Showing posts with label riak. Show all posts
Showing posts with label riak. Show all posts

24 January 2012

Perasaan

Manusia menjadi bongkak dan angkuh disebab kedudukan dan harta. Tanpa ini semua, mungkin perasaan itu tiada. Jadi, bukanlah sia-sia diciptakan perasaan bongkak dan angkuh itu. Supaya manusia menyedarinya, lalu bertaubat dan meninggalkannya. Supaya sifat Tuhan yang Maha Pengampun tu dapat dilihat oleh orang-orang yang celik mata hatinya.

Harta bukan setakat wang ringgit, emas dan perak tetapi ilmu pun dikira harta. Inilah sifat yang menjerumus kita semua ke lembah kehinaan. Telah dibuktikan sejak penciptaan manusia pertama. Hanya kerana merasa dirinya lebih baik, Azazil yang dulunya dihormati telah dicampakkan ke dunia ni dengan penuh kehinaan dan diberi nama baru - Iblis.

Benarlah kata-kata "berjuang melawan diri sendiri lebih berat daripada bertempur di medan perang". Setiap hari entah berapa kali seseorang itu 'mati' melawan dirinya...

04 September 2011

Lagi-lagi tok belagak

Punyalah banyak posting aku, posting tentang Tok Belagak (TB) jugak yang paling ramai pembaca. Tu menunjukkan TB ramai peminat dan ramai orang pun minat perkara-perkara mistik.

Baru kejap tadi aku berkunjung ke blog TB. Entry terbaru TB ialah "Ada yang cari pasal". Hehe.... TB macam magnet. Bila dah mendabik dada, mesti ada yang datang menguji. Tak mungkin ada sorang je manusia yang handal. Ramai lagi yang ingin jadi handal.

Semoga semuanya selamat. Lebih selamat kalau kita kurangkan sifat takbur atau belagak agar tak terlalu menarik perhatian musuh. Hang Tuah yang hebat pun hilang ditelan zaman. Hang Jebat yang digeruni pun tumpas di tangan Hang Tuah. Tak payahlah nak bandingkan kita manusia zaman ini dengan panglima-panglima tu.

Alang-alang bercakap tentang ni, di bawah adalah ilustrasi wajah Panglima Melayu yang sangat masyhur di suatu masa dulu, Allahyarham Hang Tuah, yang dilukis oleh seseorang yang pernah bertemu dengan panglima ini di alam lain. Orang yang hanya mahu dipanggil Ustaz Tamar, di suatu tempat di kawasan Sabak Bernam. Beliau adalah ahli dalam alam sebelah sana.

Terpulanglah pada pendapat dan pandangan masing-masing. Cuma, jangan cepat perlekehkan pendapat atau pandangan orang lain sebelum periksa. Al-Fatihah kepada panglima ini.



03 July 2011

Riak@bangga diri

Riak & bangga diri adalah fitrah manusia. Siapa mengaku tidak riak & bangga diri bukanlah manusia. Yang penting, mengaku dan sedar kembali siapa diri. Sebab tu dianjurkan taubat. Supaya manusia sentiasa melihat dirinya dari semasa ke semasa, mengaku kekurangan diri lantas insaf.