Dah lama aku tak bawa VR4 jalan-jalan. Risau jugak pasal tiba-tiba lampu indicator minyak hitam menyala. Padahal minyak hitam ada lagi. Waktu tengah pusing-pusing ada sebuah BMW enjin turbo (mungkin nissan/toyota tak pasti-BMW model 3 series mana ada keluar turbo) baik punya bersin.
Aku cuba bertenang tapi tak berjaya. Kaki rasa nak tekan je. Apa lagi, 240 kuda-kuda ghaib dikerah untuk bergerak pantas. Ah, lama tak rasa pickup yang sebegini kuat. Gear 1 tak diperlukan waktu-waktu begini kerana wheelspin terlalu kuat. Selagi pedal minyak tak diangkat dalam gear 2, selagi itulah tayar tak berhenti berdecit.
Waktu menghampiri BMW tu aku nampak dia macam teragak-agak nak memotong kereta kat depan. Mungkin disebabkan bunyi downpipe VR4 yang memekak membuatkan mata dia melekat kat cermin pandang belakang je. Tanpa membuang masa, aku terus potong.
Tapi jalan dalam bandar Bentong ni, mana la nak lengang. Dia mencucuk lagi waktu kereta di depan aku slow. Sampai la ke lampu isyarat. Hehe, lauk la BMW ni bisik hati aku. Saja aku tengok dulu dia nak cucuk lagi ke tak sebelum 'tarik'. Rupa-rupanya masih tak nak mengalah. Di situ jugak aku 'tarik' kaw-kaw... terasa kereta melayang-layang tapi masih dalam kawalan. Jalan lurus beb, 'tarik' je la.... sampai hilang sinar lampu dia daripada cermin pandang belakang aku.
Aku membuat kesimpulan bahawa, inilah fungsi kereta turbo. Sekadar untuk mendapatkan kepuasan. Bukan untuk dibawa setiap hari macam kereta biasa. Kepuasan yang takkan dicapai bila menggunakan enjin aspirasi biasa (normal aspirated - N/A).
Dulu, aku sangat meminati VR4. Namanya saja cukup membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. Waktu belajar dulu, aku selalu berangan nak kereta yang power. Waktu di UiTM pun sama. Hanya mampu melihat mereka bermain drag di kolam air panas tiap-tiap malam minggu. Merasalah juga bawa kereta kancil turbo member. Itulah pertama kali aku merasa penangan turbo. Enjin 660cc yang berkuasa 64hp mampu membuat adrenalin bergerak laju dalam saluran darah.
Itu hanyalah sebuah enjin kancil yang mempunyai 3 silinder. Bayangkan apa yang mampu dihasilkan oleh sebuah enjin 2000cc dengan 'codename' 4G63T aka VR4? Ia adalah sebuah lagenda. Ia adalah permulaan Mitsubishi dalam sukan rally dan terus melonjakkan jenama ni sehingga dunia mengenalinya.
Dan kini aku puas... kerana aku telah memiliki lagenda ni. Satu benda yang sangat lama aku idamkan. Walaupun ia terpendam dalam cesis sebuah 'proton saga', lagenda tetaplah lagenda....
No comments:
Post a Comment