Showing posts with label hang tuah. Show all posts
Showing posts with label hang tuah. Show all posts

29 January 2012

Tuah

Bila ada orang akademik berkata Hang Tuah sebenarnya tak wujud, tak ada pula orang akademik Melayu yang bangun menyanggah pernyataan tu. Mereka penakut barangkali.

Aku menolak kenyataan yang mengatakan Hang Tuah tu tak wujud. Tiada bukti atau belum jumpa bukti?

Sebabnya mudah saja. Jika tiada angin, masakan pohon bergoyang? Jika ada kisahnya, masakan tiada orangnya? Kata-kata "takkan Melayu hilang di dunia" bukanlah sesuatu yang direka-reka oleh orang-orang terdahulu. Masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasanya yang kaya-raya, pegangan adat yang kuat dan agama Islam yang dianuti. Masakan bangsa Melayu turun-temurun sengaja menjaja kisah Hang Tuah sekiranya ia hanyalah tahyul?

Bagi mereka yang mempunyai kepakaran serta keupayaan untuk menembusi alam jin, silalah teropong sendiri tentang kewujudan Hang Tuah dan lihat hasilnya. Orang awam biasa yang masih menunggu bukti-bukti kewujudan Hang Tuah pula, silalah tunggu. Barangkali seluruh hayatnya pun belum tentu mendapatkan bukti yang dikehendaki.

Bila Hang Tuah tiada, tiadalah kisah Puteri Gunung Ledang. Tiada jugalah kisah Sultan Melaka yang pertama kerana tiada bukti (tiada kubur Sultan itu sendiri yang telah disahkan DNA tulang-temulangnya). Tiada jugalah kisah bagaimana Melaka mendapat nama sekali gus mewujudkan persoalan tentang siapakah sebenarnya yang mentadbir Melaka di zaman kegemilangannya beratus tahun dulu?

Pelbagai versi kisah Hang Tuah ada dalam masyarakat kita. Tapi yang paling penting apakah pengajaran yang kita boleh dapati daripada kisah Hang Tuah ni? Kisah Hang Tuah secara ringkasnya menceritakan tentang seorang lelaki bersama empat saudaranya yang lain menjadi hulubalang negeri Melaka. Merekalah yang menyelamatkan Tun Bendahara daripada penyamun-penyamun yang membuat kacau di kota bersejarah tu.

Hang Tuah digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat setia kepada Sultannya dan mengikut apa saja titah baginda. Ada yang menggambarkan Hang Tuah sebagai seorang lurus bendul dan lelaki yang bodoh. Ada juga yang mengagumi si Jebat kerana sifat setiakawannya yang menuntut bela di atas ketidakadilan yang berlaku ke atas si Tuah.

Jadi, seperti yang dikatakan td, apakah pengajaran yang kita dapat?










04 September 2011

Lagi-lagi tok belagak

Punyalah banyak posting aku, posting tentang Tok Belagak (TB) jugak yang paling ramai pembaca. Tu menunjukkan TB ramai peminat dan ramai orang pun minat perkara-perkara mistik.

Baru kejap tadi aku berkunjung ke blog TB. Entry terbaru TB ialah "Ada yang cari pasal". Hehe.... TB macam magnet. Bila dah mendabik dada, mesti ada yang datang menguji. Tak mungkin ada sorang je manusia yang handal. Ramai lagi yang ingin jadi handal.

Semoga semuanya selamat. Lebih selamat kalau kita kurangkan sifat takbur atau belagak agar tak terlalu menarik perhatian musuh. Hang Tuah yang hebat pun hilang ditelan zaman. Hang Jebat yang digeruni pun tumpas di tangan Hang Tuah. Tak payahlah nak bandingkan kita manusia zaman ini dengan panglima-panglima tu.

Alang-alang bercakap tentang ni, di bawah adalah ilustrasi wajah Panglima Melayu yang sangat masyhur di suatu masa dulu, Allahyarham Hang Tuah, yang dilukis oleh seseorang yang pernah bertemu dengan panglima ini di alam lain. Orang yang hanya mahu dipanggil Ustaz Tamar, di suatu tempat di kawasan Sabak Bernam. Beliau adalah ahli dalam alam sebelah sana.

Terpulanglah pada pendapat dan pandangan masing-masing. Cuma, jangan cepat perlekehkan pendapat atau pandangan orang lain sebelum periksa. Al-Fatihah kepada panglima ini.



25 May 2011

Hang Tuah - 2

Kisah tentang bangsa Melayu memang menarik minat aku sejak dulu. Kalau aku diberi mesin masa, aku pasti mahu kembali ke zaman kesultanan Melayu Melaka dan berjumpa dengan Hang Tuah. Itu cita-citaku sejak kecil. Aku ingin sekali melihat wajah Panglima Agung ini. Biarpun Hang Tuah bukanlah berasal daripada Tanah Melayu. Tapi seperti yang aku pernah katakan, seseorang tu akan menjadi Melayu apabila dia tinggal di Tanah Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, menjalankan adat istiadat orang Melayu dan beragama Islam, maka orang itu adalah Melayu. Biarpun ramai yang pasti tak setuju, namun inilah pegangan aku setakat hari ni.

Panglima Melayu dulu-dulu ilmu dunia & akhiratnya tinggi. Bukan setakat ilmu tempur saja. Itu yang mengagumkan aku. Mereka boleh mendalami pelbagai ilmu serentak. Zaman sekarang jika ada yang cuba belajar ilmu-ilmu perang seperti ni dengan mudah akan dituduh sesat. Aku sendiri pun tak faham mengapa sesetengah golongan mudah betul mengatakan seseorang yang lain itu sesat. Mereka dengan penuh yakin tanpa perlu usul periksa yang lebih mendalam terus menjatuhkan hukum. Pelbagai hujjah al-quran dan hadis dikeluarkan untuk mengyokong fakta mereka.

Keris Taming Sari mempunyai khadam ilmu perang yang tinggi. Ia menjadikan seseorang yang memilikinya kebal daripada sebarang senjata. Nah! Pasti ada orang dengan mudah mengatakan ilmu ini sesat. Menggunakan jin dan khadam sudah dikira syirik. Sungguh mudah dan senang menjatuhkan hukum seseorang syirik hanya kerana dia berdamping dengan makhluk-makhluk seperti ni. Petik saja ayat al-quran yang bermaksud lebih kurang begini, " sesentengah golongan manusia meminta pertolongan bangsa jin dan sesungguhnya jin itu tidak lain hanyalah membawa mereka kepada kesesatan."

Siapa berani bangkang? Aku pun tak bangkang. Tapi lihat maksud ayat tu dengan lebih mendalam. Pertolongan macam mana yang dimaksudkan? Bukankah menilik nasib juga dikira sebagai meminta pertolongan daripada golongan mereka? Mempercayai tilikan nasib juga sama dengan mempercayai kata-kata mereka. Ini memang syirik yang nyata. Sama macam kita pergi umpa doktor sebab demam. Kemudian doktor beri kita ubat lalu kita percaya dengan memakan ubat tu kita akan sembuh. Sama saja. Bezanya, doktor adalah manusia dan jin adalah jin.

Berbalik semula kepada cerita Hang Tuah tadi. Dengan memiliki keris Taming Sari adakah Hang Tuah seorang yang syirik? Bagaimana pula dengan Mat Kilau yang mempunyai ilmu tempur yang tak kurang hebatnya? Beliau juga kebal dari peluru dan senjata. Mereka yang mengatakan ilmu-ilmu sebegini sesat selalu membandingkan kisah-kisah Nabi waktu baginda berperang. Baginda juga luka dan cedera kata mereka. Jadi takkanlah orang seperti Hang Tuah dan Mat Kilau ni hebat melebihi Nabi kita?

Sebenarnya begini. Dari kecil kita belajar, Nabi dan Rasul memiliki mukjizat masing-masing. Manakala orang-orang terpilih (waliullah) memiliki karomah. Fahamilah sifat 20, di mana Allah itu Maha Berkehendak. Jika Dia kata KUN, maka terjadilah apa saja kehendakNya. Jika Hang Tuah atau Mat Kilau menjadi kebal, ia adalah kehendak dan izin siapa rasa-rasanya? Jadi sejak bila kehendak Allah tu mempunyai batas dan jenis-jenisnya yang tertentu?

Semuanya menunjukkan Allah itu Maha Berkehendak, Maha Berilmu dan Maha Mengetahui. Nak jadi kebal pun kena pakai ilmu. Ilmu datang dari mana kalau bukan daripada yang MAha Berilmu, ye tak?

Bab syirik mudah saja. Selagi iktikad dan keyakinan kita masih berpegang teguh kepada jalan yang lurus, nak takut apa? Lantaklah orang nak kata apa. Mereka yang menempuh jalan sufi pasti dikatakan sesat. Nabi dulu pun dicemuh dan dikatakan sesat bukan?Malah semua nabi & rasul pun begitu. Kisah Ibrahim dan Ismail jika difikir mengikut akal semata-mata pun sesat juga. Jadi, mengapa ada golongan yang dgn mudah mengatakan orang lain sesat sedangkan dia belum faham sepenuhnya?


21 May 2011

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Pada pandangan aku, Hang Tuah bukanlah bodoh apabila mengatakan "takkan Melayu hilang di dunia..." Yang bodoh ialah orang yang mentafsirkannya. Mentafsir sesuatu dengan membuta tuli tanpa kajian dan siasatan yang menyeluruh.

Hang Tuah benar-benar seorang pendekar. Beliau juga Laksamana, Panglima dan Hulubalang. Melalui cerita yang didengar, yang disampaikan sama ada menerusi mulut ke mulut atau dari perkhabaran ghaib, beliau bukanlah sembarangan orang. Ternyata beliau mempunyai ketinggian ilmu dunia dan akhirat. Begitu juga dengan pendekar-pendekar lain seperti Mat Kilat, Tok Gajah dan sebagainya. Bukan calang-calang manusia. Semoga Allah merahmati mereka.


Mengapa aku kata Hang Tuah hebat? Bila cuba mentafsirkan kata-katanya, aku melihat bahawa beliau adalah seorang yang berpandangan jauh. Walaupun ada sumber daripada perkhabaran ghaib mengatakan bahawa kata-kata tersebut dipinjam daripada kata-kata gurunya Sang Adi Putra, namun Hang Tuah memang ada mengatakannya.

Siapa Melayu? Mengikut apa yang kita faham, Melayu adalah orang yang beragama Islam, mengamalkan adat-adat Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu sendiri. Jelas sekali di sini bahawa sesiapa pun yang mengikut semua di atas layak di panggil Melayu. Termasuklah Hang Tuah walaupun beliau sebenarnya berasal daripada China.

Lihat saja golongan Mamak di negara ini. Mereka punya 2 identiti, satu mamak dan satu lagi Melayu. Kalau tidak, masakan Tun Mahathir boleh menjadi Presiden UMNO dan PM kerana beliau adalah mamak? Sesiapa saja boleh menjadi Melayu asalkan beliau tinggal di Tanah Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Ini adalah 'guideline' yang jelas untuk menentukan siapa Melayu.

Melayu meliputi segala bangsa sebenarnya. Kalau daripada makna perkataan Melayu bermaksud pelarian dan Tanah Melayu adalah Tanah Pelarian. Ada betulnya juga. Ia bukanlah suatu kaum seperti Cina, India dan lain-lain. Ia lebih kepada identiti. Identiti sebuah masyarakat. Mungkin ada yang tak boleh nak menerima, tapi terpulanglah. Aku tak suruh terima apa-apa pun.

Sejak dulu lagi aku selalu saja dengar kisah-kisah kebangkitan dari Timur ini. Sampai satu tahap aku pun bengang juga pasal kisah-kisah tu nampak macam bangang. Maafkan aku kepada yang terlalu taksub. Bangsa mim belum tentu bangsa Melayu yang seperti mana kita tahu. Mim juga belum tentu Malaysia. Mim boleh jadi mamak, muniandy, macha.....hehe, tak! Aku memain je.

Ada asasnya bila Hang Tuah mengatakan "takkan Melayu hilang di dunia". Beliau berkata begitu bukanlah sekadar cakap-cakap kosong di kedai kopi. Seperti yang aku katakan, beliau adalah seorang yang berpandangan jauh pada zamannya. Cuma kisah-kisah yang kita dengan dari mulut ke mulut membuatkan watak Hang Tuah kelihatan bodoh kerana terlalu menurut kata-kata Sultan pada masa tu.

Owh, ada satu lagi yang menarik tentang Sultan-sultan di Tanah Melayu. Mereka bukanlah orang-orang biasa yang suka-suka nak jadi Sultan. Mereka adalah keturunan pemerintah sejak turun temurun. Ada yang kata mereka adalah daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.

Aku ada terbaca suratkhabar baru-baru ni. Ada seorang manusia bangsa Melayu mengaku Sultan Melaka dan telah melakukan upacara menarik keris Taming Sari yang terbenam di dasar sebuah sungai. Tak tahulah sama ada manusia ni gila, bodoh atau cuba memperbodohkan orang lain. Pertama, Sultan Melaka memang tidak ada kerana telah lama melarikan diri waktu Melaka diserang pada kurun ke-15 dulu. Warisnya kemudian menjadi sultan pertama negeri Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Dan yang ke-2, cuba teka? Keris Taming Sari berada dalam simpanan Keluarga Diraja Negeri Perak sejak daripada pertabalan sultannya yang pertama! Jadi, macam mana manusia Mohd Jan ni mengaku dia adalah Sultan Melaka dan memiliki keris sakti tersebut? Tak ke gila namanya?

Kepada mereka yang mempersoalkan apa fungsi Sultan di setiap negeri sila kaji semula pengetahuan anda. Mengapa Sultan wujud? Mengapa Sultan itu penting dalam negara kita? Jangan melampaui batas dengan mengatakan Sultan buang duit rakyat, Sultan itu ini. Selidik dulu salasilah Raja-raja Melayu dan kamu akan temui dari manakah puncanya semua Sultan ini. Tanpa Sultan adakah Melayu akan bersatu? Ketahuilah bahawa Melayu itu berpecah-belah kerana mereka sendiri tak tahu apakah maksud Melayu. Mereka ingat bangsa Melayu sama macam seperti Cina atau India sedangkan pengertian Melayu lebih luas daripada tu semua.

Dari situ kamu akan dapati dari mana pula asalnya perkataan "Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia" dan sebagainya. Ada yang komen perkataan tu tak sesuai dan perlu diubah. Ketahuilah siapa yang meletakkan perkataan-perkataan itu semua. Siapa yang membimbing Sultan-sultan terdahulu kalau bukan para Wali dan Ulama? Merekalah yang memberikan gelaran ini dan sudah tentulah ada sebabnya. Jangan dengan mudah kamu berkata perkataan-perkataan tu boleh menduakan Allah. Ia adalah hasil buah fikiran orang-orang terdahulu dan mereka bukanlah bodoh untuk menyusun perkataan-perkataan sebegitu sesuka hati saja.







28 February 2011

siapa melayu?

maafkan aku kalau ada bangsa melayu yang marah dengan entry aku kali ni. pertama sekali aku nak tanya, bangga sangat ke jadi bangsa melayu? ketuanan melayu datang dari mana?

jika ada melayu yang menggelarkan bangsa lain pendatang, jangan marah kalau mereka juga gelarkan melayu itu pendatang. cuba kita fikir sejenak, siapa yang membuka melaka? adakah parameswara tu nama seorang melayu?

perkataan melayu bermaksud orang yang berlari atau pun lebih mudah pelarian. tanah melayu bermaksud tanah pelarian. siapa yang lari? siapa-siapa saja yang melarikan diri daripada mana-mana pihak dipanggil melayu.

"takkan melayu hilang di dunia" wajarkah untuk dibanggakan? seorang saudagar india kahwin dengan melayu, anaknya kita gelarkan melayu juga. contoh? banyak! fikir sendirilah.

jadi bangsa melayu takkan berkurang, apatah lagi hilang. itulah pencetus ataupun penyebab si tuah berkata takkan melayu hilang di dunia. ungkapan daripada seorang yang bukan melayu. siapa kata hang tuah melayu? haha....sebab hang tuah pandai cakap melayu dan ikut adat melayu maka beliau pun dipanggil melayu....

parameswara melayu, hang tuah melayu dan mamak bendahara juga akhirnya membentuk susur galur melayu. jangan marah dulu. aku pun melayu. dalam susur galur darah keluarga aku ada hubungkait darah acheh, india dan lain-lain. jadi, layaknya aku memanglah melayu. melayu adalah hasil campuran pelbagai bangsa yang akhirnya menetap di tanah air tercinta ini. inilah melayu.

lihat sejarah amerika. siapa penduduk pribumi mereka kalau bukan kaum red indian? bertuah sungguh kita sebagai melayu. bangsa lain kita panggil pendatang, tapi terlupa asal usul diri sendiri datang dari mana.

populasi negara kita masih rendah kalau nak banding dengan negara jiran seperti indonesia. jadi dah tentu indonesia wujud dulu sebelum nama tanah melayu tu sendiri wujud. siapa pendatang dan siapa pribumi sebenarnya?