Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

21 July 2012

Apa kaitannnya?

Hari pertama puasa, aku diserang sakit tekak yang menjadikan mood nak buat apa pun rasa menyampah. Semuanya berpunca daripada batuk secara tiba-tiba waktu tidur. Mungkinkah terkena angin tuju? Entahlah, tapi kalau aku dapat tau ada, pasti saja aku takkan lepaskan tuan yang menghantar tu. 

Malam tadi mimpi aku agak kelakar. Dalam mimpi pun boleh susah hati. Susah hati sebab nak kena ambil ijazah dan belajar semula dalam bidang kejuruteraan elektrik. Biasanya dalam mimpi kita akan anggap perkara tu realiti, itu yang susahnya. Kalaulah kita tahu itu mimpi, tentu kita boleh jadi macam dalam cerita Matrix. Boleh jadi Neo. 

Pada malam sebelum semua ni terjadi, kira-kira enam hari lepas, aku ada ikut jalan lama untuk ke Genting Sempah. Laluan biasa kalau aku nak minum-minum di sana. Tapi hari tu agak berlainan sebab aku terjumpa seorang lelaki yang berpakaian pelik dalam hutan tu sedang bermain kayu seperti seni silambam.


Aku bertiga waktu tu dan aku pasti semua nampak. Pakaian dia sebijik macam dalam gambar kat atas tu cuma berbaju. Tak pasti pulak aku bangsa apa sebab dalam hutan memang gelap gelita. Lagipun aku memang memandu laju waktu tu. Asalkan tak terlanggar dia, sudahlah. 

Balik saja daripada Genting Sempah malam tu, dua orang sahabat aku mula demam. Sampai la ke hari ni baru mereka ok. Bermula semalam, tekak aku pulak sakit. Hari ni terasa macam nak demam. Memang waktu tu seorang pun tak bercakap tentang perkara ni dalam kereta. Tapi bila dah sampai di Genting Sempah, saja la aku bukak cerita, tanya pada mereka kalau-kalau mereka jugak ternampak apa yang aku nampak. Memang sah semua nampak. 

Ada kaitan ke? Kenapa semua demam? Ini terlalu bagus untuk menjadi satu kebetulan. Sorang sahabat aku yang duduk di depan dah 4 hari tak buka kedai. Yang duduk kat belakang, seharian terlantar tak bertenaga. Hari ni baru aku jumpa dia tapi tak sempat nak sembang panjang. Aku pulak penat semacam petang tadi.




25 April 2011

Al-kisahnya.....

Aku memang minat baca kisah-kisah mistik dan paranormal. Ada satu blog yang aku sentiasa follow-up setiap hari. Tapi lama-kelamaan membaca blog tu buat aku nak muntah. Walaupun mungkin ada kebaikan dan pengetahuan yang boleh diperolehi, namun khayalannya lebih banyak.

Malah aku pernah berjumpa dengan tuan punya blog dan anak muridnya. Terus-terang aku katakan mereka kelihatan seperti sombong dan tidak ramah. Hanya si penulis blog saja yang melayan aku dan sorang lagi member aku pada petang tu.

Itu pun kami menunggu beberapa jam. Sampai di rumahnya dalam pukul 5.30 petang, sesi rawatan dimulakan hampir waktu isyak. Memang menarik sebab lain daripada yang lain. Tak perlu apa-apa kelengkapan pun seperti limau, air mineral dan lain-lain. Cuma waktu pertengahan rawatan, dia suka menduga. Dia menduga member aku tadi tentang 'percaya' atau tidak. Pada aku, itu hak dia nak percaya ke tak. Bila orang dah datang minta tolong, tolonglah seikhlasnya.

Anak muridnya dari siang tadi haram nak senyum pun. Sepatah kita tanya, kalau boleh setengah patah dia nak jawab. Aku tertarik dengan cara rawatan dia kerana dia boleh panggil rohaniah/jin yang mengganggu tubuh badan manusia. Dia juga boleh menggambarkan macam mana keadaan/rupa makhluk tu melalui perantara yang dipanggil 'sarung'. 'Sarung' ialah seseorang yang sanggup mengosongkan mindanya untuk diresapi makhluk tersebut agar dapar berdialog. Biasanya, anak muridnyalah yang menjadi sarung.

Walaupun begitu, aku sedikit terkilan bila waktu nak balik tiba-tiba aku tak boleh bangun. Lutut aku krem tak pasal-pasal. Mula-mula sebelah. Lepas tu dua-dua belah sekali. Pelik jugak aku tiba-tiba jadi macam tu. Aku minta tolong ustaz tu tengokkan. Katanya kawasan rumahnnya memang kawasan 'panas'. Fahamlah aku maksud dia, tapi apa kena-mengena dengan aku pulak? Katanya lagi, mungkin aku terlangkah, tersepak sesuatu. Kalau aku ter'apa-apa' tentulah waktu sampai tu aku dah kena. Bukannya waktu nak balik baru kena, fikir aku.

Ustaz tu cuma pulihkan lutut aku ala kadar saja. Bolehlah nak jalan. Tapi sakitnya aku tetap terasa sampai seminggu dua lepas tu. Katanya kalau nak hilangkan sakit ni kena la berzikir & bertawajuh. Huh? Bila aku tanya apa tu tawajuh, dia kata, "ko ingat benda ni senang nak dapat ke, boleh bagitau gitu-gitu je?"....

Takpelah. Aku pun balik je la. Dia lapar sangat agaknya sampai malas nak layan aku dah. Sebelum masuk kereta, aku sembang kecil dengan anak murid dia (nama apa ntah) tentang persatuan (tarekat) mereka ni. Katanya kalau nak join kena datang malam Jumaat untuk ditalkinkan. Bawa kain kafan, kain pelikat, baju melayu, tasbih...yang lain aku tak ingat.

Aku memang berminat pada mulanya. Nak saja aku datang malam Jumaat minggu tu. Tapi tak jadi. Sakit kaki aku makin teruk pulak. Kalau lenguh-lenguh biasa, 2-3 hari dah hilang biasanya. Aku try call Abg Din Megat Dewa, katanya ada orang saja nak test aku. Hehe, tak terfikir pulak aku masa tu siapa. Aku tanya macam mana nak bagi ok, dia cuma suruh aku tahan nafas sambil dia merukyah dalam 10 saat. Lepas tu terus ok. Rasa macam boleh berlari je. Itulah Abg Din. Padahal dia tinggal beratus kilometer dari tempat aku. Duit pun aku tak tau nak bagi macam mana. Kejap je dia settlekan.

Aku kembali berfikir, kenapa ustaz mula-mula tadi tak nak ubat aku waktu kena di rumah dia hari tu? Pelbagai sangkaan keluar, tapi malas aku nak fikir sangat. Lagi fikir, lagi banyak syak wasangka terhasil.

Aku terus follow blognya yang semakin hari semakin cenderung kepada alam ghaib yang penuh dengan misteri. Walaupun dia tak suruh pembaca percaya namun cerita-cerita dalam blog tu boleh mempengaruhi pemikiran seseorang secara tak langsung.

Segala kemusykilan aku rujuk terus kepada ayah angkat aku. Walaupun dia seorang yang pendiam, aku tau dia banyak ilmu. Umurnya juga dah lanjut, tapi badan tetap sihat. Banyangkan berapa banyak pengalaman hidupnya. Memang lumrah harimau sembunyikan kuku orang tua ni., bisik hati aku.

Tanpa disangka-sangka, dia setuju je waktu aku minta tolong dia tengok-tengokkan ustaz tu ok ke tak. Melalui firasat dialah, aku buat keputusan untuk tak campur dan tak jadi nak ikut ajaran ustaz tu.

Dan sekarang, blognya makin hari makin merumitkan. Mereka (dia dan anak muridnya) lebih menjurus ke arah dunia nak kiamat, siapa imam mahdi? Siapa pemegang panji-panji hitam? Terbang sana sini, bandaraya Jin, UFO dan macam-macam lagi.

Aku bukanlah baru kenal cabang-cabang perubatan cara ni. Ramai orang aku dah jumpa dan ramai yang terpedaya dalam dunia yang mereka ciptakan sendiri. Jadi, aku nekad tak mahu campur lagi urusan mereka. Cuma aku masih membaca blog mereka setiap hari. Saja nak tengok apa perkembangan. Cerita pun dah semakin komplikated.

Biarlah mereka dan dunia mereka. Bukan tugas aku untuk menghukum sesat atau tidak.