Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

17 July 2013

Cinta dan Kasih

Cinta dan kasih mungkin sesuatu yang berbeza. 

Kondisi 1.

Kamu meminat seseorang, bercerita tentang segala-gala padanya, berkongsi apa saja, baik buruk kamu dia tahu. Lama-kelamaan kamu mula suka padanya dan memberanikan diri untuk meluahkan perasaan kamu kepadanya. Tetapi dia menolak. Kamu kecewa, dan perlahan-lahan perasaan suka tadi menjadi benci. Kamu harap kamu tak kenal dia. Kemudian kamu bertemu seseorang yang lain pula dan jatuh hati padanya. Kamu ulang perkara yang sama. Dia terima atau tidak, adalah suatu isu yang lain. Ini cinta.

Kondisi 2.

Kamu mungkin pernah marahkan seseorang. Bencikan seseorang tapi dia tak pernah larikan diri daripada kamu pun. Malah bila aku berjumpa dengannya, dia tetap seperti itu saja. Apa pun yang terjadi pada kamu, dia tetap sayangkan kamu. Tak pernah sekali pun dalam nafasnya, kamu tiada. Ini adalah kasih dan seseorang itu boleh jadi ibubapa kamu. 

Kondisi 3. 

Dia melarang tapi kamu buat juga. Dia menyuruh tapi kamu buat sambil lewa. Dia terus memberi walaupun kamu buat tak tahu saja dengannya. Kamu tetap meminta padanya walaupun kamu tahu kamu tak pernah berbuat sesuatu yang ikhlas untuknya. Hanya dikeranakan sesuatu barulah kamu hendak bersuara kepadanya. Sepatutnya ia adalah hubungan dua hala tapi kamu menganggapnya sebagai sehala saja. Apa pun yang kamu lakukan, dia tetaplah seperti itu dengan sifat pemurahnya. Dialah Tuhan kamu dan ini dipanggil maha pengasih. 

Kamu sentiasa belajar untuk membina hubungan dengan sekeliling kamu tapi mungkin kamu terlupa untuk meneruskan perhubungan yang sudah lama wujud dalam diri kamu.

Kesimpulannya, hiduplah dengan kasih sayang sesama manusia dan tak perlulah fikirkan tentang cinta.

29 May 2012

Ditinggal kekasih

Kelakar juga bila baca blog orang putus cinta ni. Seringkali orang yang putus cinta merasa amat kecewa, dipermainkan dan berharap agar Tuhan membalas perbuatan bekas kekasihnya yang meninggalkannya. Walaupun mulut berkata, "aku doakan kebahagian kamu" tapi percayalah, hati berkata sebaliknya. 

Kenapa marah bila cinta putus? Kenapa berharap agar Tuhan cepat-cepat balas perbuatan bekas kekasih sedangkan semua tu perancanganNya semata-mata? Sebenarnya, itulah akibatnya bila bercinta tak ingat dunia. Manusia boleh berubah. Siapa pun tetap akan berubah. Fitrah kita semua sama, takkan ada yang boleh mengubahnya. Jika aku sukakan sesuatu yang cantik, kamu juga begitu. Jika aku mencari yang terbaik untuk jodohku, kamu juga sama. 

Tapi disebalik semua tu sedarkah kita jika kita tak kenal bekas kekasih tu kita takkan pernah merasa sedih pun kehilangan dia. Jadi ia seperti persamaan matematik. Asalnya kita tak pernah memiliki sesiapa pun, bila bercinta kita merasa kita memiliki si dia tapi bila putus cinta, kita kembali tak memiliki siapa pun. 

Tak perlulah kecewa, perjalanan masih jauh lagi. Perkahwinan bukanlah stesen akhir sebuah percintaan kerana jika kurangnya 'cinta' di alam tu rumahtangga boleh goyah bila-bila masa pun. Berhentilah berangan yang melampau-lampau tentang kekasih hati kerana semuanya pasti berubah walaupun setelah kamu memiliki dirinya, Cinta yang kekal hanyalah cinta kepada sang Pemilik. Dengan cintaNya, semua pasti jadi. Kun Fa Ya Kun brader! Jangan lupa tu...

24 March 2011

dia juga makhluk

nokhtah menjadi garis
garis menjadi rajah
rajah menjadi gambar cintaku

benih menjadi putik
putik menjadi pohon
pohon menjadi dahan rinduku

huruf menjadi peri
peri menjadi ayat
ayat menjadi makna dambaku

sinar menjadi hayat
hayat menjadi jiwa
jiwa menjadi diri mimpiku

cintaku, rinduku, dambaku, mimpiku



*jangan pandang orang sebelah mata. siapa kita untuk menghukum