Bila anak kecil demam, ibu bapa mana yang tak susah hati? Hanya ibu bapa yang leka bermain facebook saja yang tak terasa sangat. Sampaikan anak kecil disuruh pergi kedai seorang diri saja. Bila si kecil demam/kurang sihat, semua nak yang terbaik untuknya termasuklah keluarga terdekat. Tapi sikap cepat menggelabah dan cepat panik seringkali menyusahkan. Bila kita nampak relaks, orang kata kita tak peduli padahal kita tengah bersabar dengan musibah yang menimpa sambil berfikir cara terbaik untuk menghadapinya.
Sikap menggelabah dan panik ni samalah juga dengan sikap terburu-buru. Buat kerja kalau nak cepat memang tak salah, tapi biarlah selepas memikirkan buruk baik tindakan yang bakal diambil. Nak cakap lebih-lebih pun serba salah tapi bila menghadapi orang seperti ni tercabar jugak kesabaran ni.
Soal anak sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa. Orang lain tak payahlah campur sangat. Bukannya kes dera pun. Kes demam biasa saja. Aku paling tak gemar kalau orang suka berjampi-jampi ni. Asal anak demam sikit, mula la nak bawak pergi jampi. Kalau orang yang menjampi tu kita tau luar dalam dia macam mana, takpe la jugak. Ini pergi jumpa orang yg 'bersahabat' dengan makluk halus untuk berjampi. Bukan nak menghina, tapi apalah hebat sangat orang yang berjampi dengan menggunakan bantuan makhluk halus ni? Kalau makhluk halus yang diseru tak datang atau mati dibunuh, boleh ke dia menjampi lagi?
Secara kasarnya, ia nampak seperti satu usaha yang murni jugak. Tapi jika kita ada pilihan yang lebih baik, mengapa perlu jumpa orang-orang sebegini? Menjampi dengan menyeru makhluk halus yang menjadi sahabat supaya hadir untuk menolong sang penjampi bukanlah satu doa. Ia lebih kepada satu arahan yang dikeluarkan khusus kepada si makhluk halus tersebut dengan syarat-syarat tertentu. Pasti ada syarat punya. Bank kasi loan pun kena interest maa. Tu pun tolong jugak. Syaratnya, lu tolong gua, gua tolong sama lu.
Bila melibatkan bantuan makhluk halus, sebahagian besar manusia perlu patuh dan ikut syarat-syarat yang dikenakan. Terpulanglah apa pun syaratnya, tapi keberkesanannya tak sehebat orang yang berserah diri memohon pertolongan daripada Sang Penciptanya. Inilah yang dipanggil doa. Doa bila disertakan dengan 'ikhlas' maka powernya memang tinggi. Berjumpa dengan orang-orang yang diketahui alim bertujuan meminta doa adalah lebih baik daripada berjumpa dengan orang yang meminta bantuan daripada makhluk halus, tak kiralah makhluk tu bunian ke, hantu tinggi ke, tok janggut ke....(tok janggut sebenar dah kembali ke alam yang sepatutnya, yang muncul dan mengaku jadi tok janggut tu faham-faham sendiri je lah siapa).
Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya kesabaran. Kalau tak sabar tentu dah terkeluar kata-kata yang boleh menguris hati pihak lain.
Apa pun, kenalilah orang yang kita jumpa untuk mohon doa agar kita tak terpedaya dengan tipu daya makhluk halus ni. Kalau mereka hebat sangat, kenapa kita pulak yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi ni? Fikirkan sendiri....
No comments:
Post a Comment