Taubat tidak dinilai dari banyaknya air mata yang kau keluarkan
Bukan pula dari "penyesalan sesaat" atas sebuah perbuatan buruk
Taubat merupakan usaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa
Jika air mata adalah ukurannya, maka buaya pun menangis, ikan duyung pun menangis
Taubat
adalah proses yang panjang, makan masa bertahun-tahun bukan sekadar membaca doa atau
istighfar atau solat sunat taubat.
Taubat adalah proses yang digerakkan oleh keinginan dan kesungguhan hati untuk menjadi lebih baik dan baik lagi.
Wuduk yang hakiki sebenarnya adalah proses "taubat". Tanpa adanya niat yang
kuat untuk memperbaiki diri sendiri dalam taubat, solat secara
hakikatnya tidak akan mampu dilakukan sempurna. Pi mai pi mai tang tu juga...
Solat yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar yang 5 waktu tu, tapi solat yang hakiki, iaitu "menghubungkan diri" kepada Allah. Dalam setiap
waktu, setiap saat, batin selalu tertuju kepada Allah tak boleh lepas
dariNYA walau sesaat, selalu bersambung/wushul kehadrat ilahi. Itulah yang dimaksudkan dengan solat. Sepanjang batin tertuju kepada Allah, sepanjang itulah manusia takkan mampu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar....
"...dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar" (25:45)
17 June 2015
10 June 2015
Solat
Allah tak pernah sedikit pun perlukan solat daripada hambaNYA. Kita tak solat pun tiada kerugianpun bagiNYA.
Sebenarnya yang memerlukan solat itu ialah kita, kerana dengan solat kita sedang bersyukur dan memuji Yang Maha Agung. Dengan solat juga kita dapat menjauhi perbuatan yang keji dan mungkar, kerana apabila kita mampu menjauhi perbuatan-perbuatan yang tercela sebenarnya kita sedang memuji diri kita sendiri.
Jika mampu melakukannya maka kita akan merasakan syurga di dunia ini.
Faham kok? Tak paham jangan ditanya lagi. Aku bukanlah orang yang memberi faham.

07 June 2015
Al Quran yang Qodim
Dimanakah Al Quran Hakiki, yang tak lut dek api, tak lapuk dek hujan dan tak lekaq dek panas?
Apa yang dibaca orang itu ialah manuskrip Qur'an.
Al Qur'an hakiki itu ialah Al Qur'an yang Qodim, yang tiada permulaannya iaitu Nur Allah, Kalamullah. KalamNYA itu tunggal dan bersatu (manunggal) dengan diriNYA.
Ketika Nur itu diturunkan kpd Musa as, ia menjadi Taurat,
Ketika Nur diturunkan kepada Isa as, ia menjadi Injil,
Ketika Nur diturunkan kepada nabi Muhammad saw, ia menjadi Al-Qur'an.
Cahayanya atau nurnya sama saja, tak pernah berubah. Nur yang sama, yang itulah jua. Kitab yang tertulis (berhuruf) itu sebenarnya umpama peta perjalanan, agar manusia dapat menemukan kitab yang tak huruf tadi, iaitu Al Qur'an yang hakiki, Nur dari Kalamullah.
Ramai yang terkandas kerana menggunakan manuskrip tu sebagai bahan untuk dibuat modal berdebat padahal manuskrip tu bukanlah hasil akhir yang hendak dituju.
Temukanlah Al Qur'an hakiki itu di dalam hati kita sendiri. Itulah yang disebut Al-Furqon iaitu pembeza antara yang haq dan yang batil
Fahamilah bahawa tanpa Al Qur'an yang hakiki, manuskrip Al Qur'an yang kita kenali tu akan difahami dalam arah yang salah.
Jadi yang selama ini dikatakan makhluk itu adalah manuskripnya Al Quran sedangkan Al Quran yang hakiki bukanlah makhluk.

Subscribe to:
Posts (Atom)