan katakan inikah orangnya?
Aku tak perlu selalu bersembang dengan beliau untuk kenal siapa beliau. Aku tak perlu ikut beliau ke sana sini untuk mengetahui peribadi beliau. Tanya pada diri kita, Islam ajar kita untuk syak wasangkakah? Islam ajar kita untuk terus mempercayai sesuatu berita tanpa usul periksakah? Islam ajar kita untuk memfitnah orangkah? Islam apakah itu?
Pergi jahanamlah kepada manusia yang percaya kepada fitnah keji seperti ni. Kamu semua memang bodoh daripada binatang walaupun bersolat 5 waktu sehari semalam. Walau apa terjadi sekali pun, selagi Allah melindungi & memelihara DSAI dan keluarga maka mereka takkan dapat dijatuhkan oleh sesiapa pun. Demi Allah, memang celaka sungguh mereka yang membuat fitnah dan mempercayai fitnah yang ditaburkan. Celaka!
Wahai DSAI. Kamu sekeluarga adalah simbol kekuatan. Janganlah berputus asa kerana aku yakin ramai yang menyokong dan setuju dengan perjuangan kamu. Semoga rahmat Allah terus melimpahi kamu dan keluarga. Semoga Allah terus tetapkan hati aku, tetapkan keyakinan aku dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepadaku agar aku tahu mana yang benar dan mana yang palsu. Amin ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment