Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

15 April 2013

Bersatu?

Bosan sebenarnya untuk menulis tentang PRU. Tak perlu diceritakan lagi atau dibuktikan apa-apa kepada mereka yang tetap dengan buta hatinya. Sama saja kalau diberitahu ataupun tidak. Petunjuk itu datang dari Tuhan, bukan dari aku ataupun sesiapa. Apa perlunya menerangkan sesuatu kepada orang yang belum diberi petunjuk? Simpan untuk diri sendiri saja. 

Masih ada yang beranggapan UMNO dan PAS perlu bersatu untuk mengelakkan orang Melayu berpecah. Melayu berpecah sejak kesultanan Melaka lagi. Bagaimana benteng pertahanan Melaka yang kukuh boleh ditembusi Portugis? Jangan fikir Melaka waktu tu kolot, hanya bersenjatakan parang, keris dan lembing saja. Mana mungkin sebuah pelabuhan terkenal dunia tidak memiliki sistem pertahanan yang mampu menahan serangan-serangan luar?

Ingatlah, Melaka jatuh ke tangan Portugis adalah kerana belot! Seseorang telah membocorkan kelemahan pertahanan Melaka kepada Portugis ketika itu. Melayu telah lama berpecah. Ada masanya Melayu kembali bersatu kemudian berpecah semula. Apa mungkin PAS dan UMNO bersatu?

Ya dan tidak mungkin sama sekali. UMNO memainkan isu penyatuan ini dikala mereka sedang lemah. Mereka perlukan sokongan lebih ramai orang Melayu. Mana mungkin PAS nak bersatu kerana mereka memang tidak boleh menerima cara UMNO. UMNO juga memainkan sentimen perkauman dan memutar-belitkan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS seperti isu kafir mengkafir sehingga perpecahan dikalangan Melayu menjadi semakin ketara. 

Sesungguhnya minyak dan air tidak boleh menyatu. Begitu juga PAS dan UMNO. Hanya angan-angan kita saja untuk melihat mereka bersatu. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Fahamilah bahawa Islam tidak perlukan apa-apa parti pun untuk bangkit. Jadi orang-orang PAS tolonglah jangan terasa dengan kenyataan ini. UMNO pula perlu muhasabah diri. Setiap yang dilakukan adalah untuk kekayaan diri, keluarga dan kawan-kawan sahaja. Umur UMNO dah semakin lanjut. Teknologi telah banyak membantu dalam menerangkan siapa betul dan siapa salah. Tetapi UMNO menggunakan teknologi untuk membuat video lucah seteru mereka. Ya, UMNO boleh bangkit dengan syarat perlu jatuh keperingkat paling bawah dan rendah sekali.

Retorik bahawa sekiranya UMNO lemah, maka Melayu menjadi lemah adalah tidak relevan langsung. PAS pun terdiri daripada orang-orang Melayu, PKR juga sama, DAP pun ada Melayu. Jadi, adakah Melayu menjadi lemah sekiranya Pakatan Rakyat mengambil-alih tampuk pemerintahan negara? Adakah Raja-Raja Melayu tergugat atau hanya mainan kata-kata jahat UMNO saja? 

Ya, kita perlu bersatu tetapi bukan bersatu dalam kebatilan. Kita perlu bersatu dalam menegakkan kebenaran, bangkit mempertahankan hak-hak rakyat yang selama ni dirampas oleh segelintir Melayu yang memimpin negara ni. Kekayaan negara tidak seharusnya berlegar dikalangan pemimpin, anak mereka, isteri mereka dan rakan-rakan mereka saja. 


23 May 2012

Muzakarah

Bermuzakarah bunyinya memang bagus. Ramai yang berharap agar dua parti politik terbesar dalam negara ni dapat duduk berbincang bersama demi masa depan yang lebih baik.




Ini takkan berlaku! Pertama, dalam demokrasi, memburuk-burukkan parti lawan adalah perkara biasa dan tak salah. Dalam Islam ia tak patut berlaku. Untuk memburuk-burukkan lawan, segala 'permainan kotor' digunakan sehingga menjatuhkan maruah seseorang. Dalam Islam, ini tak boleh berlaku. Tapi dalam sistem politik kita dah lama berlaku. Jika tak bersedia nak ubah cara berpolitik, buat apa bercakap tentang muzakarah?

Jadi apa tujuan muzakarah UMNO-PAS ni

Ini pendapat aku. 

UMNO berminat untuk bermuzakarah kerana mereka lebih berminat untuk menambah sokongan orang Melayu kepada parti mereka. Adakah mereka berminat untuk menyekat penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka? Orang ramai terus 'dipandirkan' dengan idea ini. Termasuklah mereka yang menggelar diri mereka Ulama Muda. 

Atas kertas memanglah kelihatan sangat bagus, tapi niat masing-masing saja tau. Tuan Guru Nik Aziz bukan bodoh macam kebanyakan orang. Dia dah lama dalam politik dan dia dah boleh nampak perkara ni. Sebab itulah dia meletakkan beberapa syarat untuk dipatuhi oleh pihak yang satu lagi. Belum pun apa-apa, pihak yang satu lagi telah mengkritik idea ini. 

Siapa Ulama Muda? Siapa yang beri gelaran kepada mereka sebagai ulama? Chua Soi Lek kah? Kalau rasa diri tu Ulama Muda, silalah hormat Ulama yang lebih berusia dan lebih berpengalaman seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang. Memalukan golongan Ulama saja bila pakai gelaran tu tapi perangai tak melambangkan seorang ulama langsung. 

Bagi PAS pula, aku tak lihat keuntungan dari sudut material kepada parti ini. Jika UMNO bersetuju untuk duduk dan berbincang dengan PAS, apa yang PAS dapat? Keahlian mereka pun semakin meningkat, tetapi sokongan kepada UMNO makin terjejas. 

Jelas sekali muzakarah ni mempunyai tujuan yang berbeza dari sudut kedua-dua parti politik ni. Tuan Guru dah tahu mereka, UMNO, tak bersedia untuk berubah. Jadi, meletakkan beberapa syarat tu sebenarnya adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pihak UMNO ikhlas untuk berbincang demi masa depan rakyat dan negara. Boleh juga dipanggil satu helah untuk menduga UMNO sebenarnya. 

Bukan berperasangka buruk tapi itulah demokrasi. Demokrasi sebenarnya tiada dalam sistem pemerintahan Islam. Ia dibawa oleh Yahudi dan digilapkan agar menjadi satu sistem yang unggul dan boleh diterima semua pihak. Lihat saja dalam sejarah Islam, bila Nabi saw ataupun siapakah para sahabat yang menggunakan demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka?

Orang ramai nampak demokrasi baik kerana mereka menyamakan demokrasi tu sebagai adil. Demokrasi adalah kebebasan di mana pihak minoriti perlu mengikut kehendak pihak majoriti. Soal betul salah bukan perkara asas. Atas nama demokrasilah segala tomahan, fitnah, caci maki berlaku dan perkara ini dilihat seperti biasa saja. 

Jika Islam perlu demokrasi maka tak lengkaplah Islam tu kerana ia kurang satu inipati, iaitu demokrasi. Bukanlah aku menyarankan supaya menolak konsep demokrasi ni, cuma tak perlu berlebih-lebih sangat. Tak perlu sanjung konsep ini tinggi-tinggi. 

Mungkin ada orang akan terus melatah mengatakan kalau tak pilih demokrasi takkan nak pilih kuku besi (diktator). Entahlah, kalau mereka lihat zaman dulu nabi mengamalkan cara pemerintahan diktator. Aku tak nampak pulak macam tu. 

Demokrasi menghalalkan cara. Apa jua cara boleh digunakan dalam usaha untuk mendapatkan majoriti. Walaupun dikatakan salah, tapi ia tetap sama. Jadi sila renungkan jauh-jauh bagaimana sebuah parti yang membawa konsep Islam, hendak duduk semeja mencapai kata sepakat dengan sebuah parti tajaan penjajah yang hendak mengekalkan dasar sedia ada? Masing-masing mempunyai matlamat yang berbeza walaupun cuba dizahirkan seperti sama saja. 






30 October 2011

Sama saja

Maafkan aku jika aku kata baik PAS atau UMNO, mereka sama saja.

Mereka juga manusia, yang berhawa nafsu tak kira betapa tinggi songkok atau panjang serban yang mereka pakai. Mereka sama-sama bergelumang dalam sistem politik kotor yang diasaskan Yahudi (demokrasi) yang mencela, memburukkan, menghina dan mengata sesama sendiri demi untuk 'kuasa'.


Aku tau ramai yang tak setuju. Tapi fahamkah kamu yang aku tak perlukan persetujuan kamu langsung!


23 March 2010

lompat si katak lompat

hidup nie mmg x dpt dipisahkan dgn politik. mcm2 isu ditimbulkan skrg. buat pendedahan itu ini, kononnya ikhlas nak bgtau org ramai tp terlalu ketara sgt la. permainan mcm ni org kampung dah boleh baca. atas pendedahan tanpa bukti ni, ramai pulak yg pegi buat report polis. tgk mca, ada buat report polis ke utk menjahanamkan bangsa mereka sendiri? xde pun.. melayu je suke buat keje2 x berpekdah mcm ni.

membela bangsa konon.... poket sendiri yg dibela sebenarnya. org yg kena tuduh pun kata yg mendedahkan ni penipu besar, maknenye kalau ternyata polis siasat benda ni dan mendapati semua x berasas, dia patut kena tindakan undang2. tp aku x rasa tindakan undang2 akan diambil ke atas makhluk ni sebab slalunya tindakan akan berat sebelah walaupun cuba dilakonkan seadil mungkin.

yg melompat parti ni pulak mesti la akan disokong oleh raja lompat parti jugak. raja lompat ni beria-ria nak buat demo bantahan. utk apa? melayu mcm ni mmg suka buang masa gaduh sesama sendiri drp pikir mcm mana nak majukan bangsa. sebab tu kita lihat hidup dia pun xde kemajuan. kejap lompat sana, kejap lompat sini. kejap cakap itu, kejap ckp ini. suruh ckp pandai la, tp bila masuk bab tindakan, haram satu sen pun xde gunanya. ckp je lebih.

umur pun dah lanjut, patutnya berenti je la drp politik. mcm mana pun dia cuba, dia takkan jadi wakil rakyat lagi lepas ni. sape nk lantik org xde pendirian mcm tu jd pemimpin? jaga kambing bole la. bagi laluan pd org muda je la. kita boleh lihat sebenarnya siapa jatuhkan siapa. bangsa kita ni mmg x ubah mcm ni sejak dulu. walaupun melaka sebuah negeri yg maju dan makmur lebih 500 tahun dulu, tetap hancur jugak sebab sikap bangsa kita yg mcm ni.

kita sombong utk ambil contoh mcm mana bangsa lain menyelesaikan sengketa sesama mereka. mereka bukan islam pun, malah x pernah pun sembahyang mcm kita. tp pemikiran mereka maju. dlm bertanding, mereka x menikam atara satu sama lain. tp kalau bangsa melayu, sehabis daya mereka akan cuba jatuhnya bangsanya sendiri demi utk kepentingan peribadi.

dlm apa juga aspek pun, melayu tetap suka menjatuhkan melayu. dlm perniagaan, sukan dan hiburan kita akan dpt lihat persamaannya. bersongkok di kepala, mulut manis mcm gula tp hati busuk mcm bangkai.

betapa bangsa kita sanggup mengenetepikan agama dan maruah semata-mata utk berpolitik. sampaikan masyarakat antarabangsa pun gelak dgn amalan 'demokrasi' yg kita amalkan.

tgk la apa pulak nak jadi lepas ni. apa pun, rancangan utk menjatuhkan parti yg satu lg kelihatan ketara. terlalu ketara. perancangan dibuat x teliti langsung. tiap kali menyerang, pasti kena serang balik. tu je yg aku boleh kata.....