Bila ada pihak anjurkan program Selawat Perdana, satu pihak yang lain pula menyangkal dan mengutuk.
Begitulah manusia yang hanya belajar hukum. Di dunia ini sibuk mencari pahala untuk masuk syurga, tak mau masuk neraka. Kumpul pahala macam kumpul duit untuk simpan dalam ASB. Lupa kepada pemilik syurga, pemilik pahala, pemilik dosa dan pemilik neraka.
Apa pihak tak habis-habis dengan hukum hududnya seolah-olah Islam akan tertegak jika hudud ditegakkan. Barang siapa tidak bersetuju dengan mereka, digelarkan sebagai menolak hukum Tuhan.
Iblis sebelum bergelar makhluk terkutuk merupakan makhluk yang sangat taat, patuh, kuat beribadat dan alim. Bagi mereka yang belajar hukum, hanya dapat melihat ketidakpatuhan iblis untuk sujud kepada Adam adalah kerana Adam berasal daripada tanah dan iblis daripada api. Hina Adam kerana tanah yang kotor.
Bagi mereka yang mengkaji, sebab sebenar iblis tidak sujud kepada Adam ialah kerana kegagalan iblis untuk melihat siapa disebalik Adam. Walaupun alim, rajin dan kuat beribadah, namun iblis gagal untuk faham dan lihat dengan sebenar-benar penglihatan.
Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya (15:29)
Rahsia inilah yang gagal dilihat oleh iblis.
Dan ramai juga manusia seperti iblis, gagal untuk melihat siapa disebalik semua kejadian alam, dan tiap segala sesuatu yang berlaku lantas berbalah-balah tentang hukum itu ini untuk menegakkan siapa betul, siapa salah.
Manusia selalu saja berselindung disebalik jubah, kopiah, ketayap, songkok dan baju Melayunya. Islam tidak bersandarkan kepada semua itu.
23 March 2014
20 March 2014
Merokok dan Doa
Bab
doa perokok makbul atau tidak atau anak mereka anak haram atau
tidak, itu dah terlalu jauh untuk kita katakan.
Doa itu perkara yang tempatnya di qalbu. Makanya bukanlah kerja kita nak mengatakan makbul
atau tidak doa tu.
Perihal doa:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada
beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (40:60)
Maka itu telah dijamin. Makbul semuanya doa kita. Cuma doa
itu mesti betul 100% dan 360 darjah pada Dia tempat tuju dan gantungnya. Tapi
berkenaan 'bila' dan 'dimana' makbul doa itu bukanlah hak manusia.
Lambat atau cepat, itu hak Allah. Hak kita 'berdoa'
sahaja. Doa tanda pergantungan dan kelemahan. Mengaku lemah dan
berkeperluan pada Allah.
Kalau perokok sekalipun tapi masih dia tahu
siapa yang 'mengizinkan' dia nikmati rokok tu tahulah dia nak berdoa
pada pencipta nikmat tersebut. Kalau tak merokok pun tapi perasan
bagus sebab tak merokok tu atas 'ketahanan diri' dia yang kental itu tandanya takbur. Jadi begitu perihal anak dari perokok. Jangan kita
memandai bagi status itu dan ini. Kalau nak cerita perihal keburukan
rokok, itu tiada masalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)