04 June 2011

IPP

Kalau aku cerita bab ni, mesti ramai penyokong Mahathir marah. Mereka sanjung melangit tokoh ini. Tiba-tiba aku yang tak pernah jadi menteri komen pula.

Sebenarnya, kita tak perlu jadi pandai sangat untuk tahu mana baik & mana yang buruk. Cukup dengan sedikit ilmu yang bermanfaat, berfikir dengan rasional dan pendirian yang tetap.

Siapa IPP (Independace Power Provider) ni? Kenapa kenaikan tarif elektrik kita ada kaitan dengan IPP pula. Ramai orang kampung dan orang Felda umumnya mengetahui syarikat yang menjual elektrik adalah TNB. Mereka tak pernah fikir langsung dari mana TNB dapat elektrik.

TNB, seperti juga Petronas, sebuah syarikat gergasi yang mampu menjana pendapatan tinggi yang memberikan pulangan yang baik kepada negara kita. Apa yang mereka tak tahu ialah, pada tahun 1996 dulu TNB dipaksa oleh orang yang amat berpengaruh dalam kerajaan untuk membeli tenaga (elektrik) daripada IPP ini. Siapa pula IPP?

IPP terdiri daripada beberapa syarikat persendirian gergasi seperti YTL, Powertek, Malakoff dan sebagainya. Kamu boleh google sendiri siapa tokey-tokey besar disebalik syarikat-syarikat berkenaan. Secara tak langsung, TNB membeli tenaga (yang tentunya mahal) daripada mereka untuk disalurkan kepada pengguna. Jadi sebagai sebuah syarikat yang tentunya mengutamakan keuntungan, dah tentu la TNB nak buat untung juga. Takkanlah TNB beli dengan harga yang mahal dan jual pada harga yang murah?

Oh, lagi satu. subisidi masih terus diberikan kepada syarikat IPP ini untuk menjual tenaga kepada TNB. Cuma subsidi kepada rakyat sahaja yang ditarik balik. Jadi, kita boleh lihat mengapa sesetengah orang dalam kerajaan sendiri begitu menyokong kenaikan tarif elektrik ni. Tak kurang juga yang bodoh membiarkan diri mereka diperbodohkan lagi dengan alasan-alasan mengarut untuk membolehkan kenaikan dilakukan.

Inilah puncanya kenapa kenaikan perlu dibenarkan. Supaya syarikat IPP ni terus mengaut keuntungan dalam kegawatan ekonomi dunia.

No comments:

Post a Comment