Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

20 March 2014

Merokok dan Doa

Bab doa perokok makbul atau tidak atau anak mereka anak haram atau tidak, itu dah terlalu jauh untuk kita katakan. 

Doa itu perkara yang tempatnya  di qalbu. Makanya bukanlah kerja kita nak mengatakan makbul atau tidak doa tu. 

Perihal doa:

A060 

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (40:60)
 
Maka itu telah dijamin. Makbul semuanya doa kita. Cuma doa itu mesti betul 100% dan 360 darjah pada Dia tempat tuju dan gantungnya. Tapi berkenaan 'bila' dan 'dimana' makbul doa itu bukanlah hak manusia. Lambat atau cepat, itu hak Allah. Hak kita 'berdoa' sahaja. Doa tanda pergantungan dan kelemahan. Mengaku lemah dan berkeperluan pada Allah. 

Kalau perokok sekalipun tapi masih dia tahu siapa yang 'mengizinkan' dia nikmati rokok tu tahulah dia nak berdoa pada pencipta nikmat tersebut. Kalau tak merokok pun tapi perasan bagus sebab tak merokok tu atas 'ketahanan diri' dia yang kental itu tandanya takbur. Jadi begitu perihal anak dari perokok. Jangan kita memandai bagi status itu dan ini. Kalau nak cerita perihal keburukan rokok, itu tiada masalah.

25 July 2013

Berbeza

Antara " Ya Allah, janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang melebihi kemampuan ku"
dengan
"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ku, teguhkanlah hatiku dalam menghadapi ujian Mu",
adalah dua doa yang berbeza atas dua pemahaman dan sangkaan yang berbeza.

23 March 2012

tipu daya

Bila anak kecil demam, ibu bapa mana yang tak susah hati? Hanya ibu bapa yang leka bermain facebook saja yang tak terasa sangat. Sampaikan anak kecil disuruh pergi kedai seorang diri saja. Bila si kecil demam/kurang sihat, semua nak yang terbaik untuknya termasuklah keluarga terdekat. Tapi sikap cepat menggelabah dan cepat panik seringkali menyusahkan. Bila kita nampak relaks, orang kata kita tak peduli padahal kita tengah bersabar dengan musibah yang menimpa sambil berfikir cara terbaik untuk menghadapinya.

Sikap menggelabah dan panik ni samalah juga dengan sikap terburu-buru. Buat kerja kalau nak cepat memang tak salah, tapi biarlah selepas memikirkan buruk baik tindakan yang bakal diambil. Nak cakap lebih-lebih pun serba salah tapi bila menghadapi orang seperti ni tercabar jugak kesabaran ni.

Soal anak sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa. Orang lain tak payahlah campur sangat. Bukannya kes dera pun. Kes demam biasa saja. Aku paling tak gemar kalau orang suka berjampi-jampi ni. Asal anak demam sikit, mula la nak bawak pergi jampi. Kalau orang yang menjampi tu kita tau luar dalam dia macam mana, takpe la jugak. Ini pergi jumpa orang yg 'bersahabat' dengan makluk halus untuk berjampi. Bukan nak menghina, tapi apalah hebat sangat orang yang berjampi dengan menggunakan bantuan makhluk halus ni? Kalau makhluk halus yang diseru tak datang atau mati dibunuh, boleh ke dia menjampi lagi?

Secara kasarnya, ia nampak seperti satu usaha yang murni jugak. Tapi jika kita ada pilihan yang lebih baik, mengapa perlu jumpa orang-orang sebegini? Menjampi dengan menyeru makhluk halus yang menjadi sahabat supaya hadir untuk menolong sang penjampi bukanlah satu doa. Ia lebih kepada satu arahan yang dikeluarkan khusus kepada si makhluk halus tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Pasti ada syarat punya. Bank kasi loan pun kena interest maa. Tu pun tolong jugak. Syaratnya, lu tolong gua, gua tolong sama lu.

Bila melibatkan bantuan makhluk halus, sebahagian besar manusia perlu patuh dan ikut syarat-syarat yang dikenakan. Terpulanglah apa pun syaratnya, tapi keberkesanannya tak sehebat orang yang berserah diri memohon pertolongan daripada Sang Penciptanya. Inilah yang dipanggil doa. Doa bila disertakan dengan 'ikhlas' maka powernya memang tinggi. Berjumpa dengan orang-orang yang diketahui alim bertujuan meminta doa adalah lebih baik daripada berjumpa dengan orang yang meminta bantuan daripada makhluk halus, tak kiralah makhluk tu bunian ke, hantu tinggi ke, tok janggut ke....(tok janggut sebenar dah kembali ke alam yang sepatutnya, yang muncul dan mengaku jadi tok janggut tu faham-faham sendiri je lah siapa).

Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya kesabaran. Kalau tak sabar tentu dah terkeluar kata-kata yang boleh menguris hati pihak lain.

Apa pun, kenalilah orang yang kita jumpa untuk mohon doa agar kita tak terpedaya dengan tipu daya makhluk halus ni. Kalau mereka hebat sangat, kenapa kita pulak yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi ni? Fikirkan sendiri....

12 May 2011

Rumahtangga


Bagi aku, kisah rumahtangga tak perlu diceritakan di blog. Pada kawan pun tak perlu juga. Sebabnya, ia melibatkan 2 pihak. Pihak suami dan pihak isteri. Kalau si isteri yang cerita, suami dapat tau adakah suami suka? Begitu juga dengan si suami. Bila melibatkan mak bapak lagi payah. Orang luar tak tau apa-apa pun.
Cara paling mudah, kembalikan segalanya kepada Yang Berkuasa. Dialah yang paling mengetahui dan memahami. Cuma kita saja yang belum jumpa jalan yang betul bagaimana untuk berhubung denganNya. Bak kata aku dulu, aku cukup tertarik dengan motto seorang member aku. Rela, Redha dan Redah (3R).



Senang cakap, tapi susah untuk melakukannya. Itu biasa. Janji kita cuba dulu. Lepas tu lihat sendiri hasilnya. Manusia lain bukanlah tempat yang sesuai untuk kita mengadu nasib ataupun meletakkan harapan. Hanya pada Dialah kita letakkan semua pengharapan kita dan kepada Dia jugalah kita serahkan segalanya.

Malam tadi aku berbual dengan seorang rakan. Kami berbual tentang pelbagai topik. Termasuklah topik suami isteri. Katanya, isteri ni ibarat permaisuri. Kita sebagai suami yang perlu memasak untuk isteri. Aku tak mengiyakan dan mendidakkan. Aku membiarkan saja dia terus bercerita.

Kalau nak jadikan isteri tu permaisuri apa salahnya. Tapi janganlah sampai setiap 5 minit nak kena buat laporan sms. Bosan jadinya. Aku bukanlah orang yang paling layak nak bercakap tentang ni sebab aku sendiri pun baru je mengharungi hidup berumahtangga. Silap cakap, ada yang kecil hati nanti.

Cuma pendapat aku, jika masing-masing tahu tanggungjawab dan hak masing-masing, banyak masalah dapat diselesaikan. Betullah tugas isteri bukanlah di dapur, tapi kalau di dapur itu lebih senang untuk mendapatkan keredhaan suami bagaimana? Di dapur bukanlah sebagai kuli atau hamba. Jika si isteri dapat memasak makanan yang suami suka dah tentu itu lebih baik daripada duduk atas sofa sambil tengok astro macam permaisuri, ye tak?

Apa pun, aku tetap dengan pendirian aku bahawa kisah/masalah rumahtangga tak perlu diceritakan kepada sesiapa pun walaupun dalam blog. Memang blog dah menjadi salau satu tempat luahan perasaan. Tapi ia lebih banyak mendatangkan keburukan jika kita cerita tentang pasangan kita. Percayalah!