BERSIH 2.0 mengikut pendapat kebanyakan orang memang tidak salah. Apalah salahnya menuntut sebuah pilihanraya yang adil? Tapi percayalah, ada beberapa kerat manusia akan menjadikannya kelihatan seperti satu keganasan dan mengganggu ketenteraman awam.
Jika promote kat mamat tabligh, mereka pasti akan senyum sambil berkata untuk apa semua ni. Mereka (mamat tabligh) kalau letak kat negara yahudi pun yahudi tak kisah. Sebab? Mereka buat hal mereka saja. Lepak di masjid dan berceramah tanpa menyertai mana-mana organisasi untuk memperjuangkan sesuatu. Pada mereka, tak perlu kerja. Kalau Allah kata ada rezeki, adalah. (Maaf, ini tak mencerminkan semua jemaah tabligh, cuma sebahagian besarnya saja)
Mereka tolak politik tapi sistem pemerintahan Islam merupakan satu politik juga. Mereka memencilkan diri dengan dunia mereka. Siapa kata itu salah? Aku tak kata pun. Tapi mari kita fikirkan adakah itu cara paling berkesan untuk menegakkan agama ini? Memang ramai yang mengikut mereka. Bekas penyamun, pencuri, perompak dan penagih juga ramai. Tapi sejauh mana keberkesanan cara mereka ni? Agama ikut-ikutan ini akan bertahan sampai bila?
Maafkan aku sekali lagi kerana aku sama sekali takkan pernah bersetuju dengan cara mereka. Aku tidak kata ia salah, cuma bagi aku amat tidak sesuai. Mengajak orang ke surau dan masjid adalah perkara yang mulia. Tapi menolak lain-lain perkara adalah satu perbuatan yang memencilkan diri. Keluar berhari-hari dengan alasan menyebarkan agama, tapi bukankah lebih baik menyebarkan dan mengajarkannya kepada orang yang terdekat terlebih dahulu?
Kebanyakan jemaah tabligh yang boleh kita lihat adalah mereka yang mengikut sahaja. Muka mereka tak langsung menyejukkan hati kita. Sebaliknya mereka kelihatan sombong dan tidak pandai dalam berbicara untuk menarik perhatian masyarakat. Rata-rata mereka terdiri daripada golongan yang bermasalah yang sedang mencari ketenangan.
Teruskan saja usaha kamu dan jangan hina mereka yang tidak mengikuti kamu. Boleh jadi kamu juga menjadi kebencian mereka kepada Islam. Boleh jadi.....
No comments:
Post a Comment