Kelakar juga bila baca blog orang putus cinta ni. Seringkali orang yang putus cinta merasa amat kecewa, dipermainkan dan berharap agar Tuhan membalas perbuatan bekas kekasihnya yang meninggalkannya. Walaupun mulut berkata, "aku doakan kebahagian kamu" tapi percayalah, hati berkata sebaliknya.
Kenapa marah bila cinta putus? Kenapa berharap agar Tuhan cepat-cepat balas perbuatan bekas kekasih sedangkan semua tu perancanganNya semata-mata? Sebenarnya, itulah akibatnya bila bercinta tak ingat dunia. Manusia boleh berubah. Siapa pun tetap akan berubah. Fitrah kita semua sama, takkan ada yang boleh mengubahnya. Jika aku sukakan sesuatu yang cantik, kamu juga begitu. Jika aku mencari yang terbaik untuk jodohku, kamu juga sama.
Tapi disebalik semua tu sedarkah kita jika kita tak kenal bekas kekasih tu kita takkan pernah merasa sedih pun kehilangan dia. Jadi ia seperti persamaan matematik. Asalnya kita tak pernah memiliki sesiapa pun, bila bercinta kita merasa kita memiliki si dia tapi bila putus cinta, kita kembali tak memiliki siapa pun.
Tak perlulah kecewa, perjalanan masih jauh lagi. Perkahwinan bukanlah stesen akhir sebuah percintaan kerana jika kurangnya 'cinta' di alam tu rumahtangga boleh goyah bila-bila masa pun. Berhentilah berangan yang melampau-lampau tentang kekasih hati kerana semuanya pasti berubah walaupun setelah kamu memiliki dirinya, Cinta yang kekal hanyalah cinta kepada sang Pemilik. Dengan cintaNya, semua pasti jadi. Kun Fa Ya Kun brader! Jangan lupa tu...
No comments:
Post a Comment