10 July 2011

bijak vs bodoh 2.0 - part 2

Syabas kepada semua yang menjayakan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Walaupun diserang dari semua sudut media cetak dan elektronik, anda tetap hero kerana berani menyuarakan pendapatm walaupun tahu risiko yang bakal dihadapi.

Pada mereka yang menganggap orang yang menyuarakan bantahan dijalanan seperti ni bodoh, lihatlah ke dalam diri anda dulu. Fikir betul-betul tentang segala maklumat yang anda terima. Jangan dengar sebelah pihak saja. Mereka ada hak untuk berhimpun. Mereka bukan pengganas seperti yang digembar-gemburkan. Mereka seperti kita, punya hak dan mereka wajib mempertahankannya. Anda mungkin diperbodohkan oleh golongan yang mahu terus kekal berkuasa.

Tak timbul soal ada pihak luar ingin meletakkan 'boneka' mereka di negara ni kerana pemimpin yang ada sekarang pun sudah ada yang menjadi boneka kepada pihak-pihak tertentu. Apa yang BERSIH 2.0 mahu ialah sebuah pilihanraya yang adil dan telus supaya majoriti pilihan rakyat dapat direalisasikan menerusi undi yang mereka buang. Kenapa ada pihak takut kalau mereka yakin mereka mendapat majoriti rakyat?

Muka-muka seperti :




...memang tak boleh dipercayai lagi. Mereka tiada pendirian tetap kerana maruah mereka boleh dibeli. Orang-orang sebegini layak ke untuk jadi pemimpin? Orang yang menang atas tiket parti lain, kemudian mengkhianati secara halus dan terus menikam lawan yang dulunya kawan, orang inikah yang kita mahu angkat untuk memimpin kita?

Jangan terlalu mudah percaya pada janggut, celak dan kopiah. Lihat dulu peribadi mereka bagaimana. Munafik juga pandai melakukan semua ni. Munafik adalah orang yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri dan berlakon baik. Jika orang-orang di atas betul-betul ikhlas merasakan perjuangan rakan-rakan lama mereka telah menyimpang daripada matlamat asal, letak kesemua jawatan dan masuklah parti lawan. Lihat sendiri sama ada diri tu 'laku' atau tidak untuk pihak disebelah sana. Jangan berjuang cara bacul seperti sekarang.

Peserta BERSIH 2.0 yang dihormati dan dikagumi sekalian, semoga Tuhan tetapkan hati kamu wahai pencinta kebenaran. Semoga diberi kekuatan untuk terus berjuang menegakkan apa yang kamu rasa benar dan yakin dan semoga Tuhan melindungi kalian semua.









Jangan sekali-kali kamu rasa goyang dengan perjuangan ini. Tiada apa yang hendak dimalukan dan dikesalkan. Kamulah orang yang mempertahankan maruah dan prinsip diri kamu walau apa orang lain kata. Nilai maruah kamu lebih tinggi daripada mereka yang menghina kamu.

Syabas sekali lagi dan tahniah. Kerana kamu semualah, 'mereka' sudah mula terasa bahangnya....

No comments:

Post a Comment