Showing posts with label ikhlas. Show all posts
Showing posts with label ikhlas. Show all posts

24 December 2012

Ikhlas

Manusia cenderung untuk menghukum daripada apa yang mereka lihat. Aku sendiri kerap kali tersasul. Menghukum orang berdasarkan apa yang kita nampak dan rasa semata-mata adalah sama seperti syak wasangka jugak. 

Seorang sahabat telah menyedarkan aku tentang perkara ni. Walaupun pada mulanya langsung tak pernah terlintas difikiran aku bahawa apa yang aku fikir selama ni jauh meleset. 

Sebagai contoh, apa perasaan kita apabila didatangi peminta sedekah waktu tengah menjamah makanan? Adakah kita beri dengan ikhlas atau kita beri sebab segan dengan orang sekililing atau kita berikan wang agar si peminta sedekah cepat-cepat beredar dari situ?

Begitulah susahnya untuk menghadirkan 'ikhlas' dalam diri ini. Aku pernah terangkan maksud perkataan ikhlas sebelum ni tapi ada yang komen tak patut. Tak kisahlah, tu pendapat masing-masing. Secara amnya ikhlas adalah memberi/melakukan sesuatu tanpa mengharap balasan apa pun.

Jadi, dimanakah ikhlas kita jika kita masih mengharapkan balasan syurga, pahala, rezeki yang banyak dan kesenangan?

Kita masih di makam orang awam....

Dan kepada sahabat yang mulia itu, terima kasih kerana mengajarkan aku sekelumit ilmu seperti ni. 

02 May 2011

Derma


Terkejut jugak aku baca satu iklan tentang sumbangan untuk buat al-quran braille. Senaskah sampai rm240. Biar betul, kata hati aku.


Bukan nak menuduh atau apa, cuma bila dah ada perasaan syak wasangka dalam hati tak guna aku derma pun. Apa pun tak dapat. Itulah dia, kenapa perlu ada pihak tetapkan berapa jumlah untuk menderma?

Kadang-kadang mereka yang minta derma selalu ada di restoran atau stesen minyak. Jumlah minimum untuk derma RM10. Mana datangnya ikhlas kalau dah ditetapkan macam tu? Untuk apa aku nak derma? Nak cover malu? Lebih baik bagi anak isteri aku makan.

Memang benci juga aku dengan orang-orang yang macam ni. Ramai yang ambil kesempatan. Dalam dunia yang penuh dengan penipuan ni, apa pun boleh jadi. Di depan nampak cantik, baik dan elok tapi rupa-rupanya teruk.

Aku tak maksudkan orang kat dalam iklan tu, tapi apa yang aku katakan ni secara umum. Apahal pulak nak kena tetapkan jumlah minimun untuk derma-derma ni? Nak kena cukupkan seribu al-quranlah so setiap orang g nak derma kena bagi harga senaskah. Apa jadahnya kerja macam ni?