Showing posts with label derma. Show all posts
Showing posts with label derma. Show all posts

07 July 2011

Sedekah

Beruntunglah bagi mereka yang rasa dirinya tak punya apa-apa dunia ni kerana mereka tak perlu risau kehilangan apa yang mereka takde.

Semua di dunia adalah seimbang. Setiap lelaki pasangannya perempuan, setiap kali kegembiraan terhasil, akan tercetus satu kesedihan dan begitu juga setiap kejayaan yang dikecapi akan ada kegagalan tercipta. Semuanya seimbang. Itulah kebijaksanaan Yang Maha Mencipta.

Waktu aku berjalan di pasar malam tadi, terjumpa seorang ibu dan anaknya yang mungkin berusia sekitar 1-1 1/2 tahun meminta sedekah di tengah jalan. Tak dapat dipastikan apakah ibu dan anak kecil tu berbangsa Melayu atau bukan. Antara kesian dan tanggapan orang ramai, mana satukah yang lebih kita utamakan. Aku berjalan melepasi si ibu dan anak tu. Botol susunya terjatuh, lalu si ibu ambilnya semula dan beri pada anaknya. Aku perasan puting botol susu tu terkena atas permukaan jalan. Tak sampai hati untuk aku terus memandang sama ada si ibu sempat mengesat puting tu sebelum anaknya menyusu semula.


Sambil terus berjalan akal tak pernah berhenti berfikir kenapa dan bagaimana mereka jadi begitu. Mana si ayah? Orang ramai terus lalu-lalang tanpa menghiraukan kedua anak-beranak ni. Barangkali mereka dilihat sebagai warga asing. Ada juga fikir yang mereka bukan warga negara ni sebab jarang ada orang Melayu yang meminta sedekah bersama anaknya. Jarang betul aku jumpa.

Lepas membeli apa yang patut, aku berpatah balik dan melihat si ibu dan anaknya masih berada di tempat asal mereka. Tiba-tiba aku terpandang seorang perempuan merenung si ibu dan anak tadi dari belakang mereka. Pandangan seperti nak marah pun ada. Mungkin si ibu dan anak menghalang ruang untuk perempuan tu buka gerainya.

Perkara pertama yang terlintas waktu melihat orang susah sebegini ialah ingin membantu. Mana-mana manusia pun akan rasa begini. Tapi percayalah, tak lama kemudian hati akan mula berbisik sesuatu yang bakal menghalang niat murni tersebut. Hati akan menimbulkan bermacam-macam tanggapan yang menyebabkan 'ikhlas' lari menghilangkan diri.

Bila ikhlas tiada, apalah guna bersedekah sebesar gunung sekali pun. Aku tak nafikan, perasaan tu cukup mengganggu. Salah satu cara untuk menghambat segala perasaan curiga dan was-was adalah dengan kembali merenung ke dalam diri sendiri. Menyedari hakikat diri yang tak punya apa-apa dan tiada kekuatan apa-apa, dapat aku rasanya perasaan was-was beransur pergi. Tiada kekuatan untuk menggerakkan tangan yang menghulur melainkan dengan izin Tuhan juga. Lantas aku tetapkan niat semata-mata kerana Dia, pedulilah apa bangsa dan agama si ibu dan anak tu, terus saja sedekah dihulur. Aku fahami bukanlah urusan aku untuk memastikan sedekah yang diberi digunakan pada jalan yang betul atau tidak, gerak hati yang pertama telah berkata bahawa si ibu dan anak tu pasti akan ada habuannya. Itulah yang aku turuti.

Fahamlah hati bahawa bukanlah diri ini yang memberi melainkan semuanya telah ditentukan olehNya. Semoga ibu dan anak tadi mendapat kebahagiaan seperti yang semua orang idamkan. Semoga si ibu dipermudahkan dalam urusan hidup dan membesarkan anaknya. Semoga semuanya baik-baik belaka dan mendapat rahmat Tuhan. Dan semoga rezeki mereka dipermudahkan dan diluaskan olehNya.

Waktu terus berjalan aku terperasan isteriku dibelakang juga turut menghulurkan wang kepada si ibu tadi. Alhamdulillah, semoga kamu terus dilimpahi rahmat.

Itu hanyalah pendapat yang sempat aku ceritakan di sini tentang sedekah daripada apa yang aku lihat disekeliling. Ujian ni takkan datang sekali dan pasti ada lagi. Mungkin dalam bentuk yang lain pula. Semuanya untuk menguji hati ini.

Kesimpulan dan pengajarannya, rezeki setiap makhluk telah ditentukan. Jika kita dapat melihat dalam konteks ini, kita akan nampak bahawa bukanlah manusia itu sebenarnya yang memberi, tetapi ia datang daripada Allah juga. Gerak hati yang dicetuskan dan tangan yang memberi semuanya adalah dalam pengetahuanNya juga. Fahamilah dan hayatilah, pasti kita akan jumpa dengan ketenangan.

02 May 2011

Derma


Terkejut jugak aku baca satu iklan tentang sumbangan untuk buat al-quran braille. Senaskah sampai rm240. Biar betul, kata hati aku.


Bukan nak menuduh atau apa, cuma bila dah ada perasaan syak wasangka dalam hati tak guna aku derma pun. Apa pun tak dapat. Itulah dia, kenapa perlu ada pihak tetapkan berapa jumlah untuk menderma?

Kadang-kadang mereka yang minta derma selalu ada di restoran atau stesen minyak. Jumlah minimum untuk derma RM10. Mana datangnya ikhlas kalau dah ditetapkan macam tu? Untuk apa aku nak derma? Nak cover malu? Lebih baik bagi anak isteri aku makan.

Memang benci juga aku dengan orang-orang yang macam ni. Ramai yang ambil kesempatan. Dalam dunia yang penuh dengan penipuan ni, apa pun boleh jadi. Di depan nampak cantik, baik dan elok tapi rupa-rupanya teruk.

Aku tak maksudkan orang kat dalam iklan tu, tapi apa yang aku katakan ni secara umum. Apahal pulak nak kena tetapkan jumlah minimun untuk derma-derma ni? Nak kena cukupkan seribu al-quranlah so setiap orang g nak derma kena bagi harga senaskah. Apa jadahnya kerja macam ni?

02 April 2011

baitulmal

berapa banyak kali kita dengar bantuan disalurkan oleh baitulmal? secara jujurnya, aku belum pernah lagi dengar sejak tahun lepas. mungkin ada, tapi kurang publisiti. tapi rata-rata kita lihat masih ramai bangsa kita yang hidup susah. selalunya mereka dibantu oleh jabatan kebajikan masyarakat. tapi wangnya memang takkan pernah cukup. banyangkan rm300 sebulan untuk menampung sebuah keluarga yang ramai. kalau kat negara luar, mereka yang takde kerja pun pihak kerajaan bagi elaun. inikan pula orang hidup susah.

apa peranan baitulmal? nak kata orang islam kat malaysia ni tak bayar zakat, takkanlah? ramai yang bayar. aku yakin, ramai orang islam yang kaya di negara ni tak kedekut untuk keluarkan sebahagian wang mereka bagi tujuan menderma. kadang-kadang mereka sendiri tak tahu nak salurkan wang tu ke mana. lalu jalan terbaik adalah disalurkan kepada baitulmal. tapi sedekah, atau apa-apa wang derma yang diberikan kepada baitulmal terhenti di situ saja. sangat susah nak sampai kepada orang yang sepatutnya menerima bantauan.

bab birokrasi jangan cakaplah. itu yang orang menyampah nak minta kat baitulmal. pelbagai borang perlu diisi. duitnya belum tentu dapat bila. cuba bandingkan dengan gereja. pergi la mintak, mereka akan bantu sebanyak mungkin. masjid? jangan harap. derma yang orang ramai letak dalam tabung tu nak bayar maintenance masjid pun kadang-kadang tak cukup. habis, macam mana orang islam tak masuk kristian? siapa nak bertanggungjawab? mufti sibuk nak haramkan poco-poco, lain-lain kerja tak ada. takut tersalah keluar fatwa, nanti kontrak tamat pulak. rumah, kereta semua belum habis bayar.

pendapat aku, kalau nak menderma pergi beri terus kepada orangnya. tak perlu melalui perantara. begitu juga zakat. carilah sesiapa yang kita rasa layak untuk terima zakat mengikut hukumnya. itu seribu kali lebih bagus daripada beri melalui orang tengah seperti baitulmal. mereka tak banyak membantu pun.

ada jabatan agama yang prihatin bab ni? mereka lebih suka tangkap pasangan khalwat. untung badan dapat berkenalan dengan awek yang bersekedudukan. kalau awek tu offer, kan untung mereka.