Showing posts with label bangsa. Show all posts
Showing posts with label bangsa. Show all posts

24 July 2013

Oh Melayu

Bila ada pihak yang menegur kenapa dibenarkan makan di Bilik Persalinan bersebelahan dengan tandas seperti ini:


Maka pasti ada juga pihak yang akan membela seperti ini:








Dan yang membela tu mesti nak pakai songkok untuk menunjukkan kemelayuannya. 

Persoalan isu ini sangat mudah; wajar atau tidak bilik seperti ini digunakan untuk makan? Anda sanggup biar anak anda makan di sini? Kenapa bila ada kaum lain mengadu, anda nak terasa? Kerana anda Melayu dan Melayu itu bagus?

Jika kita, bangsa Melayu, berkeras untuk menegakkan juga benang yang basah, adakah kita akan menjadi bangsa yang dihormati oleh bangsa lain? Sepatutnya kita perlu berlaku adil. Jika kita tidak sanggup biarkan anak-anak kita makan di tempat seperti itu maka, jangan biarkan juga anak orang lain makan di situ. Dengan ini kita akan lebih dihormati. Bukan bermakna jika kita bersetuju dengan pendapat bangsa lain kita lemah. Terima teguran dan perbaikilah. Kita akan lebih dihormati dengan cara begini.

Sayang sekali jika bangsa kita dipandang hina. Datuk nenek moyang kita telah mencipta nama sejak ratusan tahun dulu sehingga dunia kenal siapa Melayu, membina empayar yang sangat-sangat terkenal, menjadi tempat penyebaran agama Islam, berpegang kuat dengan adat dan terkenal dengan sopan-santun dan dihormati tapi bila sampai zaman kita segala-galanya punah. 

Kita hidup bukan sendirian. Janganlah nak perkauman sangat macam bangsa Yahudi pula.



09 June 2011

Melayu bertuah

Mengapa Malaysia? Waktu aku sekolah menengah dulu aku tak pernah ambil kisah pun tentang sejarah. Negara kita pernah digelar Semenanjung Emas. Kenapa? Kenapa sebagai rakyat Malaysia aku rasa biasa saja. Kadang-kala aku rasa Alaska atau Antartika lebih menarik daripada Malaysia.


Kenapa Melaka begitu popular sedangkan meriam pun tak ada? Entahlah. Aku pun tak pasti. Yang aku tau, negara ni pernah menjadi terkenal satu masa dulu. Sangat-sangat terkenal. Tapi ada sesentegah pengkaji sejarah terlalu taksub dalam cerita bab Melayu lalu mengatakan bangsa Melayu adalah bangsa asal Semenanjung Emas ini. Pada aku, bangsa asal ialah bangsa Orang Asli. Ada yang jadi bangga membuta tuli.

Tapi aku pun bangga sebab kini aku dah tau apa maksud sebenar Hang Tuah bila berkata dengan kata-kata keramat tu, "takkan Melayu hilang di dunia.." Kata-kata sang wali bukanlah kata-kata kosong.

Bertuah menjadi Melayu. Sesiapa saja boleh menjadi Melayu. Sebabnya? Kamu hanya perlu bertutur dalam Bahasa Melayu, beragama Islam, dan mengamalkan adat istiadat orang Melayu. Dengan ini kamu telah menjadi seorang Melayu tanpa mengira warna kulit dan tempat asal kamu.






12 April 2011

Dato Seri Anwar Ibrahim - DSAI

Secara jujurnya aku memang mengagumi DSAI. Benar-benar kagum. Dalam pelbagai ujian yang berat menimpa beliau, anak isteri masih disisi. Semangatnya memang kuat. Auranya memang betul-betul wujud. Biarlah seribu tomahan yang datang, dia mampu untuk menghadapinya.

Betullah, tuhan takkan uji seseorang dengan ujian yang tak mampu ditanggungnya. Tapi melihat apa yang berlaku ke atas DSAI, siapa sanggup menahan ujian seberat yang beliau hadapi? Satu dunia beliau dimalukan, satu dunia maruah beliau cuba dijatuhkan. Namun kuasa Allah tiada siapa dapat menduga. Beliau masih gagah berdiri kini.


Bangsa sendiri yang tak pernah kenal beliau, tak pernah bersua muka, malah tak pernah bercakap dengan beliau boleh membuat andaian yang beliau memang mempunyai akhlak rendah. Bodoh punya manusia. Babi pun lebih mulia daripada orang yang menuduh tanpa berfikir panjang.


Lihatlah bangsa aku yang beragama Islam. Seorang isteri yang sentiasa setia bersama suaminya susah senang mengharungi getir hidup bersama-sama. Pernah kita jumpa? Mereka masih mampu tersenyum dan hidup seadanya. Ujian datang dan pergi tak pernah membuat mereka putus harap daripada rahmat Allah. Kamu boleh katakan yang mereka buat-buat gembira, tapi Allah dah butakan mata hati kamu tiada siapa lagi yang mampu memberi petunjuk. Itu kena ingat!


Pada aku, ujian yang beliau terima adalah terlalu berat untuk manusia biasa melainkan manusia yang terpilih saja. Tak sedarkah kita semua apa yang berlaku di depan mata? Mana yang salah, mana yang betul. Orang inikah ejen CIA? Orang inikah yang akan menjual Malaysia? Orang inikah yang akan menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu? Inikah orangnya? Lihat betul-betul dan katakan inikah orangnya?

Aku tak perlu selalu bersembang dengan beliau untuk kenal siapa beliau. Aku tak perlu ikut beliau ke sana sini untuk mengetahui peribadi beliau. Tanya pada diri kita, Islam ajar kita untuk syak wasangkakah? Islam ajar kita untuk terus mempercayai sesuatu berita tanpa usul periksakah? Islam ajar kita untuk memfitnah orangkah? Islam apakah itu?

Pergi jahanamlah kepada manusia yang percaya kepada fitnah keji seperti ni. Kamu semua memang bodoh daripada binatang walaupun bersolat 5 waktu sehari semalam. Walau apa terjadi sekali pun, selagi Allah melindungi & memelihara DSAI dan keluarga maka mereka takkan dapat dijatuhkan oleh sesiapa pun. Demi Allah, memang celaka sungguh mereka yang membuat fitnah dan mempercayai fitnah yang ditaburkan. Celaka!

Wahai DSAI. Kamu sekeluarga adalah simbol kekuatan. Janganlah berputus asa kerana aku yakin ramai yang menyokong dan setuju dengan perjuangan kamu. Semoga rahmat Allah terus melimpahi kamu dan keluarga. Semoga Allah terus tetapkan hati aku, tetapkan keyakinan aku dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepadaku agar aku tahu mana yang benar dan mana yang palsu. Amin ya Rabbal Alamin.