Malas nak ulas panjang-panjang...
Showing posts with label ajaran sesat. Show all posts
Showing posts with label ajaran sesat. Show all posts
22 January 2014
25 May 2011
Hang Tuah - 2
Kisah tentang bangsa Melayu memang menarik minat aku sejak dulu. Kalau aku diberi mesin masa, aku pasti mahu kembali ke zaman kesultanan Melayu Melaka dan berjumpa dengan Hang Tuah. Itu cita-citaku sejak kecil. Aku ingin sekali melihat wajah Panglima Agung ini. Biarpun Hang Tuah bukanlah berasal daripada Tanah Melayu. Tapi seperti yang aku pernah katakan, seseorang tu akan menjadi Melayu apabila dia tinggal di Tanah Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, menjalankan adat istiadat orang Melayu dan beragama Islam, maka orang itu adalah Melayu. Biarpun ramai yang pasti tak setuju, namun inilah pegangan aku setakat hari ni.
Panglima Melayu dulu-dulu ilmu dunia & akhiratnya tinggi. Bukan setakat ilmu tempur saja. Itu yang mengagumkan aku. Mereka boleh mendalami pelbagai ilmu serentak. Zaman sekarang jika ada yang cuba belajar ilmu-ilmu perang seperti ni dengan mudah akan dituduh sesat. Aku sendiri pun tak faham mengapa sesetengah golongan mudah betul mengatakan seseorang yang lain itu sesat. Mereka dengan penuh yakin tanpa perlu usul periksa yang lebih mendalam terus menjatuhkan hukum. Pelbagai hujjah al-quran dan hadis dikeluarkan untuk mengyokong fakta mereka.
Keris Taming Sari mempunyai khadam ilmu perang yang tinggi. Ia menjadikan seseorang yang memilikinya kebal daripada sebarang senjata. Nah! Pasti ada orang dengan mudah mengatakan ilmu ini sesat. Menggunakan jin dan khadam sudah dikira syirik. Sungguh mudah dan senang menjatuhkan hukum seseorang syirik hanya kerana dia berdamping dengan makhluk-makhluk seperti ni. Petik saja ayat al-quran yang bermaksud lebih kurang begini, " sesentengah golongan manusia meminta pertolongan bangsa jin dan sesungguhnya jin itu tidak lain hanyalah membawa mereka kepada kesesatan."
Siapa berani bangkang? Aku pun tak bangkang. Tapi lihat maksud ayat tu dengan lebih mendalam. Pertolongan macam mana yang dimaksudkan? Bukankah menilik nasib juga dikira sebagai meminta pertolongan daripada golongan mereka? Mempercayai tilikan nasib juga sama dengan mempercayai kata-kata mereka. Ini memang syirik yang nyata. Sama macam kita pergi umpa doktor sebab demam. Kemudian doktor beri kita ubat lalu kita percaya dengan memakan ubat tu kita akan sembuh. Sama saja. Bezanya, doktor adalah manusia dan jin adalah jin.
Berbalik semula kepada cerita Hang Tuah tadi. Dengan memiliki keris Taming Sari adakah Hang Tuah seorang yang syirik? Bagaimana pula dengan Mat Kilau yang mempunyai ilmu tempur yang tak kurang hebatnya? Beliau juga kebal dari peluru dan senjata. Mereka yang mengatakan ilmu-ilmu sebegini sesat selalu membandingkan kisah-kisah Nabi waktu baginda berperang. Baginda juga luka dan cedera kata mereka. Jadi takkanlah orang seperti Hang Tuah dan Mat Kilau ni hebat melebihi Nabi kita?
Sebenarnya begini. Dari kecil kita belajar, Nabi dan Rasul memiliki mukjizat masing-masing. Manakala orang-orang terpilih (waliullah) memiliki karomah. Fahamilah sifat 20, di mana Allah itu Maha Berkehendak. Jika Dia kata KUN, maka terjadilah apa saja kehendakNya. Jika Hang Tuah atau Mat Kilau menjadi kebal, ia adalah kehendak dan izin siapa rasa-rasanya? Jadi sejak bila kehendak Allah tu mempunyai batas dan jenis-jenisnya yang tertentu?
Semuanya menunjukkan Allah itu Maha Berkehendak, Maha Berilmu dan Maha Mengetahui. Nak jadi kebal pun kena pakai ilmu. Ilmu datang dari mana kalau bukan daripada yang MAha Berilmu, ye tak?
Bab syirik mudah saja. Selagi iktikad dan keyakinan kita masih berpegang teguh kepada jalan yang lurus, nak takut apa? Lantaklah orang nak kata apa. Mereka yang menempuh jalan sufi pasti dikatakan sesat. Nabi dulu pun dicemuh dan dikatakan sesat bukan?Malah semua nabi & rasul pun begitu. Kisah Ibrahim dan Ismail jika difikir mengikut akal semata-mata pun sesat juga. Jadi, mengapa ada golongan yang dgn mudah mengatakan orang lain sesat sedangkan dia belum faham sepenuhnya?
Labels:
ajaran sesat,
ghaib,
hang tuah,
ilmu,
jalan yang lurus,
nabi,
panglima,
perang,
tuduh
25 April 2011
Al-kisahnya.....
Aku memang minat baca kisah-kisah mistik dan paranormal. Ada satu blog yang aku sentiasa follow-up setiap hari. Tapi lama-kelamaan membaca blog tu buat aku nak muntah. Walaupun mungkin ada kebaikan dan pengetahuan yang boleh diperolehi, namun khayalannya lebih banyak.
Malah aku pernah berjumpa dengan tuan punya blog dan anak muridnya. Terus-terang aku katakan mereka kelihatan seperti sombong dan tidak ramah. Hanya si penulis blog saja yang melayan aku dan sorang lagi member aku pada petang tu.
Itu pun kami menunggu beberapa jam. Sampai di rumahnya dalam pukul 5.30 petang, sesi rawatan dimulakan hampir waktu isyak. Memang menarik sebab lain daripada yang lain. Tak perlu apa-apa kelengkapan pun seperti limau, air mineral dan lain-lain. Cuma waktu pertengahan rawatan, dia suka menduga. Dia menduga member aku tadi tentang 'percaya' atau tidak. Pada aku, itu hak dia nak percaya ke tak. Bila orang dah datang minta tolong, tolonglah seikhlasnya.
Anak muridnya dari siang tadi haram nak senyum pun. Sepatah kita tanya, kalau boleh setengah patah dia nak jawab. Aku tertarik dengan cara rawatan dia kerana dia boleh panggil rohaniah/jin yang mengganggu tubuh badan manusia. Dia juga boleh menggambarkan macam mana keadaan/rupa makhluk tu melalui perantara yang dipanggil 'sarung'. 'Sarung' ialah seseorang yang sanggup mengosongkan mindanya untuk diresapi makhluk tersebut agar dapar berdialog. Biasanya, anak muridnyalah yang menjadi sarung.
Walaupun begitu, aku sedikit terkilan bila waktu nak balik tiba-tiba aku tak boleh bangun. Lutut aku krem tak pasal-pasal. Mula-mula sebelah. Lepas tu dua-dua belah sekali. Pelik jugak aku tiba-tiba jadi macam tu. Aku minta tolong ustaz tu tengokkan. Katanya kawasan rumahnnya memang kawasan 'panas'. Fahamlah aku maksud dia, tapi apa kena-mengena dengan aku pulak? Katanya lagi, mungkin aku terlangkah, tersepak sesuatu. Kalau aku ter'apa-apa' tentulah waktu sampai tu aku dah kena. Bukannya waktu nak balik baru kena, fikir aku.
Ustaz tu cuma pulihkan lutut aku ala kadar saja. Bolehlah nak jalan. Tapi sakitnya aku tetap terasa sampai seminggu dua lepas tu. Katanya kalau nak hilangkan sakit ni kena la berzikir & bertawajuh. Huh? Bila aku tanya apa tu tawajuh, dia kata, "ko ingat benda ni senang nak dapat ke, boleh bagitau gitu-gitu je?"....
Takpelah. Aku pun balik je la. Dia lapar sangat agaknya sampai malas nak layan aku dah. Sebelum masuk kereta, aku sembang kecil dengan anak murid dia (nama apa ntah) tentang persatuan (tarekat) mereka ni. Katanya kalau nak join kena datang malam Jumaat untuk ditalkinkan. Bawa kain kafan, kain pelikat, baju melayu, tasbih...yang lain aku tak ingat.
Aku memang berminat pada mulanya. Nak saja aku datang malam Jumaat minggu tu. Tapi tak jadi. Sakit kaki aku makin teruk pulak. Kalau lenguh-lenguh biasa, 2-3 hari dah hilang biasanya. Aku try call Abg Din Megat Dewa, katanya ada orang saja nak test aku. Hehe, tak terfikir pulak aku masa tu siapa. Aku tanya macam mana nak bagi ok, dia cuma suruh aku tahan nafas sambil dia merukyah dalam 10 saat. Lepas tu terus ok. Rasa macam boleh berlari je. Itulah Abg Din. Padahal dia tinggal beratus kilometer dari tempat aku. Duit pun aku tak tau nak bagi macam mana. Kejap je dia settlekan.
Aku kembali berfikir, kenapa ustaz mula-mula tadi tak nak ubat aku waktu kena di rumah dia hari tu? Pelbagai sangkaan keluar, tapi malas aku nak fikir sangat. Lagi fikir, lagi banyak syak wasangka terhasil.
Aku terus follow blognya yang semakin hari semakin cenderung kepada alam ghaib yang penuh dengan misteri. Walaupun dia tak suruh pembaca percaya namun cerita-cerita dalam blog tu boleh mempengaruhi pemikiran seseorang secara tak langsung.
Segala kemusykilan aku rujuk terus kepada ayah angkat aku. Walaupun dia seorang yang pendiam, aku tau dia banyak ilmu. Umurnya juga dah lanjut, tapi badan tetap sihat. Banyangkan berapa banyak pengalaman hidupnya. Memang lumrah harimau sembunyikan kuku orang tua ni., bisik hati aku.
Tanpa disangka-sangka, dia setuju je waktu aku minta tolong dia tengok-tengokkan ustaz tu ok ke tak. Melalui firasat dialah, aku buat keputusan untuk tak campur dan tak jadi nak ikut ajaran ustaz tu.
Dan sekarang, blognya makin hari makin merumitkan. Mereka (dia dan anak muridnya) lebih menjurus ke arah dunia nak kiamat, siapa imam mahdi? Siapa pemegang panji-panji hitam? Terbang sana sini, bandaraya Jin, UFO dan macam-macam lagi.
Aku bukanlah baru kenal cabang-cabang perubatan cara ni. Ramai orang aku dah jumpa dan ramai yang terpedaya dalam dunia yang mereka ciptakan sendiri. Jadi, aku nekad tak mahu campur lagi urusan mereka. Cuma aku masih membaca blog mereka setiap hari. Saja nak tengok apa perkembangan. Cerita pun dah semakin komplikated.
Biarlah mereka dan dunia mereka. Bukan tugas aku untuk menghukum sesat atau tidak.
Labels:
ajaib,
ajaran sesat,
bandaraya jin,
berubat,
mistik,
paranormal,
pelik,
sabak bernam,
sombong,
UFO,
ustaz
Subscribe to:
Posts (Atom)